loader image

Autoriti Informasi Wanita

7 Cara Make Up Simple Untuk Penampilan Harian

7 Cara Make Up Simple Untuk Penampilan Harian
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

7 Cara Make Up Simple Untuk Penampilan Harian

Fungsi make up adalah untuk menambahkan keindahan pada penampilan dan menutup segala kekurangan pada kulit wajah. Ia juga dapat membantu untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang. Kesesuaian penggunaan solekan untuk sesuatu majlis itu sangat penting. Contohnya, penggunaan make up simple dan natural untuk penampilan harian ke pejabat ataupun make up glamor untuk majlis formal.

Setiap wanita pasti ingin nampak cantik semula jadi. Inilah antara salah satu sebab kenapa sejak kebelakangan ini trend make up natural sering menjadi perhatian dan sangat disukai oleh wanita. Akan tetapi, make up simple dan natural ini agak sukar untuk diaplikasikan sekiranya anda sudah terbiasa dengan make up yang tebal ataupun mempunyai mata sipit/monolid. Sekiranya tidak dilakukan dengan betul, make up natural anda ini akan membuatkan wajah anda kelihatan pelik.

Jadi, hari ini saya akan kongsikan tips yang telah dibongkarkan oleh make up artis dan konsultan kreatif terkenal dari Burberry Beauty iaitu Wendy Rowe. Bagi anda yang masih keliru untuk tampil cantik dan flawless dengan make up yang semula jadi dan tidak berlebihan, jom baca tips mudah dan menarik ini.

Membersihkan Wajah Dan Memakai Pelembap

7 Cara Make Up Simple Untuk Penampilan Harian

Langkah yang pertama sebelum anda mengaplikasikan make up ke wajah anda pastikan wajah anda berada dalam keadaan yang bersih. Bersihkan wajah anda dengan pembasuh muka kemudain keringkannya dengan cara ditepuk-tepuk lembut menggunakan tuala kering.

Untuk mendapatkan make up simple dan natural yang baik memerlukan kulit wajah yang baik juga. Ianya sama seperti anda ingin memulakan lukisan, anda pasti ingin menggunakan kanvas yang bersih. Jadi, sebelum anda memulakan solekan ke atas wajah anda, pastikan anda telah membersihkan wajah anda.

Bagi penggunaan pelembap muka pula, pastikan anda menggunakan pelembap yang muka yang bertekstur ringan lagi-lagi di negara yang bercuaca panas seperti Malaysia, pelembap jenis ini lebih sesuai digunakan. Oleh itu, elakkan daripada menggunakan pelembap yang berat ketika musim panas atau di daerah yang panas. Sebaliknya, gantikannya dengan pelembap yang lebih ringan.

Pilih Foundation Yang Ringan

7 Cara Make Up Simple Untuk Penampilan Harian

Foundation berfungsi untuk membantu meratakan warna kulit yang berbelang dan tidak sekata. Untuk mendapatkan hasil yang lebih semula jadi dan sekata, ianya lebih baik sekiranya anda menggunakan berus khas untuk foundation ketika mengaplikasikannya. Warna foundation juga tidak boleh dipilih secara sembarangan. Ini kerana, untuk mendapatkan hasil solekan yang baik adalah pemakaian base yang betul. Jadi, pemilihan foundation perlu sesuai dengan kulit wajah anda.

Pilihlah warna foundation yang satu tahap lebih gelap dari kulit anda. Anda juga boleh mencuba untuk mencampurkan dua atau tiga warna foundation untuk mendapatkan samaran warna kulit supaya nampak lebih natural dan tidak kelihatan seperti memakai topeng. Wendy Rowe juga menyarankan penggunaan foundation yang bertekstur cair dan ringan. Ini kerana, produk foundation berasaskan air sangat sesuai untuk menghasilkan make up simple dan natural.

Pakai Concealer Di Tempat Yang Diperlukan

7 Cara Make Up Simple Untuk Penampilan Harian

Seterusnya, anda peru menggunakan concealer kerana ianya sangat berguna untuk menutupi kekurangan pada kulit wajah anda. Concealer dapat menyamarkan bintik hitam dan bekas jerawat, menutupi warna kulit yang tidak sekata serta menyamarkan kantung mata yang hitam. Terdapat pelbagai jenis bentuk concealer yang terdapat di pasaran diantaranya berbentuk stick, krim dan juga liquid.

