loader image

Autoriti Informasi Wanita

Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Secara Cepat Dan Natural?

Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Secara Cepat Dan Natural?
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Secara Cepat Dan Natural?

Setiap wanita inginkan kulit yang halus mulus tanpa cacat cela. Tetapi, untuk mendapatkan kulit yang sebegitu memerlukan penjagaan muka yang rapi dan berterusan. Muka yang berjerawat menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri kerana kurang selesa dengan keadaan wajahnya. Terdapat banyak cara menghilangkan jerawat di muka yang boleh digunakan. Untuk menghilangkan jerawat di wajah secara natural dan cepat tidak begitu mudah. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Sebelum itu, saya nak kongsikan sedikit bagaimana jerawat muncul di muka. Pada dasarnya, jerawat adalah benjolan yang timbul kesan daripada penyumbatan pori atau peradangan pada kulit yang besertakan nanah atau darah.

Kemunculan jerawat pada muka boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti kulit yang berminyak, hormon yang tidak seimbang, pola makanan yang tidak berapa sihat, penggunaan make up berlebihan, sering mencuci muka dan lain-lain lagi. Selain itu juga, liang pori-pori kulit tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati juga adalah antara puncanya.

Banyak produk yang berada di pasaran dipercayai boleh menghilangkan jerawat. Namun, produk-produk ini belum tentu elok kerana ianya mempunyai bahan kimia yang mungkin akan membuatkan jerawat di muka anda menjadi lebih parah. Oleh itu, hari ini saya nak kongsikan tentang cara menghilangkan jerawat di wajah secara alami dengan mudah. Walaupun hasilnya tidak secepat penggunaan produk yang dijual di pasaran, tetapi ianya dijamin lebih elok dan natural.

Lemon

Tahukah anda, di dalam lemon terdapat L-ascorbic acid yang boleh mengurangkan masalah peradangan pada kulit yang berjerawat. Ia juga dapat membersihkan pori-pori wajah yang tersumbat.

Bahkan lemon juga dikenal sebagai pencerah kulit dan boleh menghilangkan jerawat pada wajah. Jadi, ianya sangat sesuai digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan jerawat secara natural dan cepat.

Ikuti langkah-langkah ini adalah untuk memudahkan anda mengaplikasikan lemon ke wajah anda.

  1. Siapkan satu buah lemon.
  2. Potong kepada dua bahagian. Kemudian perah lemon tersebut ke dalam mangkuk.
  3. Lumurkan air perahan lemon tersebut ke wajah anda dan biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih.
  4. Anda juga boleh menambahkan satu sudu madu ke dalamnya.
  5. Amalkan cara ini secara rutin satu kali di waktu pagi untuk mengatasi masalah jerawat.

Timun

Selain lemon, timun adalah salah satu rahsia untuk menghilangkan jerawat secara natural dan pantas. Timun bukan hanya kaya dengan anti oksidan yang sangat penting untuk kulit muka. Namun, ianya juga mengandungi amino acid, mineral dan juga vitamin C.

Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Secara Cepat Dan Natural?

Bahan-bahan yang terdapat dalam timun ini juga sangat berguna dalam tubuh untuk menghilangkan racun, melembabkan kulit dan membersihkan jerawat. Langkah-langkah ini anda boleh lakukan untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat.

  1. Hiris timun dengan nipis.
  2. Aplikasikan hirisan timun tersebut pada wajah anda dan biarkan selama lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian, bilas wajah dengan air hangat.
  4. Untuk mendapatkan hasil yang maksimal, minumlah perahan jus timun yang dicampur dengan limau nipis.

Ramai yang tidak tahu bahawa timun sangat elok kerana ianya dapat membantu dan membersihkan racun dari dalam tubuh.

Kulit Oren

Penggunaan alpha hydroxy acid dan vitamin C dalam kulit oren dipercayai boleh dijadikan cara menghilangkan jerawat secara natural dan cepat. Hal ini adalah kerana kulit buah oren dipercayai mampu untuk membersihkan pori-pori kulit yang tersumbat dengan kotoran dan debu. Ia juga mampu membuang sel-sel kulit mati.

Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Secara Cepat Dan Natural?

Ini adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan jerawat di muka dengan menggunakan kulit buah oren.

  1. Kupas kulit buah oren dan keringkan di bwah sinar matahari selama beberapa hari sehingga ianya betul-betul kering.
  2. Haluskan kulit oren yang dsah dikeringkan tadi sehingga menjadi serbuk.
  3. Tambahkan sedikit air pada serbuk tadi dan campurkan sehingga ianya menjadi adunan sebati.
  4. Letakkan campuran tersebut pada wajah yang berjerawat da biarkan selama beberapa minit.
  5. Kemudian, bilas dengan air hangat sehingga bersih dan keringkan wajah anda dengan tuala.

Putih Telur

Pasti ramai yang sudah tahu kelebihan dan kegunaan putih telur sebagai salah satu cara menghilangkan jerawat secara mudah dan natural. Putih telur mengandungi enzyme lysozim yang boleh menghancurkan dinding sel bakteria yang menyebabkan kemunculan jerawat.

Selain itu juga, putih telur juga dipercayai dapat mengecilkan liang pori-pori kulit serta dapat mengurangkan minyak yang berlebihan yang menjadi punca timbulnya jerawat di muka. Putih telur juga sudah terbukti dan dipercayai dapat menghilangkan komedo yang kebiasaanya bersarang di hidung.

Cara menghilangkan jerawat secara cepat dan natural menggunakan putih telur adalah seperti dibawah.

  1. Ambil satu butir telur. Kemudian pisahkan kuning dan putihnya. Buangkan kuningnya.
  2. Kacau putih telur tadi sehingga pecah dan mengembang.
  3. Letakkan putih telur tadi pada muka anda lalu biarkannya untuk beberapa minit sehingga kering.
  4. Akhir sekali, bila dengan air hangat sehingga bersih.

Lidah Buaya (Aloe Vera)

Bahan yang sangat efektik untuk menghilangkan jerawat secara natural dan pantas adalah lidah buaya atau lebih dikenali sebagai aloe vera. Ianya bukan rahsia lagi kerana lidah buaya mengandungi banyak zat aktif yang sangat mujarab untuk mengusir jerawat.

Antaranya adalah polysaccharides dan hormone gibberellin yang mampu untuk membunuh bakteria yang menjadi penyebab jerawat. Di samping itu juga, lidah buaya juga mengandungi antioksidan, mineral, vitamin C dan E yang mempercepatan penyembuhan kulit yang berjerawat. Selain menghilangkan jerawat, lidah buaya juga boleh meredakan rasa perit akibat sunburn tau.

Cara-cara untuk mengaplikasikan lidah buaya ini adalah seperti berikut.

  1. Potong lidah buaya kepada dua bahagian dan buangkan bahagian yang berduri.
  2. Ambil gel lidah buayanya kemudian masukkan ke dalam bekas.
  3. Seterusnya, haluskan gel lidah buaya tersebut.
  4. Sapukan gel nya di area kulit yang berjerawat dan biarkannya selama lebih kurnag 3-5 minit.
  5. Akhirnya, bilas dengan air dingin sehingga bersih.

Betik

Buah betik juga dipercayai boleh membantu untuk menghilangkan jerawat secara natural dan cepat. Di dalam buah betik terdapat enzim papain yang berfungsi untuk mengikis sel kulit mati.

Ianya juga mempunyai anti oksidan dan vitamin yang dapat mencerahkan kulit wajah, mengatasi kulit kemerahan serta mengurangkan peradangan pada kulit anda.

Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Secara Cepat Dan Natural?

Cara untuk menggunakan betik sebagai salah satu cara untuk merawat wajah adalah seperti berikut.

  1. Bersihkan betik dan potongnya sehingga menjadi beberapa bahagian kecil.
  2. Lenyekkan betik tersebut sehingga menjadi seperti bubur.
  3. Tambahkan satu senduk makan madu atau perahan air lemon sekiranya perlu.
  4. Sapukan pada kawasan muka yang berjerawat.
  5. Biarkan selama lebih kurang 15 minit kemudian bilas dengan air hangat.

