loader image

Autoriti Informasi Wanita

11 Cara Tradisional Menurunkan Berat Badan Yang Efektif

11 Cara Tradisional Menurunkan Berat Badan Yang Efektif
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

11 Cara Tradisional Menurunkan Berat Badan Yang Efektif

Untuk menurunkan berat badan dengan cepat adalah impian setiap wanita di luar sana. Tetapi anda tidak mahu pergi ke gym dan malas untuk melakukan aktiviti bersenam yang sememangnya sangat efektif untuk menurunkan berat badan. Malah, anda pula jenis yang tidak boleh lengang dengan makanan. Jadi, kali ini saya nak kongsikan 11 cara tradisional menurunkan berat badan yang efektif yang anda boleh cuba.

Mengamalkan diet semula jadi semestinya akan lebih selamat dan terbukti sihat tanpa kesan sampingan walaupun ianya memerlukan masa yang agak lama untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Salah satu cara lain untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengamalkan ramuan tradisional. Ramuan tradisional ini mengandungi beberapa bahan semula jadi yang lebih terbukti efektif dalam menurunkan berat badan dan mengurangkan nafsu makan dalam waktu yang singkat.

Ramuan Limau Nipis Dan Madu

11 Cara Tradisional Menurunkan Berat Badan Yang Efektif

Limau nipis merupakan buah yang sangat kaya dengan kandungan vitamin C. Limau nipis ini juga mampu untuk menurunkan berat badan. Manakala, satu senduk madu itu mengandungi 17 gram karbohidrat. Jadi, secara tidak langsung madu boleh membantu anda mengurangkan pengambilan karbohidrat anda. Cara membuat ramuan limau nipis dan madu ini juga sangat mudah.

Pertama sekali, sediakan 1 biji buah jeruk nipis. Kemudian dibelahnya menjadi 2 bahagian dan perah untuk diambil airnya. Masukkan air perahan limau nipis ke dalam 1 gelas air hangat lalu tambahkan 1 senduk makan madu asli ke dalamnya. Campurkannya sehingga sebati. Amalkan meminum ramuan limau nipis dan madu ini secara rutin sebanyak dua kali sehari.

Ramuan Kayu Manis Dan Madu

11 Cara Tradisional Menurunkan Berat Badan Yang Efektif

Selain daripada limau nipis, kayu manis juga adalah bahan tradisional yang lain yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan. Kayu manis adalah salah satu jenis rempah yang kebiasaannya kita digunakan sebagai perencah masakan. Di sebalik fungsinya yang menjadi penyedap masakan, kayu manis juga memiliki khasiat yang mampu untuk menurunkan berat badan, menurunkan kolesterol dan juga mengendalikan gula dalam darah.

Cara membuatnya adalah dengan mengisar kayu manis sehingga halus sehingga cukup setengah sudu makan. Selepas itu, masukkan kayu manis tersebut ke dalam 1 gelas air hangat dan tambahkan 1 sudu makan madu asli. Campurkannya sehingga sebati dan amalkannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

11 Cara Tradisional Menurunkan Berat Badan Yang Efektif

Beras Merah

Beras merah sangat sesuai untuk diambil ketika anda sedang menjalani program diet. Gunakan beras merah ini sebagai pengganti nasi putih. Nasi putih mempunyai karbohidrat dengan molekul sederhana yang mudah diubah menjadi kalori. Sekiranya ia tidak dibakar dengan segera, ianya akan menimbulkan lemak. Tetapi, berbeza bagi beras merah. Beras merah mempunyai molekul kompleks yang memerlukan lebih lama untuk pecah menjadi kalori.

Sekiranya anda mengambil beras merah, anda akan kenyang lebih lama dan ianya juga akan membuatkan anda tidak cepat lapar sekaligus dapat mengendalikan nafsu makan anda. Beras merah jugga mengandungi zat monacolin K yang efektif untuk menurunkan kadar kolesterol dan sangat elok untuk kesihatan jantung.

Teh Hijau

11 Cara Tradisional Menurunkan Berat Badan Yang Efektif

Teh hijau juga antara bahan semula jadi yang digunakan sebagai salah satu cara tradisional menurunkan berat badan. Ianya ternyata memiliki khasiat untuk mengurangkan berat badan dan caranya sangat mudah. Bancuh teh hijau seperti biasa tetapi jangan ditambahkan gula pada minuman ini. Teh hijau ini dapat mengaktifkan metabolisme tubuh untuk menurunkan lemak sekaligus dapat menguruskan badan anda. Ianya juga mengandungi gabungan antioksida yang dapat mencegah penyakit kanser.

