loader image

Autoriti Informasi Wanita

Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Dengkur Ketika Sedang Tidur

Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Dengkur Ketika Sedang Tidur
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Dengkur Ketika Sedang Tidur

Dengkur merupakan bunyi yang terhasil akibat daripada getaran tisu lembut dibelakang hidung dan kerongkong anda. Apabila aliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit membuatkan berlakunya dengkuran. Berdengkur boleh mengganggu tidur anda dan orang sekeliling malah ianya boleh menjejaskan kesihatan anda.

Ketika anda sedang tidur, pada lelangit mulut, lidah dan kerongkong akan berada dalam keadaan rehat yang membuatkan laluan udara menjadi lebih sempit. Semakin sempit laluan udara ini, semakin tinggi getaran pada tisu lembat. Hal ini akan menyebabkan dengkuran anda menjadi semakin kuat.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya dengkuran seperti tonsil dan kelenjar adenoid yang bengkak, berat badan berlebihan yang boleh menyebabkan pengumpulan lemak berlebihan di kawasan leher menyempitkan pernafasan anda.

Selain itu, masalah pada hidung seperti septum hidung yang tidak lurus dan masalah hidung tersumbat yang kronik juga antara faktor berlakunya dengkur. Pengambilan alkohol juga boleh menyebabkan dengkur kerana otot dikerongkong berada dalam keadaan rehat dan menyempitkan saluran pernafasan anda.

Masalah dengkur ini boleh membuatkan anda rasa mengantuk pada siang hari kerana ianya mengganggu waktu tidur anda pada waktu tidur malam. Malah, ia akan membuatkan anda sukar untuk menumpukan perhatian di siang hari. Ia juga turut meningkatkan risiko tekanan darah tinggi dan masalah tingkah laku terutama sekali pada kanak-kanak.

Oleh itu, anda perlu atasi masalah berdengkur ini supaya ianya tidak mengganggu prestasi ada pada siang hari. Ini dia cara mudah yang anda boleh lakukan bagi mengatasi masalah dengkur ini.

Tinggikan Kedudukan Kepala Ketika Tidur

Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Dengkur Ketika Sedang Tidur

Semasa anda ingin tidur, naikkan 4 inci kedudukan atau posisi kepala anda kerana ianya mampu untuk membantu pernafasan yang lancar dan menggalakkan lidah dan rahang bergerak ke depan. Di pasaran juga terdapat bantal khas yang direka khas untuk individu yang dengkur semasa tidur. Ianya mampu untuk mengurangkan dengkur malah turut memastikan keselesaan otot leher.

Tidur Mengiring Daripada Tidur Membelakangkan Badan

Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Dengkur Ketika Sedang Tidur

Rasulullah SAW juga menggalakkan kita untuk tidur mengiring ke kanan. Ini kerana tidur mengiring memudahkan proses pernafasan manusia. Tidur dengan membelakangkan badan boleh menyebabkan lidah, dagu dan lebihan lemak tisu di bawah dagu menutup saluran pernafasan. Dengan tidur mengiring, ia boleh mengelakkan daripada hal ini berlaku malah dapat melancarkan pernafasan anda.

Kurangkan Berat Badan

Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Dengkur Ketika Sedang Tidur

Mengurangkan berat badan sememangnya dapat membantu mencegah pelbagai masalah kesihatan termasuklah masalah tidur berdengkur. Mengurangkan berat badan walaupun hanya sedikit sahaja mampu mengurangkan lemak tisu di belakang tekak anda yang telah menyempitkan saluran pernafasan anda. Kaedah ini mungkin tidak mampu untuk menyelesaikan masalah dengkur sepenuhnya, akan tetapi ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bunyi dengkuran anda.

Kawal Pemakanan Sebelum Tidur

Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Dengkur Ketika Sedang Tidur

Anda mesti tidak tahu bahawa makan lewat sebelum tidur merupakan perkara yang boleh menyumbang kepada dengkur. Bukan dengkur sahaja, malah juga masalah kesihatan lain. Anda hendaklah makan berat selewat-lewatnya empat jam sebelum anda masuk tidur. Ini kerana makanan yang anda makan memerlukan masa untuk dihadam sepenuhnya.

