loader image

Autoriti Informasi Wanita

Apa Bentuk Bibir Kata Tentang Personaliti Dan Diri Anda?

Apa Bentuk Bibir Kata Tentang Personaliti Dan Diri Anda?
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Apa Bentuk Bibir Kata Tentang Personaliti Dan Diri Anda?

Setiap orang di muka bumi ini mempunyai daya penarik tersendiri terutamanya kaum wanita yang sememangnya diciptakan dengan ciri-ciri yang lebih terserlah berbanding lelaki. Antara anggota yang dimiliki wanita yang sering menjadi perhatian adalah bentuk mata dan bibir. Tapi tahukah anda bentuk bibir sebenarnya boleh menunjukkan sifat dan personaliti seseorang itu?

Bibir menjadi salah satu ciri-ciri yang paling penting semasa anda mencuba untuk menentukan personaliti seseorang itu. Bagi seseorang wanita, kecantikan pada wajah mereka merupakan sesuatu yang penting ianya boleh memberikan keyakinan yang tinggi sekiranya mendapat pujian. Jom baca untuk ketahui personaliti dan karakter seseorang itu melalui bentuk bibirnya.

Bibir Penuh Dan Tebal

Apa Bentuk Bibir Kata Tentang Personaliti Dan Diri Anda?

Sekiranya anda dilahirkan dengan bibir penuh semula jadi ini, anda adalah seorang yang sering dan mudah dipengaruhi dengan sifat mengasihani. Anda juga memiliki bentuk bibir yang seperti ini amat menghargai sesebuah perhubungan yang dijalinkan dengan orang disekeliling anda. Selain itu, anda juga selalu mendahulukan orang lain terlebih dahulu sebelum diri sendiri.

Wanita yang mempunyai bibir tebal ini kebiasaannya tidak suka akan sikap berpura-pura. Sekiranya dia diamanahkan sesuatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik. Wanita yang memiliki bentuk bibir ini sangat mementingkan kecantikan dan mengambil masa yang lama ketika bersolek.

Bibir Nipis

Apa Bentuk Bibir Kata Tentang Personaliti Dan Diri Anda?

Mengikut pakar, wanita yang memiliki bibir yang nipis ini suka menyendiri dan melakukan perkara seorang diri. Selain itu juga, pakar juga menyatakan bahawa wanita yang mempunyai bentuk bibir ini tidak begitu berpengetahuan dalam soal perhubungan. Mereka juga agak sukar untuk serasikan diri mereka dengan pasangan. Akan tetapi, ianya tidak bermakna mereka tidak menghargai hubungan tersebut.

Oleh kerana anda suka menyendiri, anda sudah terbiasa dan mudah dalam mengatasi masalah serta boleh membuat kerja seorang diri. Sekiranya anda pergi ke tempat percutian atau muzium, wanita yang memiliki bentuk bibir ini sudah tentu tidak memerlukan agent atau pemandu pelancong. Namun, walaupun anda suka untuk bersendirian, anda juga sebenarnya sempurna berada di tengah-tengah sekelompok orang.

Bibir Atas Dan Bibir Bawah Sama Saiz

Apa Bentuk Bibir Kata Tentang Personaliti Dan Diri Anda?

Pakar telah menyatakan bahawa sekiranya seseorang yang memiliki saiz bibir yang biasa, iaitu tidak terlalu nipis dan tidak juga terlalu tebal, ini bermakna anda adalah seorang yang tidak suka diperhambakan oleh cinta. Anda lebih suka dan enjoy hubungan yang tidak mempunyai drama. Sekiranya terdapat salah faham dan pergaduhan dalam hubungan anda, anda lebih suka untuk berundur diri dan meleraikannya daripada terjebak dengan sebarang drama.

Wanita yang memiliki bibir ini kebiasaannya sering melakukan pendekatan yang seimbang dan masuk akal dalam menyelesaikan segala tugas yang telah diberikan kepada anda. Kekuatan anda terletak pada kemampuan dalam mendengar pendapat dan masalah orang lain. Anda juga jenis yang mengambil kritikan ringan dan menghormati pendapat orang lain.

Ada Ruang Berlekuk Pada Bibir Atas (Cupid’s Bow)

Apa Bentuk Bibir Kata Tentang Personaliti Dan Diri Anda?