Ramuan Limau Nipis dan Kelapa

Limau nipis terbukti sangat efektif dalam menurunkan berat badan. Air kelapa yang menyegarkan dan berkhasiat mengandungi antioksida dapat membuang racun dan radikal bebas dari dalam serta memberikan tenaga kepada tubuh. Cara membuatnya sangat mudah. Hanya perlu sediakan 1 biji limau nipis dan 1 biji buah kelapa muda yang sudah diasingkan air dan isinya. Campurkan perahan limau nipis dan air kelapa tersebut dan minumnya 2-3 kali sehari.

Ramuan Madu Dan Halia

11 Cara Tradisional Menurunkan Berat Badan Yang Efektif

Selain berkhasiat sebagai gula semulajadi, madu juga kaya dengan membekalkan tenaga untuk tubuh. Mengambil madu pada waktu pagi dengan roti akan membuatkan anda kekal bertenaga sepanjang hari. Kandungan fructose dalam madu juga sangat efektif dalam membakar lemak. Di campur pula dengan khasiat halia, ianya akan mengurangkan nafsu makan anda. Ramuan ini elok untuk diambil sebelum makan dan sebelum tidur.

Campurkan 2 sudu makan perahan halia dan 1 sudu makan madu ke dalam segelas air hangat. Amalkan minuman ini 3 kali sehari secara rutin.

Ramuan Halia Dan Limau Nipis

11 Cara Tradisional Menurunkan Berat Badan Yang Efektif

Halia sering dicampurkan dalam pelbagai minuman dan makanan kerana ianya terbukti berkesan dalam menghangatkan badan terutama sekali sewaktu musim hujan. Pengambilan ramuan halia dan limau nipis bukan hanya meningkatkan suhu badan, malah mampu untuk membakar lemak. Suhu tubuh yang meningkat akan melancarkan metabolisme dan mempercepatkan pembakaran lemak. Amalkannya setiap pagi sebelum makan dan malam sebelum tidur secara rutin.

Ramuan Halia Dan Kayu Manis

11 Cara Tradisional Menurunkan Berat Badan Yang Efektif

Halia terbukti efektif dalam meningkatkan suhu badan. Manakala, kayu manis bukan hanya berfungsi sebagai penambah rasa dan aroma, malah ianya mampu untuk membakar lemak. Campuran halia dan kayu manis dipercayai berkesan dalam membakar lemak di perut dengan cepat.

Caranya. sediakan 2 batang kayu manis, 1 sudu makan serbuk kayu manis dan 1 ruas halia yang ditumbuk kasar. Campurkan kesemua ramuan dalam 300ml air dan kemudian rebus sehingga 10 minit. Tapis air tersebut ke dalam gelas dan ianya boleh terus di minum.

Ramuan Kunyit Dan Asam Jawa

11 Cara Tradisional Menurunkan Berat Badan Yang Efektif

Cara tradisional menurunkan berat badan seterusnya adalah dengan menggunakan kunyit dan asam jawa. Asam jawa sangat kaya dengan vitamin C yang efektif dalam membuang lemak dalam badan. Sedangkan kunyit pula terbukti berkesan dalam mengurangkan rasa lapar. Oleh itu, kombinasi kedua-dua ramuan herba ini dapat menghasilkan ramuan efektif untuk menurunkan berat badan anda.

Anda hanya perlu amalkan segelas campuran kunyit dan asam jawa dalam air hangat pada setiap pagi untuk mengurangkan rasa lapar anda sekaligus membuang lemak dalam badan anda.

Ramuan Campuran Limau Nipis, Kapur Sirih Dan Kayu Putih

Cara tradisional menurunkan berat badan ini sedikit lain kerana ianya tidak perlu diminum sebaliknya hanya perlu disapukan keseluruh tubuh yang mempunyai lemak. Ramuan ini berkesan dalam menyerap lemak dari dalam tubuh dengan menjadikannya sebagai lulur dan dibalut dengan kain selama 30-60 minit. Aplikasikannya sebelum mandi apabila anda memiliki masa terluang.

