loader image

Autoriti Informasi Wanita

7 Cara Paling Rare Dan Tempat Terbaik Untuk Cari Jodoh

7 Cara Paling Rare Dan Tempat Terbaik Untuk Cari Jodoh
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

7 Cara Paling Rare Dan Tempat Terbaik Untuk Cari Jodoh

Teknologi sudah semakin canggih dan memudahkan kita untuk berkawan dengan semua orang sama ada dekat ataupun jauh. Kita boleh berkenalan dengan orang di seluruh pelusuk dunia ini. Akan tetapi, sebelum adanya internet dan segala teknologi yang ada pada zaman kini, pernah tak anda terfikir bagaimana cara ibu bapa kita cari jodoh?

Pada masa dahulu, cara terbaik untuk mencari pasangan hidup adalah dengan keluar dari rumah dan bergaul dengan orang sekeliling. Tetapi, cara ini juga akan memberikan pilihan yang begitu terhad untuk kita berkenalan dengan orang. Ianya kedengaran seperti melecehkan dan tidak akan membuahkan hasil tetapi mereka berjumpa pasangan hidup yang sesuai dan serasi dengan mereka.

Secara logiknya, pada zaman yang serba canggih ini, siapa sahaja yang rajin untuk keluar dan mencari jodoh semata-mata? Tetapi hakikatnya, ingin mencari pasangan sehidup semati, anda perlulah berkorban sedikit kan? Jadi, selain di internet, mana lagi anda boleh cari jodoh yang sesuai? Ini dia cara rare dan tempat terbaik untuk mencari pasangan hidup.

Gunakan Pengangkutan Awam Untuk Pergi Dan Balik Kerja

7 Cara Paling Rare Dan Tempat Terbaik Untuk Cari Jodoh

Pertama sekali, oleh kerana hidup orang dahulu tidaklah sesenang orang sekarang, mereka kebanyakannya menggunakan pengangkutan awam untuk pergi ke kerja dan ke tempat-tempat lain. Apa kata anda menggunakan kesempatan dan cara ini untuk pergi dan balik kerja. Manalah tahu, dalam ramai-ramai orang yang naik pengangkutan awam itu mesti ada yang berkenan di hati.

Setiap hari pergi dan balik kerja, mesti anda akan jumpa muka yang sama. Anda mungkin boleh berkenalan sambil menunggu keretapi atau bas tiba. Waktu inilah waktu yang paling sesuai untuk bersuai kenal, lagi-lagi pada waktu pagi sebelum pergi ke kerja ketika badan anda masih segar dan wangi.

Jangan Terlepas Untuk Menghadiri Majlis Keramaian

7 Cara Paling Rare Dan Tempat Terbaik Untuk Cari Jodoh

Cara kedua untuk cari jodoh adalah dengan pergi ke majlis keramaian yang anda telah dijemput. Mungkin ramai yang rasa malas untuk pergi ke tempat yang terlalu ramai orang. Tetapi, percayalah di tempat yang ramai inilah mungkin ada yang masih bujang seperti anda.

Jadi, jangan terlepas untuk menghadiri majlis keramaian seperti kenduri kahwin, majlis cukur jambul, birthday party, open house, majlis makan malam dan lain-lain lagi. Jangan lupa untuk berpakaian sesuai dan terbaik untuk menunjukkan penampailan yang menarik.

Berhubung Dengan Rakan Sekolah, Kolej Atau Kerja

7 Cara Paling Rare Dan Tempat Terbaik Untuk Cari Jodoh

Sekiranya selama ini anda jenis yang mendiamkan diri sahaja ketika bersama bekas rakan sekelas anda, apa kata kali ini anda bina semula hubungan dengan kawan-kawan lama anda dan berhubung kembali dengan mereka. Mana tahu, kalau masih ada yang sedang menanti akan kemunculan anda sebagai pasangan hidup, betul tak? Jadi, selalulah berhubung dengan kawan lama anda, jangan lost contact dengan mereka.

Ambil Kelas Tambahan

7 Cara Paling Rare Dan Tempat Terbaik Untuk Cari Jodoh

Selain daripada menambahkan ilmu pengetahuan, anda juga mungkin dapat berkenalan dengan orang baru dengan mengambil kelas atau mengikuti kursus-kursus tambahan. Berkenalan dengan orang yang mempunyai citarasa yang sama dengan anda mungkin akan memudahkan rasa cinta untuk berputik.

Sekiranya terdapat sebarang tugas yang perlu dilakukan berpasangan, jangan lepaskan peluang anda untuk mual bersosial dengan semua orang. Inilah masa yang sesuai untuk anda memulakan langkah anda dan berkenalan dengan mereka.

Rajinkan Diri Terlibat Dengan Aktiviti Dan Kerja Sukarelawan

7 Cara Paling Rare Dan Tempat Terbaik Untuk Cari Jodoh

Selain itu, anda juga perlu merajinkan diri dan melibatkan diri dengan aktiviti dan kerja sukarelawan untuk cari jodoh. Ini kerana, di aktiviti sukarelawan ini anda tidak akan pernah tahu dengan siapa yang akan anda temui. Manalah tahu salah seorang yang anda bantu itu mempunyai ahli keluarga yang boleh diperkenalkan kepada anda nanti. Tidak sia-sialah anda melibatkan diri dengan aktiviti ini kan?

Sekiranya anda mencari pasangan yang baik hati dan rajin membantu mereka yang memerlukan, anda pun mestilah kena rajin untuk join aktiviti seperti ini. Sambil anda membantu orang, anda juga mungkin dapat kenalan yang baru.

Selalu Makan Di Luar

7 Cara Paling Rare Dan Tempat Terbaik Untuk Cari Jodoh

Cara ini mungkin sering dilakukan oleh orang zaman sekarang. Pergi makan bersama kawan-kawan di tempat-tempat yang menarik untuk mencari jodoh. Kalau anda pakai smart sikit semasa lepak di luar, mungkin ada yang akan menegur anda dan bagi nombor mereka kepada anda? Tidak salahkan kalau mencuba? Jadi, apa tunggu lagi, selalulah makan di luar tau.

Minta Jasa Baik Kawan-Kawan

7 Cara Paling Rare Dan Tempat Terbaik Untuk Cari Jodoh

Akhir sekali, kalau anda dah mencuba semua cara dan masih belum ketemui pasangan yang sesuai dengan anda, apa kata anda meminta tolong jasa baik kawan-kawan anda untuk memperkenalkan anda dengan kawan-kawan mereka yang masih single. Apabila ada kawan yang ingin kenenkan anda dengan kawan mereka, setuju sahaja dengan mereka.

Kawan anda mesti sudah mengenali anda dengan dalam dan memahani pasangan yang bagaimana sesuai dengan anda. Jadi, mungkin cara ini dapat membantu anda untuk bertemu jodoh yang paling sesuai dengan perwatakan anda.