loader image

Autoriti Informasi Wanita

5 Cara Mencerahkan Wajah Kusam Secara Alami

5 Cara Mencerahkan Wajah Kusam Secara Alami
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

5 Cara Mencerahkan Wajah Kusam Secara Alami

Wajah yang cerah dan kulit yang mulus semestinya menjadi dambaan hampir setiap perempuan. Untuk mendapatkan kulit yang cerah berseri, ianya tidak semudah yang disangka dan terdapat banyak cara mencerahkan wajah kusam secara alami. Ianya memerlukan rutin yang dilakukan secara berterusan untuk mendapatkannya. Sebenarnya, banyak faktor yang membuatkan wajah kita menjadi kusam.

Antaranya adalah kekurangan kelembapan pada kulit wajah, kekurangan air, stress, tidur yang tidak mencukupi, pancaran sinaran matahari yang terlalu lama dan juga debu yang membuatkan kulit wajah menjadi lesu dan semakin gelap.

Semestinya anda tidak inginkan penampilan anda terjejas hanya kerana wajah anda menjadi kusam kan? Jadi, kali ini saya akan kongsikan 5 cara mencerahkan wajah kusam secara alami supaya wajah anda kelihatan lebih bermaya dan cerah berseri.

Gunakan Lemon Dan Madu

5 Cara Mencerahkan Wajah Kusam Secara Alami

Pertama sekali, penggunaan lemon dan madu adalah salah satu cara mencerahkan wajah kusam secara alami yang patut anda amalkan. Lemon dan madu didapati boleh mencerahkan kulit wajah kerana lemon sangat kaya dengan kandungan vitamin C manakala madu pula sangat kaya dengan kandungan anti bakteria.

Selain itu, lemon dan madu juga mampu mencegah kulit daripada jerawat dan komedo. Untuk membuat masker ini tersangatlah mudah. Hanya campurkan satu senduk teh madu dengan buah lemon yang sudah diperah. Kemudian, sapukannya pada muka anda dan biarkannya selama 15 minit. Seterusnya, bilas sehingga bersih.

Gunakan Lidah Buaya/ Aloe Vera

5 Cara Mencerahkan Wajah Kusam Secara Alami

Pasti ramai yang sudah tahu tentang kebaikan lidah buaya kepada kulit kita. Selain daripada madu dan lemon, cara mencerahkan wajah kusam secara alami adalah dengan menggunakan lidah buaya. Lidah buaya yang mengandungi senyawa polifenol ini berfungsi sebagai anti oksidan supaya kulit terhindar dari warna kusam dan muram.

Penyebab wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya adalah kerana pembentukan melanin pada kulit wajah. Lidah buaya juga memiliki kandungan yang boleh membanteras melanin yang terbentuk pada kulit wajah iaitu zat aloesin. Zat aloesin yang ada di dalam lidah buaya ini adalah salah satu sebab banyak produk pencerah wajah mengandungi aloe vera.

Sekarang ini pun sudah banyak gel yang mengandungi lidah buaya (aloe vera) yang dijual di pasaran untuk mengelakkan kulit daripada menjadi kusam. Cara menggunakan aloe vera ini senang sahaja, ambil gel lidah buaya yang terdapat di tengahnya lalu disapukan keseluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit dan bilaskan dengan air yang bersih.

Lakukan secara rutin pada waktu pagi dan malam untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan untuk kulit anda. Di samping itu, lidah buaya ini juga mampu untuk menjaga kesihatan kulit rambut juga tau.

Gunakan Buah Betik

5 Cara Mencerahkan Wajah Kusam Secara Alami

Selain elok untuk pencernaan, buah betik ini juga sebenarnya sangat elok untuk kulit wajah. Buah betik dipercayai dapat melawan bakteria pada wajah dan mencerahkan kulit yang kusam. Jadi, penggunaan buah betik juga adalah antara cara untuk mencerahkan wajah kusam secara alami yang efektif.

