preloder

Autoriti Informasi Wanita

5 Cara Buat Duit Dengan Hartanah Yang Menguntungkan Anda

5 Cara Buat Duit Dengan Hartanah Yang Menguntungkan Anda
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

5 Cara Buat Duit Dengan Hartanah Yang Menguntungkan Anda

Terdapat banyak cara untuk buat duit dengan hartanah ini sebenarnya. Ramai anak muda telah mencuba cara ini untuk memiliki duit tambahan bagi menikmati hidup dengan lebih selesa. Pelbagai teknik juga telah dikongsikan di laman sosial yang sedikit sebanyak dapat membantu dan dipraktikkan oleh orang ramai.

Kali ini saya kongsikan cara untuk buat duit dengan hartanah yang boleh menguntungkan anda. Ianya mungkin sedikit berbeza dengan apa yang anda pernah baca sebelum ini.

Pelaburan (Capital Appreciation)

Capital appreciation bermaksud peningkatan nilai. Tahu tak, rumah teres dua tingkat lot tepi di Bangi lapan tahun lepas bernilai RM250 ribu tetapi sekarang apabila di jual semual, ianya berharga RM750 ribu. Terdapat peningkatan sebanyak RM500 ribu dalam masa lapan tahun sahaja. Sekiranya ianya dibahagikan mengikut tahun, ianya boleh memberikan keuntungan sebanyak RM62500 setahun.

Asas untuk melakukan pelaburan hartanah adalah membelinya pada waktu murah dan menjualnya semula sewaktu mahal. Jadi, pada tahun 2019 ini, anda mungkin boleh mula melihat lokasi-lokasi strategik yang dijual bawah harga pasaran ataupun hartanah-hartanah yang akan dilelong.

Refinancing

Refinancing ataupun pembiayaan semua adalah penukaran pinjaman rumah yang sedia ada dengan pinjaman baru di bawah satu syarat dan terma yang berlainan. Setelah sekian lama anda membeli rumah, nilainya akan naik setiap tahun sekurang-kurangnya 30%. Jadi, pinjaman anda akan bertambah dengan nilai semasa rumah anda.

Dengan kata lain, anda meminjam wang sekali lagi untuk membayar hutang anda dalam akaun pinjaman rumah anda yang sedia anda. Dengan itu, anda akan mendapat lebihan duit yang anda boleh gunakan untuk tujuan yang lain seperti modal perniagaan ataupun melangsaikan hutang-hutang lain. Pastikan tempoh pinjaman tidak dipanjangkan dan kekalkannya seperti sedia ada.

Sublet

Sublet bermaksud sewa atau sewaan. Dari segi praktikalnya, anda mencari rumah yang anda ingin disewakan oleh pemilik rumah di lokasi-lokasi yang strategik. Rumah ini anda sewakan kepadanya dengan harga sewa paling minima dan buat perjanjian sewa dengan pemilik rumah tersebut. Kemudian, anda lengkapkan rumah itu dengan perabot-perabot dan peralatan yang keperluan.

Seterusnya, anda sewakan semula mengikut kepala. Contohnya, anda sewa rumah tersebut pada harga RM700/sebulan dan rumah itu mempunyai tiga bilik. Satu rumah mampu memuatkan dalam tujuh orang. Satu bulan anda boleh mengenakan bayaran sebanyak RM150/seorang.

Dengan itu, anda boleh mendapat sebanyak RM1050 sebulan. Setelah anda tolak duit sewaan kepada pemilik rumah, pendapatan bersih anda adalah sebanyak RM350/sebulan. Bayangkan sekiranya anda mempunyai sepuluh buah rumah di bawah jagaan anda. Anda tidak perlu memiliki rumah pun boleh buat duit tau.

Lease Option

Kaedah ini perlu dibincangkan bersama dengan pemilik rumah. Ia juga dipanggil sebagai perjanjian sewaan. Contohnya, anda sewa rumah di kawasan Kajang, dalam masa tiga tahun, pemilik rumah akan memberi pilihan kepada anda sama ada anda ingin sewa atau beli rumah tersebut. Tetapi, selepas tiga tahun, anda tidak mahu membeli rumah tersebut.

Ianya nampak seperti tidak menguntungkan pemilik rumah. Akan tetapi, lihat semula kelebihan yang diterima olehnya. Pemilik rumah boleh menjual rumah dengan harga pasaran. Harga rumah perlu ditetapkan awal-awal lagi. Pemilik juga tidak perlu risau tentang bayaran ansuran bulanan kerana dalam masa tiga tahun, ianya telah diselesaikan oleh penyewa.

Bagi penyewa pula, anda boleh menjalankan aktiviti jual beli rumah tanpa menggunakan nama anda pada pinjaman bank ataupun geran rumah. Caranya adalah dengan mencari pemilik rumah yang mahu menjual rumah mereka yang risau tidak dapat harga jualan penuh. Tawarkan kepada mereka untuk membeli rumah tetapi mohon lease option tiga tahun denagn kadar sewa yang tetap. Taawarkan pendahuluan 3% hingga 5% mengikut harga rumah.

Sekiranya pemilik bersetuju, anda sudah mempunyai aset yang boleh dijual semula dalam masa tiga tahun. Sementara menunggu harga rumah meningkat, anda boleh memulakan proses mencari pembeli untuk mendapatkan harga yang dipersetujui dan membeli rumah tersebut dari pemilik. Setelah anda selesai membelinya, anda boleh terus jual dengan harga semasa.

Homestay

Konsep homestay ini sama seperti sublet. Anda boleh menyewa rumah untuk dijadikan homestay atau lebih baik lagi sekiranya ada pemilik rumah yang percayakan anda dan memberikan anda menguruskan rumah mereka. Untuk dibiarkan rumah begitu sahaja rasa seperti rugi, jadi apa kata anda berurusan dengan pemilik rumah dan biarkan anda urus rumah tersebut dan jadikannnya homestay.

Lengkapkan sedikit sebanyak peralatan dalam rumah tersebut bagi memudahkan pelanggan anda nanti. Keuntungan daripada homestay ini anda boleh bahagi dua dengan pemilik rumah. Sedikit sebanyak, ianya juga dapat membantu kewangan anda.

Secara kesimpulannya banyak lagi cara buat duit dengan hartanah ini walaupun anda tidak memiliki rumah sendiri.