loader image

Autoriti Informasi Wanita

Diet Paling Berkesan Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal

Diet Paling Berkesan Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Diet Paling Berkesan Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal

Banyak jenis diet yang anda boleh amalkan untuk mendapatkan bentuk badan dan berat yang ideal. Rata-rata daripada kita melakukan diet untuk menurunkan berat badan, akan tetapi terdapat juga individu yang ingin menaikkan berat badan, menurunkan kadar kolesterol, menjalani hidup yang lebih sihat dan juga sebab-sebab lain.

Anda boleh mendapatkan berat badan yang anda inginkan dengan mengikuti gaya hidup yang tertentu dan merancang sistem pemakanan anda. Jadi, hari ini saya akan kongsikan beberapa senarai diet paling berkesan yang anda boleh amalkan mengikut matlamat anda.

Diet Atkins

Diet Paling Berkesan Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal

Diet atkins merupakan antara diet yang paling popular di Malaysia. Diet atkins ini merupakan salah satu diet paling berkesan di kalangan orang Malaysia. Melalui diet atkins, anda dapat mengawal tahap insulin dalam badan anda menerusi cara pengambilan pemakanan yang betul.

Sekiranya anda makan sejumlah besar karbohidrat baik, ianya akan meningkatkan dan menurunkan tahap insulin dalam badan secara mendadak. Peningkatan insulin dalam tubuh membuatkan badan anda untuk menyimpan tenaga berpunca daripada makanan yang dimakan, sekaligus akan membuatkan badan menggunakan lemak yang terkumpul sebagai sumber tenaga.

Diet ini dikatakan berkesan kerana makanan yang anda ambil haruslah makanan yang mengandungi protein dan lemak. Diet atkins mengelakkan anda daripada mengambil makanan yang berkarbohidrat. Sebab utama diet ini sangat berkesan adalah kerana ianya mengurangkan selera anda untuk memakan makanan yang akan menaikkan berat badan anda.

Diet Paleo

Diet Paling Berkesan Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal

Diet paleo atau juga dikenali sebagai diet orang zaman batu kerana ia mempunyai teori bahawa penyakit moden yang terdapat pada zaman sekarang ini adalah berpunca daripada pengambilan bahan-bahan seperti bijirin, tenusu dan juga makanan yang diproses. Diet ini dilakukan dengan cara mengadaptasi pola makan manusia zaman paleolitik kerana pola makan tersebut dipercayai sebagai pola hidup yang lebih sesuai dengan tubuh manusia.

Diet paleo ini menekankan pada pemakanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, daging tanpa lemak dan juga kekacang. Diet ini mengelakkan anda daripada mengambil makanan yang diproses, gula, garam bijirin dan juga produk tenusu. Minuman yang boleh diambil juga terbatas iaitu hanya air putih, teh hijau ataupun air kelapa.

Diet Vegetarian

Diet Paling Berkesan Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal

Terdapat banyak jenis vegetarian termasuklah lacto-vegetarian, vegetarian buah-buahan, peso-vegetarian, vegetarian lacto-ovo, vegetarian ovo, diet makanan vegetarian dan juga semi vegetarian. Kebanyakan vegetarian merupakan vegetarian lacto-ovo iaitu mereka tidak memakan makanan yang berasaskan haiwan kecuali telur, susu dan madu.

Menurut kajian yang dilakukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, golongan yang mengamalkan diet vegetarian ini mempunyai berat yang lebih rendah, kurang mendapat penyakit dan secara umumnya mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding dengan orang yang daging. Jadi, diet ini merupakan antara diet paling berkesan yang anda boleh amalkan untuk mendapatkan berat badan yang ideal.

Diet Vegan

Diet Paling Berkesan Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal

Diet vegan atau dikenali sebagai veganisme ini lebih daripada cara hidup dan falsafah daripada diet. Vegan tidak makan semua yang berasaskan haiwan termasuklah telur, tenusu dan juga madu. Kebiasaannya, vegan tidak menggunakan veganisme hanya kerana kesihatan, akan tetapi ianya juga untuk alam sekitar, etika dan juga belas kasihan.

Vegan percaya bahawa cara pertanian moden adalah tidak elok bagi persekitaran manusia dan tidak dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang. Sekiranya semua orang makan makanan yang berasaskan tumbuhan, persekitaran akan lebih bermanfaat, lebih banyak makanan akan dihasilkan dan orang akan menikmati kesihatan fizikal dan mental yang lebih baik.