Bawang Putih

Selain daripada bahan natural yang telah disenaraikan, bawang putih juga antara salah satu bahan yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat dengan cepat. Perkara ini sudah tidak diragkan lagi, Ini kerana bawang putih mengandungi thiacremonon sulfur yang dipercayai boleh mengeringkat jerawat.

Di samping itu juga, di dalam bawang puth terdapat senyawa allicin yang bersifat antiseptik yang mampu dan boleh menyangkal bakteria yang menjadi penyebab kemunculan jerawat di muka.

Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Secara Cepat Dan Natural?

Cara penggunaan bawang putih untuk mengeringkan jerawat di muka ini adalah seperti berikut:

  1. Potong bawang putih halus-halus.
  2. Tambahkan sedikit cuka sari epal untuk mendapatkan hasil yang lebih optimal.
  3. Sapukan bawang putih tersebut hanya pada bahagian yang berjerawat sahaja.
  4. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilas dengan air hangat sampai bersih.

Scrub Gula

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa di dalam gula terdapat kandungan AHA yang merupakan glycolic acid yang sangat baik untuk membersihkan wajah dari sel kulit mati. Ianya sangat sesuai sekali untuk dijadikan sebagai salah satu cara menghilangkan jerawat secara natural dan cepat.

Bukan itu sahaja, gula juga turut dipercayai dapat membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Ini kerana dinding sel bakteria pada dasarnya tidak tahan terhadap gula.

Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Secara Cepat Dan Natural?

Ini dia langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjadikan gula sebagai salah satu cara untuk anda menghilangkan jerawat.

  1. Campurkan dua senduk makan gula denagn satu senduk makan air hangat.
  2. Adukkan sehingga ianya menjadi sebati seperti scrub.
  3. Kemudian, sapukan scrub tersebut pada wajah anda dan biarkannya selama 15-20 minit.
  4. Bilas dengan air hangat dan keringkan.

Madu

Seperti yang telah anda ketahui, sejak zaman dahulu lagi madu sudahpun digunakan sebagai cara menghilangkan jerawat. Antiseptik yang terdapat di dalam madu dipercayai mampu untuk membunuh bakteria dan mengurangkan peradangan pada kulit muka anda yang berpunca daripada jerawat.

Tambahan itu juga, madu memiliki fungsi sebagai probiotik semula jadi. Ianya berfungsi sebagai zat efektif yang bukan hanya akan mengurangkan malah akan mencegah daripada timbulnya jerawat yang baru.

Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Secara Cepat Dan Natural?

Untuk menggunakan madu ini, anda ikut langkah-langkah di bawah ini:

  1. Siapkan beberapa titis madu.
  2. Sapukan madu terus pada bahagian yang berjerawat di muka dengan menggunakan kapas dan biarkannya selama 45 minit.
  3. Seteleah madu yang disapu di muka itu kering dan terasa melekit, bilas dengan air dingin dan keringkan muka anda.
  4. Lakukannya sebanyak tiga kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

Ais Batu

Menggunakan ais batu ini merupakan cara yang paling mudah untuk dilakukan jika anda ingin menghilangkan jerawat secara semula jadi dan cepat kerana ianya mudah untuk didapati di rumah.

Ais batu yang dipercayai boleh menghilangkan minyak yang berlebihan dan kotoran yang merupakan penyebab timbulnya jerawat di muka. Selain itu juga, ais batu yang bersifat sejuk turut berfungsi untuk menenangkan kulit dan mengurangkan peradangan yang ditimbulkan akibat jerawat.

Bagaimana Cara Menghilangkan Jerawat Secara Cepat Dan Natural?

Ikut langkah mudah di bawah ini untuk menghilangkan jerawat anda.

