loader image

Autoriti Informasi Wanita

9 Cara Mengecilkan Paha Dan Betis Tanpa Kesan Sampingan

7 Cara Make Up Simple Untuk Penampilan Harian
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

9 Cara Mengecilkan Paha Dan Betis Tanpa Kesan Sampingan

Rata-rata wanita ingin bergaya dan kelihatan cantik pada setiap masa. Namun begitu, bentuk tubuh badan sering dianggap sebagai kekangan bagi kaum wanita kerana mereka kurang yakin dengan ukur lilit paha dan lengan yang begitu besar. Jadi, hari ini saya ingin kongsikan 9 cara mengecilkan paha dan betis tanpa kesan sampingan.

Sebelum itu, tahukah anda punca-punca yang menyebabkan lemak-lemak berlebihan di paha dan betis? Antara sebab umum yang menyebabkan lemak terkumpul ialah pemakanan yang tak seimbang, badan kurang bergerak, faktor genetik dan stres yang melampau. Sebab-sebab yang spesifik penyebab lemak di bahagian paha dan betis pula ialah banyak memakai kasut tumit tinggi, mengangkat beban berat, dan duduk terlalu kerap.

Agak sukar untuk mengecilkan paha dan betis buat sesetengah wanita kerana mereka dilahirkan semula jadi dengan bentuk badan bersaiz buah pear. Namun, jangan gusar. Ikuti cara-cara yang akan saya kongsikan bagi mendapatkan paha dan betis yang lebih ramping.

Mengurangkan Gula

9 Cara Mengecilkan Peha Dan Betis Tanpa Kesan Sampingan

Gula adalah sumber karbohidrat untuk membekalkan tenaga yang mudah diserap oleh badan. Tetapi, tenaga ini boleh bertukar menjadi lemak jika kita tak gunakan ia dalam aktiviti harian kita. Tahukah anda? Satu sudu teh gula mengandungi 20 kalori. Bayangkan saja gula yang terdapat dalam setin air berkarbonat. Berapa lama jogging yang kita perlu lakukan untuk membakar kalori-kalori tersebut. Oleh itu, kurangkan gula di makanan dan tambahkan gula di senyuman!

Mengurangkan Nasi

9 Cara Mengecilkan Peha Dan Betis Tanpa Kesan Sampingan

Cara paling mudah untuk mengecilkan paha dan betis ialah dengan meninggalkan pengambilan nasi. Ya, nasi sememangnya makanan ruji buat rakyat Malaysia. Buat penggemar setia nasi, langkah ini mungkin kedengaran agak ekstrim namun belum cuba, belum tahu. Mulakan dengan hanya mengambil nasi satu senduk dan mengelak untuk makan nasi putih pada waktu malam. Apabila anda sudah selesa, gantikan hidangan nasi dengan roti wholemeal dan pasta.

Pun begitu, nasi bukanlah haram untuk dimakan. Biasakan mengambil nasi secara terkawal. Contohnya sekali seminggu atau hanya ketika majlis sambutan seperti perkahwinan, akikah atau hari perayaan.

Banyakkan Meminum Air Putih

9 Cara Mengecilkan Peha Dan Betis Tanpa Kesan Sampingan

Walaupun kedengaran basi, air putih mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Ini kerana, air putih dapat membuang toksin daripada organ dalam badan dan meningkatkan tahap metabolisme tubuh. Secara tak langsung, ini dapat membantu membakar lemak dan mengecilkan paha dan betis. Bukan itu sahaja, jika kita minum air putih 30 minit sebelum makan, kita akan berasa lebih kenyang, membuatkan kita menjamah kurang daripada biasa.

Buat orang yang tidak gemarkan air putih, jangan gusar! Anda boleh ambil buah-buahan segar di rumah anda untuk mencipta jus mengikut cita rasa anda. Antara buah yang sesuai digunakan ialan buah epal, delima, mangga, tembikai, nenas dan lain-lain. Resipinya ialah ambil buah pilihan anda yang sejuk dan kisarkan bersama air putih. Lengkapkan jus anda dengan 1 sudu yogurt kurang gula, 1 sudu madu atau daun pudina.

