loader image

Autoriti Informasi Wanita

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Setiap orang pasti inginkan bentuk badan yang ideal. Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan badan yang ideal. Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan anda ataupun nama lainnya mengamalkan diet yang seimbang.

Apabila sebut tentang diet, mesti ramai yang merasakan ianya menyeksakan kerana banyak pantang larang. Jadi, hari ini saya akan kongsikan makanan yang anda boleh makan ketika mengamalkan diet supaya anda tidak rasa terseksa.

Sup

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, anda digalakkan untuk memakan makanan bersup. Ini kerana ianya akan mengenyangkan anda dengan lebih cepat. Banyakkan sup, daging dan sayur-sayuran dalam menu anda. Dengan makan kesemua makanan sihat tersebut, anda akan mudah kenyang dan secara tidak langsung, anda akan kurang untuk makan nasi.

Makanan Yang Dibakar

Makanan yang dibakar atau dipanggang adalah jauh lebih sihat dan baik berbanding memakan makanan yang digoreng mahupun bergulai. Kandungan kalorinya juga sangat berbeza antara satu sama lain.

Tambahan pula, memasak dengan cara memanggang ataupun membakar ini sememangnya lebih mudah dan sangat menjimatkan. Ini kerana ia tidak menggunakan minyak yang banyak.

Makanan Yang Distim

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Makanan yang dimasak secara stim ini adalah paling elok untuk anda yang sedang berusaha untuk mengurus dan menurunkan berat badan. Ini kerana, makanan yang distim ini tidak menggunakan minyak langsung. Jadi ianya sangat baik untuk kesihatan.

Makanan Yang Dikukus

Selain daripada makanan yang dipanggang ataupun distim, makanan yang dikukus juga sangat elok untuk kesihatan kerana ianya kurang kalori. Kurang kalori bermakna ianya baik untuk anda yang ingin mengamalkan diet. Makanan yang dikukus ini juga senang untuk dimasak.

Cuka Epal

Bagi anda yang ingin menguruskan badan dan mengamalkan diet yang sihat, jangan lupa untuk mengamalkan minum cuka epal. Cuka epal ataupun lebih dikenali dengan apple cider vinegar bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam menu diet. Cuka epal ini dapat membantu meningkatkan metabolisme dan sekaligus akan mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Selepas anda bangun, minum satu gelas air kosong dan diikuti oleh satu gelas air kosong yang dicampur dengan satu sudu cuka epal. Amalkannya juga sebelum anda masuk tidur. Lakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh jadikan cuka epal sebagai salad dressing.

Roti Wholemeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Roti wholemeal merupakan roti yang paling menyihatkan dan membantu anda untuk kurus jika dibandingkan dengan roti putih. Mungkin ianya kurang enak berbanding roti putih biasa, akan tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan rasanya. Roti wholemeal mempunyai indeks glisemik rendah yang menjadikannya makanan untuk diet yang patut ada di dapur anda.

Beras Perang

Makanan untuk diet yang seterusnya adalah beras perang. Diet tidak bermakna anda tidak boleh makan nasi. Anda boleh makan nasi tetapi anda perlu mengurangkan sukatan nasi anda. Sukatan yang disarankan adalah sebesar satu penumbuk untuk setiap pinggan. Jika anda inginkan hasil yang lebih cepat, tukarkan beras anda kepada beras perang.

Stevia / Gula Tanpa Kalori / Gula Perang

Tukarkan gula putih anda kepada stevia iaitu pemanis makanan tanpa kalori yang diekstrak daripada daun spesis tumbuhan stevia rebaudiana. Stevia datang dalam bentuk cecair dan rasanya juga tidak ubah seperti gula.

Selain itu, anda juga boleh gantikan gula putih anda dengan gula tanpa kalori seperti Pal Sweet atau Equal. Rasanya mungkin tidak sesedap gula biasa tetapi ianya sangat menyihatkan dan membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat.

