loader image

Autoriti Informasi Wanita

15 Cara Mengecilkan Lengan Dan Hilangkan Lemak Berlebihan

15 Cara Mengecilkan Lengan Dan Hilangkan Lemak Berlebihan
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

15 Cara Mengecilkan Lengan Dan Hilangkan Lemak Berlebihan

Bahagian lengan merupakan anggota tubuh yang sering menjadi tempat tumpuan pengumpulan lemak selain perut dan paha. Ianya mengakibatkan lengan kelihatan besar dan menggeleber. Mempunyai lengan yang menggeleber ini pasti membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Ini kerana ianya akan membuatkan tubuh kelihatan gemuk dan nampak tidak proporsional. Banyak cara mengecilkan lengan yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat.

Tetapi sebelum itu, sudahkah anda tahu penyebab lengan mudah berlemak dan bergeleber? Untuk pengetahuan anda, lengan sememangnya merupakan bahagian tubuh yang akan mudah membesar ketika seseorang itu mengalami kenaikan berat badan. Ianya disebabkan oleh kekurangan aktiviti fizikal dan tidak melakukan senaman secara teratur sehingga menyebabkan akumulasi lemak dalam tubuh terutama sekali bahagian lengan.

Tambahan usia juga merupakan antara faktor yang mempengaruhi lemak di lengan. Orang yang berumur 20 tahun ke atas akan lebih cenderung menyimpan lebih banyak lemak dan otot mulai menurun. Tahap metabolisme juga akan menurun seiring pertambahan usia. Ini bermakna tubuh akan membakar kalori lebih sedikit daripada waktu remaja.

Cara mengecilkan lengan dan menghilangkan lemak berlebihan mempunyai dua jenis iaitu melakukannya dengan senaman ataupun tanpa senaman. Saya akan kongsikan kedua-dua cara ini di sini.

Push Up Sempurna

Push up merupakan salah satu gerakan senaman umum yang boleh dilakukan baik lelaki mahupun perempuan. Ianya boleh dilakukan di mana sahaja dan tidak memerlukan sebarang alat. Sekiranya anda melakukan push up secara rutin, lengan anda pasti akan semakin mengecil dan tidak akan menggeleber. Push up dapat membantu menegangkan lengan atas dengan membakar lemak di bahagian tersebut.

Push Up Lutut

Push up lutut berlainan sedikit dengan push up sempurna kerana ianya tertumpu pada lutut. Latihan senaman ini sangat sesuai buat anda yang merasakan tidak mampu untuk melakukan push up sempurna. Caranya mudah sahaja, posisikan tubuh seperti anda melakukan push-up sempurna, tetapi dengan lutut sebagai tumpuannya. Untuk keselesaan anda, letakkan alas yang empuk pada bahagian lutut anda ketika melakukannya.

Push Up Dinding

Kalau anda rasa push up sempurna dan push up lutut agak sukar untuk anda lakukan, cuba anda lakukan push up dinding ini. Ini kerana, tenaga yang dikeluarkan jauh lebih kecil berbanding dengan push up yang lain. Push up dinding ini juga sesuai dilakukan bagi anda yang baru memulakan aktiviti senaman. Caranya sedikit berbeza di mana anda tidak perlu berbaring pada lantai sebaliknya hanya menghadap dinding. Kemudian, lakukan push up pada dinding sebanyak 10 kali.

Counter Push Up

Selain itu, anda juga boleh mencuba membuat counter push up iaitu menjadikan meja sebagai tumpuan. Ianya sama seperti melakukan push up sempurna cuma tumpuannya adalah meja. Lakukan counter push up ini pada meja yang tidak bergerak.

Lompat Tali

Cara mengecilkan lengan seterusnya adalah dengan melakukan lompat tali. Senaman mudah ini memiliki banyak manfaatnya untuk tubuh badan anda. Ianya boleh membuatkan lengan anda lebih ramping serta membantu mengecilkan lengan. Senaman yang kedengaran seperti permainan ini terbukti sangat efektif untuk mengecilkan lengan dan membuang lemak di badan. Sekiranya anda melakukannya secara rutin, lemak di lengan anda pasti akan berkurangan.

