loader image

Autoriti Informasi Wanita

Cara Memilih Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda

Cara Memilih Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Cara Memilih Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda

Lipstik atau pemerah bibir ini merupakan salah satu alat solek yang pasti dimiliki oleh setiap wanita. Penggunaan lipstik kebiasaannya adalah untuk menonjolkan lagi rupa paras seseorang itu untuk nampak lebih menawan. Terdapat beberapa jenis lipstik yang menjadi pilihan wanita terkini untuk nampak lebih trendy. Sebelum saya kongsikan warna lipstik yang sesuai dengan warna kulit anda, saya akan jelaskan tentang jenis-jenis pemerah bibir ini supaya anda tidak keliru ketika membelinya nanti.

Sheer Lipstick: Lipstik yang bertekstur sheer ini adalah seperti lip balm dan tidak memiliki pigmentasi yang kuat. Ketika anda mengaplikasikannya, warnanya tidak akan menutupi keseluruhan bibir anda. Lipstik jenis ini kebiasaannya memiliki moisturizer yang tinggi sehingga ia mampu untuk menjaga kelembapan bibir anda. Anda boleh menggabungkan penggunaan lipstik ini dengan matte lipstick anda.

Satin Lipstick: Satin lipstick ini bertekstur seakan sheer lipstick. Ia bertekstur lembap dan tidak memberikan full coverage kepada bibir anda. Satin lipstick ini memiliki warna yang lebih pekat, akan tetapi apabila dipakai di bibir, ianya kelihatan lembut dan tipis. Ianya akan memberikan sedikit kilau akan tetapi ianya tidak tahan lama. Sekiranya anda ingin nampak menyerlah dengan lipstik ini, gayakan solekan ala-ala Korea.

Creamy Lipstick: Creamy lipstick pula memiliki tekstur yang sangat selesa di bibir. Ianya mampu untuk memberikan effect dewy kepada bibir anda. Gunakan lipstik ini dengan menggunakan berus lipstik setelah mengaplikasi lip liner dengan warna yang senada. Lip liner berfungsi untuk memastikan lipstik anda kekal rapi dan tahan lama. Sekiranya anda ingin menampakkan pemerah bibir ini seakan matte lipstick, anda hanya perlu gunakan tisu dan tepekkan di atas bibir anda.

Matte Lipstick: Lipstik bertekstur ini sering menjadi pilihan wanita zaman kini kerana ianya sangat berpigmentasi, tahan lama dan tidak berkilau. Matte lipstick ini tahan lebih lama berbanding dengan lipstik yang lain. Sejak kebelakangan ini, matte lipstick sudah banyak dikeluarkan dalam bentuk liquid kerana ianya mudah untuk diaplikasikan. Akan tetapi, lipstik jenis ini kebiasaannya membuatkan bibir anda menjadi kering dan akan menampakkan garis-garis bibir.

Tambahan pula, kebanyakan matte lipstick ini berwarna gelap dan akan membuatkan bibir anda kelihatan kecil. Maka, ianya sangat penting untuk anda memilih tona warna yang tepat dengan formula pelembap yang sesuai. Sekiranya anda suka menggunakan lipstik jenis ini, pastikan anda rawat bibir anda menggunakan lip balm dan eksfoliasi bibir anda secara rutin supaya ianya terhindar dari pecah-pecah.

Glossy Lipstick: Sekiranya anda ingin bibir anda tampil luscious dan plumpy, gunakan lipstik jenis ini. Ini kerana ianya memiliki effect kemilau yang segar dan akan membuatkan bibir anda nampak penuh. Walaupun ianya nampak ‘basah’, jangan lupa untuk melembapkan bibir anda juga. Eksfoliasi bibir anda dengan lip scrub kemudian aplikasikan lip balm sebelum anda mengaplikasikan lipstik tersebut.

Lipstik Frosty: Frosty lipstick ataupun pearlescent lipstick merupakan lipstik dengan dipenuhi dengan taburan shimmer dan bertekstur creamy. Ketika mengaplikasikannya, lipstik ini akan memberikan effect icy look yang tidak mungkin sesuai dengan semua wanita. Lipstik jenis ini sangat popular pada tahun 80an.