Gula perang juga merupakan alternatif yang anda boleh gunakan untuk menggantikan gula putih. Rasanya sama seperti gula putih tetapi kalorinya jauh lebih rendah.

Madu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Anda juga boleh menggunakan madu sebagai pengganti gula putih. Lemak kebiasaannya akan berkumpul menjadi sumber yang tidak digunakan di dalam badan menjadikan berat badan meningkat.

Dengan meminum madu, lemak-lemak ini akan dibakar untuk membekalkan tenaga untuk aktiviti harian. Amalkannya secara rutin untuk dapatkan hasil yang maksimum. Madu juga turut membantu sistem penghadaman, maka ianya dapat membantu dalam pengurangan berat badan.

Kurma

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang sangat sesuai untuk diambil ketika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi kandungan gula dan kalori yang rendah namun ianya merupakan energy booster yang sangat bagus.

Telur

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Telur juga merupakan makanan untuk diet yang sesuai untuk diamalkan. Ini kerana telur mengandungi protein yang tinggi serta mengandungi lemak sihat yang sangat bagus untuk anda yang sedang berdiet. Jumlah kalori yang terdapat dalam telur tidak banyak, akan tetapi ianya boleh membuatkan anda cepat kenyang dan tahan lebih lama.

Plain Yogurt

Satu lagi makanan untuk diet yang anda wajib amalkan adalah yogurt. Pengambilan yogurt setiap hari dapat menghalang badan anda daripada menyerap hormon leptin yang merupakan antara punca utama obesiti. Yogurt memiliki kandungan gula yang sangat rendah. Kandungan vitamin dan seratnya pula sangat tinggi. Walaupun yogurt diperbuat daripada susu, namun ianya sangat elok untuk diamalkan ketika diet.

Avokado

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Avokado sangat kaya dengan lemak sihat yang dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Selain rasanya yang sedap, avokado mengandungi banyak serat yang tidak akan membuatkan perut anda buncit.

Salad Sayur

Salad sayur ini mesti ramai yang mengamalkannya ketika diet. Selain rasanya yang sedap dengan tambahan salad dressing, salad membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Salad mengandungi nutrisi dan vitamin yang memang sangat baik untuk kesihatan badan. Salad seperti tomato, timun dan kale sangat kaya dengan serat serta rendah kalori.

Oatmeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Oatmeal merupakan makanan wajib yang anda harus amalkan ketika anda berdiet. Walaupun ianya mengandungi karbohidrat, oatmeal tidak mengandungi gula atau pemanis yang tinggi dan sangat rendah kalori. Jadi, ianya sangat elok dimakan ketika diet.

Tuna Dan Salmon

Tuna tidak mengandungi banyak lemak dan sangat kaya dengan protein. Ikan salmon pula mengandungi protein, lemak sihat dan juga omega-3. Salmon juga didapati dapat membantu mencegah obesiti, jadi ianya sangat sesuai untuk dimakan ketika diet.

Buah-Buahan

Serat yang terdapat dalam buah dapat mencegah pelepasan gula dengan cepat ke dalam aliran darah. Kebanyakan buah juga mengandungi vitamin. Pisang sangat kaya dengan potasium dan juga serat dan merupakan energy booster.

Betik pula sangat elok untuk pencernaan tubuh kerana ianya mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan nafsu makan anda. Jadi ianya sangat elok dijadikan sebagai makanan untuk diet.

Tauhu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Ketika diet, makan lewat malam adalah tidak dibenarkan. Akan tetapi sekiranya anda lapar, maka pilihlah untuk makan makanan yang rendah kalori seperti tauhu ini. Tauhu juga mempunyai serat yang tinggi. Memang eloklah untuk anda yang sedang menjaga pola makan.

Dada Ayam

Sekiranya anda suka makan daging, pilih untuk memakan daging ayam. Tetapi bukan semua bahagian ayam anda boleh makan. Bahagian dada ayam adalah bahagian yang paling elok untuk dimakan ketika diet namun ianya tidaklah sesedap bahagian ayam yang lain.