loader image

Autoriti Informasi Wanita

10 Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat & Berkesan!

10 Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat & Berkesan!
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

10 Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat & Berkesan!

Ramai antara kita berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Pelbagai cara seperti bersenam, melakukan aktiviti lasak dan bermacam-macam lagi hanya untuk menurunkan berat badan. Banyak tips kuruskan badan dan turunkan berat badan dikongsikan. Tetapi, tahukah anda perbezaan antara turunkan berat badan dan kuruskan badan?

Kuruskan badan adalah untuk mendapat bentuk badan yang ideal manakala menurunkan berat badan adalah untuk mendapatkan berat yang idea dengan badan anda. Bentuk badan yang ideal adalah bermakna anda tidak perlu terlalu kurus atau terlalu gemuk dan ianya perlu disesuaikan dengan ketinggian anda juga. Jadi, hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk kuruskan badan supaya anda dapat bentuk badan yang anda inginkan.

Set Minda Untuk Kurus

Pertama sekali yang anda perlu lakukan adalah tetapkan minda anda untuk kurus. Setelah anda membuat keputusan untuk kurus, anda perlu melakukannya bersungguh-sungguh. Sekiranya anda kata hari ini anda ingin kurus, maka hari ini juga anda perlu laksanakannya. Jangan ditangguh-tangguh. Ini kerana, selagi anda tidak lakukannya dan kerap menangguhnya, matlamat anda untuk kurus tidak akan tercapai sampai bila-bila dan buang segala kata-kata negatif.

Belajar Ilmu Tentang Kalori

10 Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat & Berkesan!

Selepas anda tetapkan minda anda, anda perlu tahu serba sedikit ilmu tentang kalori. Tahukah anda, kalori akan lebih banyak terbakar semasa anda sedang tidur? Nak kurus ini senang sahaja. Anda hanya perlu ambil kalori yang diperlukan badan sahaja pada setiap hari.

Sebagai contoh, sekiranya badan anda memerlukan 1300 kcal sehari, jangan makan lebih daripada 1300 kcal untuk hari tu. Namun, sekiranya anda mengambil kurang daripada 1000 kcal, anda akan mudah berasa lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil makanan dalam lingkungan 1000-1300 kcal sehari.

Makan Dalam Kuantiti Yang Kecil

Pemakanan merupakan antara perkara yang paling penting untuk kuruskan badan. Sekiranya anda bersenam dengan kerap tetapi anda tidak menjaga pemakanan dengan betul, segala usaha anda bersenam akan menjadi sia-sia. Makanlah dengan kuantiti yang kecil ataupun sedikit. Ini bermakna, anda boleh makan banyak kali tetapi dengan kuantiti yang sedikit.

Elak Makan Pada Waktu Malam

Kebiasaannya orang Melayu makan malam pada 8-9 malam dan mungkin ada yang makan lewat malam. Tetapi, orang Cina kebanyakkannya makan malam bermula 6.30 petang dan ini sebenarnya merupakan waktu yang sangat sesuai untuk makan malam. Sebaik-baiknya makan sebelum atau selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan lebih kurang 4 jam untuk menghadam dan memproses makanan.

Sekiranya anda makan pada 10 malam, anda perlu berjaga sehingga 2 pagi supaya makanan anda dapat dihadam sepenuhnya. Jika anda terus tidur selepas anda makan malam, segala makanan anda akan diproses menjadi lemak. Inilah yang menjadi punca badan anda susah nak kurus dan sekaligus akan membuatkan perut cepat buncit.

Elak Makanan Dan Minuman Bergula

10 Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat & Berkesan!

Selain itu, anda juga perlu mengelakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang bergula secara berlebihan. Ini bukan sahaja dapat menguruskan badan anda, malah dapat mengurangkan risiko kencing manis. Hal ini sangat penting untuk semua peringkat umur, bukan untuk orang tua sahaja. Elakkan minuman bersoda dan berkarbonat seperti Coke, Pepsi dan lain-lain. Hindari juga makanan yang manis seperti kek, manisan dan pencuci mulut.