11 Cara Tradisional Menurunkan Berat Badan Yang Efektif

Perbanyakkan Makan Makanan Berserat

Akhir sekali, perbanyakkan memakan makanan yang berserat kerana ianya sangat penting untuk menjaga kesihatan pencernaan dan metabolisme tubuh. Makanan yang berserat juga sangat elok untuk mengawal lemak dan kolesterol selain menurunkan kadar gula serta mengimbangkan racun dalam badan.

Contoh makanan berserat yang elok untuk diet adalah ubi keledek, pisang, jagung, beras merah, kekacang, avokado, mangga, sayur kangkung, kubis dan juga brokoli.

Cara tradisional menurunkan berat badan ini sememangnya memerlukan masa dan perlu dilakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Anda tidak perlu memaksa diri diet tanpa makan beberapa hari, cukup sekadar mengamalkan ramuan di atas dengan tekun dan berdisiplin. Cara tradisional ini lebih elok kerana ianya tidak mempunyai kesan sampingan disebabkan penggunaan bahan-bahan semula jadi di dalam ramuannya.

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Setiap orang pasti inginkan bentuk badan yang ideal. Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan badan yang ideal. Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan anda ataupun nama lainnya mengamalkan diet yang seimbang.

Apabila sebut tentang diet, mesti ramai yang merasakan ianya menyeksakan kerana banyak pantang larang. Jadi, hari ini saya akan kongsikan makanan yang anda boleh makan ketika mengamalkan diet supaya anda tidak rasa terseksa.

Sup

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, anda digalakkan untuk memakan makanan bersup. Ini kerana ianya akan mengenyangkan anda dengan lebih cepat. Banyakkan sup, daging dan sayur-sayuran dalam menu anda. Dengan makan kesemua makanan sihat tersebut, anda akan mudah kenyang dan secara tidak langsung, anda akan kurang untuk makan nasi.

Makanan Yang Dibakar

Makanan yang dibakar atau dipanggang adalah jauh lebih sihat dan baik berbanding memakan makanan yang digoreng mahupun bergulai. Kandungan kalorinya juga sangat berbeza antara satu sama lain.

Tambahan pula, memasak dengan cara memanggang ataupun membakar ini sememangnya lebih mudah dan sangat menjimatkan. Ini kerana ia tidak menggunakan minyak yang banyak.

Makanan Yang Distim

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Makanan yang dimasak secara stim ini adalah paling elok untuk anda yang sedang berusaha untuk mengurus dan menurunkan berat badan. Ini kerana, makanan yang distim ini tidak menggunakan minyak langsung. Jadi ianya sangat baik untuk kesihatan.

Makanan Yang Dikukus

Selain daripada makanan yang dipanggang ataupun distim, makanan yang dikukus juga sangat elok untuk kesihatan kerana ianya kurang kalori. Kurang kalori bermakna ianya baik untuk anda yang ingin mengamalkan diet. Makanan yang dikukus ini juga senang untuk dimasak.

Cuka Epal

Bagi anda yang ingin menguruskan badan dan mengamalkan diet yang sihat, jangan lupa untuk mengamalkan minum cuka epal. Cuka epal ataupun lebih dikenali dengan apple cider vinegar bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam menu diet. Cuka epal ini dapat membantu meningkatkan metabolisme dan sekaligus akan mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Selepas anda bangun, minum satu gelas air kosong dan diikuti oleh satu gelas air kosong yang dicampur dengan satu sudu cuka epal. Amalkannya juga sebelum anda masuk tidur. Lakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh jadikan cuka epal sebagai salad dressing.

Roti Wholemeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Roti wholemeal merupakan roti yang paling menyihatkan dan membantu anda untuk kurus jika dibandingkan dengan roti putih. Mungkin ianya kurang enak berbanding roti putih biasa, akan tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan rasanya. Roti wholemeal mempunyai indeks glisemik rendah yang menjadikannya makanan untuk diet yang patut ada di dapur anda.

Beras Perang

Makanan untuk diet yang seterusnya adalah beras perang. Diet tidak bermakna anda tidak boleh makan nasi. Anda boleh makan nasi tetapi anda perlu mengurangkan sukatan nasi anda. Sukatan yang disarankan adalah sebesar satu penumbuk untuk setiap pinggan. Jika anda inginkan hasil yang lebih cepat, tukarkan beras anda kepada beras perang.

Stevia / Gula Tanpa Kalori / Gula Perang

Tukarkan gula putih anda kepada stevia iaitu pemanis makanan tanpa kalori yang diekstrak daripada daun spesis tumbuhan stevia rebaudiana. Stevia datang dalam bentuk cecair dan rasanya juga tidak ubah seperti gula.

