loader image

Autoriti Informasi Wanita

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Ketiak yang putih dan halus sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Masalah ketiak hitam ini akan membuatkan wanita hilang keyakinan diri lagi-lagi bagi mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Memutihkan kulit ketiak yang hitam ini boleh dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang banyak terdapat di persekitaran kita.

Antara sebab berlakunya masalah ketiak hitam ini adalah kerana penggunaan deodorant yang mengandungi alkohol. Apabila anda menggunakannya terlalu lama, ia akan membuatkan ketiak anda menjadi hitam. Selain itu, mencukur bulu ketiak juga merupakan salah satu sebab bahagian bawah lengan menjadi kehitaman. Jadi, hari ini saya akan kongsikan cara untuk putihkan ketiak secara semulajadi tanpa kesan sampingan.

Timun

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Timun mempunyai banyak manfaatnya. Salah satunya adalah ianya dapat mencerahkan kulit yang gelap secara semulajadi. Timun mengandungi beberapa antioksidan seperti vitamin C dan beta-carotene dan juga silica yang penuh dengan magnesium serta potassium yang elok untuk membantu mengurangkan kulit gelap.

Potong timun dengan nipis dan gosokkan di bahagian kulit ketiak. Biarkannya sehingga kering kemudian bilas sehingga bersih. Lakukannya sekali setiap hari secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

Kunyit

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Kehadiran sel kulit mati di permukaan ketiak anda merupakan sebab ianya menjadi gelap. Terdapat cara untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati ini agar ia dapat memberi ruang untuk penumbuhan sel-sel kulit baru. Gunakan kunyit untuk proses eksfoliasi yang terbukti berkesan kerana tekstur dan kandungan kunyit dapat membantu pengelupasan sel kulit mati.

Gosokkan hirisan kunyit di bahagian ketiak dengan perlahan. Biarkannya sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih. Lakukannya setiap hari untuk putihkan ketiak anda.

Baking Soda

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Baking soda bersifat sebagai antiperspirant yang dianggap boleh membuatkan kulit ketiak menjadi lebih cerah. Baking soda lebih elok dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan deodorant yang memiliki bahan kimia. Caranya, bancuh baking soda dengan air dan jadikannya seperti masker di bahagian bawah lengan. Sapukannya dengan berus lembut. Gunakannya dengan air mawar untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Betik

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Buah betik kaya dengan vitamin A dan enzim papain yang boleh mengekalkan kulit supaya terhidrat dan lembap. Ianya juga mampu untuk sekatakan tona kulit anda. Anda perlu menggunakan betik yang masih muda. Caranya, kupas betik dan potong nipis. Kisar betik tanpa air sehingga ianya hancur. Jadikannya masker dan sapukannya di bahagian ketiak. Bilas dengan air suam dan lakukannya seminggu sekali atau dua kali seminggu.

Kayu Cendana / Kayu Manis

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Mungkin ramai yang tidak biasa dengan akan kayu cendana tetapi istilah ‘sandalwood‘ mungkin lebih familiar bagi peminat bedak ataupun wangian. Kayu cendana ini merupakan salah satu resepi dalam produk kecantikan. Ianya sangat sinonim dengan kulit yang lembut, cantik, wangi dan licin. Jadi, bagaimana cara untuk menggunakannya daripada sumber asalnya?

Caranya, tumbuk kayu cendana sehingga halus kemudian campurkannya dengan air mawar. Kacau sehingga ianya menjadi seperti pes. Biarkannya selama 10-15 minit sebelum melumurkannya pada bahagian ketiak yang gelap. Sekiranya anda susah untuk mendapatkan kayu cendana ini, anda juga boleh menggantikannya dengan kayu manis yang kebiasaannya digunakaan dalam masakan di Malaysia.

Kentang

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Kentang bersifat mencerahkan dan tidak menimbulkan kesan ruam ataupun kemerahan. Caranya mudah sahaja, hiris kentang ke dalam pengisar. Kemudian, lumurkannya pada ketiak anda. Anda akan nampak kesan pencerahan dan kelembutan serta-merta. Ketiak kebiasaannya akan berasa gatal atau berpeluh akibat kesan pigmentasi. Dengan kentang lumur ini, semua rasa gatal akan dapat dihilangkan.