Tukar Kepada Makanan Yang Rendah Lemak

Tips kuruskan badan yang seterusnya adalah dengan menukar makanan anda kepada makanan yang rendah lemak. Sekiranya anda pergi ke pasaraya untuk membeli makanan, perhatikan kandungan lemak yang terdapat pada bungkusan tersebut. Anda akan lebih mengetahui berapa lemak atau kalori yang terdapat dalam makanan tersebut. Sekaligus menambahkan ilmu pengetahuan anda tentang pengambilan kalori.

Jadi, selepas ini anda mungkin akan menjadi lebih berjaga-jaga ketika membeli makanan di pasaraya.

Banyakkan Minum Air Masak

10 Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat & Berkesan!

Di samping itu, anda perlu memperbanyakkan meminum air masak untuk kekalkan hidrasi badan anda. Dengan meminum air masak juga, ia dapat membantu mengurangkan rasa lapar. Air merupakan sumber semula jadi yang sangat penting untuk kurus. Anda dinasihatkan supaya meminum 8 gelas air setiap hari.

Toksin yang terdapat dalam badan adalah penyebab utama lemak sukar untuk dibuang. Oleh itu, anda perlu meminum air masak ini untuk membuang toksin keluar melalui air kencing. Mudahkan tips kuruskan badan yang ini?

Banyakkan Makan Buah-Buahan

Negara kita sangat bertuah kerana berada di iklim khatulistiwa yang bercuaca panas dan lembap sepanjang tahun tetapi tidak mengalami musim kering. Oleh itu, terdapat banyak buah-buahan yang berkhasiat boleh hidup di Malaysia ini. Buah-buahan tempatan ini mempunyai banyak khasiatnya terutamanya pisang, betik, nenas, tembikai, kelapa dan lain-lain lagi.

Ini kerana, selain daripada memberikan nutrien, buah-buahan tempatan ini juga membekalkan vitamin dan dan anti-oksida untuk tubuh badan kita supaya kita kekal bertenaga dan sihat.

Banyakkan Berjalan Dan Berjogging

10 Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat & Berkesan!

Perkara biasa yang orang selalu lakukan untuk kuruskan badan adalah dengan berjogging ataupun anda boleh perbanyakkan berjalan. Aktifkan badan anda dan banyakkan pergerakan untuk anggota tubuh anda. Tidak mengapa kalau tidak pergi ke gym. Yang penting anda selalu bergerak. Daripada naik lif, cuba anda praktikkan naik tangga di pejabat atau di mana-mana sahaja. Ianya juga merupakan satu senaman dan boleh mengeluarkan peluh sekaligus turut menyihatkan badan anda.

Anda boleh lakukan senaman selama 30-40 minit. Ianya dapat mambantu memperbaiki peredaran darah, membuang lemak serta menaikkan stamina badan anda. Sekiranya anda mudah tercungap-cungap, mulakan dengan melakukan senaman ringan terlebih dahulu. Anda juga boleh melakukan aktiviti di luar pada hujung minggu bersama keluarga. Dengan melakukan senaman ini juga boleh mengecilkan paha dan betis anda tau.

Beri Komitmen Yang Penuh

Tips kuruskan badan yang terakhir sekali adalah dengan memberikan komitmen yang sepenuhnya jika anda betul-betul ingin kuruskan badan. Jangan sia-siakan usaha anda. Sentiasa ingat akan matlamat anda untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Secara keseluruhannya, anda perlu konsisten dan istiqamah dalam melakukan sesuatu demi kebaikan diri sendiri.

Tidak guna anda bersenam seminggu dan kembali bermalasan selama sebulan. Anda perlu jadikannya sebagai rutin harian anda sehingga anda terbiasa dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Cara macam ini akan membuatkan anda lebih mudah untuk kuruskan badan. Tetapi, setelah anda berjaya kuruskan badan, jangan abaikan cara pemakanan dan senaman yang anda lakukan. Ini adalah untuk mengekalkan bentuk badan ideal anda.

