loader image

Autoriti Informasi Wanita

Nak Kulit Mulus Macam Orang Korea? Ini Cara Memutihkan Kulit Wajah Mengikut Cara Orang Korea

Cara Memutihkan Kulit Wajah Mengikut Cara Orang Korea
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Nak Kulit Mulus Macam Orang Korea? Ini Cara Memutihkan Kulit Wajah Mengikut Cara Orang Korea

Wanita Korea sememangnya mempunyai kulit yang sangat halus dan mulus dan sangat diimpi-impikan oleh semua wanita Asia. Bukan wanita Korea sahaja, bahkan kulit wajah lelaki Korea juga tidak kurang hebatnya. Pasti ramai yang iri hati dengan kulit mereka kan? Artis Korea popular seperti Lee Da Hae, Song Hye Kyo dan juga Song Ji Hyo, semuanya memiliki kulit wajah yang cerah berseri dan pastinya mereka juga ada cara memutihkan kulit wajah mereka.

Kecantikan mereka tetap menyerlah walaupun gaya solekan mereka tidak tebal. Mungkin faktor cuaca dan keturunan keluarga juga memainkan peranan yang penting serta memberi kelebihan kepada kulit wajah mereka. Tetapi, tidak salah sekiranya kita mengimpikan kulit yang bersih seperti mereka. Jadi, hari ini saya ingin bongkarkan rahsia cara memutihkan kulit wajah mengikut cara orang Korea.

Double Cleansing

Cara Memutihkan Kulit Wajah Mengikut Cara Orang Korea

Ini adalah rahsia kulit putih orang Korea yang paling utama, iaitu membersihkan wajah sebanyak dua kali. Rutin membersihkan wajah ini tidak diambil endah oleh wanita Korea. Bagi mereka, jika kita konsisten dalam membersihkan wajah, ianya akan memberikan hasil wajah yang cantik dan segar. Mereka mengamalkan double cleansing setiap kali membersihkan wajah iaitu membersihkan wajah dengan dua tahap pembersihan.

Double cleansing ini adalah supaya sisa-sisa mekap, debu mahupun kotoran yang melekat pada kulit wajah akan dapat disingkirkan sepenuhnya. Pertama sekali, mereka akan membersihkan wajah dengan menggunakan make up remover barulah menggunakan pembasuh muka yang akan membersihkan muka secara menyeluruh. Bukan itu sahaja, pembasuh muka juga dapat membersihkan liang pori-pori dan mengangkat sel kulit mati di wajah.

Menggunakan Toner

Cara Memutihkan Kulit Wajah Mengikut Cara Orang Korea

Seterusnya, cara memutihkan kulit wajah mengikut cara orang Korea adalah dengan menggunakan toner. Toner ini sangat penting untuk kulit muka kerana ianya mampu menerima kelebihan daripada produk lain secara maksimum. Penggunaan toner ini juga sangat berfungsi untuk menormalkan kembali pH kulit wajah anda.

Elakkan daripada menggunakan toner yang beralkohol. Seeloknya, gunakan toner yang bertekstur sedikit kental dari air dan mengandungi bahan-bahan yang boleh menegangkan dan melembapkan kulit wajah seperti hyaluronic acid, witch hazel dan aloe vera extract. Kebiasaannya mereka hanya mengaplikasikan toner ini menggunakan jari tangan dan menepuk-nepuk ke seluruh muka supaya ianya terserap secara maksimum.

Menggunakan Essence

Essence kebiasaannya ringan dan memiliki konsentrasi yang lebih rendah daripada serum. Ianya boleh kelihatan seperti gel, krim ataupun ada yang lebih cair. Essence ini adalah antara cara memutihkan kulit wajah utama perawatan kulit wajah orang Korea.

Penggunaan essence ini berfungsi agar kulit tampil lebih anjal, lembap, halus, mengurangkan bintik hitam dan menghilangkan kedutan di muka. Ianya juga memberikan nutrisi yang secukupnya, membuatkan kulit wajah lebih sekata dan mempercepatkan penggantian sel kulit sehingga ianya dapat menyempurnakan kulit wajah anda.

Menggunakan Serum

Cara Memutihkan Kulit Wajah Mengikut Cara Orang Korea

Untuk penggunaan serum, anda boleh memilih serum yang sesuai dengan kulit wajah anda. Sekiranya anda ingin memutihkan kulit wajah, anda boleh menggunakan serum yang mempunyai khasiat untuk mencerahkan atau memutihkan kulit. Anda disyorkan untuk memakai serum ini setelah memakai essence dengan cara yang sama iaitu dengan menggunakan jari dan tepukkannya dia wajah anda.

Menggunakan Masker Wajah

Cara Memutihkan Kulit Wajah Mengikut Cara Orang Korea

Memakai masker wajah ini memang antara rutin wajib orang Korea sama ada perempuan mahupun lelaki. Mereka sangat menjaga kesihatan dan kelembapan kulit wajah mereka dengan rajin memakai masker pada kulit wajah. Masker muka ini kebiasaanya mengandungi bahan-bahan yang berkhasiat untuk mencerahkan kulit, melembapkan serta mencegah kulit daripada kusam dan kedutan pada kulit wajah.

