loader image

Autoriti Informasi Wanita

Anda Dan Pasangan Serasi Ke Tak? Cuba Anda Teliti Ciri-Ciri Ini

Anda Dan Pasangan Serasi Ke Tak? Cuba Anda Teliti Ciri-Ciri Ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Anda Dan Pasangan Serasi Ke Tak? Cuba Anda Teliti Ciri-Ciri Ini

Memiliki pasangan yang serasi dan memahami antara satu sama lain semestinya menjadi keinginan setiap manusia di muka bumi. Pasangan serasi dan jodoh yang sesuai ini bukan sahaja dapat menyejukkan hati malah mungkin dapat membantu dan memudahkan kita dalam pelbagai situasi yang kita hadapi. Melihat pasangan lain yang bersikap romantis kadang-kala membuatkan kita ingin turut merasainya.

Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa anda dan pasangan merupakan pasangan yang serasi ataupun tidak? Kadang-kadang baru beberapa bulan bercinta sudah berbagai-bagai konflik atau tidak sependapat yang membuatkan hubungan anda nampak seperti kurang bahagia. Jadi, bagaimana caranya untuk mengetahui jika pasangan anda itu betul-betul serasi dengan anda?

Memiliki Cita-Cita Masa Depan Yang Sama

Anda Dan Pasangan Serasi Ke Tak? Cuba Anda Teliti Ciri-Ciri Ini

Anda dan pasangan sememangnya adalah dua orang yang berbeza. Mungkin anda berdua membesar di dalam suasana, keadaan dan latar belakang yang berlainan yang membuatkan anda berdua berbeza. Tetapi tahukah anda, dua orang yang mempunyai banyak perbezaan juga boleh serasi antara satu sama lain sekiranya memiliki satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka melancong atau suka aktiviti lasak dan lain-lain lagi.

Lebih elok lagi sekiranya anda berdua mempunyai cita-cita dan masa depan yang sama. Tujuan hidup bersama akan lebih mudah kerana anda memiliki matlamat yang sama. Tindakan yang serentak juga akan membuatkan bakal pasangan anda lebih tertarik dengan anda. Sebagai contoh, pergerakan yang seretak dalam satu masa yang sama seperti berdiri serentak ataupun mengangkat gelas serentak dan sebagainya.

Menerima Diri Pasangan Seadanya

Kebanyakan lelaki akan lebih mudah tertarik dengan wanita yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian pasangannya. Akan tetapi, ini adalah subjektif, mungkin ada sesetengah orang yang berlainan citarasa dan anda hanya perlu memahami dan menerima pasangan anda seadanya.

Sebagai wanita pula, anda juga harus redha dengan kekurangan dan kelebihan pasangan anda. Kalau anda inginkan hubungan anda kekal lama dan harmoni, belajar untuk memahami dan menerima baik buruk pasangan anda. Sekiranya ada perkara yang perlu diperbetulkan, bawa bincang dan selesaikan masalah dengan tenang. Barulah nampak seperti pasangan serasi.

Menghormati Ahli Keluarga Pasangan

Anda Dan Pasangan Serasi Ke Tak? Cuba Anda Teliti Ciri-Ciri Ini

Selain itu juga, anda boleh nampak adakah anda dan pasangan serasi ketika musim perayaan tiba. Rancang dan bincang elok-elok jadual untuk pulang bermalam dengan keluarga serta patuhi perancangan yang telah dibuat. Jangan anda mengkhianati pasangan anda dengan menunjukkan perangai atau merajuk yang bukan-bukan dan tidak masuk akal.

Ini kerana, sekiranya anda mengikut jadual seperti yang telah dibincangkan, apabila tiba giliran anda pula nanti, pasangan anda akan mengikut anda dengan senang hati. Masing-masing perlu menghormati perasaan keluarga masing-masing supaya tidak ada yang terasa hati dan mengungkitnya di kemudian hari.