Ketika mengaplikasikan concealer, gunakan jari manis anda kerana jari ini kebiasaannya lebih halus permukaannya dan lebih mudah untuk mengawal pergerakannya. Ianya juga lebih ringan untuk mengaplikasikannya. Gunakan dari kawasan dalam bawah mata hanya di bahagian cengkungan mata saja dengan menepuk-nepukkannya. Gunakan concealer ini setelah anda mengaplikasikan foundation ke wajah anda.

Jangan Gunakan Contouring Dan Blush On Yang Cerah

7 Cara Make Up Simple Untuk Penampilan Harian

Untuk mendapatkan hasil make up natural, anda seelok-eloknya mengelakkan daripada menggunakann contouring yang berat. Pakai blush on yang mempunyai warna yang ringan di bahagian pipi yang paling menonjol ketika anda senyum. Ratakan blush on dari kawasan hidung ke arah atas tulang pipi sehingga ianya akan memberikan ilusi lifting pada wajah anda.

Dengan menggunakan blush on ini akan membuatkan bahagian pipi dan rahang anda memberikan impak menonjol. Gunakan blush on nipis supaya ianya kelihatan lebih menonjol tetapi tidak keterlaluan. Elakkan daripada menggunakan contour dan blush on yang terlalu cerah.

Pakai Eyeliner

7 Cara Make Up Simple Untuk Penampilan Harian

Solekan pada mata anda pula tidak perlu terlalu tebal untuk memberikan hasil yang semula jadi. Gunakan contour mata yang berwarna taupe yang diaplikasikan dengan berus yang halus dan lembut. Aplikasikannya pada lipatan mata agar membentuk bayangan yang halus.

Kemudian, gunakan eyeliner dengan cara tightline. Tightline bermakna anda hanya memakai eyeliner sangat dekat dengan bahagian bulu mata atas anda. Cara ini dapat memberikan kesan mata yang lebih tajam dan membuatkan make up simple anda nampak lebih natural. Anda juga boleh menggunakan eyeliner pensil untuk memudahkan membuat tightline.

Membuat Kening Dan Memakai Maskara

7 Cara Make Up Simple Untuk Penampilan Harian

Setelah itu, bentukkan kening anda dengan betul untuk nampak lebih natural. Kening mata yang terlalu on fleek dan tebal kebiasaannya akan membuatkan kening anda kelihatan palsu dan pelik. Jadi, anda perlu membuat kening anda dengan mencoretkan pensil kening secara halus mengikut pertumbuhan bulu kening anda.

Jangan lupa untuk memilih warna yang selaras dengan warna bulu kening anda supaya ianya nampak lebih semula jadi. Anda juga boleh menambahkan maskara untuk mendapatkan hasil make up simple dan lebih natural.

Gunakan Jari Untuk Aplikasi Lipstik

7 Cara Make Up Simple Untuk Penampilan Harian

Sekiranya anda ingin menampakkan kesan natural pada bibir anda, aplikasikan lipstik menggunakan jari dan ratakannya daripada menggunakannya secara langsung. Anda juga boleh memilih sama ada ingin menggunakan lipstik atau lipgloss untuk menambahkan seri bibir anda.

Pilihlah warna yang yang lembut ataupun natural seperti pink muda kerana ianya akan memberikan kesan natural yang sesuai dengan usia muda. Lipstik yang lebih terang akan memberikan kesan lebih tua dari usia anda dan kelihatan tidak natural.

Itulah dia tips mudah untuk penampilan harian anda. Make up simple ini juga anda boleh aplikasikannya sekiranya anda sudah terlambat untuk menghadiri sesuatu majlis supaya wajah anda tidak nampak terlalu kosong dan tidak bermaya. Solekan mata juga mempunyai trik yang tersendiri. Jom baca di sini untuk dapatkan teknik solekan mata terbaik mengikut bentuk mata anda.