  1. Pastikan air yang digunakan untuk membuat ais batu tersebut sudah di sterilized.
  2. Setelah siap menjadi air batu, bungkus ais batu tersebut secukupnya dengan menggunakan kain yang bersih.
  3. Letakkan dia muka dan biarkan dia bahagian awajah yang berjerawat selama beberapa saat.
  4. Ulangi proses tersebut sehingga beberapa kali pada kawasan yang berjerawat yang lain.

Avokado Dan Madu

Avokado dan madu merupakan salah satu kombinasi yang terbaik sebagai cara untuk menghilangkan jerawat secara natural dan cepat. Madu yang merupakan bahan semula jadi yang dikenali sejak dahulu lagi memiliki sememangnya mempunyai banyak manfaat untuk kulit kerana ianya mengandungi hydrogen peroxide yang bersifat antibakteria.

Sementara itu pula, avokado sangat kaya dengan vitamin E yang dapat menembus liang pori-pori pada kulit dan sekaligus dapat mengurangkan peradangan pada kulit.

Cara untuk menggunakan avokado dan madu ini adalah seperti berikut:

  1. Ambil isi buah avokado dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Hancurkan isi buah avokado tersebut sehingga ianya menjadi sebati.
  3. Tambah satu senduk makan madu dan adukkannya sehingga sebati.
  4. Tambahkan sedikit air perahan lemon untuk mendapatkan hasil yang optimal.
  5. Aplikasikan masker tersebut pada kawasan wajah yang berjerawat dan kemudian biarkannya selama 15-20 minit.
  6. Bilas dengan air hangat sehingga ianya bersih sepenuhnya.

Cuka Sari Epal

Cuka sari epal ini merupakan antara bahan yang mudah untuk ditemui dan juga boleh digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan jerawat di muka anda. Cuka sari epal ini mengandungi lactic acid dan juga malic acid yang dapat membuang sel kulit mati anda.

Selain itu juga, cuka sari epal ini dapat dijadikan sebagai anti oksidan yang turut berfungsi untuk mempercepatkan proses penyembuhan kulit yang berjerawat.

Ianya sangat mudah untuk dilakukan. Langkah-langkahnya dalah seperti berikut:

  1. Campurkan 5ml cuka sari epal dengan 95ml air yang sudah di masak. .
  2. Sapukan cuka sari epal tersebut pada kawasan muka yang berjerawat dengan menggunakan kapas.
  3. Biarkan selama lebih kurang 10-20 minit kemudian bilas dengan air yang hangat.
  4. Ulangi langkah ini sebelum tidur secara rutin dan biarkan semalaman utuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

Baking Soda

Cara menghilangkan jerawat yang lain adalah dengan menggunakan baking soda. Baking soda ini sangat mudah di dapati. Saya yakin setiap rumah mesti ada baking soda ini kerana ianya merupakan salah satu bahan untuk membuat kuih. Jadi lebih mudah untuk anda mendapatkannya.

Jangan tidak tahu ya, baking soda ini juga boleh digunakan sebagai pembunuh bakteria. Ini kerana, baking soda boleh meneutralkan acid di kulit sehinggakan bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat tidak akan mampu untuk hidup lama pada wajah anda.

Selain itu, baking soda bukan hanya boleh membunuh bakteria, malah ianya juga boleh mengikis sel kulit mati dan membersihkan liang pori-pori yang tersumbat serta menyerap minyak yang berebihan di muka. Jadi, sebab itulah ianya sangat sesuai untuk digunakan sebagai salah satu cara menghilagkan jerawat.

Ikuti langkah-lagkah di bawah ini.

  1. Campurkan dua senduk makan baking soda dengan satu senduk makan air sampai ianya sebati.
  2. Sapukan adunan tersebut pada area yang berjerawat dan biarkannya selama 15 minit.
  3. Bilas dengan air hangat sehingga bersih.

Sebelum anda menggunakan baking soda ini untuk merawat jerawat di muka anda, pastikan anda sudah membuat pemeriksaan tentang reaksinya ke kulit anda. Caranya adalah dengan meletakkan sedikit campuran baking soda tadi ke sebahagian wajah anda terlebih dahulu.

