loader image

Autoriti Informasi Wanita

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Masalah kelemumur bukan hanya terdapat pada kaum wanita sahaja, malah ianya turut menjadi salah satu masalah kepada kaum lelaki. Ianya boleh dikatakan antara punca pergerakan anda menjadi terbatas kerana ketidakselesaan yang terlampau. Anda akan kerap menggaru kepala dan membuatkan kulit kering menggelupas dan jatuh pada baju yang dipakai. Ia akan jelas kelihatan di bahu anda. Mesti rasa malu dan tidak selesa kan?

Kelemumur merupakan kulit kepala yang mati dan kering sehingga membuatkannya terkupas. Puncanya berbeza-beza contohnya seperti penggunaan syampu yang tidak bersesuaian dengan kulit kepala, terlalu jarang atau terlalu kerap menggunakan syampu, kulit kepala yang kering ataupun jangkitan kulat Malassezia.

Akan tetapi, walaupun ianya menjadi masalah yang biasa kepada ramai orang, mesti ramai yang masih tidak tahu cara untuk menghilangkan kelemumur tanpa perlu bergantung kepada produk-produk yang mahal yang belum tentu lagi berkesan. Jadi, hari ini saya akan kongsikan cara-cara untuk menghilangkan kelemumur secara semulajadi supaya anda akan berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian.

Limau Nipis

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Limau nipis sangat kaya dengan vitamin C. Bukan itu sahaja, limau nipis turut mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, karbohidrat, lemak, serat, kalsium, folic acid, zat besi, protein, phosphorus, magnesium, kalium, zink dan juga gula. Vitamin C yang terdapat dalam limau nipis ini dapat menggalakkan pertumbuhan akar rambut.

Kelemumur ini juga boleh membuatkan rambut anda mudah gugur. Oleh itu, vitamin C ini akan membantu untuk menebalkan rambut anda dan mengatasi kebotakan. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu perah jus limau nipis dan campurkan dengan air yang mencukupi. Seterusnya, sapukan pada rambut dan biarkan seketika kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Lemon

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Bukan limau nipis sahaja yang boleh membantu menghilangkan kelemumur di kepala anda, malah, anda juga boleh menggunakan lemon untuk menghilangkannya. Citric acid yang terdapat di dalam lemon ini sangat masam dan akan membantu untuk mengurangkan kelemumur di kepala anda. Caranya sama sahaja seperti menggunakan limau nipis.

Cuka Putih

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Mesti anda pelik, boleh ke cuka digunakan untuk menghilangkan kelemumur? Ya, cuka putih ini juga dipercayai boleh menghapuskan kelemumur tetapi jangan gunakannya terlalu banyak.

Anda hanya perlukan satu sudu teh cuka, kemudian sapukan secara rata pada kulit kepada anda dan biarkan beberapa saat. Selepas itu, bilas sehingga bersih. Lakukannya sebanyak dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Cuka Epal

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Kadar asid yang terdapat dalam cuka epal ini mampu mengubah pH pada kulit kepala anda dan sekaligus membuatkan bakteria yang mewujudkan kelemumur sukar untuk membiak.

Caranya adalah dengan mencampurkan suku cawan cuka epal bersama suku cawan air ke dalam botol semburan. Semburkannya pada kulit kepala anda dan bungkus kepala anda dengan tuala. Biarkan ianya selama 15 minit sehingga sejam. Kemudian, bilas dengan air bersih dan lakukannya sebanyak dua kali seminggu.

Aloe Vera

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Aloe vera mempunyai banyak manfaat bukan untuk kulit muka malah kulit kepala juga. Ianya sangat berguna kerana mempunyai protein, lemak, karbohidrat, phosphorus, zat besi, kalsium, vitamin A, B1, C dan juga bahan anti kulat. Lidah buaya dipercayai dapat membantu melegakan kegatalan kulit kepala, menghitamkan rambut mencegah keguguran rambut dan menguatkan akar rambut.

Caranya, ambil esktrak lidah buaya dan sapukannya secara rata pada permukaan kulit kepala anda. Seterusnya, bilas dengan menggunakan air bersih dan syampu rambut anda seperti biasa.

Yogurt

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Mesti ramai yang tidak tahu yogurt juga mampu untuk membantu mengurangkan kelemumur di kepala anda. Penggunaan yogurt ini dapat melembapkan rambut, memberi nutrisi serta membersihkan kulit kepala sehingga membuat kulit kepala dan rambut anda menjadi lebih sihat.