Diet Kategonic

Diet Paling Berkesan Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal

Selain itu, diet kategonic juga dikatakan antara diet paling berkesan yang boleh anda amalkan. Diet kategonic pada awalnya diamalkan untuk rawatan epilepsi dan juga kegunaan yang lain. Diet ini termasuklah untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat dan meningkatkan pengambilan lemak.

Ianya berkemungkinan agak tidak logik, namun ianya membolehkan badan anda untuk membakar lemak seperti minyak berbanding karbohidrat. Lemak yang baik seperti yang terdapat dalam avokado, kelapa, bijirin, kekacang, minyak zaitun dan minyak ikan yang kebiasaannya ditambah ke dalam diet untuk mengekalkan kelebihan kepada lemak.

Diet ini akan memecahkan lemak untuk minyak dan akan menghasilkan bahan-bahan yang dipanggil sebagai ketone melalui sejenis proses yang dikenali sebagai ketosis. Akan tetapi, untuk penghidap diabetes, anda tidak digalakkan mengamalkan diet ini kerana berisiko untuk mendapat ketoasidosis.

Diet Makanan Mentah (Raw Food)

Diet Paling Berkesan Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal

Diet makanan mentah ataupun dikenali sebagai raw foodism ini melibatkan makanan yang tidak diproses bermakna makanan tersebut berasaskan tumbuhan dan bahan organik yang ideal. Bagi anda yang ingin mencuba diet ini, tiga perempat daripada pengambilan makanan anda haruslah terdiri daripada makanan yang belum dimasak.

Kebanyakan pengamal raw foodism ini merupakan vegan kerana mereka tidak makan atau minum semua yang berasaskan haiwan. Terdapat empat jenis makanan mentah utama iaitu vegetarian mentah, vegan mentah, karnivor mentah dan omnivor mentah.

Diet Mediterranean

Diet Paling Berkesan Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal

Diet mediterranean ini berasal dari dari Eropah Selatan dan memberi tumpuan lebih spesifik kepada tabiat pemakanan rakyat di Crete, Itali Selatan dan juga Yunani (yang sekarang ini digelar Sepanyol, Portugal dan Perancis Selatan).

Diet ini menekankan makanan tumbuh-tumbuhan, buah-buahan segar sebagai pencuci mulut, bijirin, kekacang dan minyak zaitun sebagai sumber utama. Keju dan yogurt juga merupakan antara makanan tenusu utama. Diet ini juga termasuklah jumlah ikan dan ayam yang sederhana sehingga kira-kira empat telur setiap minggu, sedikit daging merah dalam jumlah yang rendah hingga sederhana.

Sepertiga makanan diet mediterranean ini terdiri daripada lemak, dengan lemak tepu tidak melebihi 8% pengambilan kalori. Diet mediterranean adalah diet yang paling banyak dikaji setakat ini dengan penyelidikan yang boleh dipercayai menyokong pengamalannya untuk meningkatkan kualiti hidup dan menurunkan risiko penyakit seseorang.

Diet South Beach

Diet Paling Berkesan Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal

Diet south beach ini juga dikatakan sebagai diet paling berkesan yang boleh diamalkan. Ianya bermula oleh ahli kardiologi, Dr Agatston dan ahli pemakanan, Marie Almon. Ia mengkhususkan kepada kawalan tahap insulin dan manfaat karbohidrat lambat yang tidak diperbaiki daripada karbohidrat cepat.

Dr Agatston menyusun diet south beach ini pada tahun 1990an kerana beliau kecewa dengan diet rendah lemak, diet karbohidrat tinggi yang disokong oleh Persatuan Jantung Amerika. Ini kerana, Dr Agatston percaya bahawa sistem rendah lemak tidak akan berkesan untuk jangka masa yang panjang.

Diet The Zone

Diet Paling Berkesan Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal

Diet the zone ini bertujuan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang iaitu sebanyak 40% karbohidrat, 30% lemak dan 30% protein dalam setiap hidangan. Fokus utama diet ini adalah untuk mengawal paras insulin yang boleh menyebabkan penurunan berat badan yang lebih berkesan dan pengawalan berat badan menerusi pendekatan lain.

Diet zon ini dapat menggalakkan pengambilan karbohidrat berkualiti tinggi, karbohidrat yang tidak sempurna dan lemak seperti minyak zaitun, avokado dan juga kekacang.

