loader image

Autoriti Informasi Wanita

Amalan Pemakanan Yang Berkhasiat Dan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Amalan Pemakanan Yang Berkhasiat Dan Sihat Untuk Ibu Mengandung
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Amalan Pemakanan Yang Berkhasiat Dan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Pemakanan yang sihat semenangnya elok untuk semua individu lagi-lagi ibu yang sedang mengandung. Walaupun anda tidak terlalu memikirkan tentang tabiat pemakanan anda sebelum ini, akan tetapi, ketika anda hamil, ianya serba sedikit pasti akan ada perubahan yang berlaku. Apabila anda melangkah ke dunia baru ini, anda akan mengalami pelbagai perubahan bukan sahaja pada tubuh anda malah keperluan pemakanan anda.

Pengambilan makanan yang berkhasiat dan sihat sangat penting ketika hamil kerana ia dapat memastikan perkembangan janin yang sihat. Selain itu, ianya adalah untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat yang bersesuaian semasa sedang hamil. Pengambilan makanan yang sihat ini juga adalah untuk mengekalkan kesihatan ibu tersebut.

Pemakanan anda ini akan mempengaruhi keadaan bayi anda membesar, berkembang, berinteraksi dan juga pergerakan di dalam kandungan anda. Ini bermakna, segala pemakanan yang anda ambil semasa anda mengandung akan membawa manfaat. Jadi, hari ini saya akan kongsikan makanan yang elok dan berkhasiat untuk para ibu yang hamil.

Sayur-Sayuran

Amalan Pemakanan Yang Berkhasiat Dan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Pada trimester terawal iaitu 3 bulan pertama, anda akan mengalami gejala loya dan muntah-muntah. Jadi, pemakanan anda perlulah kaya dengan folic acid iaitu sejenis vitamin B. Folic acid banyak terdapat di dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan brokoli. Sayur-sayuran dapat membantu mengurangkan rasa mual dan ianya sangat berkhasiat dengan vitamin dan zat besi yang diperlukan untuk pembentukan hemoglobin dalam badan.

Selain itu, folic acid boleh mencegah daripada anemia. Semasa mengandung, anak anda juga memerlukan folic acid yang mencukupi untuk mengurangkan risiko kecatatan tiub neural. Folic acid membantu mengekalkan pertumbuhan dan perkembangan bayi dalam kandungan.

Produk Tenusu

Amalan Pemakanan Yang Berkhasiat Dan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Semua produk yang diperbuat daripada susu kaya dengan protein dan ianya sangat elok untuk kegunaan ibu yang sedang hamil. Ianya sangat penting bagi ibu untuk memastikan bekalan protein dan kalsium yang tinggi semasa hamil cukup untuk keperluan seharian. Protein dalam susu berfungsi untuk pembinaan jaringan sel bayi dan memulihkan jaringan yang rosak. Ia juga berfungsi untuk membina otot.

Bekalan kalsium yang mencukupi ketika sedang hamil sangat penting untuk pertumbuhan tulang bayi dalam kandungan selain dapat mengelakkan tulang ibu mereput (osteoprosis) kerana bayi mengambil dari ibunya. Produk tenusu termasuklah susu, yogurt dan juga keju. Pastikan produk tenusu yang diambil telah pun dipasteur terlebih dahulu sebelum anda memakannya.

Buah-Buahan

Amalan Pemakanan Yang Berkhasiat Dan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Sesetengah ibu yang mengandung akan hilang selera makan sewaktu peringkat awal kehamilan. Ini adalah kerana alahan mengandung atau nama popularnya morning sickness. Salah satu cara untuk mengurangkan morning sickness ini adalah dengan memakan buah-buahan. Buah-buahan sangat menyegarkan dan ianya juga dipenuhi dengan pelbagai jenis vitamin.

Buah-buahan sangat kaya dengan vitamin yang mampu untuk mengurangkan loya dan alahan ketika hamil. Ambil endah tentang pengambilan vitamin C anda dan pastikan anda banyak memakan buah-buahan sitrus, beri, buah kiwi dan juga meminum minuman jus buah-buahan segar. Ceri mengandungi melatonin iaitu sejenis hormon antioksidan yang dapat membantu merangsang pertumbuhan sel sepanjang kehamilan dan menjadikan emosi ibu lebih stabil.

