loader image

Autoriti Informasi Wanita

7 Tips Anda Wajib Tahu Tentang Printing Secara Pukal

7 Tips Anda Wajib Tahu Tentang Printing Secara Pukal
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

7 Tips Anda Wajib Tahu Tentang Printing Secara Pukal

Printing merupakan proses penghasilan semula teks mahupun gambar yang selalunya dilakukan dengan menggunakan mesin cetak yang mengenakan dakwat ke atas kertas. Printing atau percetakan ini secara lazimnya dijalankan sebagai salah satu proses industri besar-besaran. Ianya juga merupakan antara bahagian penting dalam penerbitan dan persuratan urus niaga.

Cara percetakan terawal adalah dengan menggunakan bongkah kayu yang telah wujud sekitar abad keempat di Mesir dan juga sebelum tahun 220M di negara China. Akan tetapi, cetakan jenis ini sudah ketinggalan zaman dan memerlukan lebih banyak masa untuk disiapkan. Di zaman yang serba canggih ini, terdapat beberapa mesin percetakan yang berteknologi tinggi telah dicipta untuk memudahkan dan mempercepatkan proses cetakan secara pukal.

Jadi, apa yang anda perlu dan wajib tahu tentang printing secara pukal ini supaya anda tidak melakukan pembaziran? Haaa ini dia saya senaraikan 7 tips anda wajib tahu tentang printing secara pukal.

Pastikan Info Dan Maklumat Tepat

7 Tips Anda Wajib Tahu Tentang Printing Secara Pukal

Pertama sekali, anda perlu pastikan segala info dan maklumat yang anda senaraikan tidak mempunyai kesalahan. Segala maklumat perkataan perlu disemak dua tiga kali sebelum anda menghantarnya untuk dicetak. Pastikan juga segala imej dan gambar yang anda sertakan tidak pecah dan berada dalam saiz dan bentuk yang sesuai agar ianya tidak nampak pelik setelah di print.

Hal ini perlu diambil serius kerana selepas anda menghantar ke kedai cetak untuk dicetak dengan banyak, anda tidak mungkin dapat mengubahnya lagi dan segala kesalahan yang berlaku akan membawa kepada pembaziran yang banyak kerana anda terpaksa mencetaknya semula selepas membuat pertukaran. Jadi, pastikan anda menyemak semula maklumat anda sebelum anda menghantarnya untuk dicetak.

Pastikan Material Yang Digunakan Sesuai

Seterusnya, pastikan material dan bahan yang akan digunakan untuk dicetak diatasnya bersesuaian dan tahan lama. Kadang-kala sesetengah kertas atau material berkemungkinan tidak sesuai dengan cara percetakan yang anda guna atau cadangkan. Terdapat beberapa jenis percetakan digital yang anda perlu tahu supaya anda tidak melakukan pembaziran ke atasnya.

Material dengan hasil percetakan yang sesuai akan menaikkan kualiti bahan dan cetakan anda. Contohnya, sekiranya anda mencetak dengan menggunakan laset jet, cetakan anda akan tahan dengan lebih lama dan kualitinya tidak akan rosak jika terkena air. Sebaliknya, sekiranya anda menggunakan printing biasa, kualitinya akan rosak sekiranya terkena air dan membuatkannya tidak tahan lama.

Pastikan Kualiti Cetakan Sesuai

7 Tips Anda Wajib Tahu Tentang Printing Secara Pukal

Anda mesti mahukan kepuasan yang maksimum dengan hasil cetakan anda, sama seperti seorang pengguna berpuasa hati dengan produk anda. Pastikan kualiti cetakan anda dapat menarik pengguna untuk membeli, membaca atau menggunakannya.

Sebagai contoh, cetakan pada kotak produk mestilah jelas dan terang supaya pengguna dan pelanggan dapat membaca maklumat yang dinyatakan. Jadi, anda perlu pastikan kualiti cetakan yang anda inginkan sesuai dan sangat berkualiti. Seperti yang telah dinyatakan, pastikan material dan jenis cetakan yang digunakan bersesuaian supaya ianya tahan lebih lama.

Survey Jenis-Jenis Cetakan Yang Sesuai

Selain itu, sebelum anda membuat penghantaran untuk mencetak, anda wajib survey dahulu jenis-jenis cetakan yang sesuai dengan material yang anda gunakan. Contohnya, sekiranya anda ingin mencetak pada baju, pastikan anda sudah mengetahui perbezaan diantara heat press, digital printing dan juga silkscreen.

Manakala, bagi pencetakan ke atas kertas, terdapat beberapa jenis pencetak yang anda perlu tahu iaitu pencetak laser, pencetak dakwat jet, pencetak foto, pencetak terma dan juga pencetak pelbagai fungsi. Untuk printing secara pukal, anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan cetakan offset ataupun digital printing. Pastikan anda membuat kira-kira terlebih dahulu sebelum anda membuat penghantaran untuk dicetak.

Tempahan Minimum

7 Tips Anda Wajib Tahu Tentang Printing Secara Pukal

Setiap servis perniagaan percetakan akan meletakkan syarat tempahan minimum bagi setiap jenis cetakan pukal. Jadi anda perlu mengetahuinya sebelum anda membuat tempahan supaya anda boleh membuat perancangan kewangan lebih awal dengan baik. Hal ini adalah kerana, ianya akan memberikan kesan kepada modal kewangan yang akan anda keluarkan.

Survey terlebih dahulu beberapa kedai printing yang anda inginkan dan bandingkan tempahan minimum mereka bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda. Pastikan juga akan telah tetapkan berapa jumlah minimum yang anda perlukan supaya ianya tidak akan membawa kepada pembaziran.

Pastikan Anda Tahu Harga Setiap Unit

Selain itu juga, pastikan anda tahu harga setiap unit yang anda ingin cetak. Harganya mestilah setimpal dengan apa yang anda cetakkan itu. Oleh itu, anda harus dan perlu mengkaji beberapa servis percetakan dan membandingkan harga agar ianya berbaloi untuk anda menempah untuk perniagaan anda nanti.

Walaupun ianya hanya berbeza sesen atau setengah sen, ianya akan memberikan kesan yang besar kerana anda akan menempahnya dalam kuantiti yang banyak.

Servis Yang Terbaik Dan Pantas

7 Tips Anda Wajib Tahu Tentang Printing Secara Pukal

Akhir sekali, pastikan kedai printing yang anda pilih akan memberikan servis yang terbaik untuk anda. Sebagai seorang pelanggan anda pasti mahukan servis yang pantas, hasil yang berkualiti dan respon serta layanan yang baik daripada mereka. Kebiasaannya kedai yang menerima tempahan secara pukal ini memerlukan lebih banyak masa untuk menyiapkan sesuatu tempahan tersebut.

Jadi, anda perlu tahu berapa lama masa yang mereka ambil untuk menyiapkan tempahan anda. Tetapkan tarikh dan hari untuk anda ambil tempahan anda sekiranya ianya diperlukan segera. Servis yang baik dengan harga yang berpatutan dan berbaloi akan membuatkan anda mudah untuk kembali kepada mereka walaupun dengan urusan yang berlainan.

Itulah dia beberapa tips dan perkara penting yang anda wajib tahu sekiranya anda ingin printing secara pukal. Pastikan anda telah membuat kira-kira dan memikir masak-masak sebelum anda menghantarnya untuk dicetak.