Berkongsi Menanggung Keluarga

Pasangan itu serasi dan sesuai dengan anda sekiranya dia tidak berkira untuk berkongsi wang, masa dan tenaga untuk menanggung keluarga. Contohnya, apabila tiba hujung bulan, bahagikan pendapatan secara sukarela untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak. Elakkan daripada mengamalkan ‘duit aku, aku punya, duit kau pun aku punya’.

Kalau beginilah caranya, lebih baik anda dan pasangan tidak perlu berkahwin. Akan tetapi, ianya hanyalah sekadar contoh yang boleh digunakan. Sebaliknya, anda boleh mewujudkan keserasian antara pasangan dengan berusaha dan berdoa semoga hubungan anda dipermudahkan. Untuk mendapatkan keserasian ini bukannya setahun dua, kadang-kadang ia memerlukan masa yang lebih lama untuk mengenali pasangan sebaiknya.

Boleh Membaca Gerak Hati Pasangan

Anda Dan Pasangan Serasi Ke Tak? Cuba Anda Teliti Ciri-Ciri Ini

Jangan anda tidak tahu dan mempertikaikan hal ini. Ini kerana pasangan yang serasi sememangnya boleh membaca gerak hati antara satu sama lain. Manusia sebenarnya boleh berkomunikasi melalui fikiran. Jangan lupa untuk menghantarkan kasih sayang dan hasrat yang murni anda kepada pasangan anda dengan gelombang fikiran ini secara berterusan sehingga berjaya.

Kebiasaannya, ia memerlukan masa yang lama untuk membaca gerak hati pasangan ini. Ini kerana anda perlu betul-betul memahami serta mendalami perangai dan sifat pasangan anda untuk menguasainya.

Susah Senang Bersama

Dua orang yang berlainan akan mudah mendapat keserasian sekiranya mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan sama ada dari segi tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan lain-lain. Secara keseluruhannya, anda dan pasangan sanggup hidup susah senang bersama, ketawa dan menangis bersama.

Sekiranya pasangan melalui saat-saat yang sukar baginya, hulurkan tangan anda untuk membantunya tidak kisahlah sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Kadang-kala kehadiran anda di sisinya sudah memadai untuk membantu dia menempuhi masalah yang dihadapinya. Dan apabila tiba masa anda nanti, dengan sukarela dia akan membantu anda.

Saling Memaafkan Antara Satu Sama Lain

Anda Dan Pasangan Serasi Ke Tak? Cuba Anda Teliti Ciri-Ciri Ini

Komunikasi antara pasangan adalah kunci supaya hubungan kekal lama dan bahagia. Berkomunikasilah dengan mesra dan bersemangat dengan menggunakan lidah, mata, hati dan juga bahasa badan bersama pasangan anda. Hindari daripada bercakap sambil lewa dan kurang sopan ketika anda bersembang dengan pasangan anda.

Sekiranya terdapat salah faham atau kesilapa yang dibuat, bermaaf-maaflah bersama pasangan anda. Perbuatan saling memaafkan ini perlu sentiasa diamalkan supaya kehidupan rumah tangga harmoni.

Memiliki Wajah Yang Serupa

Ramai orang yang berpendapat bahawa sekiranya pasangan itu memiliki wajah yang seiras, mereka akan dianggap sebagai pasangan yang serasi dan hubungan mereka akan kekal lama. Ini kerana semakin lama anda hidup bersama pasangan anda, wajah anda akan menjadi semakin seiras dengan pasangan anda.

Ini adalah kerana anda dan pasangan makan, minum, menikmati persekitaran yang sama dan juga bergaul dengan golongan orang yang sama. Oleh itu, sekiranya diperhatikan semakin lama pasangan itu hidup bersama, keserasian mereka akan lebih terserlah. Ia juga dikatakan sebagai petanda jodoh mereka itu akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Secara amnya, keserasian antara pasangan ini boleh dibentuk dan diwujudkan sekiranya masing-masing mengambil tahu dan meneliti pasangan masing-masing. Jadi, antara perkongsian di atas, anda dan pasangan dalam kategori serasi ataupun tidak? Bagi anda yang belum ada pasangan lagi, bagaimana anda ingin tahu anda sebenarnya sudah bertemu jodoh yang sesuai?