Intermittent Fasting

Diet Paling Berkesan Untuk Dapatkan Bentuk Badan Ideal

Diet ini juga merupakan diet paling berkesan dan sering diamalkan oleh rakyat Malaysia. Puasa secara berselang-seli adalah corak makan di mana kitaran pemakanan adalah antara tempoh puasa dan makan. Diet ini tidak menyekat anda daripada makan, sebaliknya menentukan masa untuk anda perlu makan. Intermittent fasting ini kebiasaannya diamalkan untuk menurunkan berat badan kerana ianya memudahkan proses penyekatan kalori anda.

Terdapat empat kategori puasa berselang-seli ini yang anda boleh amalkan iaitu;

Kaedah 16/8 iaitu tidak mengambil sarapan dan hanya makan untuk 8 jam sahaja, kaedah makan-berhenti-makan yang melibatkan anda berpuasa selama 24 jam sekali atau 2 kali dalam seminggu, kaedah diet 5:2 iaitu mengehadkan pengambilan kalori sehingga 600 kalori 2 kali seminggu dan mengambil makanan seperti biasa bagi 5 hari yang selebihnya, atau kaedah diet pahlawan iaitu hanya mengambil makanan seperti sayuran dan buah-buahan pada waktu pagi dan hanya mengambil makanan yang besar pada waktu malam.

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Setiap orang pasti inginkan bentuk badan yang ideal. Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan badan yang ideal. Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan anda ataupun nama lainnya mengamalkan diet yang seimbang.

Apabila sebut tentang diet, mesti ramai yang merasakan ianya menyeksakan kerana banyak pantang larang. Jadi, hari ini saya akan kongsikan makanan yang anda boleh makan ketika mengamalkan diet supaya anda tidak rasa terseksa.

Sup

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, anda digalakkan untuk memakan makanan bersup. Ini kerana ianya akan mengenyangkan anda dengan lebih cepat. Banyakkan sup, daging dan sayur-sayuran dalam menu anda. Dengan makan kesemua makanan sihat tersebut, anda akan mudah kenyang dan secara tidak langsung, anda akan kurang untuk makan nasi.

Makanan Yang Dibakar

Makanan yang dibakar atau dipanggang adalah jauh lebih sihat dan baik berbanding memakan makanan yang digoreng mahupun bergulai. Kandungan kalorinya juga sangat berbeza antara satu sama lain.

Tambahan pula, memasak dengan cara memanggang ataupun membakar ini sememangnya lebih mudah dan sangat menjimatkan. Ini kerana ia tidak menggunakan minyak yang banyak.

Makanan Yang Distim

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Makanan yang dimasak secara stim ini adalah paling elok untuk anda yang sedang berusaha untuk mengurus dan menurunkan berat badan. Ini kerana, makanan yang distim ini tidak menggunakan minyak langsung. Jadi ianya sangat baik untuk kesihatan.

Makanan Yang Dikukus

Selain daripada makanan yang dipanggang ataupun distim, makanan yang dikukus juga sangat elok untuk kesihatan kerana ianya kurang kalori. Kurang kalori bermakna ianya baik untuk anda yang ingin mengamalkan diet. Makanan yang dikukus ini juga senang untuk dimasak.

Cuka Epal

Bagi anda yang ingin menguruskan badan dan mengamalkan diet yang sihat, jangan lupa untuk mengamalkan minum cuka epal. Cuka epal ataupun lebih dikenali dengan apple cider vinegar bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam menu diet. Cuka epal ini dapat membantu meningkatkan metabolisme dan sekaligus akan mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Selepas anda bangun, minum satu gelas air kosong dan diikuti oleh satu gelas air kosong yang dicampur dengan satu sudu cuka epal. Amalkannya juga sebelum anda masuk tidur. Lakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh jadikan cuka epal sebagai salad dressing.

Roti Wholemeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Roti wholemeal merupakan roti yang paling menyihatkan dan membantu anda untuk kurus jika dibandingkan dengan roti putih. Mungkin ianya kurang enak berbanding roti putih biasa, akan tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan rasanya. Roti wholemeal mempunyai indeks glisemik rendah yang menjadikannya makanan untuk diet yang patut ada di dapur anda.

Beras Perang

Makanan untuk diet yang seterusnya adalah beras perang. Diet tidak bermakna anda tidak boleh makan nasi. Anda boleh makan nasi tetapi anda perlu mengurangkan sukatan nasi anda. Sukatan yang disarankan adalah sebesar satu penumbuk untuk setiap pinggan. Jika anda inginkan hasil yang lebih cepat, tukarkan beras anda kepada beras perang.