Barbel Dan Weighted Punch

Barbel juga boleh digunakan sebagai salah satu cara mengecilkan lengan. Anda hanya memerlukan barbel yang anda mampu untuk mengangkatnya. Mulakan dengan barbel 1 kg dan tingkatkan beratnya mengikut kemampuan anda setiap minggu.

Selain itu, mengangkat weighted punch juga boleh membantu untuk mengurangkan lemak di bahagian lengan. Anda memerlukan dua buah barbel sebagai pemberat yang dipegang menggunakan kedua-dua tangan anda. Seterusnya, layangkan tangan anda seperti sedang bertinju secara bergantian tangan kanan dan kiri. Lakukannya sehingga lengan anda terasa lelah.

Bench Dips

Melakukan bench dips juga dapat membantu mengecilkan lengan anda. Anda hanya memerlukan meja atau apa pun yang tidak bergerak. Kemudian, pegang hujung meja tersebut dengan kedua tangan anda menghadap ke belakang. Posisikan tubuh anda pada posisi duduk.

Angkat punggung anda dan majukan beberapa sentimeter ke hadapan bersama kaki anda. Luruskan tangan dan angkat tubuh anda pada posisi semula. Tekuk lengan anda ke 90 darjah dan tahan sehingga kiraan ke 8. Angkat dan lakukannya secara rutin.

Gerakan Memutar Tangan

Jika anda merasakan melakukan push up sedikit membebankan, anda boleh melakukan gerakan memutar tangan ini sebagai satu cara mengecilkan lengan anda. Ianya sangat mudah tetapi masih mampu untuk mengecilkan lengan. Anda perlu rentangkan kedua tangan lalu putarkan kedua-dua tangan anda sebanyak 50 kali. Lakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

Gerangan Menggunting

Selain itu, gerakan menggunting juga merupakan salah satu cara mengecilkan lengan. Rentangkan kedua tangan dan kaki anda lalu silangkan tangan dan kaki bersama. Lakukannya secara berulang kali.

Pull Up

Senaman ringan yang seterusnya yang anda boleh lakukan adalah dengan melakukan pull up. Anda hanya perlukan palang yang lebih tinggi daripada anda. Pegang palang berkenaan menggunakan kedua tangan anda dengan erat. Kemudian, mulakan mengangkat badan anda secara perlahan. Tahan selama 8 saat atau lapan hitungan kemudian turun dan lakukan secara rutin.

Berenang

Berenang sebenarnya adalah senaman yang memerlukan keseluruhan badan untuk melakukan pergerakan. Jadi, berenang adalah salah satu cara mengecilkan lengan, menghilangkan lemak dan menurunkan berat badan yang paling terbaik. Anda boleh melakukan aktiviti berenang ini sebanyak dua kali seminggu supaya lebih cepat lengan anda akan mengecil.

Boxing

Boxing boleh dikategorikan sebagai senaman high intensity interval training (HIIT) di mana ia melatih keseluruhan badan kita sama seperti berenang. Ia melatih tubuh bahagian atas sekaligus membantu menegangkan lengan anda. Ini kerana boxing banyak menggunakan pergerakan tangan dan lengan. Oleh itu, ianya boleh membantu untuk membakar lemak di bahagian tersebut.

Menari

Sekiranya anda suka melakukan aktiviti dengan menggunakan muzik, anda boleh mencuba untuk menari sebagai cara mengecilkan lengan anda. Tahukah anda, dengan menari selama 30 minit sehari boleh menghapuskan lemak di lengan? Cara ini tidak menyakitkan dan ianya sangat menyeronokkan. Selain itu, anda juga boleh mencuba aktiviti seperti zumba atau senamrobik untuk menghilangkan lemak di badan.

Makan Makanan Yang Sihat

Di samping anda melakukan senaman untuk membakar lemak di dalam tubuh anda, anda juga perlu menjaga dan mengawal kalori anda. Anda harus mengambil tahu jumlah kalori makanan anda. Fokus pada kualiti makanan berbanding kuantiti. Makan makanan yang sihat dan elakkan makanan yang mengandungi lemak kerana ia akan menambahkan kandungan lemak dalam badan anda.

