loader image

Autoriti Informasi Wanita

Faktor Penyebab Dan Cara Menghilangkan Jerawat Pasir

Faktor Penyebab Dan Cara Menghilangkan Jerawat Pasir
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Faktor Penyebab Dan Cara Menghilangkan Jerawat Pasir

Jerawat mungkin merupakan salah satu gangguan pad kuit wajah yang sering kali menyerang walau sesiapapun. Secara umumnya, jerawat ini muncul di wajah satu per satu dan akan membentuk benjolan berwarna merah yang sangat mengganggu penampilan. Terdapat beberapa jenis jerawat yang sering kita temui antaranya adalah jerawat komedo hitam dan putih, jerawat batu, jerawat bernanah dan jerawat pasir. Jadi, hari ini saya nak kongsikan tentang cara menghilangkan jerawat pasir di muka.

Tetapi sebelum itu, tahukah anda apakah faktor yang menyebabkan kemunculan jerawat pasir ini? Jerawat pasir ini tidak ada bezanya dengan jerawat yang lain. Kehadirannya semua adalah disebabkan oleh lemak dan kotoran yang terperangkap di muka sehingga ia menjadi sel kulit mati dan kemudiannya menjadi jerawat.

Jerawat pasir kebiasaannya muncul di bahagian wajah seperti dahi, pipi dan dagu dalam jumlah yang banyak. Inilah yang membezakannya dengan jerawat yang lain. Ia juga boleh muncul di bahagian dada dan punggung. Walaupun saiznya kecil, tetapi ianya tetap menjadikan kita tidak selesa kerana kulit kelihatan kusam dan terasa kasar.

Faktor utama yang menyebabkan munculnya jerawat pasir ini adalah kerana wajah terkena partikel debu dan kotoran yang tidak dibersihkan dengan kadar segera. Malas untuk membersihkan bekas mekap juga adalah antara sebab kehadiran jerawat pasir ini. Sekiranya anda tersalah menggunakan produk kosmetik juga boleh menjadi puncanya.

Selain itu, perubahan hormon juga mungkin menjadi salah satu punca kemunculan jerawat pasir ini. Hormon testosteron yang tinggi boleh mencetuskan kelenjar minyak dan menghasilkan sebum yang lebih banyak. Faktor lain timbulnya jerawat pasir ini termasuklah pengaruh makanan, faktor genetik dan juga stres yang melanda diri.

Jadi, bagaimana cara menghilangkan jerawat pasir ini? Ianya boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan bahan semula jadi ataupun secara medik. Yang paling penting sekali, jangan sesekali anda memicit jerawat pasir ini kerana ianya akan membuatkan ia merebak dengan lebih cepat. Ia juga akan membuatkan wajah anda menjadi merah dan meradang. Ikut cara-cara di bawah ini untuk hilangkan jerawat pasir di muka anda.

Gunakan Scrub Dengan Bahan Semula Jadi

Faktor Penyebab Dan Cara Menghilangkan Jerawat Pasir

Menggunakan rawatan scrub sememangnya sangat elok untuk membuang sel kulit mati yang menjadi penyebab kemunculan jerawat pasir. Scrub adalah cara menghilangkan jerawat pasir yang terbaik. Butir-butir kecil yang menyerupai pasir di dalam scrub boleh membantu membuang sel kulit mati di muka anda. Anda boleh membuat sendiri scrub ini menggunakan bahan semula jadi di rumah anda.

Campurkan lidah buaya dan garam untuk menjadikannya scrub dan sapukannya pada wajah secara perlahan. Gosok di muka anda dengan keadaan putaran secara perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa saat sebelum dibilas dengan air bersih.

Selain itu juga, anda boleh mencampur beberapa bahan lain seperti air perahan lemon. Untuk anda yang memiliki kulit kering, campuran madu, oatmeal dan minyak zaitun juga boleh digunakan untuk menjadikannya scrub. Terdapat banyak lagi bahan pembuatan scrub yang menggunakan bahan semula jadi yang anda boleh gunakan untuk menghilangkan jerawat pasir ini. Anda boleh baca di sini.

Menggunakan Masker Yogurt Atau Teh Hijau

Faktor Penyebab Dan Cara Menghilangkan Jerawat Pasir

Sudah tidak dinafikan lagi, yogurt dan teh hijau mempunyai banyak manfaatnya dan ianya juga mampu untuk meredakan jerawat pasir ini. Tekstur lembut yang terdapat pada yogurt sangat baik untuk mengurangkan jerawat pasir. Di samping itu juga, lactose acid yang terdapat dalam yogurt ini dipercayai boleh mencerahkan kulit tau.