Selain itu, kajian juga mendapati bahawa sesetengah jenis makanan seperti tenusu atau soya juga boleh menyebabkan masalah dengkur menjadi lebih teruk. Jadi, elakkan pengambilan makanan ini sekiranya anda inginkan tidur yang lena dan selesa.

Pakai Alat Anti-Dengkur

Selain itu, anda juga boleh mencuba menggunakan alat anti-dengkur untuk mengatasi masalah ini. Alat ini membantu membuka laluan pernafasan anda dengan menurunkan bahagian bawah rahang dan mendepankan lidah ketika anda sedang tidur. Alat ini mungkin sedikit mahal di pasaran, akan tetapi terbanyak banyak lagi alat anti-dengkur yang lain yang anda boleh gunakan sebagai alternatif.

Aktifkan Diri Dengan Bersenam

Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Dengkur Ketika Sedang Tidur

Secara umumnya, bersenam boleh membantu untuk menguruskan badan. Jika anda berusaha menurunkan berat badan, masalah dengkur anda juga akan turut berkurangan. Hal ini adalah kerana apabila bersenam, anda menggunakan otot badan anda seperti lengan, kaki dan perut. Maka otot-otot di tekak juga akan terkesan dan sekaligus mengurangkan bunyi dengkur anda.

Walaupun berat anda tidak turun dengan banyak, tetapi ianya turut membantu mengurangkan dengkuran pada waktu malam.

Kosongkan Saluran Pernafasan

Selain daripada menggunakan alat anti-dengkur, anda juga boleh menggunakan alat seperti ‘breathe right’ ini untuk mengosongkan saluran pernafasan anda. Sekiranya anda mempuyai hidung yang banyak hingus, buang hingus tersebut setiap kali sebelum anda masuk tidur. Penggunaan neti pot, nasal decongestant ataupun nasal strips ini mampu membantu anda bernafas dengan lebih lancar sewaktu tidur.

Berhenti Merokok

Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Dengkur Ketika Sedang Tidur

Merokok sememangnya boleh memudaratkan kesihatan anda termasuklah masalah dengkur akan menjadi semakin teruk. Sekiranya anda seorang perokok, kemungkinan anda berdengkur ketika tidur adalah tinggi. Merokok ini boleh mengganggu membran di dalam hidung dan tekak anda serta menutup saluran pernafasan dan akhirnya menyebabkan dengkur.

Tabiat merokok ini memang susah untuk dibuang. Akan tetapi, sekiranya anda berhenti merokok, ianya bukan sahaja mampu mengurangkan kesan dengkur anda, malah mampu mengurangkan risiko masalah kesihatan yang lain seperti kanser paru-paru.

Pastikan Udara Dalam Bilik Tidur Lembap

Anda juga perlu memastikan bilik tidur anda mempunyai udara yang lembap. Ini kerana, udara kering boleh mengganggu membran di hidung dan tekak anda. Jika tisu hidung anda membengkak, itulah yang menjadi punca masalah dengkur. Dengan penggunaan pelembap udara, ianya pasti dapat mengurangkan masalah dengkur ini.

Jauhi Alkohol, Ubat Tidur Dan Sedatif

Cara Mudah Untuk Atasi Masalah Dengkur Ketika Sedang Tidur

Akhir sekali, anda perlu menjauhi bahan-bahan seperti minuman keras, ubat tidur dan juga ubat penenang (sedatif) kerana bahan-bahan ini boleh membuatkan otot di dalam tekak terganggu ketika bernafas. Selain itu, anda perlu menghubungi doktor atau pakar kesihatan anda tentang ubat-ubat yang anda ambil kerana sesetengah daripada ubat-ubatan ini memang akan memudahkan anda untuk tidur tetapi ianya mungkin boleh menyebabkan dengkur anda menjadi lebih serius.