Dengan pengambilan buah-buahan ini, ianya akan membantu meningkatkan stamina dan membekalkan tenaga kepada ibu yang hamil. Di samping itu, mineral dan serat yang terkandung dalam buahan-buahan juga dapat membantu pelawasan sekaligus mencegah sembelit. Apabila badan anda cukup vitamin dan mineral, ibu mengandung dan bayi dalam kandungan akan menjadi lebih kuat dan kebal daripada penyakit.

Bijirin

Amalan Pemakanan Yang Berkhasiat Dan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Selain sayur dan buah-buahan, pengambilan bijirin juga sangat elok untuk ibu yang sedang mengandung. Tetapi, anda perlu mengetahui tentang kandungan gula yang terdapat di dalam makanan tersebut untuk mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan.

Sumber bijirin yang baik untuk sajian ibu hamil adalah roti bijirin yang berserat penuh terutama sekali yang mempunyai indeks glisemik yang rendah. Ini adalah kerana ianya lebih lambat diserap dan tidak akan meninggikan paras gula dalam darah dengan mendadak. Anda juga akan kenyang lebih lama. Oleh itu, peluang untuk berat badan anda naik secara mendadak ketika mengandung adalah lebih rendah.

Bijirin juga mengandungi pelbagai mineral, vitamin B, karbohidrat dan juga kalsium yang diperlukan bagi menyokong aktiviti seharian ibu mengandung dan keperluan khasiat janin dalam kandungan anda. Amalkan pengambilan bijirin ini semasa sarapan.

Kekacang

Amalan Pemakanan Yang Berkhasiat Dan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Kekacang ini sangat sesuai dijadikan snek untuk ibu yang sedang hamil. Ini adalah kerana saiznya yang kecil dan mudah untuk dibawa ke mana-mana. Kekacang mempunyai banyak khasiat yang baik untuk ibu yang hamil terutama sekali pada awal kehamilan. Kacang seperti badam sangat kaya dengan omega 3.

Omega 3 ini sangat penting kerana ianya baik untuk perkembangan otak. Jadi, ibu yang mengandung dan bayi di dalam kandungan akan menjadi lebih bijak dan kuat daya ingatan. Kekacang juga sangat kaya dengan kandungan protein yang membantu untuk pembinaan tisu dan otot selain dapat membekalkan tenaga untuk si ibu. Kandungan folic acid dan vitamin B yang terdapat dalam kekacang juga dapat membantu perkembangan sistem saraf bayi.

Makanan Laut

Amalan Pemakanan Yang Berkhasiat Dan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Selain kekacang, makanan laut juga sangat kaya dengan omega 3. Oleh itu, para ibu yang hamil sangat disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3 dan tinggi protein agar otak janin cukup berkhasiat untuk perkembangan minda. Omega 3 ini boleh di dapati di dalam makanan laut seperti ikan, udang dan juga sotong.

Elakkan Pengambilan Kafein

Amalan Pemakanan Yang Berkhasiat Dan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Banyak kajian yang menunjukkan keburukan penambilan kafein sewaktu mengandung. Kafein akan membuatkan anda kerap kencing dan membuatkan badan anda kekurangan air. Minuman berkafein ini sememangnya akan mengganggu kualiti tidur anda.

Pengambilan kafein ini membuatkan anda lebih berisiko untuk keguguran, kecatatan, kelahiran pramatang ataupun berat kelahiran bayi yang rendah. Kafein juga mengganggu penyerapan mineral dan vitamin semasa hamil. Jadi, elakkan pengambilan kafein ketika anda mengandung supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Elakkan Makanan Tinggi Kalori

Amalan Pemakanan Yang Berkhasiat Dan Sihat Untuk Ibu Mengandung

Ibu yang mengandung kebiasaannya akan makan lebih daripada sukatan normal. Tetapi ia tidak bermakna anda boleh makan berlebihan sesuka hati. Ini adalah untuk mengelakkan masalah berat badan berlebihan semasa mengandung. Ibu hamil yang mengalami obesiti sebelum mengandung akan meningkatkan risiko bayi lahir dengan berat badan tinggi atau terkena kencing manis ketika hamil.