Enzim papain yang terdapat di dalam buah betik dapat membantu kulit anda untuk melakukan regenerasi. Vitamin A, C dan E yang terkandung di dalam buah betik berfungsi sebagai anti oksidan yang akan turut membantu menutrisi dan melembapkan kulit anda. Selain itu, betik juga boleh berfungsi sebagai sunscreen semulajadi untuk kulit wajah anda.

Ianya juga sangat mudah untuk digunakan. Caranya adalah dengan melumatkan buah betik di dalam mangkuk. Kemudian, aplikasikannya keseluruhan wajah. Biarkan selama 15-20 minit dan bilasnya sehingga bersih. Anda boleh jadikannya sebagai rutin mingguan anda dan lakukannya sebanyak sekali seminggu.

Untuk membuat masker betik ini, anda juga boleh menambahkan campuran lain yang elok untuk kulit wajah seperti madu, susu ataupun yogurt asli untuk mendapatkan hasil yang lebih maksimal.

Gunakan Buah Tomato

5 Cara Mencerahkan Wajah Kusam Secara Alami

Penggunaan buah tomato juga adalah salah satu cara mencerahkan wajah kusam secara alami. Buah ini sangat kaya dengan anti oksidan dan juga vitamin E. Dengan khasiat vitamin E, kulit kusam juga boleh menjadi cerah dalam seketika. Tomato juga mempunyai likopena iaitu anti oksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas akibat daripada asap kenderaan, asap rokok dan bahan berbahaya yang masuk ke dalam tubuh.

Selain itu, buah tomato juga dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada kulit wajah. Jadi, jerawat akan mengecut dan kulit juga akan menjadi lebih licin. Tomato juga dipercayai dapat membantu mengurangkan dan memudarkan bintik-bintik hitam yang terdapat pada wajah.

Cara memakai masker tomato ini adalah dengan menghiris buah tomato tersebut sehingga menjadi hirisan lalu letakkannya pada muka anda. Cara kedua adalah dengan menumbuk tomato ini sehingga lumat dan kemudian sapukannya di keseluruhan wajah. Lakukannya tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

Gunakan Avokado

5 Cara Mencerahkan Wajah Kusam Secara Alami

Buah avokado memiliki manfaat untuk melindungi kulit daripada berkedut dan tanda-tanda penuaan yang lainnya. Ini kerana buah avokado banyak mengandungi karotenoid anti oksidan, vitamin E dan vitamin C.

Vitamin E sangat berguna kerana ianya membantu mencegah penuaan akibat daripada pancaran UVA dan UVB dari sinaran matahari. Vitamin C pula merupakan zat yang diperlukan untuk membuatkan elastin dan kolagen agar kulit tetap anjal dan kenyal.

Cara untuk mencerahkan wajah kusam secara alami menggunakan buah avokado adalah dengan menghaluskan daging buah avokado sehingga lembut kemudian sapukannya pada keseluruhan kulit wajah. Biarkannya selama 25 minit dan setelah kering, bilaskannya dengan air bersih.

Cara lain untuk membuat masker avokado ini adalah dengan mencampurkan avokado, satu sudu yogurt asli dan satu sudu madu. Kemudian, bekukannya sehingga menjadi seperti ketulan ais dan simpannya di dalam bekas. Cara penggunaannya adalah dengan meratakan ketulan campuran avokado itu tadi di keseluruhan muka. Kemudian bilas setelah dibiarkan selama 25 minit.

Itu dia 5 tips dan cara mencerahkan wajah kusam secara alami yang anda patut cuba di rumah. Ianya bukan sahaja mudah untuk dilakukan, bahan-bahannya juga senang untuk didapati dan harganya juga tidaklah begitu mahal. Semoga dengan perkongsian ini akan membuatkan kulit anda bertambah berseri, bermaya dan semakin cerah. Selamat mencuba dan selamat tinggal kulit kusam!

Jangan lupa untuk membaca artikel-artikel lain tentang wanita yang mungkin dapat membantu masalah anda di sini.