loader image

Autoriti Informasi Wanita

13 Cara Menghilangkan Bekas Luka Di Kaki Secara Natural

13 Cara Menghilangkan Bekas Luka Di Kaki Secara Natural
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

13 Cara Menghilangkan Bekas Luka Di Kaki Secara Natural

Bekas parut atau luka di kaki sememangnya menjadi penghalang dan sangat mengganggu penampilan anda sebagai seorang wanita. Bagi anda yang gemarkan fesyen pasti merasakan ianya boleh terhadkan gaya pilihan anda. Bagi wanita mahupun lelaki, pasti ada waktu anda ingin bergaya dengan skirt atau seluar pendek akan tetapi bekas luka membuatkan anda mengabaikan niat anda. Banyak cara menghilangkan bekas luka di kaki yang anda boleh gunakan secara natural.

Setiap orang pasti memiliki bekas luka baik di kaki ataupun di tempat lain di tubuh. Ada sesetengah bekas luka yang mudah untuk hilang dan ada yang susah untuk dihilangkan. Secara amnya, bekas luka yang susah untuk dihilangkan ini adalah kerana ketika luka itu sedang dalam proses pengeringan dan terasa gatal, ianya digaru dan akhirnya meninggalkan bekas luka.

Kebiasaannya orang merawat bekas luka ini dengan menggunakan ubat krim yang terdapat di pasaran. Akan tetapi, memakai ubat krim ini berkemungkinan akan meninggalkan bekas yang lebih teruk lagi akibat bahan kimia yana terdapat di dalamnya. Jadi, daripada menggunakan bahan kimia ini yang belum tentu lagi hasilnya, apa kata anda mencuba beberapa cara menghilangkan bekas luka di kaki ini menggunakan bahan semula jadi.

Limau Nipis

13 Cara Menghilangkan Bekas Luka Di Kaki Secara Natural

Buah limau nipis ini sangat kaya dengan antioksida dan vitamin C. Oleh itu, ianya sangat baik untuk menghilangkan bekas luka kerana ia akan membantu membuang sel kulit mati yang membuatkan bekas luka di kaki semakin menghitam.

Cara menggunakannya mudah sahaja dengan menyediakan sebiji buah limau nipis. Potong kepada dua bahagian dan gosokkan pada kulit secara merata. Biarkannya selama 30 minit kemudian bilasnya dengan air bersih. Dengan menggunakan limau nipis ini, anda juga boleh menggunakannya untuk memutihkan semula kulit yang sunburn.

Lemon

Lemon merupakan antara buah yang paling kaya dengan antioksida dan vitamin C. Bukan itu sahaja, dalam lemon juga mengandungi alpha hydroxy acid yang dapat melawan radikal bebas yang ada pada kulit sehingga bekas luka pada kaki akan pudar. Hanya perlu sapukan perahan air lemon pada bekas luka di kaki anda dan bekas luka akan secara pudar kerana lemon merupakan alat bleaching yang semula jadi.

Daun Pudina

13 Cara Menghilangkan Bekas Luka Di Kaki Secara Natural

Daun pudina ini adalah aromaterapi yang sangat mujarab dan ianya juga dapat digunakan sebagai cara menghilangkan bekas luka secara semula jadi. Caranya sangat mudah, hanya tumbuk beberapa helai daun pudina kemudian sapukannya pada bekas luka.

Madu

Cara menghilang bekas luka di kaki yang lain adalah madu dapat mencerahkan kulit kerana ianya kaya dengan antioksida dan juga dapat membuang kulit mati. Caranya adalah dengan mengambil satu sudu madu dan sapukannya pada bekas luka di kaki. Biarkannya selama 30 minit dan bilas dengan air yang bersih.

Putih Telur

13 Cara Menghilangkan Bekas Luka Di Kaki Secara Natural

Putih telur dipercayai kaya akan protein dan sumber mikronutrien yang dapat digunakan sebagai cara untuk menghilangkan bekas luka di kaki dengan mudah dan cepat. Anda hanya perlu pisahkan putih telur dari kuning telur kemudian sapu putih telur tersebut pada bekas luka. Untuk mengelakkan bau hamis, anda boleh menambahkan satu sudu air perahan limau nipis ataupun lemon.

