loader image

Autoriti Informasi Wanita

Kulit Sunburn? Ini 9 Cara Memutihkan Kulit Tangan Dengan Mudah Dan Efektif

Cara Memutihkan Kulit Tangan Dengan Mudah Dan Efektif
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Kulit Sunburn? Ini 9 Cara Memutihkan Kulit Tangan Dengan Mudah Dan Efektif

Mungkin selama ini anda banyak berhabis duit untuk mengembalikan kulit yang cantik dan sihat dengan menggunakan produk-produk yang mahal di pasaran. Tetapi tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa cara yang lebih mudah dan efektif untuk memutihkan semula kulit tangan yang sunburn.

Kulit sunburn selepas balik daripada bercuti ini adalah perkara biasa. Tetapi, ada sesetengah orang yang mempunyai kulit yang mudah untuk sunburn, tidak perlu pergi bercuti, keluar harian juga sudah membuatkan kulitnya bertukar warna. Perbezaan ketara akan kelihatan sekiranya anda melihat warna kulit bahagian dalam setiap orang kerana ianya kurang terkena sinaran cahaya matahari.

Kadang-kadang, walaupun sudah menggunakan sunblock dan juga sarung tangan, kulit tangan tetap terbakar sedikit. Perasaan malu kulit berbelang ini mesti ada. Lagi-lagi perempuan yang sangat sinonim dengan kecantikan. Jadi, apabila kulit sudah berbelang ini menjadi diri kurang berkeyakinan untuk terus bergaya.

Tetapi, anda tidak perlu bermuram lagi. Ini kerana terdapat beberapa cara memutihkan kulit tangan yang efektif hanya dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Bahan-bahan ini juga mudah didapati di pasaran, jadi anda tidak perlu bersusah-payah untuk mendapatkannya.

Limau Nipis

Cara Memutihkan Kulit Tangan Dengan Mudah Dan Efektif

Limau nipis dipercayai antara cara memutihkan kulit tangan yang paling efektif di antara yang lain-lain. Dengar sahaja namanya, anda mesti sudah rasa cuak kerana teringat akan rasa masam buah ini. Anda pasti sudah merasa sakit peritnya sekiranya meletakkan limau nipis ini di kulit yang terbakar kan?

Kadar senyawa asam yang terdapat di dalam limau nipis ini sebenarnya sangat tinggi. Kandungan senyawa inilah yang berguna untuk membuatkan kulit tangan anda menjadi lebih bersih dan putih.

Cara menggunakannya adalah hanya dengan menyediakan satu buah limau nipis segar dan dibelahkan kepada dua bahagian. Lalu diperahkannya dan dimasukkan ke dalam bekas. Selepas itu, sapukan jus limau nipis itu tadi ke tapak tangan anda sambil diurutkannya ke tempat yang terbakar. Biarkannya selama 15-30 minit dan kemudian bilasnya dengan air yang bersih. Sekiranya anda lakukannya secara rutin, kulit anda bukan sahaja akan menjadi lebih putih malah semakin lembut.

Kunyit

Cara Memutihkan Kulit Tangan Dengan Mudah Dan Efektif

Warna kuning kunyit ini sememangnya sangat kuat. Sekiranya anda memasak makanan yang terdapat bumbu kunyitnya, tangan dan jari anda pasti akan melekat warna kuningnya. Bukan hanya tangan, pisau, mixer dan segala alat-alat dapur lain yang anda gunakan untuk memproses kunyit ini pasti akan meninggalkan warna kuning juga.

Tetapi tahukah anda, ternyata kunyit ini sebenarnya mempunyai manfaat untuk membuatkan kulit anda menjadi lebih putih tau. Di dalam kunyit terkandung curcumin yang sangat baik untuk kulit. Dengan itu, pigmen kuning yang terdapat pada kunyit ini dapat membantu memutihkan kulit.

Kunyit sangat kaya akan anti oksidan yang melindungi kulit dari tanda-tanda penuaan. Kunyit ini juga dipercayai boleh memberikan kelembapan pada kulit, selain daripada melindungi daripada sinar matahari dan menjaga pertumbuhan kolagen pada kulit.

