loader image

Autoriti Informasi Wanita

15 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan

15 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

15 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan

Ulser mulut ataupun dikenali sebagai mata ikan ini sangat memeritkan. Ianya boleh berlaku pada bahagian bibir, gusi, pipi malah di bahagian tekak juga. Ianya boleh membuatkan anda kurang selesa dan sesetengah orang mengelakkan untuk makan kerana ianya akan menambahkan keperitan dan kepedihan sekiranya terkena ulser tersebut.

Ulser di mulut ini kebiasaannya muncul kerana badan kekurangan vitamin B12, vitamin C atau juga kekurangan zat besi selain dehidrasi kerana tidak meminum air secukupnya. Ia juga boleh berlaku akibat daripada sering makan makanan yang pedas dan masam. Jadi, hari ini saya akan kongsikan cara-cara yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan ulser di mulut.

Air Garam

15 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan

Anda boleh menggunakan air garam untuk menghilangkan ulser mulut anda. Berkumur dengan air garam merupakan petua yang paling popular digunakan dan ianya ternyata berkesan. Ini kerana, air garam mengandungi magnesium, kalium, kalsium dan juga natrium yang dapat membantu untuk mempertingkatkan hidrasi tubuh badan. Akan tetapi, tidak ramai yang berani untuk berkumur dengan air garam ini kerana ianya sangat perit apabila terkena pada ulser.

Kandungan sodium klorida yang terdapat di dalam air garam ini dapat membantu menyembuhkan ulser dengan cepat. Caranya mudah sahaja, ambil satu sudu garam dan larutkannya ke dalam secawan air panas sehingga ianya menjadi laruta garam. Kumur dan fokuskan air garam ke tempat ulser. Jangan bilas dengan air biasa kerana ianya akan menghilangkan kesan air garam tersebut. Ulang sekerap mungkin sehingga ulser hilang.

Gel Oral

Selain daripada berkumur dengan air garam, anda juga boleh menggunakan gel oral seperti Bonjela ataupun Oral Aid. Gel oral ini boleh didapati di farmasi. Kebiasaannya gel oral berasa sejuk apabila disapu di tempat ulser. Mungkin anda akan berasa sedikit pedih akan tetapi ianya tidaklah sepedih berkumur dengan air garam.

Gel oral ini mengandungi anesthetic lidocaine iaitu agent yang akan menyebabkan bibir anda menjadi kebas untuk mengurangkan sakit akibat ulser tersebut. Anesthetic lidocaine ini akan membantu ulser untuk sembuh dengan cepat.

Larutan Antiseptik

Larutan antiseptik ini adalah seperti Listerine ataupun Colgate Mouthwash. Ianya bukan sahaja dapat membantu menghilangkan ulser di mulut malah ianya juga dapat mencegah bakteria daripada menjangkiti ulser. Anda boleh berkumur sekerap mungkin sehingga ulser anda hilang.

Air Kosong

15 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan

Salah satu sebab ulser mulut muncul kerana anda kurang minum air. Apabila anda tidak minum air dengan secukupnya, badan anda akan menjadi kering, panas dan dehidrasi maka ulser pun mudah tumbuh dalam mulut. Jadi, apabila terdapat ulser di dalam mulut, pastikan anda minum air kosong secukupnya supaya ulser cepat hilang dan dapat mengelakkan ulser baru daripada tumbuh.

Margerine

Selain menggunakan margerine untuk makanan, ianya juga mampu untuk menghilangkan ulser di mulut. Orang-orang tua selalu menggunakan teknik ini. Hanya perlu ambil margerine dengan hujung jari kemudian sapukannya pada ulser tersebut. Biarkan margerine tersebut sehingga cair dan hilang. Anda juga tidak perlu risau sekiranya anda tertelannya.

Ubat Gigi

15 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan

Selain daripada menggunakan margerine, orang-orang tua juga suka menggunakan ubat gigi ini menghilangkan ulser. Ubat gigi terdapat pudina yang dapat mematikan kuman yang menjadi punca munculnya ulser. Pudina dapat membasmi bakteria kerana ianya bersifat anti-inflammatory dan anti-viral. Dengan menggunakan ubat gigi ini, ulser anda akan cepat hilang. Namun, anda perlu berhati-hati supaya tidak tertelan ubat gigi.