Lip Stain/Lip Tint: Lip stain atau lip tint ini diwujudkan untuk mempercantikkan warna asal bibir anda. Ia mewujudkan warna yang lebih menyerlah dan tahan lama. Akan tetapi ianya tidak memberikan full coverage seperti lipstik. Kebiasaannya, lip tint atau lip stain berbentuk cecair namun ada juga yang dijual dalam bentuk pensil, marker dan krim. Sekiranya anda ingin wujudkan bibir dengan gradient, gunakan lip tint atau lip stain ini.

Okay sekarang anda sudah mengenali jenis-jenis lipstik, jadi saya akan kongsikan warna apa yang sesuai dengan tona kulit anda. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakannya. Pastikan anda sudah mengetahui warna dasar kulit anda terlebih dahulu. Pemilihan warna lipstik yang sesuai dengan warna kulit anda akan menyerlahkan lagi kejelitaan wajah anda.

Kulit Gelap

Cara Memilih Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda

Orang yang memiliki kulit gelap sangat beruntung kerana mereka boleh menggayakan pelbagai jenis warna lipstik sama ada cerah ataupun gelap. Warna merah atau merah tua juga sesuai dengan untuk kulit yang gelap kerana ia memberikan kesan yang lebih elegan. Elakkan daripada menggunakan pemerah bibir yang berwarna pastel ataupun glossy kerana ianya akan menampakkan kulit anda kelihatan lebih gelap. Jangan lupa untuk sesuaikan dengan solekan mata anda untuk nampak lebih menyerlah.

Kulit Sawo Matang

Cara Memilih Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda

Bagi anda yang memiliki warna kulit sawo matang juga dapat memakai warna pemerah bibir yang pelbagai kerana memiliki jenis kulit yang mudah untuk disolek. Secara umumnya, wanita yang memiliki kulit warna ini akan memilih lipstik berwarna merah, merah muda malah ungu muda. Warna bibir yang pucat ataupun nude lipstick seeloknya dielakkan kerana ianya boleh memberikan kesan wajah pucat.

Kulit Putih

Cara Memilih Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda

Wanita yang memiliki kulit putih boleh memilih menggunakan lipstik berwarna terang termasuklah oren terang, merah, merah muda dan juga nude. Warna emas juga sesuai digunakan bagi wanita berkulit putih ini. Untuk menambahkan kesan sensual kepada bibir anda, aplikasikan lapisan glossy setelah memakai lipstik. Hindari daripada menggunakan pemerah bibir berwarna gelap seperti merah tua dan juga ungu.

Kulit Putih Pucat

Cara Memilih Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda

Bagi wanita yang memiliki kulit yang lebih putih dari warna kulit sangat sesuai untuk memilih warna pastel atau warna yang calm. Warna seperti biru, merah terang ataupun oren sesuai dipakai untuk memberikan kesan glamor dan mewah. Akan tetapi, wanita yang berkulit putih pucat ini, disarankan untuk mengelakkan daripada menggunakan pemerah bibir berwarna gelap termasuklah coklat merah dan merah hati. Warna gelap seperti ini akan membuatkan anda kelihatan lebih pucat. Hindari juga warna gangsa, metalik dan coklat.

Kulit Kuning Langsat

Cara Memilih Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda

Kulit kuning langsat ini merupakan warna kulit yang cerah dengan pigmen kuning yang sangat jelas terlihat. Pigmen kuning inilah yang membuatkan pemilik kulit ini kelihatan cerah, segar dan tidak pucat. Wanita yang memiliki warna kulit ini sangat sesuai apabila memakai warna lipstik dari darker range seperti maroon dan merah hati. Hindari dari memilih lipstik berwarna nude kerana ianya akan membuatkan solekan wajah anda menjadi pucat dan kusam.

Itulah dia cara-cara dan panduan yang anda boleh ikut semasa anda ingin membeli atau memakai lipstik. Jangan lupa untuk ketahui dahulu warna dasar kulit anda supaya ianya tidak akan menyusahkan anda ketika ingin memilih lipstik. Akhir sekali, percaya dan yakin pada diri anda supaya kesemua warna yang anda gayakan akan nampak menawan dan sesuai dengan anda. Jangan takut untuk melakukan eksperimen keatas solekan anda kerana ianya mungkin akan menampakkan anda lebih berani dan berkeyakinan.