Menurut pakar, sekiranya anda memiliki lekuk yang tajam dan jelas di bahagian tengah bibir atas anda, kebiasannya anda dilabelkan sebagai seorang yang kreatif, bijak dalam berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang sangat cekap. Akan tetapi, kadang-kala anda terlalu dipengaruhi oleh emosi yang menyebabkan kata-kata anda menyakiti hati orang lain.

Di samping itu juga, orang yang memiliki bibir seperti ini sangat penyayang dan sangat bertimbang rasa terhadap orang lain. Anda juga seorang yang mudah untuk jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki dan memenangi hati lelaki tersebut.

Dalam soal kerjaya pula, anda seorang yang bertanggungjawab dan cukup berdisiplin serta mencapai prestasi yang cukup membanggakan. Anda juga seorang yang optimis dan bermatlamat. Oleh itu, kebanyakan wanita yang memiliki bibir jenis ini memperoleh kedudukan yang baik kerana anda mampu untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Bibir Munggil

Apa Bentuk Bibir Kata Tentang Personaliti Dan Diri Anda?

Bagi wanita yang memiliki bibir munggil ini, anda merupakan seseorang yang akan mendahulukan diri sendiri lebih dari segalanya. Anda menyayangi diri anda kerana anda tahu menghargai diri sendiri itu adalah besar nilainya. Tetapi ini bukan bermakna anda seorang yang pentingkan diri sendiri. Seperti bait-bait lagu “Epiphany” dari kumpulan sensasi BTS yang menyatakan, “I’m the one I should love in this world”. Kalau bukan kita yang sayang diri kita, siapa lagi kan?

Wanita yang mempunyai bibir yang munggil ini dipercayai memiliki sikap yang jujur dan lemah lembut. Selain itu, anda yang memiliki bibir jenis ini mempunyai sifat kebudak-budakan dan sangat manja. Anda sering menginginkan perlindungan kerana anda tidak berani untuk bertindak sendirian dan sering ragu-ragu.

Bibir Atas Lebih Tebal Daripada Yang Bawah

Apa Bentuk Bibir Kata Tentang Personaliti Dan Diri Anda?

Wanita yang memiliki bentuk bibir yang tebal dibahagian atas dan nipis di bahagian bawah kebiasaannya sangat peramah. Anda yang memiliki bentuk bibir jenis ini sangat suka bercakap dan tidak kekok langsung ketika berkomunikasi dengan orang walaupun orang tersebut baru sahaja dikenali.

Bukan itu sahaja, wanita yang memiliki bentuk bibir ini juga sangat periang, ceria dan tidak mudah untuk marah. Selain itu juga, anda amat bijak untuk mengekspresikan diri anda dengan cara yang baik dan berani untuk menunjukkan diri anda yang sebenar di hadapan orang lain.

Bibir Bawah Lebih Tebal Daripada Yang Atas

Apa Bentuk Bibir Kata Tentang Personaliti Dan Diri Anda?

Pakar menyatakan bahawa orang yang memiliki bibir bawah lebih tebal daripada bibir atas memiliki sifat yang pemurah. Orang yang berada di sekeliling anda sangat beruntung kerana sifat anda yang suka untuk memberi. Akan tetapi, wanita yang mempunyai bibir yang sebegini sangat malu untuk memulakan perbualan. Anda lebih gemar sekiranya orang lain yang memulakan perbualan terlebih dahulu barulah anda akan membalas dan seterusnya meneruskan perbualan tersebut.

Bagi yang memiliki bibir jenis ini juga, anda dikatakan sangat bijak dalam memberikan komen atau nasihat kepada orang lain. Oleh itu, tidak peliklah sekiranya anda dijadikan sebagai tempat kawan-kawan anda meluahkan perasaan dan masalah mereka anda.

Dalam soal kerjaya pula, wanita yang memiliki bibir ini dipercayai tidak dilahirkan untuk bekerja di dalam pejabat. Ini kerana, bagi anda terdapat banyak hal yang lebih menarik di luar sana. Anda sangat memerlukan gaya hidup yang sangat aktif dan bertenaga, kenalan dan tempat baru untuk dikunjungi. Anda juga mudah untuk bersosial dan sangat terbuka untuk melakukan sesuatu yang baru.

Bibir ini sememangnya merupakan sebahagian daripada kecantikan wajah seorang wanita. Setiap orang mempunyai perwatakan dan karakternya yang tersendiri. Oleh itu, jadilah diri anda yang tersendiri supaya penampilan anda nampak lebih terserlah.

Jom baca artikel-artikel tentang wanita yang lain di sini.