loader image

Autoriti Informasi Wanita

11 Faktor Kerap Sembelit Dan Cara Mengatasinya

11 Faktor Kerap Sembelit Dan Cara Mengatasinya
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

11 Faktor Kerap Sembelit Dan Cara Mengatasinya

Sembelit adalah keadaan di mana anda sukar untuk membuang air besar dan kekerapan seseorang itu membuang air besar menjadi kurang. Ianya merupakan satu gejala bukannya penyakit yang serius. Setiap orang pasti pernah mengalami masalah sembelit ini dalam kehidupan mereka.

Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada kanak-kanak malah ia juga merupakan salah satu masalah kesihatan yang dihadapi oleh orang dewasa. Jika anda sering mengalami masalah ini, penting untuk anda mengetahui punca dan faktornya supaya anda dapat mengelakkannya daripada terus berlaku pada masa akan datang.

Oleh itu, hari ini saya akan kongsikan punca-punca yang menjadi sebab berlakunya sembelit ke atas diri anda.

Kurang Mengambil Serat Dalam Diet Seharian

11 Faktor Kerap Sembelit Dan Cara Mengatasinya

Makanan berserat merupakan kumpulan makanan yang sangat penting kepada tubuh manusia. Sering mengalami sembelit ini merupakan salah satu daripada kesan yang akan dialami oleh badan jika anda tidak mengambil serat yang secukupnya dalam pemakanan diet seharian anda.

Jadi, sekiranya anda sering sembelit, pastikan anda tingkatkan pengambilan serat dalam makanan anda. Sumber serat yang terbaik adalah bijirin oat, roti wholemeal, sayuran hijau dan juga buah-buahan.

Trauma Kerana Proses Bersalin

Ibu yang baru melalui proses bersalin mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mengalami sembelit. Keadaan ini berlaku disebabkan ibu tersebut masih trauma akan proses bersalin dan kesakitan yang dialaminya sepanjang proses tersebut. Trauma yang dialami ini akan menyebabkan ibu tersebut takut untuk membuang air besar.

Sekiranya perkara ini berlarutan, ia akan menyebabkan najis menjadi keras sekaligus menyebabkan berlakunya sembelit. Akan tetapi keadaan ini akan kembali seperti biasa selepas trauma hilang dalam diri.

Kurang Makan Herba Dan Rempah Ratus

11 Faktor Kerap Sembelit Dan Cara Mengatasinya

Kurang pengambilan herba dan rempah ratus juga boleh menjadi antara punca anda mengalami sembelit. Hal ini adalah kerana herba dan rempah ratus berfungsi untuk membantu memproses penghadaman dan mengeluarkan toksin yang terkumpul dalam organ anda seperti hati, perut, buah pinggang dan juga limpa.

Cara untuk mengatasinya, anda perlu tingkatkan penggunaan herba dan rempah ratus seperti halia, cili merah, kunyit, jintan manis, halda campur dan juga daun ketumbar ke dalam masakan anda.

Protein Yang Berlebihan Dalam Diet Seharian

Selain itu, pengambilan protein yang berlebihan juga boleh menjadi faktor anda sering mengalami sembelit. Protein yang berlebihan ini akan menyebabkan najis anda menjadi keras lalu menyebabkan anda susah untuk membuang air besar. Jadi, anda perlu mengurangkan pengambilan protein dan melebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan dalam pemakanan harian anda.

Kurang Minum Air Kosong

11 Faktor Kerap Sembelit Dan Cara Mengatasinya

Kekurangan minum air kosong merupakan faktor sembelit yang paling kerap berlaku. Apabila anda tidak minum air kosong dengan secukupnya setiap hari, badan anda akan mengalami kekeringan dan kekurangan cecair. Kesannya, usus anda akan menyerap air secara berlebihan daripada najis anda dan menyebabkan najis anda menjadi keras.

Oleh itu, anda perlu memastikan badan anda cukup air dengan meminum air secukupnya bagi mengelakkan najis anda menjadi keras. Minum lapan gelas air sehari untuk kekal hidrasi.