Anda hanya perlu syampu rambut anda seperti biasa. Kemudian, ambil secawan yogurt dan sapukan pada kulit kepala anda. Biarkannya selama 15 minit kemudian bilas rambut anda dengan air bersih. Seterusnya, syampu rambut anda sekali lagi. Ulangi langkah ini pada setiap pagi. Anda perlu pastikan anda menggunakan yogurt segar dan tambahkan lada hitam dalam yogurt untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

Bawang Putih

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Bawang putih sememangnya sangat terkenal dengan kandungan sumber antibakteria yang digunakan dalam perubatan secara tradisional. Ianya dapat membantu melindungi rambut daripada kuman yang menyebabkan kerosakan pada kulit kepala sehingga pertumbuhan rambut terganggu. Bawang putih juga mempunyai selenium yang membantu melancarkan sirkulasi darah di kulit kepala.

Hancurkan seulas bawang putih dan gosokkannya pada kulit kepala. Untuk mengelakkan daripada bau bawang putih melekat pada kulit kepala anda, campurkan sedikit madu bersama bawang putih tersebut. Urut kepala anda dengan lembut sebelum anda syampu seperti biasa.

Santan

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Santan kelapa juga sangat elok untuk mengatasi masalah kulit kepala yang gatal dan juga masalah kelemumur. Ia mampu memberikan nutrisi kepada rambut anda dan meningkatkan pertumbuhan rambut kerana ia mengandungi vitamin E dan minyak esensial yang mampu memberikan kesuburan pada akar rambut anda.

Adun sebati santan, segelas jus nanas, jus limau, dan juga setengah gelas air kelapa. Gunakan campuran ini setiap kali anda mencuci rambut lima kali seminggu. Kemudian, syampu rambut anda seperti biasa.

Baking Soda

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Gunakan sedikit baking soda dan gosokkannya pada kulit kepala anda. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih. Pada awal tempoh anda menggunakan baking soda ini, ia akan menjadikan rambut anda sedikit kering. Akan tetapi minyak semulajadi dalam kulit kepala anda akan mengembalikannya selepas seminggu. Kelemumur juga akan hilang dan rambut anda akan kembali sihat semula. Namun, jangan gunakannya terlalu banyak atau terlalu kerap.

Air Garam

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Air garam dapat membantu mengatasi malasah kekeringan, kegatalan dan iritasi pada kulit kepala. Vitamin dan mineral yang diserap oleh kulit kepala mampu menjadi antibiotik terbaik untuk memulihkan masalah kulit kepala termasuklah masalah kelemumur. Garam juga mengandungi kalsium, kalium dan magnesium yang dapat memberikan nutrisi untuk kulit kepala sehingga dapat melancarkan sirkulasinya.

Syampu rambut anda seperti biasa kemudian siramkan air garam ke atas rambut dan urut dengan lembut. Seterusnya, bilas dengan air biasa sehingga bersih dan keringkan rambut anda. Lakukannya dua kali seminggu untuk hasil yang lebih cepat dan berkesan.

Minyak Zaitun

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Minyak zaitun juga elok dan mampu untuk membasmi kelemumur di kepala. Campuran minyak zaitun dan jus lemon dapat membuatkan rambut anda bebas daripada kelemumur. Sekiranya rambut anda kering dan kulit kepala anda mudah menggelupas, campurkan minyak zaitun bersama asam dan jus lemon. Ianya dapat membantu menghilangkan kelemumur sekaligus membantu melembapkan kulit kepala yang menggelupas.

Daun Durian Belanda

Cara Hilangkan Kelemumur Secara Semulajadi Dan Cepat

Daun durian belanda sangat bermanfaat untuk kulit kepala kerana ia mengandungi acetogenin yang merupakan kumpulan sebatian aktif yang mempunyai aktiviti sitoksik (membunuh racun) di dalam tubuh dengan menghalang penghantaran adenosine triphosphate atau tenaga yang diperlukan sel kanser untuk berkembang. Secara umumnya, ia sangat beracun kepada serangga dan parasit. Oleh itu, ia sangat berguna untuk membasmi kelemumur dan juga kutu di kepala.

Sediakan beberapa daun durian belanda, tumbuknya sehingga hancur dan tambahkan sedikit air. Gunakannya sebagai masker pada rambut dengan sapukan pada keseluruhan kulit kepala. Biarkan selama 30 minit kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

Itulah dia beberapa cara yang boleh anda amalkan untuk menghilangkan kelemumur yang terdapat di kepala secara semulajadi supaya anda dapat menjalankan aktiviti harian anda dengan selesa.