Itulah dia beberapa tips yang anda boleh laksanakan untuk kuruskan badan anda. Yang paling penting anda perlu bersikap positif dan konsisten dalam melakukannya. Selamat mencuba!

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Setiap orang pasti inginkan bentuk badan yang ideal. Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan badan yang ideal. Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan anda ataupun nama lainnya mengamalkan diet yang seimbang.

Apabila sebut tentang diet, mesti ramai yang merasakan ianya menyeksakan kerana banyak pantang larang. Jadi, hari ini saya akan kongsikan makanan yang anda boleh makan ketika mengamalkan diet supaya anda tidak rasa terseksa.

Sup

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, anda digalakkan untuk memakan makanan bersup. Ini kerana ianya akan mengenyangkan anda dengan lebih cepat. Banyakkan sup, daging dan sayur-sayuran dalam menu anda. Dengan makan kesemua makanan sihat tersebut, anda akan mudah kenyang dan secara tidak langsung, anda akan kurang untuk makan nasi.

Makanan Yang Dibakar

Makanan yang dibakar atau dipanggang adalah jauh lebih sihat dan baik berbanding memakan makanan yang digoreng mahupun bergulai. Kandungan kalorinya juga sangat berbeza antara satu sama lain.

Tambahan pula, memasak dengan cara memanggang ataupun membakar ini sememangnya lebih mudah dan sangat menjimatkan. Ini kerana ia tidak menggunakan minyak yang banyak.

Makanan Yang Distim

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Makanan yang dimasak secara stim ini adalah paling elok untuk anda yang sedang berusaha untuk mengurus dan menurunkan berat badan. Ini kerana, makanan yang distim ini tidak menggunakan minyak langsung. Jadi ianya sangat baik untuk kesihatan.

Makanan Yang Dikukus

Selain daripada makanan yang dipanggang ataupun distim, makanan yang dikukus juga sangat elok untuk kesihatan kerana ianya kurang kalori. Kurang kalori bermakna ianya baik untuk anda yang ingin mengamalkan diet. Makanan yang dikukus ini juga senang untuk dimasak.

Cuka Epal

Bagi anda yang ingin menguruskan badan dan mengamalkan diet yang sihat, jangan lupa untuk mengamalkan minum cuka epal. Cuka epal ataupun lebih dikenali dengan apple cider vinegar bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam menu diet. Cuka epal ini dapat membantu meningkatkan metabolisme dan sekaligus akan mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Selepas anda bangun, minum satu gelas air kosong dan diikuti oleh satu gelas air kosong yang dicampur dengan satu sudu cuka epal. Amalkannya juga sebelum anda masuk tidur. Lakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh jadikan cuka epal sebagai salad dressing.

Roti Wholemeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Roti wholemeal merupakan roti yang paling menyihatkan dan membantu anda untuk kurus jika dibandingkan dengan roti putih. Mungkin ianya kurang enak berbanding roti putih biasa, akan tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan rasanya. Roti wholemeal mempunyai indeks glisemik rendah yang menjadikannya makanan untuk diet yang patut ada di dapur anda.

Beras Perang

Makanan untuk diet yang seterusnya adalah beras perang. Diet tidak bermakna anda tidak boleh makan nasi. Anda boleh makan nasi tetapi anda perlu mengurangkan sukatan nasi anda. Sukatan yang disarankan adalah sebesar satu penumbuk untuk setiap pinggan. Jika anda inginkan hasil yang lebih cepat, tukarkan beras anda kepada beras perang.

Stevia / Gula Tanpa Kalori / Gula Perang

Tukarkan gula putih anda kepada stevia iaitu pemanis makanan tanpa kalori yang diekstrak daripada daun spesis tumbuhan stevia rebaudiana. Stevia datang dalam bentuk cecair dan rasanya juga tidak ubah seperti gula.

Selain itu, anda juga boleh gantikan gula putih anda dengan gula tanpa kalori seperti Pal Sweet atau Equal. Rasanya mungkin tidak sesedap gula biasa tetapi ianya sangat menyihatkan dan membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat.