Sekiranya ianya tidak menunjukkan reaksi seperti kulit kemerahan, barulah anda boleh meneruskan menggunakannya. Sekiranya terdapat reaksi atau alergik ke atasnya, berhenti daripada menggunakannya.

Ubat Gigi

Mungkin ada sesetengah yang sudah tahu dan pernah mendengat tentang kegunaan ubat gigi yang boleh mengecutkan jerawat di muka ini kan? Tetapi betul ke boleh pakai ubat gigi untuk menghilangkan jerawat?

Faktanya, flouride, triclosan, dan hydrogen peroxide adalah beberapa bahan aktif dalam ubat gigi dapat mencegah iritasi kulit. Selain itu juga, ubat gigi ini dipercayai dapat mengeringkan jerawat dan mengurangkan peradangan pada wajah.

Cara menggunakan ubat gigi untuk merawat jeratan adalah seperti berikut:

  1. Sapukan sedikit ubat gigi terus padda jerawat. Pastikan anda tidak meletakkan ke seluruhan wajah anda.
  2. Biarkan selama lebih kurang 2 jam ataupun semalaman.
  3. Seterusnyam bilas wajah anda dengan air dingin lalu keringkan muka anda.

Seelok-eloknya hindarkan penggunaan ubat gigi ini sekiranya kulit anda sensitif. Pastikan juga anda menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluoride yang lebih rendah. Paling elok adalah penggunaan ubat gigi organik.

Tea Tree Oil

Minyak pokok teh atau tea tree oil ini merupakan bahan yang paling banyak ditemui di dalam produk-produk anti jerawat. Minyak ini adalah minyak daripada daun tanaman malaeuca yang berasal daripada Australia. Zat terpenoid yang terdapat dalam tanaman tersebut sangat berguan untuk mengusir bakteria yang menjadi penyebab jerawat.

Walaupun ianya seperti hebat, sayangnya minyak pokok teh ini boleh mengakibatkan alergi pada kulit. Jadi, sebelum anda menggunakannya, pastikan anda sudah memeriksa terlebih dahulu sekiranya minyak tea tree ini mempunyai reaksi terhadap kulit anda agar anda kulit anda tidak menjadi lebih teruk setelah menggunakannya.

Cara untuk menguji reaksi minyak tea tree ini mudah sahaja iaitu hanya sapukan sedikit minyak ke pergelangan tangan kemudian tunggu sekurang-kurangnya dua jam. Sekiranya tidak berlaku apa-apa reaksi seperti kemerahan atau gatal, maka anda boleh gunakan minyak tea tree ini ke atas muka anda.

Cara untuk mengaplikasikannya pun bukan boleh sembarangan. Ada caranya yang betul.

  1. Campurkan 5ml minyak pokok teh ini dengan 95ml air.
  2. Sapukan pada kawasan kulit yang berjerawat dengan kapas.
  3. Lakukannya sekurang-kurangnya 2 ke 3 kali dalam satu hari.

Jadi, begitulah cara-cara untuk mendapatkan kulit yang bersih dan menghilangkan jerawat secara semula jadi dan cepat. Sebelum anda mengaplikasikan bahan-bahan yang telah dinyatakan, pastikan anda sudah mengetahui keadaan atau alergi anda terhadap sesuatu bahan tersebut supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini kepada wajah anda.

Selain menggunakan daripada produk-produk yang mengandungi bahan kimia, sudah pasti bahan semula jadi ini akan lebih banyak membantu mengurangkan serta menghilangkan jerawat di muka anda sekiranya anda mengikut cara-cara yang betul. Di sini, saya sertakan video cara membuat scrub gula.

https://youtu.be/9slnGkQ1xzY

Lagi satu, untuk mendapatkan kulit yang halus mulus dan bersih dari jerawat, anda perlu lebih melakukannya secara rutin dan berdisiplin supaya anda akan dapat hasil yang lebih berkesan. Jangan lupa untuk baca artikel-artikel yang menarik tentang wanita di sini.