loader image

Autoriti Informasi Wanita

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat

Jerawat merupakan sejenis penyakit kulit yang sering wujud pada beberapa bahagian tubuh badan terutama sekali pada wajah. Walaupun sesetengah orang tidak mengalami masalah jerawat yang esktrim, akan tetapi bekas jerawat yang ada pada kulit cukup membuatkan diri kurang berkeyakinan. Terdapat beberapa cara menghilangkan bekas jerawat yang anda boleh cuba sendiri di rumah tanpa mengeluarkan duit yang banyak.

Kemunculan jerawat kebiasaannya diikuti dengan kemunculan bintik-bintik seperti komedo. Komedo yang parah adalah komedo yang berisi nanah yang kebiasaannya akan meninggalkan bekas luka. Kemunculan jerawat di kulit ini adalah berpunca akibat kulit yang berminyak, hormon yang tidak menentu, kotoran dan debu ataupun stress yang berlebihan.

Jerawat boleh menyerang sesiapa sahaja baik lelaki mahupun perempuan. Kebiasaannya, para remaja yang berusia lingkungan 14-19 tahun akan mudah diserang akibat perubahan kadar hormon ketika akil baligh. Ianya mempengaruhi kelenjar penghasilan minyak atau sebum yang terletak dekat dengan folikel rambut.

Oleh kerana aktiviti kelenjar ini meningkat, penghasilan sebum pada wajah juga turut meningkat dan akan bercampur dengan kotoran dan juga sel kulit mati yang akan mengakibatkan pori-pori tersumbat. Keadaan kulit sebegini menyebabkan bakteria propionobacterium acnes yang merupakan bakteria kemunculan jerawat akan berkembang dengan cepat.

Di zaman yang serba moden ini, terdapat banyak cara untuk menghilangkan bekas jerawat termasuklah melakukan dermal fillers, dermabrasi, chemical peel ataupun laser resurfing yang memerlukan anda berjumpa dengan pakar. Akan tetapi, terdapat juga orang yang masih menggunakan cara natural untuk menghilangkan bekas jerawat ini kerana ianya bebas kesan sampingan.

Kentang

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat

Cara menghilangkan bekas jerawat yang pertama adalah dengan menggunakan kentang. Ini kerana kentang mengandungi vitamin dan mineral yang boleh menyembuhkan kulit dan menghilangkan bekas jerawat serta bintik-bintik hitam. Kandungan mineral yang terdapat pada kentang berperanan sebagai antibiotik semula jadi yang dapat mengatasi peradangan.

Kandungan vitamin C di dalam kentang pula berfungsi sebagai antioksida yang akan mencegah kerosakan sel sehingga akan membantu menyembuhkan kulit kerana peradangan. Selain itu, kentang boleh digunakan sebagai scrub untuk membuang sel kulit mati.

Baking Soda

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat

Seperti yang anda ketahui, baking soda kebiasaannya digunakan dalam proses pembuatan kuih. Akan tetapi, baking soda ini juga bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan wajah. Bahan ini dipercayai boleh digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan bekas jerawat kerana ianya mengandungi sodium bicarbonate yang berfungsi untuk membuang kulit mati sewaktu digunakan sebagai scrub pembersih.

Lidah Buaya

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat

Lidah buaya adalah bahan semula jadi yang sudah tidak asing lagi dengan khasiatnya yang dapat merawat dan menyihatkan kulit. Lidah buaya mengandungi zat aloesin yang berperanan untuk mencegah pembentukan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap. Lidah buaya bersifat anti-bakteria, antioksida dan anti-penuaan yang boleh melembapkan dan menghidrasi kulit secara semula jadi.

Selain itu juga, lidah buaya berupaya untuk memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit. Kandungan vitamin A dan E di dalam lidah buaya juga boleh membantu untuk mencerahkan kulit wajah yang kusam akibat sel kulit mati. Gel lidah buaya mengandungi saponin dan astringent yang memiliki fungsi antibakteria. Ianya berperanan untuk menyerap lemak di wajah yang berlebihan.

Timun

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat

Kandungan vitamin A, vitamin C dan magnesium yang terdapat pada timun sangat bermanfaat untuk kulit. Timun juga bermanfaat untuk menjaga ketegangan kulit agar kulit tetap anjal terutama sekali pada wajah yang berperanan aktif dalam menghilangkan kotoran debu dan sel kulit mati sehingga munculnya jerawat yang kecil.

Di samping itu juga, timun mengandungi zat yang dapat mengurangkan peradangan dan rasa pedih pada jerawat. Ia juga kaya dengan kandungan vitamin E yang berfungsi sebagai antioksida yang melawan radikal bebas yang menyebabkan jerawat.