Produk masker wajah secara umumnya mengandungi vitamin, essentail oils dan bahan-bahan anti penuaan yang memiliki khasiat untuk menutrisi dan memperbaiki kulit. Orang yang memiliki kulit kering disarankan untuk menggunakan masker wajah kerana ianya boleh melembapkan kulit anda. Selain itu, masker wajah juga boleh memperbaiki masalah kulit dengan menenangkan kulit yang sensitif.

Menggunakan Krim Malam

Cara Memutihkan Kulit Wajah Mengikut Cara Orang Korea

Jangan abaikan penggunaan krim malam agar kulit anda dapat bertindak balas dengan baik. Anda boleh pilih krim malam yang mempunyai komposisi yang sesuai dengan kulit muka anda. Krim malam akan bertindak ketika anda sedang tidur dan berfungsi untuk menutrisi, memperbaiki sel-sel kulit yang rosak akibat daripada sinaran matahari. Di samping itu, ia juga turut melembapkan kulit dan mencegah penuaan.

Menggunakan Suncreen Dan Pelembap

Cara Memutihkan Kulit Wajah Mengikut Cara Orang Korea

Penggunaan sunscreen sangat penting untuk melindungi kulit wajah anda daripada sinaran matahari terus ke kulit anda agar kulit wajah tidak kehitaman dan terbakar. Walaupun negara Korea tidak sepanas cuaca di Malaysia, namun mereka tetap menggunakan sunscreen yang mempunyai SPF untuk meratakan kulit dan membuatkan kulit mereka lebih bersinar. Jangan lupa untuk re-apply sunscreen di kulit anda pada waktu tengah hari supaya lebih berkesan.

Bagi wanita Korea juga, memakai pelembab muka juga antara cara memutihkan kulit wajah supaya kulit mereka tetap lembap sepanjang hari. Ratakan pelembap di muka dan leher anda dengan menggunakan jari untuk meningkatkan pengedaran darah.

Minum Banyak Air Putih

Cara Memutihkan Kulit Wajah Mengikut Cara Orang Korea

Minum air putih dengan banyak dipercayai mampu membuatkan kulit wajah anda menjadi sihat dan bersih bersinar. Wanita Korea sangat percaya akan perkara ini. Mereka sering merawat kulit wajah agar sentiasa kekal terhidrasi dengan mengamalkan meminum air putih dengan kerap dan mencukupi.

Jika air yang diperlukan kulit dan tubuh badan mencukupi, maka kesihatan dan kelembapan kulit juga akan berjalan dengan baik. Oleh kerana inilah, setelah menjalankan banyak perawatan wajah, seelok-eloknya anda rajin untuk minum air putih secukupnya setiap hari. Kekurangan pengambilan air putih boleh menyebabkan tubuh badan menghadapi kesulitan untuk menyerap air sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.

Tidur Yang Cukup

Kulit yang bermaya dan tidak lesu adalah kulit anda lebih bersih, putih dan sihat. Jadi, cara memutihkan kulit wajah yang seterusnya adalah dengan mendapatkan tidur yang secukupnya. Jika anda tidak mendapatkan tidur yang cukup, kulit anda akan mudah menjadi kusam, mengendur dan tidak bermaya. Kulit anda juga akan nampak lebih tua daripada usia anda.

Akan tetapi, sekiranya anda tidur terlalu lama juga akan membuatkan kulit anda mengalami kesan yang sama seperti kurang tidur. Oleh itu, anda perlu pastikan anda mendapatkan tidur yang secukupnya iaitu 6 ke 8 jam sehari.

Menggunakan Face Mist

Cara Memutihkan Kulit Wajah Mengikut Cara Orang Korea

Akhir sekali, selain menghidrat kulit dari dalam dengan minum air putih secukupnya, cara memutihkan kulit wajah ala wanita Korea adalah dengan hidrasi dari luar menggunakan face mist. Face mist ini akan membantu kulit anda dalam mengekalkan kelembapan yang cukup. Ianya juga bertindak seperti masker mini pada wajah anda.

Kebiasaannya, wanita Korea menyemburkan face mist ini pada wajah mereka ketika kulit terasa kering agar ianya kembali lembap. Kulit wajah yang terhidrasi dengan elok merupakan kunci untuk mendapatkan kulit yang bersih, bersinar dan cerah sepanjang hari.

Itulah dia rahsia cara memutihkan kulit wajah yang dilakukan oleh wanita Korea. Walaupun nampak seperti banyak rutin yang perlu dilakukan, demi mendapatkan kulit yang sihat dan cerah berseri, inilah yang perlu anda lakukan setiap hari. Jangan lupa amalkannya dengan konsisten tau.

Jangan lupa untuk mengetahui tips-tips yang lain berkaitan dengan wanita di sini.