Minum Air Mineral Dengan Banyak

Untuk menjalani hidup yang sihat, anda perlu rajin minum air mineral sebanyak 8 gelas sehari secara rutin. Tahukah anda, 70% bahagian lengan terdiri daripada air dan selebihnya adalah otot. Anda harus tahu mengawal pengambilan air dan hidrasi badan anda.

Kekalkan hidrasi diri anda untuk mengeluarkan toksin daripada badan dan memecahkan timbunan lemak dalam tubuh serta meningkatkan sistem metabolisme dalam badan anda. Cara ini akan melancarkan sistem pencernaan sehingga lemak tidak dapat berkumpul dan tertimbun dalam tubuh anda.

Jangan lupa untuk baca artikel-artikel yang lain di sini.

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Setiap orang pasti inginkan bentuk badan yang ideal. Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan badan yang ideal. Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan anda ataupun nama lainnya mengamalkan diet yang seimbang.

Apabila sebut tentang diet, mesti ramai yang merasakan ianya menyeksakan kerana banyak pantang larang. Jadi, hari ini saya akan kongsikan makanan yang anda boleh makan ketika mengamalkan diet supaya anda tidak rasa terseksa.

Sup

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, anda digalakkan untuk memakan makanan bersup. Ini kerana ianya akan mengenyangkan anda dengan lebih cepat. Banyakkan sup, daging dan sayur-sayuran dalam menu anda. Dengan makan kesemua makanan sihat tersebut, anda akan mudah kenyang dan secara tidak langsung, anda akan kurang untuk makan nasi.

Makanan Yang Dibakar

Makanan yang dibakar atau dipanggang adalah jauh lebih sihat dan baik berbanding memakan makanan yang digoreng mahupun bergulai. Kandungan kalorinya juga sangat berbeza antara satu sama lain.

Tambahan pula, memasak dengan cara memanggang ataupun membakar ini sememangnya lebih mudah dan sangat menjimatkan. Ini kerana ia tidak menggunakan minyak yang banyak.

Makanan Yang Distim

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Makanan yang dimasak secara stim ini adalah paling elok untuk anda yang sedang berusaha untuk mengurus dan menurunkan berat badan. Ini kerana, makanan yang distim ini tidak menggunakan minyak langsung. Jadi ianya sangat baik untuk kesihatan.

Makanan Yang Dikukus

Selain daripada makanan yang dipanggang ataupun distim, makanan yang dikukus juga sangat elok untuk kesihatan kerana ianya kurang kalori. Kurang kalori bermakna ianya baik untuk anda yang ingin mengamalkan diet. Makanan yang dikukus ini juga senang untuk dimasak.

Cuka Epal

Bagi anda yang ingin menguruskan badan dan mengamalkan diet yang sihat, jangan lupa untuk mengamalkan minum cuka epal. Cuka epal ataupun lebih dikenali dengan apple cider vinegar bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam menu diet. Cuka epal ini dapat membantu meningkatkan metabolisme dan sekaligus akan mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Selepas anda bangun, minum satu gelas air kosong dan diikuti oleh satu gelas air kosong yang dicampur dengan satu sudu cuka epal. Amalkannya juga sebelum anda masuk tidur. Lakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh jadikan cuka epal sebagai salad dressing.

Roti Wholemeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Roti wholemeal merupakan roti yang paling menyihatkan dan membantu anda untuk kurus jika dibandingkan dengan roti putih. Mungkin ianya kurang enak berbanding roti putih biasa, akan tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan rasanya. Roti wholemeal mempunyai indeks glisemik rendah yang menjadikannya makanan untuk diet yang patut ada di dapur anda.

Beras Perang

Makanan untuk diet yang seterusnya adalah beras perang. Diet tidak bermakna anda tidak boleh makan nasi. Anda boleh makan nasi tetapi anda perlu mengurangkan sukatan nasi anda. Sukatan yang disarankan adalah sebesar satu penumbuk untuk setiap pinggan. Jika anda inginkan hasil yang lebih cepat, tukarkan beras anda kepada beras perang.

Stevia / Gula Tanpa Kalori / Gula Perang

Tukarkan gula putih anda kepada stevia iaitu pemanis makanan tanpa kalori yang diekstrak daripada daun spesis tumbuhan stevia rebaudiana. Stevia datang dalam bentuk cecair dan rasanya juga tidak ubah seperti gula.