Gula perang juga merupakan alternatif yang anda boleh gunakan untuk menggantikan gula putih. Rasanya sama seperti gula putih tetapi kalorinya jauh lebih rendah.

Madu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Anda juga boleh menggunakan madu sebagai pengganti gula putih. Lemak kebiasaannya akan berkumpul menjadi sumber yang tidak digunakan di dalam badan menjadikan berat badan meningkat.

Dengan meminum madu, lemak-lemak ini akan dibakar untuk membekalkan tenaga untuk aktiviti harian. Amalkannya secara rutin untuk dapatkan hasil yang maksimum. Madu juga turut membantu sistem penghadaman, maka ianya dapat membantu dalam pengurangan berat badan.

Kurma

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang sangat sesuai untuk diambil ketika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi kandungan gula dan kalori yang rendah namun ianya merupakan energy booster yang sangat bagus.

Telur

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Telur juga merupakan makanan untuk diet yang sesuai untuk diamalkan. Ini kerana telur mengandungi protein yang tinggi serta mengandungi lemak sihat yang sangat bagus untuk anda yang sedang berdiet. Jumlah kalori yang terdapat dalam telur tidak banyak, akan tetapi ianya boleh membuatkan anda cepat kenyang dan tahan lebih lama.

Plain Yogurt

Satu lagi makanan untuk diet yang anda wajib amalkan adalah yogurt. Pengambilan yogurt setiap hari dapat menghalang badan anda daripada menyerap hormon leptin yang merupakan antara punca utama obesiti. Yogurt memiliki kandungan gula yang sangat rendah. Kandungan vitamin dan seratnya pula sangat tinggi. Walaupun yogurt diperbuat daripada susu, namun ianya sangat elok untuk diamalkan ketika diet.

Avokado

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Avokado sangat kaya dengan lemak sihat yang dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Selain rasanya yang sedap, avokado mengandungi banyak serat yang tidak akan membuatkan perut anda buncit.

Salad Sayur

Salad sayur ini mesti ramai yang mengamalkannya ketika diet. Selain rasanya yang sedap dengan tambahan salad dressing, salad membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Salad mengandungi nutrisi dan vitamin yang memang sangat baik untuk kesihatan badan. Salad seperti tomato, timun dan kale sangat kaya dengan serat serta rendah kalori.

Oatmeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Oatmeal merupakan makanan wajib yang anda harus amalkan ketika anda berdiet. Walaupun ianya mengandungi karbohidrat, oatmeal tidak mengandungi gula atau pemanis yang tinggi dan sangat rendah kalori. Jadi, ianya sangat elok dimakan ketika diet.

Tuna Dan Salmon

Tuna tidak mengandungi banyak lemak dan sangat kaya dengan protein. Ikan salmon pula mengandungi protein, lemak sihat dan juga omega-3. Salmon juga didapati dapat membantu mencegah obesiti, jadi ianya sangat sesuai untuk dimakan ketika diet.

Buah-Buahan

Serat yang terdapat dalam buah dapat mencegah pelepasan gula dengan cepat ke dalam aliran darah. Kebanyakan buah juga mengandungi vitamin. Pisang sangat kaya dengan potasium dan juga serat dan merupakan energy booster.

Betik pula sangat elok untuk pencernaan tubuh kerana ianya mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan nafsu makan anda. Jadi ianya sangat elok dijadikan sebagai makanan untuk diet.

Tauhu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Ketika diet, makan lewat malam adalah tidak dibenarkan. Akan tetapi sekiranya anda lapar, maka pilihlah untuk makan makanan yang rendah kalori seperti tauhu ini. Tauhu juga mempunyai serat yang tinggi. Memang eloklah untuk anda yang sedang menjaga pola makan.

Dada Ayam

Sekiranya anda suka makan daging, pilih untuk memakan daging ayam. Tetapi bukan semua bahagian ayam anda boleh makan. Bahagian dada ayam adalah bahagian yang paling elok untuk dimakan ketika diet namun ianya tidaklah sesedap bahagian ayam yang lain.