Minyak Vitamin E

Sekiranya anda mengambil suplemen vitamin E dalam bentuk kapsul, anda boleh menggunakan minyak tersebut untuk disapukan kepada ulser anda. Caranya, ambil sebiji kapsul vitamin E dan cucuk kapsul tersebut dengan jarum ataupun hujung pisau untuk memecahkan kapsulnya. Kemudian, picit keluar vitamin E dari kapsul. Seterusnya, sapukan minyak tersebut pada ulser dan biarkannya sehingga kering.

Uncang Teh

15 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan

Uncang teh ini sememangnya sangat bemanfaat untuk kegunaan kesihatan dan juga merawat ulser di mulut. Teh mengandungi asid tanik yang berfungsi untuk membunuh bakteria dan menghindarkan daripada berlakunya jangkitan pada ulser.

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu rendah satu uncang teh sehingga ianya kembang. Angkat dari air panas dan biarkannya menjadi suam. Kemudian, tekapkan uncang teh pada ulser tersebut dan biarkannya sehingga uncang teh menjadi sejuk. InshaAllah ulser anda akan mengecut sekiranya anda tuam dengan kerap.

Baking Soda

Semua dapur pasti mempunyai baking soda ini kan? Kalau anda tidak jumpa bahan lain, anda boleh gunakan baking soda ini untuk menghilangkan ulser mulut. Baking so da ini juga sangat baik untuk merawat kulit wajah. Terdapat dua cara untuk anda aplikasikan baking soda pada ulser iaitu; ambil sedikit baking soda dengan hujung jari dan letakkan pada ulser. Biarkan seketika kemudian berkumur dengan air biasa.

Ataupun, anda boleh mengambil sedikit baking soda dan campurkan sedikit air sehingga ianya menjadi pes. Letakkan pes tadi pada ulser, biarkan seketika kemudian berkumur dengan air biasa.

Lidah Buaya

15 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan

Lidah buaya merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiatnya dan ianya juga dipercayai mampu untuk menghilangkan ulser di mulut dengan cepat selain dapat merawat jerawat di muka. Ianya mempunyai sebatian yang dipanggil sebagai polisakarida yang berupaya untuk menyembuhkan pelbagai gangguan pencernaan dan juga ulser.

Untuk dapatkan kesan yang maksimum, anda dinasihatkan untuk menggunakan gel lidah buaya dari pokok bukannya yang dibeli di farmasi. Ini keranam gel lidah buaya dari pokok adalah 100% semulajadi tanpa sebarang bahan kimia yang berbahaya dan bahan pengawet. Caranya, ambil sebatang lidah buaya, buangkan kulitnya dan ambil isi jelinya. Ambil jeli tersebut dan sapukan terus pada ulser.

Madu

Madu adalah makanan sunnah yang mempunyai banyak khasiat. Sifat anti bakteria yang terdapat pada madu membuatkannya mampu untuk menghilangkan ulser dengan cepat dan berkesan. Anda hanya perlu mengambil sedikit madu dengan hujung jari anda dan sapukannya pada ulser tersebut.

Madu Dan Kunyit

Anda juga boleh mencampurkan sedikit kunyit ke dalam madu sebelum di sapukan ke tempat ulser. Kunyit mempunyai komponen antimikro yang dapat membantu anda dalam melawan jangkitan bakteria di dalam badan. Ia juga mampu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.

Caranya, ambil setengah sudu kecil madu dan sedikit serbuk kunyit. Campurkan kedua-duanya sehingga sebati. Kemudian, sapukannya pada ulser dan biarkannya seketika. Anda tidak perlu bilas sebaliknya biarkannya kekal di mulut. Anda juga boleh menggunakan jamu asam kunyit yang mempunyai banyak manfaatnya..

Air Kelapa Muda

15 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan

Jangan tidak tahu, air kelapa muda juga boleh mengecutkan ulser di mulut selain dapat menyejukkan badan anda. Anda boleh minum air kelapa muda ini sekerap mungkin untuk menyejukkan badan anda yang panas sehingga menyebabkan munculnya ulser.

Lemon

Lemon bertindak sebagai agent anti-bakteria kerana ianya kaya dengan vitamin C yang dapat membantu untuk melawan kuman dan bakteria. Lemon juga boleh mempercepatkan proses pencernaan dengan memperbanyakkan penghasilan air liur dan asid perut.

Yogurt

15 Cara Hilangkan Ulser Mulut Dengan Cepat Dan Berkesan

Yogurt juga didapati dapat membantu untuk menghilangkan ulser di mulut. Ini kerana, yogurt mengandungi acidopjilus yang mampu intuk menjaga keseimbangan bakteri di dalam mulut dan badan. Oleh itu, ianya berpotensi untuk menghilangkan ulser dengan cepat.