loader image

Autoriti Informasi Wanita

4 Tips Atasi Masalah Kolesterol Tinggi, Jantung & Strok

4 Tips Atasi Masalah Kolesterol Tinggi, Jantung & Strok
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

4 Tips Atasi Masalah Kolesterol Tinggi, Jantung & Strok

Kolesterol yang tinggi merupakan salah satu masalah yang sering ditakuti kerana ianya boleh menyebabkan strok, penyakit jantung dan lain-lain tanpa kita sedari. Masalah ini tidak tertumpu kepada orang yang berbadan gemuk sahaja, malah orang yang kurus juga turut berisiko untuk mempunyainya sekiranya tidak mengawal gaya pemakanan.

Jadi, kali ini saya akan kongsikan 4 tips untuk mengatasi masalah kolesterol tinggi dan lemak berlebihan di dalam badan supaya tidak terkena serangan jantung ataupun strok.

Ambil Peduli Kandungan Lemak Dalam Makanan

4 Tips Atasi Masalah Kolesterol Tinggi, Jantung & Strok

Gaya pemakanan memang sangat sukar untuk diubah kerana sudah menjadi kebiasaan. Terlalu banyak pengambilan makanan yang kurang berzat boleh menyebabkan peningkatan kadar kolesterol dalam badan. Akan tetapi, anda boleh memilih lemak yang lebih sihat dalam makanan anda.

Hadkan pengambilan lemak tepu (saturated fats) kurang daripada 7% dalam kalori harian anda. Lemak ini anda boleh dapatkan dalam sumber daging, sumber tenusu ataupun minyak zaitun. Selain itu, elakkan lemak trans yang lebih banyak membentuk kolesterol LDL yang buruk. Lemak trans ini banyak terdapat dalam makanan segera, makanan manis seperti kek dan pastri.

Amalkan Diet Yang Seimbang

4 Tips Atasi Masalah Kolesterol Tinggi, Jantung & Strok

Anda juga perlu mengamalkan diet yang seimbang sekiranya ingin mendapatkan badan yang sihat untuk mengelakkan daripada serangan jantung dan strok. Seimbangkan pengambilan karbohidrat, protein, fiber, mineral dan vitamin dalam diet pemakanan harian untuk mendapatkan hasil kesihatan yang lebih berkesan.

Diet rendah-karbo dan tinggi-karbo juga boleh membawa kepada pengaruh kolesterol LDL yang berbeza-beza. Di samping itu, anda perlu mengawal pengambilan gula, garam dan lemak secara berlebihan juga boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam badan anda. Walaupun ianya akan membantu untuk menambahkan perasa dalam makanan, mengurangkan kadar penggunaannya boleh menyihatkan badan anda.

Selain itu juga, ubah cara penyediaan makanan daripada menggoreng kepada alternatif lain seperti merebus, stim, membakar ataupun memanggang. Elakkan penggunaan minyak yang berlebihan ketika memasak. Makanan yang terlebih masak atau overcook pula akan membunuh pelbagai nutrien penting dalam bahan utama masakan.

Sentiasa Aktif Secara Fizikal

4 Tips Atasi Masalah Kolesterol Tinggi, Jantung & Strok

Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan badan sentiasa kekal aktif. Bersenam, merenggangkan badan atau mengaktifkan diri dengan bergerak selamakan 30 minit sehari juga sudah memadai. Anda juga boleh melakukannya selama 10 minit sekali sesi dan lakukannya sebanyak 3 kali sehari. Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki tahap kolesterol anda malah dapat membantu menurunkan berat badan sekali.

Sekiranya anda tidak mampu untuk melakukan yang berat-berat, anda boleh aktiviti fizikal yang biasa dilakukan seperti naik turun tangga, berjalan kaki, berbasikal, beriadah dengan sukan kegemaran ataupun berenang. Lakukannya selama 30 minit sehari untuk dapatkan hasil yang berkesan.

Berhenti Merokok

4 Tips Atasi Masalah Kolesterol Tinggi, Jantung & Strok

Semua pasti tahu, merokok merupakan salah satu aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan diri sendiri ataupun orang disekeliling. Ini kerana rokok boleh menjadi penyebab berlakunya serangan jantung dan paru-paru. Dengan berhenti merokok, anda boleh memperbaiki tahap kandungan kolesterol HDL yang baik dalam darah.

Setelah 20 minit berhenti merokok, tekanan darah dan jantung anda akan mulai menurun. Dalam masa setahun selepas berhenti merokok, risiko untuk anda mendapat penyakit jantung akan berupaya mengurang sehingga separuh daripada orang yang merokok. Dan selepas 15 tahun meninggalkan rokok, risiko penyakit jantung itu akan menurun sama seperti orang yang tidak pernah merokok langsung. Jadi, buanglah rokok anda dan amalkan gaya hidup yang sihat.