loader image

Autoriti Informasi Wanita

5 Baju Lelaki Maskulin Untuk Suami Anda Tampil Yakin Dan Bergaya

5 Baju Lelaki Maskulin Untuk Suami Anda Tampil Yakin Dan Bergaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

5 Baju Lelaki Maskulin Untuk Suami Anda Tampil Yakin Dan Bergaya

Baju lelaki merupakan antara perkara yang kurang diambil perhatian bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Ini kerana, kebiasaannya ianya hanyalah jenis dan gaya yang sama. Sekiranya mereka tidak menggayakannya, ianya akan nampak seperti just another same look.

Akan tetapi, sudah banyak lelaki yang agak materialistik dan mementingkan style seiring dengan peredaran zaman. Telah banyak keluaran untuk lelaki nampak lebih bergaya dan yakin dalam berpenampilan. Jom tengok baju lelaki apa yang boleh digayakan untuk suami anda supaya nampak maskulin.

Kemeja T

5 Baju Lelaki Maskulin Untuk Suami Anda Tampil Yakin Dan Bergaya

Zaman sekarang ini, ramai lelaki yang selesa dengan gaya yang simple dan kasual. Jadi, kebanyakan lelaki pasti mempunyai regular t-shirt kan? Ianya seperti baju lelaki yang wajib ada di dalam almari mereka. T-shirt ini kebiasaannya menjadi pilihan utama lelaki untuk kebanyakan aktiviti santai. Tetapi, tahukah anda, t-shirt ini juga mempunyai jenis-jenis fabriknya.

Terdapat pelbagai jenis kemeja T yang anda boleh belikan untuk suami anda. Ianya boleh digayakan dengan menggunakan seluar jeans ataupun seluar pendek. Tetapi, anda perlu ingat untuk memilih warna t-shirt yang sesuai dengan kulit mereka supaya tidak nampak pelik ketika mereka memakainya.

Tambahan pula, sekarang ini t-shirt dikeluarkan dengan pelbagai warna dan corak, maka ia memberikan anda kebebasan untuk mix dan match mengikut kesesuaian suami anda. Gayakan dengan kemeja checkered atau flannel berlengan pendek atau panjang untuk menambahkan kesegakan suami anda. Anda juga boleh gayakan mereka bersama jaket denim.

Dua jenis kemeja T yang sesuai dipakai lelaki adalah jenis crew neck dan v-neck. Pemakaian v-neck akan menampakkan bahagian dada, jadi ianya sesuai buat mereka yang berbadan tegap dan mempunyai otot. Crew neck pula sesuai bagi mereka yang memiliki tubuh biasa dan rendah. Kemeja T yang berlengan pendek sesuai dengan lelaki yang berbadan tegap manakala lengan panjang lebih sesuai dengan lelaki bertubuh biasa.

Casual Button Down Shirt

5 Baju Lelaki Maskulin Untuk Suami Anda Tampil Yakin Dan Bergaya

Casual button down shirt ini mempunyai rekaan yang lebih longgar malah ianya didatangkan dengan beberapa jenis konsep seperti bergaris dan juga bercorak. Sekiranya suami anda inginkan pemakaian yang ringkas namun ingin kekal elegan dan segak, ini adalah pilihan pakaian yang sesuai.

Anda boleh memilih yang bergaris lurus menegak untuk menampakkan suami anda kelihatan kurus. Pilih garis yang berukuran lebih nipis atau sempit dan berwarna lembut kerana ianya akan memberikan ilusi yang baik sekiranya suami anda bertubuh gempal.

Baju lelaki jenis ini sememangnya sangat sesuai untuk digayakan ketika menghadiri aktiviti yang semi-formal seperti majlis perkahwinan dan majlis hari jadi. Ini kerana gaya ini sangat kemas, bergaya dan boleh menonjolkan lagi ketampanan suami anda.

Sweatshirt

5 Baju Lelaki Maskulin Untuk Suami Anda Tampil Yakin Dan Bergaya

Sweatshirt adalah sejenis pakaian tebal yang sering digayakan ketika musim sejuk ataupun musim luruh. Disebabkan Malaysia tidak mempunyai empat musim, maka sweatshirt ini kebiasaannya digayakan ketika musim hujan ataupun ketika aktiviti luar pada waktu malam.

Sweatshirt boleh dikatakan agak tebal berbanding kemeja T biasa akan tetapi ianya lebih nipis daripada sweater dan ianya tidak membuatkan anda rasa begitu panas. Baju jenis ini akan membuatkan penampilan suami anda nampak lebih kasual dengan gaya sporty.

Pemakaian sweatshirt ini akan turut membuatkan suami anda kelihatan smart dan kemas. Pilih warna-warna seperti hitam, putih, kelabu, navy ataupun maroon untuk nampak lebih bergaya dan maskulin.

Kurta Moden

5 Baju Lelaki Maskulin Untuk Suami Anda Tampil Yakin Dan Bergaya

Pemakaian baju melayu sememangnya sangat menyerlahkan penampilan seorang lelaki. Lagi-lagi apabila mereka memakai warna yang sesuai dengan kulit mereka. Tetapi, takkan anda ingin memaksa suami anda memakai baju melayu untuk menghadiri semua majlis? Jalan penyelesaiannya adalah kurta moden!

Sekiranya anda ingin menetapkan imej ketimuran dalam pemakaian suami anda, anda boleh mencuba gayakan mereka dengan baju kurta moden. Sejak kebelakangan ini, telah banyak kurta moden yang dikeluarkan. Ada yang mempunyai lengan panjang dan ada juga yang lengan pendek. Fabriknya juga tidak tebal dan sesuai dengan cuaca di Malaysia ini.

Fesyen berkurta ini sememangnya agak baru dalam kalangan golongan lelaki ini. Ianya sesuai untuk digayakan ke majlis yang semi-formal ataupun semi-kasual. Kalau tidak tahu nak gayakan mereka macam mana, kurta moden ini mungkin jawapannya!

Polo Shirt

5 Baju Lelaki Maskulin Untuk Suami Anda Tampil Yakin Dan Bergaya

Akhir sekali, baju polo! Kemeja polo ini pada awalnya di pakai oleh Rene Lacoste iaitu pemain tenis Perancis. Beliau memakainya pada tahun 1926 ketika Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat. Paling menarik, Lacoste sendiri yang merekabentuk baju tersebut kerana pada ketika itu, baju tenis yang dipakainya agak kurang selesa untuk dipakai ketika perlawanan.

Kemudian, Ralph Lauren mengembangkan lagi rekaan baju polo ini. Dan sejak itulah, baju polo ini menjadi perhatian ramai lelaki kerana ianya bukan sahaja selesa untuk dipakai, malah kelihatan smart dan bergaya ketika memakainya. Baju ini boleh dikatakan sedikit kasual, jadi ianya sesuai untuk digayakan ketika aktiviti riadah di luar. Ianya boleh dipakai dan dimasukkan ke dalam seluar untuk nampak lebih versatile dan kemas.

Kemeja polo pada zaman kini telah dikeluarkan dengan pelbagai warna bukan sahaja warna putih. Ukur saiznya pula kebiasaannya sesuai dan mengikut bentuk tubuh badan lelaki. Jadi, anda boleh pilih warna dan saiz yang bersesuaian dengan kulit dan bentuk badan mereka supaya nampak lebih bergaya dan maskulin. Pendek kata, kemeja polo ini wajib ada di dalam wardrobe suami anda!