loader image

Autoriti Informasi Wanita

Adakah Wanita Perlu Menunggu Atau Mencari Jodoh?

Adakah Wanita Perlu Menunggu Atau Mencari Jodoh?
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Adakah Wanita Perlu Menunggu Atau Mencari Jodoh?

Dalam hal mencari jodoh atau pasangan hidup ini, kaum wanita dikatakan lebih berisiko sekiranya masih tidak mendapat jodoh setelah lanjut usia berbanding kaum lelaki. Bagi sesetengah wanita pula berpendapat bahawa mereka tidak perlu mencari jodoh kerana ianya telahpun ditetapkan apabila tiba masanya. Istilah ‘menunggu jodoh’ ini adalah seperti menunggu bulan jatuh ke riba dan ia merupakan salah faham yang patut di ubah.

Segala perkara yang kita inginkan perlulah diusahakan untuk mendapatkannya. Memang betul, jodoh itu telah ditentukan oleh Allah. Akan tetapi, sekiranya anda sendiri tidak berusaha untuk mendapatkannya dan hanya menunggu si dia muncul di depan anda, adakah logik ianya akan menjadi kenyataan?

Hal ini telah dijelaskan di dalam Al-Quran. Allah SWT telah berfirman, “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Surah Al-Ankabut : 69)

Di dalam ayat ini, Allah telah memberitahu bahawa segala usaha yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan dibalas dengan memberikan kebahagian dan keredhaan. Jadi, tidak kiralah sama ada ianya berkaitan jodoh, perkerjaan ataupun hal-hal lain, sekiranya kita usahakannya dengan bersungguh-sungguh, Allah SWT pasti akan membalasnya setimpal dengan usaha kita.

Oleh itu, wanita jangan hanya menunggu jodoh untuk datang kepada anda. Sebaliknya, berusaha untuk mendapatkannya. Bagi seorang lelaki, mereka tidak perlu bergegas untuk mencari pasangan hidup kerana merasakan ‘tarikh luput’ mereka lebih lama berbanding dengan wanita.

Ianya sangat berbeza dengan wanita kerana pada umur 40-an dan ke atas, kesuburan wanita akan semakin berkurangan dan akan ke tahap menapous. Menapaus ataupun putus haid bermakna mereka tidak boleh hamil lagi. Ini merupakan cabaran dan risiko yang terpaksa dialami oleh golongan wanita setelah lanjut usia.

Sesetengah wanita menganggap lelaki yang perlu memulakan perkenalan terlebih dahulu. Sedangkan tidak salah sekiranya wanita yang memulakan perbualan. Malu? Setiap orang ada perasaan malunya, sekiranya kedua-duanya malu, sampai bila-bila pun tidak akan ada apa yang terjadi antara antara berdua. Berbalik kepada usaha tadi, sekiranya anda ingin sesuatu, usaha untuk mendapatkkannya.

Wanita yang menagmbil langkah terlebih dahulu dalam sesi perkenalan dan berusaha mencari jodoh adalah wanita yang berani. Bukan semua wanita mampu untuk melakukannya. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ketahui sebelum memulakan langkah perkenalan. Jadi, harini ini saya akan kongsikan sedikit cara untuk kaum wanita memulakan komunikasi dengan lelaki.

Dapatkan Maklumat Si Dia

Adakah Wanita Perlu Menunggu Atau Mencari Jodoh?

Langkah pertama dalam situasi ini, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mendapatkan maklumat tentang si dia sama ada dia sudah berpunya ataupun belum. Elakkan daripada menyukai suami, tunang ataupun kekasih orang lain kerana ia akan membawa kepada pelbagai masalah nanti. Anda juga tidak mahu menjadi punca keretakan hubungan seseorang itu kan?