Untuk menggunakannya, anda boleh menggunakan kunyit serbuk dan campurkannya dengan sedikit air. Kemudian, sapukan campuran kunyit tadi di tangan anda. Biarkannya selama 30 saat, jangan terlalu lama. Lalu, cuci tangan ada sehingga bersih.

Beras

Cara Memutihkan Kulit Tangan Dengan Mudah Dan Efektif

Cara memutihkan kulit tangan yang lain adalah dengan menggunakan beras. Beras merupakan bahan makanan ruji rata-rata orang Malaysia. Tetapi, beras bukan hanya berguna untuk mengenyangkan perut sahaja, malah ianya juga boleh memutihkan kulit tangan. Ini kerana, beras mengandungi vitamin B1 yang tinggi. Kandungan nutrisi inilah yang dapat membuatkan kulit yang berbelang menjadi lebih putih sekata.

Cara penggunaannya adalah dengan menyiapkan sejemput beras lalu ditumbukkannya atau di blend sehingga menjadi tepung halus. Kemudian, tuang sedikit air hangat pada tepung beras tadi sehingga ianya membentuk krim tetapi jangan terlalu cair. Seterusnya, sapukan krim tersebut ke seluruh bahagian tangan dan diurutkannya. Biarkan selama 30 minit hingga 1 jam lalu dibilaskannya sehingga bersih.

Tomato

5 Cara Mencerahkan Wajah Kusam Secara Alami

Tomato merupakan buah yang sangat kaya dan bermanfaat. Selain daripada membuat jus dan dimasak, tomato kebiasaannya terdapat dalam produk kecantikan. Ia juga sering dijadikan masker home made untuk merawat kulit. Tomato sememangnya lebih kerap dijadikan masker wajah untuk melembabkan serta mengeringkan jerawat dengan cepat. Tetapi, ia juga boleh digunakan untuk memutihkan tangan.

Kandungan vitamin C dan E pada buah tomato ini sangat efektif untuk kesihatan kulit wajah. Selain itu, kandungan antiseptik pada buah ini juga sangat efektif untuk membunuh kuman pada kulit. Cara memutihkan kulit tangan menggunakan tomato ini senang sahaja. Blend tomato tanpa perlu menambahkan air. Kemudian, sapukan jus tomato tadi ke tangan anda dan biarkan selama 30 minit lalu bilas dengan air bersih.

Sengkuang

Cara Memutihkan Kulit Tangan Dengan Mudah Dan Efektif

Sengkuang merupakan bahan yang sering sahaja dimasukkan ke dalam produk kecantikan kulit terutama sekali yang menumpukan untuk memutihkan kulit. Ini kerana, sengkuang mengandungi vitamin B yang berfungsi untuk mencerahkan kulit secara aktif. Cara memutihkan kulit tangan dengan sengkuang adalah sangat mudah.

Pertama sekali, siapkan sengkuang secukupnya, satu atau setengah sengkuang sudah mencukupi. Kupas kulit sengkuang dan cuci sehingga bersih lalu parut daging sengkuang tersebut. Setelah selesai diparut, perah parutan tersebut untuk mendapatkan jusnya dan buang hampasnya. Biarkan air perahan sengkuang semalaman sehingga ia mendap.

Sapukan mendapan tersebut pada tangan anda pada keesokan harinya dan biarkan selama 30 minit. Seterusnya, cuci sehingga bersih. Lakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksimal. Anda juga boleh gunakannya setiap hari.

Lidah Buaya

5 Cara Mencerahkan Wajah Kusam Secara Alami

Kulit tangan anda menjadi gelap kerana sering terdedah kepada matahari disebabkan anda menunggang motor atau melakukan aktiviti di luar rumah dengan terlalu kerap? Jangan khuatir. Ini kerana, lidah buaya dapat meredakan rasa perit akibat kulit yang terbakar sekaligus mencerahkan kulit yang gelap kerana terkena sinaran matahari.