Limau Nipis

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Limau nipis sangat kaya dengan vitamin C yang dapat membantu untuk mencerahkan kulit tubuh. Potong limau nipis dengan nipis dan gosokkannya secara merata pada bahagian ketiak. Amalkannya secara rutin setiap hari untuk putihkan ketiak anda.

Kapur Sirih & Limau Nipis

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Cara putihkan ketiak seterusnya adalah dengan menggunakan kapur sirih dan limau nipis. Campurkan kapur sirih dengan jus limau nipis yang telah siap diperah. Kemudian, sapukannya pada bahagian ketiak dan biarkannya sehingga kering. Selepas itu, bilas dengan air suam. Amalkannya dua hari sekali untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Penggunaan kapur sirih ini jiuga boleh menghilangkan bau ketiak secara semulajadi.

Tepung Beras & Cuka

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Di samping itu, tepung beras juga dapat membantu putihkan ketiak yang hitam. Caranya, anda hanya perlu menggunakan tepung beras dan dicampurkan dengan cuka. Bancuh teh tersebut dengan cuka sehingga sebati. Kemudian, sapukannya pada bahagian bawah lengan anda. Biarkannya sehingga kering dan bilasnya dengan air bersih.

Sengkuang

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Dalam dunia kecantikan, peranan sengkuang sebagai salah satu agent memutihkan kulit sudah tidak dinafikan lagi. Kandungan vitamin C yang terdapat di dalam sengkuang dapat membantu mencerahkan bahagian ketiak. Caranya, kisar sengkuang sehingga halus kemudian sapukannya di bahagian ketiak anda. Biarkannya sehingga kering. Seterusnya, bilas sehingga bersih.

Madu & Lemon

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Lemon mempunyai kandungan asid sitrik yang boleh memaksimumkan proses pembaharuan sel-sel kulit dan memutihkan bahagian yang gelap. Madu pula bertindak sebagai toner dan juga agent pencerah semulajadi. Campurkan madu dan jus lemon dan juga sedikit gula untuk menjadikannya seperti scrub untuk membuang semua kesan hitam pada bawah lengan dengan berkesan. Campuran ini juga mampu untuk menghilangkan bau badan.

Susu Segar & Kunyit

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Kunyit mengandungi zat curcumin yang bermanfaat untuk menjaga kesihatan kulit. Warna kunyit yang kekuningan ini boleh mencerahkan kulit kerana pigmen kuning daripada kunyit ini berperanan untuk mencerahkan kulit tubuh anda.

Gosokkan bahagian ketiak dengan susu segar yang dicampur kunyit lebih kurang setengah gelas dan biarkannya selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, bilas dengan air suam dan keringkan dengan tuala bersih. Amalkannya secara rutin setiap hari untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Kulit Lemon & Minyak Zaitun

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Kulit lemon yang anda guna itu jangan dibuang kerana ianya bermanfaat untuk putihkan ketiak anda. Caranya, anda perlu kisar kulit lemon bersama minyak zaitun. Gosokkannya pada keseluruhan bahagian ketiak. Biarkannya selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air suam. Amalkannya setiap hari untuk dapatkan kesan yang lebih efektif.

Minyak Kelapa

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Penggunaan minyak kelapa asli bukan sahaja dapat memutihkan ketiak malah dapat melembapkan kulit ketiak untuk jangka masa yang panjang. Vitamin E yang terdapat dalam minyak kelapa mampu menyamarkan kesan hitam di bahagian ketiak. Amalkannya secara rutin untuk hasil yang lebih berkesan.

Batu Apung

15 Cara Putihkan Ketiak Secara Semulajadi Tanpa Kesan Sampingan

Tahukah anda, batu yang anda biasa gunakan untuk melicinkan kulit kaki ini boleh digunakan untuk bahagian bawah lengan anda juga. Sebenarnya, batuan ini telah digunakan sejak berzaman lamanya untuk mencantikkan kulit. Batu apung ini merupakan sejenis batu lava yang dikenali dengan istilah ‘pumice‘ dalam Bahasa Inggeris.

Cara untuk menggunakannya juga sangat mudah, anda hanya perlu gosokkan batuan ini pada bawah ketiak anda dengan perlahan-lahan. Ianya boleh membantu membuang lapisan gelap pada kulit tersebut. Batu ini juga boleh didapati di farmasi ataupun kedai aksesori kecantikan. Baca labelnya terlebih dahulu sebelum anda membelinya supaya anda tidak terbeli yang palsu.