Tekanan Perasaan Atau Stres

Tekanan perasaan ataupun stres ini juga boleh menjadi punca anda sukar untuk membuang air besar. Keadaan ini berlaku kerana semasa anda stres, hormon di dalam badan anda menjadi tidak stabil dan terganggu.

Stres dan tekanan perasaan ini juga akan menyebabkan sistem tubuh badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik termasuklah sistem penghadaman dan sistem pencernaan. Apabila kedua-dua sistem ini tidak dapat berfungsi dengan baik, maka anda akan mengalami masalah sembelit yang teruk. Jadi, kawal stres anda supaya ianya tidak menjadi terlalu serius sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan anda.

Kurang Zat Besi Dalam Badan

11 Faktor Kerap Sembelit Dan Cara Mengatasinya

Kekurangan zat besi dalam badan juga boleh menjadi salah satu faktor sembelit. Apabila tubuh badan anda kekurangan zat besi, ianya akan membuatkan najis anda menjadi keras dan berketul. Najis yang keras ini akan membuatkan anda sukar untuk membuang air besar. Anda juga akan menjadi kurang bertenaga untuk meneran.

Masalah ini sering terjadi kepada ibu yang sedang mengandung memandangkan bayi dalam kandungan anda menyerap kesemua zat dan khasiat dari badan ibu.

Untuk mengelakkan najis anda menjadi keras, anda boleh meningkatkan zat besi dalam pemakanan diet seharian anda. Antara sumber zat besi yang elok adalah pedal ayam, hati ayam, hati lembu, ikan bilis, kerang, tiram, bayam, kekacang, tomato dan juga jambu batu.

Kurang Melakukan Senaman

Punca sembelit yang lain termasuklah kurang bersenam, terlalu banyak duduk dan tidak melakukan banyak pergerakan. Tidak mengamalkan gaya hidup yang aktif akan menyebabkan masalah pergerakan usus yang perlahan sekaligus membuatkan najis menjadi keras.

Untuk mengelakkan daripada berlakunya sembelit, anda perlu rajin untuk bergerak dan mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam.

Peningkatan Usia

11 Faktor Kerap Sembelit Dan Cara Mengatasinya

Faktor peningkatan usia juga berkemungkinan adalah salah satu sebab anda mengalami sembelit dengan kerap lagi-lagi golongan tua dan warga emas. Keadaan ini mungkin berlaku disebabkan usia yang semakin tua yang membuatkan badan menjadi semakin lemah.

Malah, organ dalaman termasuklah sistem penghadaman tidak lagi dapat berfungsi dengan baik. Jadi, sekiranya anda seorang yang sudah berusia dan sering mengalami sembelit, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan minum air secukupnya setiap hari.

Jarang Membuang Air Besar

Sesetengah orang suka menahan diri daripada membuang air besar dalam tempoh yang lama. Kadang-kadang sehingga berhari-hari tidak membuang air besar. Hal ini kebiasaannya berlaku kepada golongan kanak-kanak. Tabiat ini tidak elok kerana ia akan menyebabkan najis anda menjadi keras lalu terjadinya sembelit.

Di samping itu juga, angin yang terlalu banyak dalam badan juga akan membuatkan anda susah untuk membuang air besar. Angin yang terlalu banyak dalam badan akan menyebabkan berlakunya masalah penghadaman, kekejangan perut dan kembung perut. Anda perlu mengeluarkan angin dalam badan anda untuk mengelakkan daripada berlakunya sembelit.

Ketidakstabilan Hormon

11 Faktor Kerap Sembelit Dan Cara Mengatasinya

Hormon yang serabut dalam tubuh badan boleh menjadi salah satu punca berlakunya sembelit. Sebagai contoh, ibu yang baru lepas melahirkan anak akan mengalami perubahan hormon secara mendadak. Ia akan menyebabkan ramai ibu dalam keadaan patang mengalami masalah sembelit.

Sekiranya sembelit yang anda alami berpunca daripada ketidakstabilan hormon, sembelit anda akan hilang dengan sendirinya setelah hormon anda kembali stabil.