preloder

Autoriti Informasi Wanita

Cara Pakai Minyak Wangi Dengan Betul Agar Tahan Lebih Lama

Cara Pakai Minyak Wangi Dengan Betul Agar Tahan Lebih Lama
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Cara Pakai Minyak Wangi Dengan Betul Agar Tahan Lebih Lama

Minyak wangi merupakan antara barang yang diperlukan oleh setiap wanita. Memakai minyak wangi bukan sahaja boleh menyerlahkan penampilan malah ianya boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang. Kadang-kadang, minyak yang disembur pada waktu pagi kian hilang menjelang tengah hari. Sebenarnya ada cara untuk memastikan bau minyak wangi anda tahan lebih lama. Ini dia, cara pakai minyak wangi dengan betul agar baunya kekal lama.

Cara Semburan Yang Betul

Kebiasaannya, ramai yang akan sembur pada pergelangan tangan dan kemudiannya digosokkan ke tangan satu lagi. Menurut pembuat minyak wangi, Francis Kurkdjian, cara ini sebernarnya salah. Hal ini adalah kerana teknik ini akan menghilangkan atau mengubah bau asal pewngi tersebut. Cara yang betul adalah dengan menyemburnya 4 ke 6 inci dari kulit dan biarkannya begitu sahaja.

Sembur Ke Kulit

Cara Pakai Minyak Wangi Dengan Betul Agar Tahan Lebih Lama

Ramai individu lebih suka untuk menyembur minyak wangi pada pakaian. Kadang-kadang mereka menyemburnya di baju sebelum dan selepas memakai baju.

Sedangkan semburan minyak wangi sepatutnya hanya perlu disembur pada bahagian yang terdedah kepada udara, seperti leher, siku dan pergelangan tangan. Semburan pada pakaian ini akan membuatkan pakaian mudah rosak dan tindak balas bauan itu tidak sama seperti pada kulit.

Semburan Di Dada

Semburan di bahagian dada ini akan membuatkan bau minyak wangi kekal lebih lama. Hal ini adalah kerana kawasan ini tidak memerlukan pergerakan yang banyak. Malah, peluh di bahagian dada ini akan meningkatkan lagi bau minyak wangi yang anda pakai.

Pakai Losyen Atau Pelembap Terlebih Dahulu

Cara Pakai Minyak Wangi Dengan Betul Agar Tahan Lebih Lama

Ada kajian yang menyatakan bahawa bau minyak wangi akan kekal lebih lama pada kulit yang berbinyak berbanding kulit yang kering. Sekiranya anda mempunyai kulit yang kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan losyen atau pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum anda menyembur minyak wangi.

Sapu Vaseline Pada Nadi

Cara pakai minyak wangi seterusnya adalah dengan menyapu sedikit Vaseline terlebih dahulu pada bahagian nadi anda sebelum anda menyembur minyak wangi pada tempat tersebut. Cara ini didapati akan dapat membuatkan minyak wangi anda bertahan dengan lebih lama. Ianya sama seperti anda melembapkan kulit anda menggunakan losyen.

Elak Simpan Di Tempat Panas

Cara Pakai Minyak Wangi Dengan Betul Agar Tahan Lebih Lama

Bagi penjagaan minyak wangi, anda perlu mengelakkannya daripada menyimpan di tempat yang bersuhu panas dan lembap. Ini adalah kerana haba, cahaya dan kelembapan boleh memcahkan molekul pada minyak wangi dan mengurangkan kualiti baunya. Seelok-eloknya, anda simpan minyak wangi anda di tempat yang sejuk, kering dan jauh daripada tingkap.

Sembur Pada Sikat Rambut

Bagi yang tidak memakai tudung, pasti ada diantara anda yang akan menyembur minyak wangi di rambut. Elakkan berbuat sedemikian kerana kandungan alkoholnya boleh membuatkan rambut anda menjadi kering. Cara pakai minyak wangi yang betul adalah dengan menyemburkannya pada sikat terlebih dahulu sebelum anda menyikat rambut anda.

Pakai Selepas Mandi Dan Sebelum Pakai Baju

Cara Pakai Minyak Wangi Dengan Betul Agar Tahan Lebih Lama

Kelembapan pada kulit anda selepas akan membantu mengekalkan bau minyak wangi dengan lebih lama. Oleh itu, pakailah minyak wangi anda selepas mandi dan sebelum anda memakai pakaian anda. Langkah ini juga akan menghalang bau minyak wangi daripada mengotorkan pakaian atau aksesori anda.

Jangan Bazirkan Titisan Terakhir

Sebagai langkah untuk berjimat, anda boleh campurkan titisan akhir minyak wangi anda ke dalam losyen badan anda. Pastikan losyen anda itu merupakan unscented lotion. Ini akan membuatkan losyen anda sentiasa wangi.

Sembur Pada Kulit Yang Panas

Cara Pakai Minyak Wangi Dengan Betul Agar Tahan Lebih Lama

Minyak wangi sangat berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Selain di bahagian dada, anda juga boleh menyembur minyak wangi di belakang telinga, nadi pada pergelangan tangan, celah peha, bahagian dalam siku, belakang lutut dan juga pergelangan kaki untuk mengekalkan bau minyak wangi.

Elak Goncang Botol Minyak Wangi

Elakkan daripada menggoncang botol minyak wangi anda kerana cara ini akan membuatkan udara masuk dan mengurangkan kualiti bauannya. Ramai yang tidak tahu bahawa oksigen merupakan musuh utama minyak wangi. Skala haruman sesuatu minyak wangi itu akan mudah turun sekiranya ianya terdedah kepada oksigen dengan kerap.