Selain itu, anda juga boleh gantikan gula putih anda dengan gula tanpa kalori seperti Pal Sweet atau Equal. Rasanya mungkin tidak sesedap gula biasa tetapi ianya sangat menyihatkan dan membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat.

Gula perang juga merupakan alternatif yang anda boleh gunakan untuk menggantikan gula putih. Rasanya sama seperti gula putih tetapi kalorinya jauh lebih rendah.

Madu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Anda juga boleh menggunakan madu sebagai pengganti gula putih. Lemak kebiasaannya akan berkumpul menjadi sumber yang tidak digunakan di dalam badan menjadikan berat badan meningkat.

Dengan meminum madu, lemak-lemak ini akan dibakar untuk membekalkan tenaga untuk aktiviti harian. Amalkannya secara rutin untuk dapatkan hasil yang maksimum. Madu juga turut membantu sistem penghadaman, maka ianya dapat membantu dalam pengurangan berat badan.

Kurma

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang sangat sesuai untuk diambil ketika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi kandungan gula dan kalori yang rendah namun ianya merupakan energy booster yang sangat bagus.

Telur

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Telur juga merupakan makanan untuk diet yang sesuai untuk diamalkan. Ini kerana telur mengandungi protein yang tinggi serta mengandungi lemak sihat yang sangat bagus untuk anda yang sedang berdiet. Jumlah kalori yang terdapat dalam telur tidak banyak, akan tetapi ianya boleh membuatkan anda cepat kenyang dan tahan lebih lama.

Plain Yogurt

Satu lagi makanan untuk diet yang anda wajib amalkan adalah yogurt. Pengambilan yogurt setiap hari dapat menghalang badan anda daripada menyerap hormon leptin yang merupakan antara punca utama obesiti. Yogurt memiliki kandungan gula yang sangat rendah. Kandungan vitamin dan seratnya pula sangat tinggi. Walaupun yogurt diperbuat daripada susu, namun ianya sangat elok untuk diamalkan ketika diet.

Avokado

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Avokado sangat kaya dengan lemak sihat yang dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Selain rasanya yang sedap, avokado mengandungi banyak serat yang tidak akan membuatkan perut anda buncit.

Salad Sayur

Salad sayur ini mesti ramai yang mengamalkannya ketika diet. Selain rasanya yang sedap dengan tambahan salad dressing, salad membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Salad mengandungi nutrisi dan vitamin yang memang sangat baik untuk kesihatan badan. Salad seperti tomato, timun dan kale sangat kaya dengan serat serta rendah kalori.

Oatmeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Oatmeal merupakan makanan wajib yang anda harus amalkan ketika anda berdiet. Walaupun ianya mengandungi karbohidrat, oatmeal tidak mengandungi gula atau pemanis yang tinggi dan sangat rendah kalori. Jadi, ianya sangat elok dimakan ketika diet.

Tuna Dan Salmon

Tuna tidak mengandungi banyak lemak dan sangat kaya dengan protein. Ikan salmon pula mengandungi protein, lemak sihat dan juga omega-3. Salmon juga didapati dapat membantu mencegah obesiti, jadi ianya sangat sesuai untuk dimakan ketika diet.

Buah-Buahan

Serat yang terdapat dalam buah dapat mencegah pelepasan gula dengan cepat ke dalam aliran darah. Kebanyakan buah juga mengandungi vitamin. Pisang sangat kaya dengan potasium dan juga serat dan merupakan energy booster.

Betik pula sangat elok untuk pencernaan tubuh kerana ianya mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan nafsu makan anda. Jadi ianya sangat elok dijadikan sebagai makanan untuk diet.

Tauhu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Ketika diet, makan lewat malam adalah tidak dibenarkan. Akan tetapi sekiranya anda lapar, maka pilihlah untuk makan makanan yang rendah kalori seperti tauhu ini. Tauhu juga mempunyai serat yang tinggi. Memang eloklah untuk anda yang sedang menjaga pola makan.

Dada Ayam

Sekiranya anda suka makan daging, pilih untuk memakan daging ayam. Tetapi bukan semua bahagian ayam anda boleh makan. Bahagian dada ayam adalah bahagian yang paling elok untuk dimakan ketika diet namun ianya tidaklah sesedap bahagian ayam yang lain.