Lemon

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat

Di dalam perahan air lemon pula mengandungi alpha-hydroxy acid (AHA) semula jadi yang mampu untuk menghilangkan bintik-bintik hitam bekas jerawat. Ia juga berfungsi untuk mempercepatkan penyembuhan dan revitalisasi kulit. Acid di dalam lemon pula dapat mengurangkan minyak di wajah dengan baik.

Manakala vitamin C yang terdapat dalam lemon ternyata memiliki manfaat yang sangat elok untuk wajah yang berjerawat. Ia dipercayai boleh mengurangkan dan menghilangkan bekas jerawat bahkan kesan hitam di wajah. Kandungan dalam lemon juga akan mengeringkan jerawat dengan lebih cepat dan mencerahkan kesan hitam di muka.

Gula

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat

Gula juga boleh digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan bekas jerawat secara semula jadi dan cepat. Gula yang datangnya daripada tebu terdapat glycolic acid dan alpha hydroxy acid yang mampu untuk membersihkan kulit mati dan meningkatkan pembentukan jaringan sel yang baru.

Di samping itu, gula juga boleh merawat kulit yang berminyak kerana ianya dipercayai boleh mempertahankan keseimbangan minyak pada kulit. Glycolic acid dan alpha hydroxy acid di dalam gula membantu menjaga keseimbangan kadar minyak pada kulit supaya ianya tidak terlalu berminyak dan tidak terlau kering.

Madu

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat

Madu juga banyak manfaatnya terhadap kulit dan ianya boleh digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan bekas jerawat. Kandungan antibiotik yang terdapat dalam madu mampu mencegah infeksi yang menyebabkan peradangan pada jerawat. Selain itu, madu juga memiliki kandungan potassium, magnesium dan juga kalsium yang dipercayai dapat membantu untuk meregenerasi sel kulit sehingga akan kelihatan sihat dah terawat.

Kandungan antibakteria yang terdapat pada madu juga boleh menghilangkan bekas jerawat. Antimikroba, antioksida dan antibakteria yang terdapat dalam madu juga mampu memberikan perlindungan terhadap kulit daripada radikal bebas yang dapat membahayakan kuit.

Tomato

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat

Selain daripada bahan semula jadi di atas, tomato yang mengandungi vitamin A dan C juga sangat bermanfaat untuk kulit dan mampu untuk menghilangkan bekas jerawat, mencerahkan kulit kusam selain dapat menegangkan kulit. Elemen penyejuk tomato pula mampu menyejukkan kulit yang kasar. Manakala, astringen di dalam tomato dapat menghapuskan minyak berlebihan.

Di samping itu, tomato juga mengandungi lycopene yang membantu keadaan kulit untuk kekal muda dan anjal. Malah, ianya juga dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran UV.

Minyak Zaitun

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat

Minyak zaitun ini juga antara cara menghilangkan bekas jerawat yang selalu digunakan. Selain menjadi bahan yang efektif untuk melembabkan kulit, minyak zaitun juga terbukti boleh mengurangkan kegatalan atau peradangan pada kulit wajah. Ini kerana ia mempunyai oleochantal yang boleh menghilangkan rasa kurang selesa akibat peradangan pada kulit.

Selain itu, sifat antibakterianya dapat membunuh bakteria yang menjadi penyebab kemunculan jerawat. Minyak ini juga terkandung vitamin E yang dapat memulihkan keseimbangan minyak di wajah secara semula jadi sekaligus mencegah kemunculan jerawat dan tanda bekas jerawat.

Bawang Putih

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat

Selain menjadi salah satu bahan pelengkap untuk penyedap rasa dalam makanan, bawang putih juga boleh digunakan untuk menghilangkan bekas jerawat. Kandungan di dalam bawang putih iaitu, thiacremonon sulfur compounds mengandungi antibakteria yang dipercayai mampu untuk menghilangkan bekas jerawat.

Ais Batu

11 Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Secara Natural Dan Cepat

Akhir sekali, penggunaan ais batu juga dapat mengurangkan kesan bekas jerawat. Ini kerana sifat ais batu yang dingin dan sejuk ini mampu untuk mengecilkan pori-pori kulit serta meningkatkan peredaran darah pada kulit.

Bahan semula jadi ini sangat baik untuk merawat kulit dan menghilangkan bekas jerawat kerana ianya selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan setelah merawatnya. Sekiranya anda ingin menghilangkan kulit yang bersih dan sihat, amalkan cara menghilangkan bekas jerawat di atas secara rutin supaya anda akan mendapatkan hasil yang lebih berkesan dengan cepat.