loader image

Autoriti Informasi Wanita

3 Tempat Makan Steamboat Paling Unik Anda Wajib Cuba

3 Tempat Makan Steamboat Paling Unik Anda Wajib Cuba
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

3 Tempat Makan Steamboat Paling Unik Anda Wajib Cuba

Steamboat merupakan antara pilihan makanan sekiranya anda ingin berkumpul bersama ahli keluarga kerana ianya mudah dan mempunyai banyak pilihan makanan dalam satu tempat. Bagi sesiapa jenis yang makan lebih banyak daripada normal portion seseorang, anda patut cuba untuk makan stimbot ini. Lagi-lagi kalau anda belum sempat nak grab makanan pada hari itu.

Steamboat adalah salah satu makanan berkuah yang sebenarnya menjadi permintaan tinggi dari para pelanggan yang sangat menggemari dan menyukai jenis masakan seperti ini. Steamboat merupakan makanan yang berkuah yang anda boleh memilih sendiri apa isi yang anda ingin letak di dalamnya. Steamboat juga merupakan masakan yang dihidangkan untuk beberapa orang dalam satu meja yang mengelilingi periuk berisi kuah rebusan.

Pilihan isinya termasuklah daging, ayam, makanan laut, sayuran, bakso, tauhu dan lain-lain lagi. Anda boleh memilih sendiri jenis makanan yang anda ingin dan direbuskan ke dalam kuah tersebut. Ramai peniaga mula menjual stimbot ini kerana ianya sedang melonjak naik dan menjadi trend terkini. Menjual stimbot ini juga sangat menguntungkan buat peniaga.

Steamboat ini juga boleh dikatakan sebagai makanan yang sihat kerana ianya direbus. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anda makan terlalu banyak. Ianya sangat sesuai dinikmati oleh seisi keluarga ataupun bersama rakan-rakan. Tapi diantara banyak-banyak restoran steamboat yang terdapat di kawasan Lembah Klang ini, mana yang terbaik? Oleh itu, hari ini saya nak kongsikan beberapa restoran stimbot yang menjadi tarikan ramai yang anda boleh kunjungi.

Island BBQ Steamboat

3 Tempat Makan Steamboat Paling Unik Anda Wajib Cuba

Island BBQ Steamboat ini terletak agak jauh sedikit dengan kawasan kawasan bandar utama Shah Alam. Akan tetapi ianya merupakan restoran stimbot dan juga grill yang sangat berbaloi untuk menikmatinya bersama keluarga dan rakan-rakan. Restoran ini menggunakan konsep makan secara buffet terbuka yang dibayar mengikut kepala sekali masuk dan dapat menikmati semua hidangan yang disediakan.

Suasana di restoran ini juga berjaya menarik ramai orang pelanggan dari merata tempat kerana restorannya yang berkonsepkan ala-ala kampung dan mempunyai ruang makan yang luas dan selesa serta tidak terperap. Sekiranya anda bernasib baik, anda juga dapat melihat kapal terbang berlepas dan mendapat kerana kawasannya terletak tidak jauh daripada lapangan terbang Subang.

Anda juga tidak perlu risau akan tempat letak kereta kerana mereka mempunyai kawasan yang telah disediakan untuk anda park kereta anda. Selain itu juga, restoran ini juga turut menyediakan tandas dan surau bagi memudahkan anda untuk menunaikan solat.

Island BBQ Steamboat ini beroperasi bermula jam 6 petang sehingga 12 malam. Harganya pula sangat murah iaitu RM27.90 untuk dewasa dan RM9.90 untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun. Jadi, bagi anda yang ingin mengunjungi dan mencuba steamboat di sini, anda bolehlah datang ke alamat Lot 3370, Jalan Kemboja U5, Kampung Melayu Subang, Selangor.

D’ Kayangan Steamboat BBQ

3 Tempat Makan Steamboat Paling Unik Anda Wajib Cuba

Restoran yang seterusnya adalah D’Kayangan Steamboat BBQ Buffet yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Iannya merupakan antara restoran stimbot popular di Selangor dan sentiasa dipenuhi orang ramai. Restoran ini juga pernah muncul di dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makna (JJCM), Nasi Lemak Kopi O’ dan beberapa rancangan TV yang lain lagi.

Restoran ini berkonsepkan buffet ‘all you can eat’. Yang menariknya, ia menggabungkan dua dalam satu iaitu steamboat dan grill. Terdapat lebih daripada 150 jensi hidangan yang disediakan termasuklah pelbagai makanan laut segar, ayam dan daging yang diperap dan tidak lupa juga bebola, sayur-sayuran dan pelbagai jenis mee serta beberapa pilihan sos ciptaan chef mereka sendiri.

Selain itu juga, restoran ini turut menyediakan kambing panggang tetapi anda perlu cepat untuk dapatkannya kerana terlalu ramai yang inginkannya. Tidak lupa juga, mereka juga menyediakan pencuci mulut seperti aiskrim, air batu campur dan juga kek. Harga sekepala untuk dewasa hanyalah RM29.90 dan RM12.50 untuk kanak-kanak berusia 5-11 tahun. Manakala kanak-kanak berusia 1-4 tahun adalah percuma.

D’Kayangan Steamboat ini beroperasi setiap hari kecuali hari Ahad bermula jam 5 petang sehinggalah 1 pagi. Di sini juga anda boleh membuat tempahan sehingga 600 orang untuk majlis korporat, majlis jamuan amal dan sebagainya. Mereka juga turut menyediakan kawasan tempat letak kereta, surau dan juga tandas.

Pak John Steamboat & BBQ

3 Tempat Makan Steamboat Paling Unik Anda Wajib Cuba

Pak John Steamboat dan BBQ ini merupakan antara salah satu stimbot yang menarik di bandar raya ini. Restoran ini merupakan restoran stimbot yang halal yang menyediakan sup udang yang sangat sedap. Sup udang dan sup kari di sini menjadi daya penarik utama yang menyebabkan ramai pelanggan sanggup datang dan berkunjung ke sana.

Selain daripada menu hidangan stimbot dan bbq, mereka juga turut menyediakan Mee Udang best Nilai dan set hidangan ala carte Pak John Steamboat. Pak John Steamboat & BBQ ini terdapat beberapa cawangan yang terkenal seperti di e-Curve Damansara dan IOI Mall Putrajaya. Harga yang ditawarkan mungkin sedikit mahal berbanding restoran steamboat yang lain mengikut waktu anda makan. Mereka beroperasi mengikut waktu pusat membeli-belah dibuka iaitu setiap hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam.

Chit Chat Steamboat & Grill

3 Tempat Makan Steamboat Paling Unik Anda Wajib Cuba

Lagi satu, anda pernah rasa tak makan steamboat sambil menikmati pemandangan garden yang cantik? Sekiranya anda belum pernah merasainya, saya syorkan anda mengunjungi Chit Chat Steamboat & Grill yang terletak di Cyberjaya. Chit Chat Steamboat & Grill ini turut menerima tempahan untuk pelbagai jenis majlis termasuklah birthday party, majlis korporat dan sebagainya. Mereka sering menawarkan hidangan istimewa dan promosi bulanan, jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga yang murah untuk ke sana.

Jadi, untuk trip makan anda yang seterusnya, anda dah pilih nak makan di mana?