4 Perkara Wajib Ambil Tahu Sebelum Memilih Pakej Perkahwinan Lengkap
Sebelum sesuatu majlis perkahwinan itu berlangsung, anda pasti sering serabut dan pening kerana ingin memastikan majlis perkahwinan anda itu nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan tanpa sebarang masalah berlaku. Semua wanita inginkan majlis perkahwinan mereka sempurna dan dihadiri tetamu dengan gembira. Tetapi untuk mendapatkan kesempurnaan untuk majlis anda, anda perlukan wedding planner dan pakej perkahwinan lengkap supaya kos perkahwinan anda tidak melebihi bajet anda.
Setelah anda mengetahui tarikh perkahwinan dan lokasi majlis perkahwinan anda, anda boleh terus mencari wedding planner yang anda inginkan. Wedding planner adalah suatu keperluan dan ianya sangat penting untuk menjayakan majlis perkahwinan anda. Ini kerana, mereka lebih pakar dan mengetahui selok-belok dalam menjalankan sesuatu majlis.
Di samping itu juga, anda perlu mencari pakej perkahwinan yang lengkap dengan busana, pelamin, buffet makanan dan lain-lain lagi untuk memudahkan anda serta menjimatkan kos perbelanjaan majlis perkahwinan anda. Anda perlu rajin untuk berkunjung ke pameran pengantin yang seringkali diadakan sejak kebelakangan ini. Di pameran pengantin ini anda boleh dapatkan pelbagai jenis pakej perkahwinan. Jadi, apa yang anda perlu tahu sebelum anda memilih pakej perkahwinan lengkap yang sesuai dengan anda?
Busana Pengantin

Busana pengantin ini merupakan antara perkara yang paling penting sekali ketika anda ingin melaksanakan majlis perkahwinan. Sebelum anda memilih pakej perkahwinan, pastikan anda memilih pakej yang turut menyediakan busana pengantin untuk anda sama ada ianya disewa atau dibuat baru mengikut kehendak anda. Pastikan anda memilih dan membandingkan harganya juga supaya ianya tidak melebihi daripada bajet anda.
Sekiranya anda memilih pakej perkahwinan yang tidak termasuk busana pengantin, ianya mungkin akan menyukarkan anda untuk mencari designer sendiri. Malah, ianya juga akan membuatkan kos busana anda lebih mahal daripada yang telah dipakejkan sekali. Ini kerana, harga busana kebiasaannya sudah dikira bersama dalam pakej yang disediakan.
Selain itu, anda tidak tidak perlu malu untuk bertanyakan tentang busana yang anda inginkan. Anda sebagai pelanggan berhak untuk mengetahui bagaimana rupa busana yang akan anda pakai semasa majlis anda nanti. Solekan yang sesuai juga sangat penting untuk menaikkan lagi seri wajah pengantin anda. Pastikan solekan anda sesuai dengan busana anda nanti.
Buffet Makanan

Seterusnya, anda perlu pastikan dalam pakej perkahwinan yang anda pilih serba lengkap dengan buffet makanan untuk majlis anda nanti. Sesetengah pakej perkahwinan sudah tersedia menu buffet yang sesuai untuk majlis perkahwinan, jadi anda hanya perlu memilih menu apa yang anda inginkan untuk pengantin dan juga tetamu.
Buffet makanan ini kebiasaannya dikira dengan harga sekepala. Anda boleh dapatkan pakej yang menyediakan harga yang sesuai mengikut bajet anda. Selalunya, akan terdapat sesi food testing yang akan dijalankan oleh katering pilihan pakej tersebut, jadi jangan lepaskan peluang untuk anda merasakan menu yang anda inginkan agar anda puas hati dengan majlis anda itu nanti.
Ingat, anda sebenarnya ingin tetamu meraikan anda dengan perasaan yang gembira. Oleh itu, anda juga peru berikan yang terbaik untuk mereka, dengan menghidangkan juadah yang terbaik untuk tetamu anda.
Pelamin