Berbasikal

9 Cara Mengecilkan Peha Dan Betis Tanpa Kesan Sampingan

Penat menghadap komputer? Anda boleh meluangkan masa dengan berbasikal di kawasan rumah anda. Walaupun berbasikal ialah salah satu aktiviti santai, ia amat bagus untuk kesihatan. Ini kerana ia merupakan aktiviti yang menggunakan otot di kedua-dua belah kaki dengan cergas. Jadi, ia dapat membakar lemak terutama di bahagian paha dan betis. Kaki anda dijamin akan menjadi ramping persis artis popular Kylie Jenner. Untuk hasil yang efektif, amalkan berbasikal 20 minit, tiga kali seminggu bersama-sama rakan dan keluarga anda.

Lompat Tali Skipping

9 Cara Mengecilkan Peha Dan Betis Tanpa Kesan Sampingan

Jangan pandang remeh! Bermain dengan tali skipping juga adalah salah satu aktiviti yang membantu mengecilkan paha dan betis comel anda. Ini kerana apabila kita melompat, kita akan menggunakan setiap otot di badan kita terutama otot paha dan kaki. Secara tak langsung, ia dapat melatih otot kaki kita menjadi lebih kuat dan bertenaga. Ia juga mudah kerana tidak memerlukan peralatan yang mahal, dan dapat dilakukan di mana-mana saja. Jika terasa bosan, carilah seorang pasangan skipping.

Anda akan rasa seronok apabila saling mengira jumlah lompatan pasangan anda serta berlawan bagi memecah rekod satu sama lain. Selain dapat mengecilkan paha dan betis, ianya juga dapat menguruskan badan anda.

Yoga

9 Cara Mengecilkan Peha Dan Betis Tanpa Kesan Sampingan

Tahukah anda? Selain dilakukan bagi meditasi, yoga adalah amalan yang berkesan bagi menyusutkan lemak-lemak degil di badan kita. Antara contoh pergerakan yoga untuk mengecilkan paha dan betis ialah posisi Cobbler. Posisi ini bukan sahaja dapat mengecilkan paha, malah dapat membantu melegakan sakit senggugut serta melancarkan proses pencernaan makanan. Caranya ialah, duduk dengan kedua-dua tapak kaki tertempel. Sambil memegang kaki, angkat paha anda ke atas dan ke bawah, umpama sayap rama-rama yang sedang terbang.

Kedua, posisi anantasana. Caranya sangat senang. Mulakan dengan baring mengiring ke kiri, lalu angkat kaki kanan anda ke atas. Tangan kanan anda kemudiannya pegang kaki kanan anda di udara dan tahan posisi tersebut selama 30 saat. Setelah itu, lakukan pula dengan mengiring ke kanan pula. Jika anda melakukan kedua-dua pergerakan secara rutin, nescaya anda akan nampak perbezaan pada bahagian kaki anda hingga ke bawah.

Selamat Tinggal Kasut Tumit Tinggi!

9 Cara Mengecilkan Peha Dan Betis Tanpa Kesan Sampingan

Kasut tumit tinggi sememangnya pelengkap gaya seseorang wanita terutama wanita bekerjaya. Namun, ia dapat mengundang pelbagai mudarat kepada si pemakai. Apabila kerap memakai kasut tumit tinggi, tumit pemakai akan tertolak ke atas, menyebabkan betis menjadi kejang dan jika berlarutan, akan kelihatan gemuk dan pendek. Bukan itu sahaja, ia mengakibatkan masalah sakit belakang, kencing tak lawas serta gangguan kepada kitaran menstruasi wanita. Adakah untuk bergaya kita sanggup merisikokan kesihatan? Oleh itu, tinggalkan kasut tumit tinggi dan mulakan memakai kasut bertapak rata yang nyaman.

Tidur Yang Cukup

9 Cara Mengecilkan Peha Dan Betis Tanpa Kesan Sampingan

Rehat yang mencukupi adalah keperluan setiap orang, tak kira peringkat umur. Ini kerana tubuh kita perlukan masa untuk berehat daripada kepenatan bekerja sehari-harian. Bukan itu sahaja, kalori dalam badan akan terbakar ketika kita tidur lalu menyusutkan lemak-lemak berlebihan. Oleh itu, dapatkanlah tidur yang cukup, antara 7-8 jam sebagai cara mudah untuk anda mengecilkan paha dan betis, seperti yang anda impikan.

