loader image

Autoriti Informasi Wanita

Inginkan Tips Muka Glowing Dan Flawless Bak Artis Korea?

Inginkan Tips Muka Glowing Dan Flawless Bak Artis Korea?
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Inginkan Tips Muka Glowing Dan Flawless Bak Artis Korea?

Setiap wanita pasti inginkan kulit muka yang cerah dan berseri. Kulit yang kusam akan membuatkan muka anda kelihatan lesu dan tidak bermaya. Anda juga mesti akan hilang keyakinan untuk berhadapan dengan umum. Pasti ada diantara anda yang sudah serik menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan wajah yang glowing dan bersih tanpa sebarang kerosakan kan? Jadi, hari ini saya akan kongsikan sedikit cara-cara dan tips muka glowing dan flawless bak artis Korea.

Semua pasti sudah tahu wanita Korea memiliki kulit muka yang bersih, sihat tanpa cacat cela seakan ditutupi oleh solekan yang tebal. Akan tetapi, artis Korea sebenarnya hanya mengaplikasikan solekan yang nipis di muka mereka kerana mereka menginginkan wajah mereka nampak natural seperti tidak memakai solekan langsung. Jadi, bagaimana cara penjagaan wajah untuk dapatkan kulit glowing dan flawless seperti mereka?

Banyakkan Minum Air Putih Setiap Hari

Inginkan Tips Muka Glowing Dan Flawless Bak Artis Korea

Ini adalah tips muka glowing yang paling utama dan paling asas sekali. Tubuh badan kita memerlukan air yang bersih untuk menggantikan sel-sel yang mati di dalam badan. Oleh itu, anda seelok-eloknya minum air sekurang-kurangnya dua liter sehari bagi memastikan sistem dalaman badan anda dapat berfungsi dengan baik. Apabila badan anda mendapat air yang secukupnya, sekaligus kulit anda juga akan kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semula jadi.

Air putih ini dapat membantu melembabkan kulit dari dalam. Sebahagian besar dari tubuh kita terdiri daripada cecair. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan kulit kering dan tidak sihat. Oleh itu perbanyakkan minum air putih setiap hari supaya kulit anda kekal lembap, kenyal dan anjal.

Dapatkan Tidur Yang Secukupnya

Inginkan Tips Muka Glowing Dan Flawless Bak Artis Korea

Tidur yang cukup juga adalah salah satu tips muka glowing yang dipercayai oleh wanita Korea. bagi mereka, tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk kesihatan kulit muka. Ini kerana, ketika anda tidur, regenerasi sel-sel dalam kulit anda akan berlaku sepanjang malam. Elakkan berjaga malam dan cukupkan waktu tidur anda untuk mendapatkan kulit yang glowing.

Sekiranya anda tidak mendapatkan tidur yang secukupnya, kulit muka anda akan mudah menjadi kusam dan tidak bermaya. Kulit anda juga akan nampak lebih tua daripada usia anda. Akan tetapi, tidur yang terlalu lama juga akan memberikan kesan yang sama terhadap kulit muka anda. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan tidur hanya 6 ke 8 jam sehari.

Buat Double Cleansing Ketika Mencuci Muka

Inginkan Tips Muka Glowing Dan Flawless Bak Artis Korea

Wanita Korea mengamalkan double cleansing ini ketika mencuci muka wajah mereka. Double cleansing di sini bermaksud, mereka melakukan dua tahap ketika mencuci muka. Pertama sekali, mereka akan membuang sisa-sisa solekan mereka menggunakan make up remover dengan sebersihnya. Kedua, barulah mereka membersihkan kulit muka mereka dengan pembasuh muka sehingga bersih.

Anda disarankan untuk membersihkan kulit muka anda sekurang-kurangnya dua kali sehari sehingga kotoran di liang pori-pori yang mengakibatkan jerawat dan komedo dapat dibuang. Dengan membasuh muka juga, sel-sel kulit mati juga dapat diangkat. Jadi, amalkannya setiap hari untuk mendapatkan muka yang berseri.