Ada sesetengah pengantin tidak memerlukan pelamin semasa majlis perkahwinan mereka kerana ingin menjimatkan kos perbelanjaan. Akan tetapi, pakej perkahwinan yang lengkap kebiasaannya sudah menetapkan pelamin termasuk dalam pakej mereka. Jadi, anda tidak perlu pening kepala lagi ingin mencari designer pelamin yang lain.
Anda hanya perlu berjumpa dengan designer pelamin yang telah disediakan di dalam pakej anda. Curahkan segala yang anda inginkan kepada designer tersebut supaya apa yang anda inginkan dapat direalisasikan oleh mereka. Pastikan anda serasikan pelamin anda dengan tema dan busana yang anda inginkan. Jangan terlalu kontra kerana ianya akan membuatkan keseluruhannya nampak serabut dan tidak sepadan.
Fotografer

Akhir sekali adalah fotografer. Fotografer merupakan salah seorang yang wajib ada untuk majlis perkahwinan anda. Rugilah sekiranya anda sudah berhabis beribu-ribu untuk majlis anda tetapi tidak fotografer yang akan capture momen-momen serta suasana majlis anda. Jadi, pastikan anda memilih pakej perkahwinan yang telah memasukan sekali harga fotografer.
Hal ini akan sangat memudahkan anda. Walaupun anda mungkin mempunyai fotografer yang anda inginkan, akan tetapi dengan adanya pakej yang menyediakan fotografer ini, sekaligus dapat menyenangkan dan menjimatkan kos anda. Anda boleh melihat sendiri hasil-hasil fotografi yang pernah mereka lakukan sekiranya anda tidak berapa yakin dengan pakej yang ditawarkan.
Kebiasaannya, pakej-pakej perkahwinan ini akan menggunakan khidmat pakar dan mendapat feedback yang baik daripada pelanggan mereka. Jadi, anda sebenarnya tidak perlu risau lagi, kerana anda pasti akan berpuas hati dengan hasilnya nanti. Jangan lupa untuk membezakan harga-harga pakej yang disediakan supaya tak lari dari bajet anda.
Sekiranya anda masih mencari pakej perkahwinan lengkap yang sesuai untuk majlis perkahwinan anda, sriastana.com menyediakan pakej perkahwinan yang lengkap untuk bakal pengantin. Sri Astana merupakan katerer dan wedding planner yang berlokasi di Cyberjaya yang menyediakan pakej lengkap termasuklah busana pengantin, pelamin, servis fotografi dan videografi, buffet makanan dan juga kek pengantin.
Jadi, apa tunggu lagi, bagi yang masih tercari-cari pakej perkahwinan yang lengkap dan murah sesuai dengan bajet anda, bolehlah anda dapatkan servis daripada Sri Astana ini. Lagipun, pakej yang ditawarkan sangat murah serendah RM29 sekepala tau.
Jom Baca Tips Menarik Kami Yang Lain

Pengendalian Hak Harta Sepencarian Dalam Poligami
Pengendalian Hak Harta Sepencarian Dalam Poligami Harta sepencarian merupakan harta yang diperolehi bersama oleh suami-isteri semasa perkahwinan dan ianya berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh

Hak Suami Dan Isteri Dalam Harta Sepencarian Selepas Cerai
Hak Suami Dan Isteri Dalam Harta Sepencarian Selepas Cerai Kes perceraian pasangan suami isteri sudah menjadi seperti perkara normal sejak kebelakangan ini. Semakin hari semakin

Tuntutan Harta Sepencarian Selepas Kematian Pasangan
Tuntutan Harta Sepencarian Selepas Kematian Pasangan Tuntutan harta sepencarian diiktiraf di Malaysia oleh Undang-undang Keluarga dan Islam di setiap negeri dan ianyaboleh dituntut atas sebab

5 Tips Memilih Travel Agency Yang Berbaloi Untuk Percutian Anda
5 Tips Memilih Travel Agency Yang Berbaloi Untuk Percutian Anda Pilih Travel Agency Yang Dipercayai Untuk memiih travel agency yang betul-betul dipercayai, pastikan anda mendapat