Timun

Selain itu, timun juga kaya dengan mineral dan vitamin yang penting dan dapat ianya dapat digunakan sebagai cara untuk menghilangkan bekas luka yang hitam di kaki dengan cepat. Cara memutihkan semula bekas luka ini secara semula jadi dengan menggunakan timun adalah dengan menghiris timun dengan nipis. Gosokkannya di kawasan bekas luka dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air sehingga bersih.

Lidah Buaya

Lidah buaya sering menjadi kegunaan untuk merawat jerawat, rambut serta mencerahkan kulit. Namun, lidah buaya juga sebenarnya sangat elok dan boleh digunakan untuk menghilangkan bekas luka di kaki dengan cepat dan mudah. Caranya, ambil gel lidah buaya yang terdapat di tengahnya dan sapukan secara merata pada bekas luka. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan menggunakan air bersih.

Buah Mengkudu

13 Cara Menghilangkan Bekas Luka Di Kaki Secara Natural

Buah mengkudu pula mempunyai kandungan antioksida yang tinggi sehingga ianya dapat digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan bekas luka di kaki secara mudah dan semula jadi. Anda hanya perlu hiris buah mengkudu tersebut dan dimasaknya. Kemudian, sapukannya pada bekas luka anda.

Halia

Halia sememangnya sudah cukup terkenal sebagai cara untuk menghilangkan bekas luka di tangan dan kaki. Caranya adalah dengan membuat ramuan beras halia. Pertama sekali, sediakan satu genggam beras yang telah direndam selama 7 minit dan tambahkan 4 biji halia. Tumbuk kedua-dua bahan tersebut sehingga halus dan tambahkan sedikit air sehingga menjadi seperti pes. Kemudian, anda boleh letakkannya terus pada bekas luka anda.

Air Kelapa

Air kelapa juga dapat menghilangkan bekas luka dengan baik dan ianya ternyata berkesan untuk digunakan. Caranya, anda perlu sediakan air kelapa secukupnya. Gunakan air kelapa tersebut untuk membasuh bekas luka anda. Biarkannya untuk beberapa saat kemudian bilas dengan air bersih.

Minyak Zaitun

13 Cara Menghilangkan Bekas Luka Di Kaki Secara Natural

Di dalam minyak zaitun terdapat zat linoleic acid yang dapat membantu untuk memudarkan bekas luka yang hitam di kaki. Di samping itu, minyak zaitun juga turut mengandungi antioksida yang dipanggil polifenol yang membantu melindungi sel-sel dari ancaman kerosakan. Caranya adalah dengan menyediakan satu sudu minyak zaitun dan satu sudu madu. Campurkan kedua-duanya bersama sehingga sebati. Kemudian, sapukannya pada bekas luka anda.

Teh Hijau

Jangan tidak tahu, teh hijau juga boleh digunakan sebagai cara untuk menghilangkan bekas luka dan parut di kaki dengan berkesan. Teh hijau ini banyak manfaatnya terutama sekali untuk kesihatan. Jadi, tidak ada salahnya anda mencuba untuk menggunakan teh hijau sebagai salah satu cara menghilangkan bekas luka di kaki anda.

Caranya adalah dengan menggunakan hampas teh hijau dan gosokkannya pada bekas luka anda. Amalkannya secara rutin setiap hari untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan dengan cepat.

Daun Jarak

Akhir sekali, cara menghilangkan bekas luka pada kaki ada dengan menggunakan daun jarak. Malah ianya juga baik untuk menyembuhkan luka. Ini adalah kerana getah daun jarak ini memiliki sifat semula jadi yang dapat mempercepatkan pembekuan darah dan menghentikan pendarahan sehingga luka akan menjadi lebih cepat kering dan juga lebih cepat sembuh. Anda hanya perlu sediakan beberapa helai daun jarak kemudian direbusnya. Kemudian, basuhkan air rebusan daun jarak tersebut pada bekas luka anda.

Bekas luka boleh muncul akibat luka terbakar, jerawat, gatal-gatal alergi ataupun luka yang lainnya. Untuk menghilangkan bekas luka pada dasarnya memerlukan waktu yang agak lama mengikut keparahan luka yang dialami walaupun menggunakan ubat atau krim di pasaran.

Tetapi, anda juga boleh menggunakan bahan semula jadi ini untuk memudarkan bekas luka anda tanpa mengalami kesan sampingan dan ianya jug apasti lebih berkesan.