loader image

Autoriti Informasi Wanita

3 Cara Berkesan Untuk Buat Duit Sambil Makan Gaji

3 Cara Berkesan Untuk Buat Duit Sambil Makan Gaji
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

3 Cara Berkesan Untuk Buat Duit Sambil Makan Gaji

Agak sukar untuk hidup di zaman yang serba moden ini sekiranya hanya bergantung pada satu pendapatan sahaja. Banyak bil-bil yang perlu dibayar termasuklah sewa rumah, ansuran kereta, duit minyak, tol dan lain-lain lagi. Dengan kata lain, untuk terus hidup di zaman ini lagi-lagi yang bekerja di kawasan bandar, sememangnya memerlukan anda untuk buat duit sampingan.

Tetapi mesti ada sesetengah yang berfikir bahawa anda tidak ada masa untuk buat duit sampingan ini. Jadi, kali ini saya ingin kongsikan 3 cara berkesan buat duit sambil makan gaji. Dengan adanya kerja sampingan ini, berharap ianya dapat membantu hidup anda supaya tidak terlalu sesak saat di akhir bulan nanti.

Jual Barang Preloved

3 Cara Berkesan Untuk Buat Duit Sambil Makan Gaji

Ini adalah antara kerja sampingan yang anda boleh lakukan dan paling mudah untuk anda yang kerja makan gaji boleh buat. Habis je waktu kerja ini, anda boleh kemas dan check barangan yang ada di sekitar rumah atau bilik anda. Kalau ada pakaian yang sudah tidak muat lagi dan masih boleh digunakan, bolehlah anda jualkan pakaian tersebut daripada disimpan di dalam almari.

Anda boleh jual di beberapa laman web yang terkenal dengan menjual barang-barang preloved seperti carousell, mudah, clearmywardrobe, lelong dan banyak lagi laman web yang anda boleh gunakan. Selain itu juga, Facebook juga mempunyai banyak group khas yang telah ditubuhkan untuk mengumpulkan komuniti preloved item ini. Akaun Instagram juga boleh digunakan untuk menjual barang preloved ini.

Jadi Personal Shopper

3 Cara Berkesan Untuk Buat Duit Sambil Makan Gaji

Sekiranya anda tidak mempunyai barang-barang preloved yang banyak atau anda tidak berminat untuk menjual barang-barang anda, apa kata anda mencuba menjadi personal shopper ini. Apa yang anda perlu lakukan sebagai personal shopper ini adalah dengan membantu dan menolong pelanggan untuk membeli barangan yang telah disenaraikan. Contohnya seperti beg tangan, tudung, kasut dan sebagainya. Ramai orang yang memerlukan personal shopper ini adalah kerana mereka kekangan masa, kerja dan jarak yang jauh daripada tempat outlet yang mereka inginkan.

Jadi, bagaimana caranya untuk anda dapat duit daripada kerja sampingan personal shopper ini? Senang sahaja, anda hanya perlu letakkan rate yang munasabah dan sesuai dengan perkhidmatan yang anda berikan. Orang kebiasaanya tidak berkira sangat sekiranya perlu bayar lebih sedikit asalkan ianya berpatutan.

Berniaga Secara Online

3 Cara Berkesan Untuk Buat Duit Sambil Makan Gaji

Akhir sekali, anda boleh mencuba untuk berniaga secara online. Ramai yang berjaya menggunakan cara ini untuk mendapatkan duit yang lebih dan masih bekerja makan gaji. Penggunaan media sosial secara maksimum seperti Facebook dan Instagram untuk memasarkan produk atau servis anda dapat menarik ramai pelanggan.

Ini kerana, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Hootsuit dan We Are Social pada tahun 2019, 75% daripada 25.08 juta pengguna internet di Malaysia menggunakan media sosial dan memperuntukkan purata tiga jam sehari di laman media sosial sahaja. Jadi, sekiranya anda memerlukan kerja sampingan sambil makan gaji, anda boleh mencuba untuk berniaga secara online menggunakan media sosial sebab pasti ramai yang akan nampak post anda di sana.

Ini dia cara berkesan untuk anda buat duit sambil makan gaji. Anda juga perlulah rajin dan mengoptimumkan penggunaan masa anda sebaik mungkin supaya ianya tidak mengganggu kerja ada yang sedia ada.

Jom baca artikel-artikel lain yang menarik di sini.