Naik Turun Tangga

9 Cara Mengecilkan Peha Dan Betis Tanpa Kesan Sampingan

Tak perlu susah-susah ke gim, tangga di rumah anda sudah memadai untuk anda lakukan senaman harian untuk membentuk paha dan betis. Mulakan dengan turun naik secara santai, lalu tingkatkan kelajuan anda. Setelah itu, besarkan langkahan anda supaya melewati dua anak tangga. Aktiviti naik turun tangga ini akan menguatkan daya tahan otot kita serta membakar kalori. Lakukanlah aktiviti ini secara konsisten dan anda akan lihat paha dan betis anda berubah menjadi kecil.

Itulah dia beberapa cara buat para wanita untuk mendapatkan saiz paha dan betis yang didambakan. Tidak kira apa jua cabaran, jangan putus asa. Dengan usaha anda, impian anda untuk memiliki paha dan betis yang kecil pasti menjadi kenyataan.

Jangan lupa untuk baca lebih banyak tips dan petua efektif yang berguna di sini.

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Setiap orang pasti inginkan bentuk badan yang ideal. Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan badan yang ideal. Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan anda ataupun nama lainnya mengamalkan diet yang seimbang.

Apabila sebut tentang diet, mesti ramai yang merasakan ianya menyeksakan kerana banyak pantang larang. Jadi, hari ini saya akan kongsikan makanan yang anda boleh makan ketika mengamalkan diet supaya anda tidak rasa terseksa.

Sup

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, anda digalakkan untuk memakan makanan bersup. Ini kerana ianya akan mengenyangkan anda dengan lebih cepat. Banyakkan sup, daging dan sayur-sayuran dalam menu anda. Dengan makan kesemua makanan sihat tersebut, anda akan mudah kenyang dan secara tidak langsung, anda akan kurang untuk makan nasi.

Makanan Yang Dibakar

Makanan yang dibakar atau dipanggang adalah jauh lebih sihat dan baik berbanding memakan makanan yang digoreng mahupun bergulai. Kandungan kalorinya juga sangat berbeza antara satu sama lain.

Tambahan pula, memasak dengan cara memanggang ataupun membakar ini sememangnya lebih mudah dan sangat menjimatkan. Ini kerana ia tidak menggunakan minyak yang banyak.

Makanan Yang Distim

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Makanan yang dimasak secara stim ini adalah paling elok untuk anda yang sedang berusaha untuk mengurus dan menurunkan berat badan. Ini kerana, makanan yang distim ini tidak menggunakan minyak langsung. Jadi ianya sangat baik untuk kesihatan.

Makanan Yang Dikukus

Selain daripada makanan yang dipanggang ataupun distim, makanan yang dikukus juga sangat elok untuk kesihatan kerana ianya kurang kalori. Kurang kalori bermakna ianya baik untuk anda yang ingin mengamalkan diet. Makanan yang dikukus ini juga senang untuk dimasak.

Cuka Epal

Bagi anda yang ingin menguruskan badan dan mengamalkan diet yang sihat, jangan lupa untuk mengamalkan minum cuka epal. Cuka epal ataupun lebih dikenali dengan apple cider vinegar bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam menu diet. Cuka epal ini dapat membantu meningkatkan metabolisme dan sekaligus akan mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Selepas anda bangun, minum satu gelas air kosong dan diikuti oleh satu gelas air kosong yang dicampur dengan satu sudu cuka epal. Amalkannya juga sebelum anda masuk tidur. Lakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh jadikan cuka epal sebagai salad dressing.

Roti Wholemeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Roti wholemeal merupakan roti yang paling menyihatkan dan membantu anda untuk kurus jika dibandingkan dengan roti putih. Mungkin ianya kurang enak berbanding roti putih biasa, akan tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan rasanya. Roti wholemeal mempunyai indeks glisemik rendah yang menjadikannya makanan untuk diet yang patut ada di dapur anda.

Beras Perang

Makanan untuk diet yang seterusnya adalah beras perang. Diet tidak bermakna anda tidak boleh makan nasi. Anda boleh makan nasi tetapi anda perlu mengurangkan sukatan nasi anda. Sukatan yang disarankan adalah sebesar satu penumbuk untuk setiap pinggan. Jika anda inginkan hasil yang lebih cepat, tukarkan beras anda kepada beras perang.

Stevia / Gula Tanpa Kalori / Gula Perang

Tukarkan gula putih anda kepada stevia iaitu pemanis makanan tanpa kalori yang diekstrak daripada daun spesis tumbuhan stevia rebaudiana. Stevia datang dalam bentuk cecair dan rasanya juga tidak ubah seperti gula.