Rutin Scrub Wajah Dan Menggunakan Masker

Inginkan Tips Muka Glowing Dan Flawless Bak Artis Korea

Sebelum anda menggunakan masker, lakukan rutin scrub wajah anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Anda boleh menggunakan beberapa bahan semula jadi untuk membuat masker yang sesuai untuk mendapatkan wajah yang berseri. Kemudian sapukannya pada wajah dan biarkannya selama sepuluh minit dan bilasnya dengan air. Ketika membilasnya, gosok lembut wajah anda dengan gerakan memutar untuk membantu mengeluarkan sel-sel kulit mati di muka anda.

Seterusnya, selalulah menggunakan masker muka supaya kulit muka anda kekal lembap dan bercahaya. Pemakaian masker muka ini adalah untuk memberikan vitamin pada kulit muka anda dan membuatkannya lebih cerah. Anda juga boleh membuat masker anda sendiri menggunakan bahan semula jadi atau beli sahaja masker yang terdapat di pasaran. Lakukannya secara rutin seminggu dua kali untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Memilih Makanan Dan Minuman Yang Mengandungi Antioksidan

Inginkan Tips Muka Glowing Dan Flawless Bak Artis Korea

Seperti yang anda ketahui, orang Korea mengamalkan memakan makanan yang sihat untuk mendapatakna kulit yang sihat. Jadi, tips muka glowing seterusnya adalah dengan mengkonsumi makanan dan minuman yang mengandungi antioksidan seperti buah epal ataupun teh hijau. Bahan di dalam makanan ini boleh membuatkan kulit anda menjadi lebih cerah secara semulajadi, lembap serta mmebantu melindungi kerosakan pada kulit akibat sinaran matahari.

Lobak bukan hanya elok untuk mata, malah ianaya juga bagus untuk kulit kerana ianya kaya dengan vitamin A yang boleh mencegah pembentukan sel berlebihan dalam lapisan luar kulit. Saderi pula mengandungi sodium dan potasium semula jadi yang membantu menghindarkan kita dari hidrasi. Manakala, di dalam pula terkandung folic acid, zat besi, klorofil, vitamun E, magnesium, vitamin A, serat, vegetable protein dan vitamin C yang sememangnya elok untuk kulit.

Memakai Pelembap Wajah Secara Rutin

Inginkan Tips Muka Glowing Dan Flawless Bak Artis Korea

Jangan sesekali anda mengabaikan penggunaan pelembab wajah kerana ianya akan membantu melembabkan kulit anda. Pilih pelembab yang sesuai denagn kulit wajah anda supaya ianya tidak mendatangkan iritasi. Gunakan pelembap yang mengandungi SPF yang mampu untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV.

Menggunakan Sunscreen Dan Face Mist

Inginkan Tips Muka Glowing Dan Flawless Bak Artis Korea

Akhir sekali, tips muka glowing seperti orang Korea adalah dengan memakai sunscreen ketika anda ingin keluar dari rumah. Penggunaan sunscreen ini penting untuk melindungi kulit anda daripada terkena sinaran matahari terus ke kulit muka anda. Ianya juga untuk mengelak daripada kulit anda terbakar dan menjadi kehitaman.

Di samping itu, wanita Korea juga menggunakan face mist untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah mereka. Dengan cuaca di Malaysia ini, kulit kita akan cepat kering, dari sediakan face mist untuk mengembalikan kelembapan muka anda. Kunci untuk mendapatkan kulit yang glowing dan flawless adalah dengan mengekalkan hidrasi kuit wajah anda.

So, itulah dia tujuh tips muka glowing yang anda boleh amalkan sekiranya anda betul-betul ingin mendapatkan kulit wajah yang flawless dan bersinar seperti artis Korea. Lakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

Baca juga artikel-artikel yang lain yang berkaitan dengan wanita di sini.