Pastikan si dia betul-betul bujang dan sedang mencari pasangan hidup sama seperti anda. Anda juga mungkin boleh mendapatkan informasi tentangnya melalui kawan-kawan rapatnya. Bahkan, di zaman yang serba moden ini, maklumat seseorang itu anda boleh dapatkan di akaun media sosial. Segala apa yang dia minat juga mungkin anda boleh dapatkan di media sosial. Mudahkan? Anda tidak perlu pening-pening lagi.

Mulakan Komunikasi

Adakah Wanita Perlu Menunggu Atau Mencari Jodoh?

Langkah seterusnya, setelah mendapatkan maklumat tentang si dia, anda sudah boleh memulakan komunikasi dengannya secara sederhana. Secara sederhana bermaksud ianya sekadar teguran seperti biasa. Mungkin anda boleh bermula dengan berkawan dengan si dia terlebih dahulu sebelum melangkah ke arah yang lebih serius. Kawal perasaan anda supaya anda tidak nampak seperti terhegeh-hegeh dan terlalu ‘mengejar’ si dia.

Beri Masa Untuk Kenal

Adakah Wanita Perlu Menunggu Atau Mencari Jodoh?

Selepas sesi suai kenal, langkah seterusnya yang anda perlu lakukan adalah dengan memerhatikan cara si dia sama ada si dia selesa ataupun tidak untuk berkawan dengan anda. Sabar dan ambil masa untuk berkenalan, tidak mengapa kalau progress perlahan. Dalam masa yang sama juga, ianya mungkin dapat membantu anda untuk melihat dan membaca reaksi si dia kepada anda sama ada dia berminat ataupun tidak.

Sekiranya si dia tidak memberikan respon atau reaksi yang menerujakan, ini mungkin bermakna si dia tidak begitu berminat dengan anda. Jadi, anda boleh abort mission anda pada saat ini kerana ianya mungkin akan membuang masa anda untuk memikatnya dan pada akhirnya si dia tidak memilih anda.

Meluahkan Perasaan

Adakah Wanita Perlu Menunggu Atau Mencari Jodoh?

Akan tetapi sekiranya si dia memberikan respon yang positif sepanjang sesi perkenalan anda dan anda menjadi semakin rapat, anda boleh memulakan langkah seterusnya dengan meluahkan perasaan anda. Namun, anda hanya perlu lakukannya sekiranya si dia masih tidak meluahkan perasaan kepada anda. Jadi, tidak salah sekiranya anda meluahkan perasaan anda kepada si dia.

Waktu ini mungkin waktu yang paling mendebarkan bagi anda, akan tetapi mengambil kesempatan ini untuk meluahkan perasaan anda tidak akan mendatangkan kerugian. Oleh itu, beranikan diri dan luahkan perasaan anda dan nyatakan bahawa anda inginkan hubungan yang lebih dari sekadar berkawan dengan si dia.

Tidak Mendesak

Adakah Wanita Perlu Menunggu Atau Mencari Jodoh?

Akhir sekali dan merupakan langkah yang terakhir, pastikan anda tidak mendesak si dia untuk memberikan jawapan kepada anda secepat mungkin setelah anda meluahkan perasaan anda. Anda juga harus bersedia dengan segala jawapan yang si dia akan berikan.

Sekiranya si dia menerima anda, Alhamdulillah, segala usaha anda berbaloi dan membuahkan hasil. Akan tetapi, sekiranya si dia tidak menerima anda, jangan terlalu bersedih. Terimanya dengan sikap yang positif kerana setiap orang diberi hak untuk memilih pasangan hidup masing-masing. Mungkin kehadiran dia dalam hidup anda merupakan sesuatu pengajaran dan pengalaman hidup. Insha Allah pada masa hadapan pasti akan anda yang lebih baik menanti anda.

Mencari jodoh ini bukanlah perkara yang mudah lagi-lagi buat kaum wanita. Tetapi dengan usaha yang bersungguh-sungguh, Allah pasti akan munculkan seseorang jodoh yang sesuai untuk anda.