Kandungan zink dalam yogurt dapat mengurangkan peradangan kulit serta membantu mengurangkan jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebaceous. Probiotik dalam yogurt juga boleh membasmi bakteria sehingga ianya boleh mengurangkan kerosakan pada wajah. Alpha hydroxyl yang terdapat dalam yogurt pula dapat membantu mengangkat sel kulit mati. Selain itu, lactose acid yang terkandung dalam yogurt boleh membantu mengatasi iritasi kulit dan membuatkan regenerasi kulit menjadi lebih cepat.

Manakala, teh hijau mengandungi bahan antiflamasi, antiseptik dan antibakteria yang tinggi. Ianya mampu untuk membantu membersihkan bakteria yang menyebabkan jerawat, selain dapat mencegah keradangan jerawat dan membantu proses penyembuhan akibat jerawat. Di samping itu, teh hijau juga dapat membantu mengurangkan kandungan minyak yang berlebihan pada kulit wajah.

Menjaga Kebersihan Wajah

Faktor Penyebab Dan Cara Menghilangkan Jerawat Pasir

Menjaga kebersihan wajah adalah menjadi rutin wajib yang anda perlu lakukan setiap hari. Usaha untuk menghilangkan jerawat tidak akan berhasil sekiranya anda tidak rajin membersihkan muka anda. Amalkan membasuh muka anda sekurang-kurangnya dua kali sehari. Sekiranya jerawat sedang berada dalam keadaan yang cukup parah di muka, anda seeloknya mengelakkan daripada menggunakan make up supaya proses penyembuhan jerawat tidak terganggu.

Gunakan Ubat Jerawat

Cara menghilangkan jerawat pasir yang lain adalah dengan menggunakan ubat jerawat. Gunakan ubat jerawat yang mengandungi clindamycin ointment. Selain itu, krim yang mengandungi retinoid juga boleh membantu mengurangkan jerawat. Ataupun, anda boleh menggunakan ubat jerawat yang mengandungi azelaic acid untuk menyingkirkan sel kulit mati da membunuh bakteria.

Selain itu juga, ubat yang mengandungi benzoyl peroxide juga dipercayai boleh meredakan jerawat di muka anda. Tetapi, sebelum anda menggunakan ubat jerawat ini, pastikan anda berjumpa dengan pakar kulit terlebih dahulu untuk mengenalpasti penyebab dari jerawat pasir yang menyerang anda.

Konsultasi Dengan Pakar Kulit

Faktor Penyebab Dan Cara Menghilangkan Jerawat Pasir

Untuk merawat jerawat pasir, anda boleh berkonsultasi dengan pakar kulit untuk mengetahui kondisi jerawat di muka anda. Doktor akan memeriksa kulit anda dan anda akan mendapat cara menghilangkan jerawat pasir dengan tepat berdasarkan situasi kulit anda. Kebiasaannya doktor akan memberikan ubat-ubatan antibiotik yang memiliki sifat anti bakteria.

Jerawat pasir ini boleh dirawat dengan ubat jerawat minum yang disarankan oleh doktor. Ada beberapa jenis ubat minum untuk mengubati jerawat pasir ini. Antaranya adalah doxycycline iaitu ubat antibiotik yang memiliki kegunaan untuk menghentikan pertumbuhan bakteria termasuklah bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat.

Erythrimycyn pula merupakan ubat yang berfungsi untuk merawat peradangan yang disebabkan oleh bakteria. Selain itu, tetracycline juga tergolong dlam antibiotik untuk mnghentikan pertumbuhan bakteria dan merawat jerawat di muka.

Elakkan Diri Daripada Stress

Faktor Penyebab Dan Cara Menghilangkan Jerawat Pasir

Akhir sekali, cara menghilangkan jerawat pasir adalah dengan mengelakkan diri anda daripada stress yang berlebihan. Ini kerana salah satu punca terjadinya jerawat pasir adalah stress yang terlampau. Uruskan hal harian anda dengan tenang dan lakukan perkara yang membuatkan anda bahagia dan aman. Jangan biarkan stress menimpa diri anda dan membuatkan anda jadi tidak peduli akan tahap kesihatan anda.

Jerawat pasir ini boleh mengakibatkan kulit menjadi kemerahan dan timbul bintik-bintik. Akan tetapi, ianya masih boleh dicegah dan dirawat dengan menggunakan cara yang betul. Oleh itu, ikutilah tips yang telah dikongsikan ini supaya kulit muka anda menjadi bersih daripada jerawat pasir ini.

Jangan lupa untuk membaca artikel-artikel lain yang mungkin dapat membantu masalah wanita.