Stevia / Gula Tanpa Kalori / Gula Perang

Tukarkan gula putih anda kepada stevia iaitu pemanis makanan tanpa kalori yang diekstrak daripada daun spesis tumbuhan stevia rebaudiana. Stevia datang dalam bentuk cecair dan rasanya juga tidak ubah seperti gula.

Selain itu, anda juga boleh gantikan gula putih anda dengan gula tanpa kalori seperti Pal Sweet atau Equal. Rasanya mungkin tidak sesedap gula biasa tetapi ianya sangat menyihatkan dan membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat.

Gula perang juga merupakan alternatif yang anda boleh gunakan untuk menggantikan gula putih. Rasanya sama seperti gula putih tetapi kalorinya jauh lebih rendah.

Madu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Anda juga boleh menggunakan madu sebagai pengganti gula putih. Lemak kebiasaannya akan berkumpul menjadi sumber yang tidak digunakan di dalam badan menjadikan berat badan meningkat.

Dengan meminum madu, lemak-lemak ini akan dibakar untuk membekalkan tenaga untuk aktiviti harian. Amalkannya secara rutin untuk dapatkan hasil yang maksimum. Madu juga turut membantu sistem penghadaman, maka ianya dapat membantu dalam pengurangan berat badan.

Kurma

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang sangat sesuai untuk diambil ketika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi kandungan gula dan kalori yang rendah namun ianya merupakan energy booster yang sangat bagus.

Telur

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Telur juga merupakan makanan untuk diet yang sesuai untuk diamalkan. Ini kerana telur mengandungi protein yang tinggi serta mengandungi lemak sihat yang sangat bagus untuk anda yang sedang berdiet. Jumlah kalori yang terdapat dalam telur tidak banyak, akan tetapi ianya boleh membuatkan anda cepat kenyang dan tahan lebih lama.

Plain Yogurt

Satu lagi makanan untuk diet yang anda wajib amalkan adalah yogurt. Pengambilan yogurt setiap hari dapat menghalang badan anda daripada menyerap hormon leptin yang merupakan antara punca utama obesiti. Yogurt memiliki kandungan gula yang sangat rendah. Kandungan vitamin dan seratnya pula sangat tinggi. Walaupun yogurt diperbuat daripada susu, namun ianya sangat elok untuk diamalkan ketika diet.

Avokado

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Avokado sangat kaya dengan lemak sihat yang dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Selain rasanya yang sedap, avokado mengandungi banyak serat yang tidak akan membuatkan perut anda buncit.

Salad Sayur

Salad sayur ini mesti ramai yang mengamalkannya ketika diet. Selain rasanya yang sedap dengan tambahan salad dressing, salad membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Salad mengandungi nutrisi dan vitamin yang memang sangat baik untuk kesihatan badan. Salad seperti tomato, timun dan kale sangat kaya dengan serat serta rendah kalori.

Oatmeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Oatmeal merupakan makanan wajib yang anda harus amalkan ketika anda berdiet. Walaupun ianya mengandungi karbohidrat, oatmeal tidak mengandungi gula atau pemanis yang tinggi dan sangat rendah kalori. Jadi, ianya sangat elok dimakan ketika diet.

Tuna Dan Salmon

Tuna tidak mengandungi banyak lemak dan sangat kaya dengan protein. Ikan salmon pula mengandungi protein, lemak sihat dan juga omega-3. Salmon juga didapati dapat membantu mencegah obesiti, jadi ianya sangat sesuai untuk dimakan ketika diet.

Buah-Buahan

Serat yang terdapat dalam buah dapat mencegah pelepasan gula dengan cepat ke dalam aliran darah. Kebanyakan buah juga mengandungi vitamin. Pisang sangat kaya dengan potasium dan juga serat dan merupakan energy booster.

Betik pula sangat elok untuk pencernaan tubuh kerana ianya mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan nafsu makan anda. Jadi ianya sangat elok dijadikan sebagai makanan untuk diet.

Tauhu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Ketika diet, makan lewat malam adalah tidak dibenarkan. Akan tetapi sekiranya anda lapar, maka pilihlah untuk makan makanan yang rendah kalori seperti tauhu ini. Tauhu juga mempunyai serat yang tinggi. Memang eloklah untuk anda yang sedang menjaga pola makan.

Dada Ayam

Sekiranya anda suka makan daging, pilih untuk memakan daging ayam. Tetapi bukan semua bahagian ayam anda boleh makan. Bahagian dada ayam adalah bahagian yang paling elok untuk dimakan ketika diet namun ianya tidaklah sesedap bahagian ayam yang lain.