Lidah buaya mengandungi anthraquinone yang dipercayai dapat memutihkan kulit anda dengan cara membuang sel kulit mati. Lidah buaya ini juga berfungsi untuk melegakan kulit yang terbakar ringan akibat terdedah kepada sinaran matahari. Ini kerana terdapat kandungan hormon giberelin dan auksin di dalam lidah buaya yang membantu untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.

Caranya, belah lidah buaya kepada dua bahagian dan ambil bahagian tengahnya sahaja. Sapukan keseluruh bahagian tangan yang terbakar dan biarkannya selama 30 minit. Kemudian, bilasnya sehingga bersih. Lidah buaya ini bukan sahaja boleh mencerahkan dan melembabkan kulit malah ianya dipercayai boleh mengubati bekas luka di kulit.

Teh Hijau

Cara Memutihkan Kulit Tangan Dengan Mudah Dan Efektif

Penggunaan teh hijau untuk kecantikan sudah tidak asing lagi. Banyak produk kecantikan juga menggunakan teh hijau ini di dalam minuman, makanan, losyen, ubat gigi dan lain-lain lagi. Teh hijau mengandungi tannins dan komponen lainnya yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.

Gunakan 2 kantung teh hijau celup dan keluarkan isinya. Campurkan satu sudu madu dan jus lemon sehingga sebati. Aplikasikan terus masker ini pada tangan anda dan biarkannya selama 5 ke 10 minit. Bilas dengan air suam. Kandungan anti-inflammatory yang ada pada madu dipercayai boleh mengatasi kemerah-merahan pada kulit akibat terbakar sinar matahari.

Teh hijau memiliki banyak kandungan anti oksidan yang baik untuk kulit. Masker teh hijau ini mengandungi inflamasi yang mampu membuat kulit lebih lembab dan lebih bernutrisi. Jadi, kulit anda juga tidak akan mudah rosak akibat terkena panas matahari.

Hampas Kopi

Cara Memutihkan Kulit Tangan Dengan Mudah Dan Efektif

Setelah anda membancuh kopi, jangan dibuang terus hampasnya. Ini kerana, hampas kopi itu memiliki banyak manfaatnya. Selain dapat menguatkan rambut dan membuatkan rambut menjadi lebih sihat, hampas kopi ini elok untuk memutihkan kulit. Tambahkan hampas kopi ini ke dalam scrub untuk menjadi lulur.

Caranya mudah sahaja. Buat kopi seperti biasa. Tetapi, jangan tambahkan apa-apa pun lagi, hanya kopi sahaja. Selepas itu, biarkan menjadi sejuk lalu tapiskannya. Tambahkan madu pada hampas kopi tersebut, adunkannya sehingga sebati dan biarkannya selama 30 minit. Sapukan campuran hampas kopi itu tadi ke tapak tangan anda sambil digosok-gosokkannya. Langkah ini boleh membuang sel kulit mati yang menjadi penyebab kulit kelihatan gelap. Setelah 30 minit, bilas sehingga bersih.

Batu

Cara Memutihkan Kulit Tangan Dengan Mudah Dan Efektif

Penggunaan batu halus juga adalah salah satu cara memutihkan kulit tangan secara semulajadi. Batu ini boleh anda gunakan ketika anda mempunyai masa terluang atau ketika mandi. Mungkin cara ini nampak seperti pelik tetapi percayalah sememangnya batu ini boleh memutihkan kulit anda. Ini kerana batu halus ini boleh membuangkan kotoran, debu, sel kulit mati serta peluh dari kulit anda.

Batu halus ini anda boleh dapatkan di pusat-pusat kecantikan atau lebih senang di sungai-sungai dan kawasan air terjun. Cara penggunaannya adalah antara yang paling senang. Anda hanya perlu gosokkannya ke tangan anda setelah anda rendamkan batu tersebut semalaman. Mudah kan?

Itulah dia 9 cara memutihkan kulit tangan yang diakibatkan oleh sunburn. Semoga informasi ini dapat membantu anda dan bermanfaat untuk memutihkan kulit anda. Selain daripada cara-cara di atas, anda perlu melakukan beberapa pencegahan seperti menggunakan hand lotion, hand cream ataupun sunblock dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

Baca artikel-artikel lain yang berkaitan dengan wanita di sini.