loader image

Autoriti Informasi Wanita

3 Tempat Dengan Pakej Berbuka Puasa Paling Berbaloi Di Selangor

3 Tempat Dengan Pakej Berbuka Puasa Paling Berbaloi Di Selangor
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

3 Tempat Dengan Pakej Berbuka Puasa Paling Berbaloi Di Selangor

Bulan Ramadhan hampir tiba dan pasti ramai yang mencari-cari pakej berbuka puasa yang boleh untuk berbuka bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Kebiasaannya, pakej berbuka puasa yang ditawarkan oleh hotel dan restoran ini akan menawarkan harga early bird kepada beberapa pelanggan terawal yang membuat pesanan dan tempahan awal dengan dengan mereka. Jadi, anda perlu sentiasa bersedia supaya anda berjaya mendapatkan harga early bird ini.

Harga early bird ini boleh mencecah sehingga 50% kurang daripada harga asalnya. Oleh itu anda sememangnya tidak patut melepaskan peluang ini. Lagi satu, sekiranya anda membuat tempahan untuk syarikat anda yang mungkin melebihi 30 orang ke atas (bergantung kepada restoran ataupun hotel) anda mungkin akan dapat harga yang jauh lebih rendah daripada yang asalnya.

Tetapi bagaimana anda ingin mencari pakej berbuka puasa yang menawarkan harga yang berbaloi beserta makanan yang lazat di sekitar Lembah Klang ini? Jom tengok tiga tempat menarik yang menawarkan pakej berbuka puasa paling berbaloi di Selangor pada tahun ini.

Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya

3 Tempat Dengan Pakej Berbuka Puasa Paling Berbaloi Di Selangor

Kelab Golf Seri Selangor adalah di antara tempat berbuka puasa yang sering menjadi pilihan warga Lembah Klang. Buffet Ramadhan yang ditawarkan dijadikan sebagai tradisi pada setiap bulan Ramadhan. Ianya juga sangat berpatutan dan seiring dengan kehendak pelanggan. Pada tahun lepas, Kelas Golf Seri Selangor menghidangkan lebih daripada 70 citarasa nostalgia selama 27 malam sepanjang bulan Ramadhan tersebut.

Haaa bayangkan terdapat lebih daripada 70 hidangan di hadapan mata anda! Sekiranya anda ingin membuat tempahan dan berbuka puasa di sini, pastikan anda pergi bersama beberapa orang lain. Harganya juga sangat berpatutan, hanya dengan RM68 sekepala, RM260 untuk 4 orang dan RM620 untuk 10 orang. Lagi ramai lagi murah kan? Jadi, apa tunggu lagi, tempahlah sekarang.

Akan tetapi sekiranya, anda tidak mengetahui lagi bila waktu yang sesuai untuk anda berbuka puasa di sana, harga yang anda akan dapat tidaklah begitu mahal, hanya RM78 untuk dewasa dan RM55 untuk kanak-kanak berusia 7-10 tahun. Warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas pula ditawarkan harga istimewa iaitu sebanyak RM55 sekepala.

Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam

3 Tempat Dengan Pakej Berbuka Puasa Paling Berbaloi Di Selangor

Bagi anda yang tidak tahu, pada tahun lepas, buffet Ramadhan di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam ini telah terpilih sebagai Top Best Ramadhan Buffet tau. Jadi, pada tahun ini, apa kata anda cuba untuk berbuka puasa di sini bersama kelaurga ataupun rakan-rakan anda. Dan kalau anda baca di atas, sekiranya anda membuat tempahan dan membayar sebelum 1 April ini, anda akan dapat harga buffet sekepala anda hanya RM75++ sahaja berbanding harga asalnya RM138++.

Dengan membawa konsep “Malaysia Kini” dan “Ala Kampung” untuk hidangan berbuka puasa pada tahun ini, pasti akan membuatkan anda lebih teruja untuk menikmatinya. Mereka juga turut menghidangkan hidangan antarabangsa supaya anda mempunyao lebih banyak pilihan. Anda juga tidak perlu risau tentang makanan yang dihidangkan di Grand Blue Wave ini kerana ianya merupakan halal friendly hotel, bermakna makanannya halal serta lengkap dengan surau bagi muslim untuk menunaikan solat.

Shah Alam Convention Centre

3 Tempat Dengan Pakej Berbuka Puasa Paling Berbaloi Di Selangor

Pusat Convention Shah Alam juga turut mengadakan buffet Ramadhan pada tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Terdapat lebih daripada 100 hidangan resepi turun-temurun akan dihidangkan pada bulan puasa nanti. Harganya tidaklah begitu mahal, hanya RM88+ untuk dewasa dan RM52+ untuk kanak-kanak. Bagi waga emas yang ingin menikmati hidangan di sini akan mendapat harga istimewa iaitu RM52+ sama seperti harga kanak-kanak.

Di Pusat Konvensyen Shah Alam ini, anda tidak perlu risau kerana tempat letak kereta sangat banyak dan pelbagai jenis kemudahan lain seperti surau dan tandas ada di sini. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anda ingin menunaikan solat ataupun ke tandas.

Dewan Sri Astana, Cyberjaya

3 Tempat Dengan Pakej Berbuka Puasa Paling Berbaloi Di Selangor

Bagi anda yang inginkan sedikit kelainan, anda boleh membuat tempahan buffet Ramadhan di Dewan Sri Astana, Cyberjaya. Di sini, mereka akan menyediakan sajian Asia Tenggara sepanjang bulan Ramadhan ini bermula jam 7 malam sehingga 10 malam. Konsep warung yang diperkenalkan sejak tahun lepas akan dikembalikan semula pada tahun ini. Setiap warung ini mempunyai hidangan yang berbeza-beza dari seluruh Asia Tenggara seperti laksa Penang, roti jala, popia Vietnam, pulut kuning, kuih-muih tradisional dan moden. Tidak lupa juga menu istimewa mereka iaitu kambing golek.

Sedang anda berbuka selera dan menjamu selera, anda akan disajikan dengan persembahan nasyid dan juga tazkirah yang akan disampaikan oleh penceramah undangan. Kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas dan juga surau telah disediakan. Selain itu juga, solat berjemaah maghrib, isyak dan juga terawikh akan dipimpin oleh imam jemputan. Jadi, apa tunggu lagi, tempah sekarang untuk mendapatkan harga diskaun yang menarik.