Selain itu, anda juga boleh gantikan gula putih anda dengan gula tanpa kalori seperti Pal Sweet atau Equal. Rasanya mungkin tidak sesedap gula biasa tetapi ianya sangat menyihatkan dan membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat.

Gula perang juga merupakan alternatif yang anda boleh gunakan untuk menggantikan gula putih. Rasanya sama seperti gula putih tetapi kalorinya jauh lebih rendah.

Madu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Anda juga boleh menggunakan madu sebagai pengganti gula putih. Lemak kebiasaannya akan berkumpul menjadi sumber yang tidak digunakan di dalam badan menjadikan berat badan meningkat.

Dengan meminum madu, lemak-lemak ini akan dibakar untuk membekalkan tenaga untuk aktiviti harian. Amalkannya secara rutin untuk dapatkan hasil yang maksimum. Madu juga turut membantu sistem penghadaman, maka ianya dapat membantu dalam pengurangan berat badan.

Kurma

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang sangat sesuai untuk diambil ketika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi kandungan gula dan kalori yang rendah namun ianya merupakan energy booster yang sangat bagus.

Telur

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Telur juga merupakan makanan untuk diet yang sesuai untuk diamalkan. Ini kerana telur mengandungi protein yang tinggi serta mengandungi lemak sihat yang sangat bagus untuk anda yang sedang berdiet. Jumlah kalori yang terdapat dalam telur tidak banyak, akan tetapi ianya boleh membuatkan anda cepat kenyang dan tahan lebih lama.

Plain Yogurt

Satu lagi makanan untuk diet yang anda wajib amalkan adalah yogurt. Pengambilan yogurt setiap hari dapat menghalang badan anda daripada menyerap hormon leptin yang merupakan antara punca utama obesiti. Yogurt memiliki kandungan gula yang sangat rendah. Kandungan vitamin dan seratnya pula sangat tinggi. Walaupun yogurt diperbuat daripada susu, namun ianya sangat elok untuk diamalkan ketika diet.

Avokado

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Avokado sangat kaya dengan lemak sihat yang dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Selain rasanya yang sedap, avokado mengandungi banyak serat yang tidak akan membuatkan perut anda buncit.

Salad Sayur

Salad sayur ini mesti ramai yang mengamalkannya ketika diet. Selain rasanya yang sedap dengan tambahan salad dressing, salad membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Salad mengandungi nutrisi dan vitamin yang memang sangat baik untuk kesihatan badan. Salad seperti tomato, timun dan kale sangat kaya dengan serat serta rendah kalori.

Oatmeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Oatmeal merupakan makanan wajib yang anda harus amalkan ketika anda berdiet. Walaupun ianya mengandungi karbohidrat, oatmeal tidak mengandungi gula atau pemanis yang tinggi dan sangat rendah kalori. Jadi, ianya sangat elok dimakan ketika diet.

Tuna Dan Salmon

Tuna tidak mengandungi banyak lemak dan sangat kaya dengan protein. Ikan salmon pula mengandungi protein, lemak sihat dan juga omega-3. Salmon juga didapati dapat membantu mencegah obesiti, jadi ianya sangat sesuai untuk dimakan ketika diet.

Buah-Buahan

Serat yang terdapat dalam buah dapat mencegah pelepasan gula dengan cepat ke dalam aliran darah. Kebanyakan buah juga mengandungi vitamin. Pisang sangat kaya dengan potasium dan juga serat dan merupakan energy booster.

Betik pula sangat elok untuk pencernaan tubuh kerana ianya mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan nafsu makan anda. Jadi ianya sangat elok dijadikan sebagai makanan untuk diet.

Tauhu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Ketika diet, makan lewat malam adalah tidak dibenarkan. Akan tetapi sekiranya anda lapar, maka pilihlah untuk makan makanan yang rendah kalori seperti tauhu ini. Tauhu juga mempunyai serat yang tinggi. Memang eloklah untuk anda yang sedang menjaga pola makan.

Dada Ayam

Sekiranya anda suka makan daging, pilih untuk memakan daging ayam. Tetapi bukan semua bahagian ayam anda boleh makan. Bahagian dada ayam adalah bahagian yang paling elok untuk dimakan ketika diet namun ianya tidaklah sesedap bahagian ayam yang lain.