Selain itu, anda juga boleh gantikan gula putih anda dengan gula tanpa kalori seperti Pal Sweet atau Equal. Rasanya mungkin tidak sesedap gula biasa tetapi ianya sangat menyihatkan dan membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat.

Gula perang juga merupakan alternatif yang anda boleh gunakan untuk menggantikan gula putih. Rasanya sama seperti gula putih tetapi kalorinya jauh lebih rendah.

Madu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Anda juga boleh menggunakan madu sebagai pengganti gula putih. Lemak kebiasaannya akan berkumpul menjadi sumber yang tidak digunakan di dalam badan menjadikan berat badan meningkat.

Dengan meminum madu, lemak-lemak ini akan dibakar untuk membekalkan tenaga untuk aktiviti harian. Amalkannya secara rutin untuk dapatkan hasil yang maksimum. Madu juga turut membantu sistem penghadaman, maka ianya dapat membantu dalam pengurangan berat badan.

Kurma

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang sangat sesuai untuk diambil ketika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi kandungan gula dan kalori yang rendah namun ianya merupakan energy booster yang sangat bagus.

Telur

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Telur juga merupakan makanan untuk diet yang sesuai untuk diamalkan. Ini kerana telur mengandungi protein yang tinggi serta mengandungi lemak sihat yang sangat bagus untuk anda yang sedang berdiet. Jumlah kalori yang terdapat dalam telur tidak banyak, akan tetapi ianya boleh membuatkan anda cepat kenyang dan tahan lebih lama.

Plain Yogurt

Satu lagi makanan untuk diet yang anda wajib amalkan adalah yogurt. Pengambilan yogurt setiap hari dapat menghalang badan anda daripada menyerap hormon leptin yang merupakan antara punca utama obesiti. Yogurt memiliki kandungan gula yang sangat rendah. Kandungan vitamin dan seratnya pula sangat tinggi. Walaupun yogurt diperbuat daripada susu, namun ianya sangat elok untuk diamalkan ketika diet.

Avokado

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Avokado sangat kaya dengan lemak sihat yang dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Selain rasanya yang sedap, avokado mengandungi banyak serat yang tidak akan membuatkan perut anda buncit.

Salad Sayur

Salad sayur ini mesti ramai yang mengamalkannya ketika diet. Selain rasanya yang sedap dengan tambahan salad dressing, salad membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Salad mengandungi nutrisi dan vitamin yang memang sangat baik untuk kesihatan badan. Salad seperti tomato, timun dan kale sangat kaya dengan serat serta rendah kalori.

Oatmeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Oatmeal merupakan makanan wajib yang anda harus amalkan ketika anda berdiet. Walaupun ianya mengandungi karbohidrat, oatmeal tidak mengandungi gula atau pemanis yang tinggi dan sangat rendah kalori. Jadi, ianya sangat elok dimakan ketika diet.

Tuna Dan Salmon

Tuna tidak mengandungi banyak lemak dan sangat kaya dengan protein. Ikan salmon pula mengandungi protein, lemak sihat dan juga omega-3. Salmon juga didapati dapat membantu mencegah obesiti, jadi ianya sangat sesuai untuk dimakan ketika diet.

Buah-Buahan

Serat yang terdapat dalam buah dapat mencegah pelepasan gula dengan cepat ke dalam aliran darah. Kebanyakan buah juga mengandungi vitamin. Pisang sangat kaya dengan potasium dan juga serat dan merupakan energy booster.

Betik pula sangat elok untuk pencernaan tubuh kerana ianya mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan nafsu makan anda. Jadi ianya sangat elok dijadikan sebagai makanan untuk diet.

Tauhu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Ketika diet, makan lewat malam adalah tidak dibenarkan. Akan tetapi sekiranya anda lapar, maka pilihlah untuk makan makanan yang rendah kalori seperti tauhu ini. Tauhu juga mempunyai serat yang tinggi. Memang eloklah untuk anda yang sedang menjaga pola makan.

Dada Ayam

Sekiranya anda suka makan daging, pilih untuk memakan daging ayam. Tetapi bukan semua bahagian ayam anda boleh makan. Bahagian dada ayam adalah bahagian yang paling elok untuk dimakan ketika diet namun ianya tidaklah sesedap bahagian ayam yang lain.