loader image

Autoriti Informasi Wanita

Kenali Personaliti Wanita Melalui Jenis Beg Tangan

Kenali Personaliti Wanita Melalui Jenis Beg Tangan
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Kenali Personaliti Wanita Melalui Jenis Beg Tangan

Beg tangan atau handbag merupakan salah satu keperluan yang penting bagi setiap wanita ketika ingin keluar rumah. Ianya bukan sahaja digunakan untuk mengangkat barang, malah turut dijadikan sebagai aksesori untuk digayakan pada setiap masa. Wanita tanpa beg tangan di sisinya akan nampak sedikit janggal. Beg tangan bagi wanita adalah seperti penggerak personaliti mereka.

Terdapat pelbagai jenis handbag yang digunakan wanita berdasarkan kegunaan dan fungsinya. Bentuk dan rupa beg tangan sering bertukar mengikut peredaran zaman dan trend terkini. Menggayakan beg tangan juga perlu bersesuaian dengan majlis supaya ia mampu untuk menyerlahkan personaliti diri.

Tetapi tahukah anda, pemilihan jenis beg tangan ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh personaliti dan karakter wanita tersebut. Walaupun penggunaan beg tertentu bersesuaian untuk majlis atau aktiviti tertentu, ianya juga turut menampilkan peribadi wanita tersebut. Jadi, hari ini saya ingin kongsikan personaliti wanita yang dapat kita lihat melalui jenis pilihan beg tangan yang dipakai. Sambil kita mengenali jenis handbag, kita juga dapat mengetahui karakter seseorang itu.

Tote Bag

Kenali Personaliti Wanita Melalui Jenis Beg Tangan

Tote bag merupakan sejenis beg yang mempunyai tali pemegang yang panjangnya hanya sekadar untuk disangkut ke bahu. Wanita yang memilih beg tote ini sebagai handbag mereka adalah seorang wanita yang bersifat tangkas. Beg tote ini boleh memuatkan banyak barang dalam satu masa. Oleh itu, wanita yang menggunakan beg ini kebanyakkannya sangat memerlukan banyak barang dan kebiasaannya begnya dipenuhi barang keperluannya.

Hidup wanita yang menggunakan beg tote ini sering sibuk sehingga tiada masa untuk dirinya. Seperti yang sering kita lihat di universiti dan kolej, ramai diantara mereka yang menggunakan beg tote ini kerana mudah untuk meletak semua barang keperluan di dalamnya.

Akan tetapi, wanita yang menggunakan beg jenis ini juga sebenarnya seorang yang sangat peka dan selalu bersiap sedia dengan apa-apa kemungkinan yang akan berlaku. Sebab itulah beg dia penuh dengan pelbagai barang kerana dia akan sediakan payung, botol air dan macam-macam lagi di dalam begnya.

Beg Sandang

Kenali Personaliti Wanita Melalui Jenis Beg Tangan

Beg sandang ataupun backpack kebiasaannya digunakan oleh para pelajar sekolah dan universiti. Wanita yang gemar menggunakan backpack ini selalunya seorang yang berjiwa muda, aktif, energetik, mementingkan keselesaan dan sentiasa dalam keadaan ceria.

Beg sandang yang mempunyai karakter dan dihiasi dengan corak atau perincian yang artistik kebiasaannya melambangkan perasaan anda yang sukakan cabaran dan pengembaraan. Anda yang menggunakan beg sandang ini adalah seorang yang tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru dalam hidup. Bahkan, anda mempunyai keyakinan yang tinggi sehingga mampu untuk travel secara solo dan melibatkan diri anda dengan kerjaya yang boleh mengukur kebolehan anda.

Hobo Bag

Kenali Personaliti Wanita Melalui Jenis Beg Tangan

Beg hobo ini mempunyai tapak asas yang sedikit melengkung. Beg jenis ini kebiasaannya menjadi kegemaran wanita yang memiliki karakter peka sama seperti pengguna beg tote. Bezanya adalah pengguna beg hobo ini lebih mementingkan gaya dan fesyen. Walaupun saiz adalah keutamaan untuk memuatkan segala jenis barang dalam beg anda, tetapi dalam masa yang sama, anda juga mahu nampak bergaya di mata orang.

Ruang besar di dalam beg hobo ini juga menunjukkan bahawa anda seorang yang bercita-cita dan mempunyai impian yang besar untuk mendapatkan sesuatu. Anda juga seorang yang berkeyakinan tinggi.

Clutch

Kenali Personaliti Wanita Melalui Jenis Beg Tangan

Beg tangan jenis jenis clutch atau juga lebih dikenali sebagai beg kepit ini menonjolkan ciri-ciri klasik, elegan dan glamor yang ringkas dalam diri pemakainya. Selalunya, clutch ini digemari oleh wanita yang tidak memerlukan aksesori yang besar dan menonjol untuk kelihatan bergaya.

Ramai yang merasakan bahawa penggunaan clutch ini tidak menepati ruangan yang diperlukan untuk dipenuhi dengan barang-barang keperluan mereka. Oleh itu, secara kesimpulannya, orang yang menggunakan beg clutch ini adalah seorang yang minimalis, sangat teliti dan teratur kerana mereka hanya akan bawa barang-barang yang penting sahaja.

Satchel

Kenali Personaliti Wanita Melalui Jenis Beg Tangan

Satchel pula adalah sejenis beg tangan yang rupanya hampir sama seperti beg bimbit atau briefcase. Cuma rekaannya sedikit berbeza kerana ia lebih ranggi dan mempunyai penutup beg yang berkancing. Selain itu, beg satchel ini mempunyai dua cara yang anda boleh gayakan sama ada menggunakan tali panjang yang boleh disilangkan ke badan ataupun dengan membimbitnya dengan tali pemegang pendek yang terdapat di bahagian atas beg tersebut.

Beg satchel ini adalah simbol yang merujuk kepada wanita yang bekerjaya. Sekiranya anda berminat memakai satchel, anda merupakan seorang yang bijak dalam pengurusan masa, sangat teratur dan pandai mengimbangkan kehidupan profesional dan peribadi anda. Ini kerana, anda seorang yang mahu berjaya di dalam apa jua yang anda lakukan.

Cross Body / Beg Silang

Kenali Personaliti Wanita Melalui Jenis Beg Tangan

Beg tangan ini adalah kegemarah remaja zaman kini. Bentuk dan rupa begnya sangat ringkas, kecil, mudah untuk dibawa dan ia juga mampu untuk menampilkan aura sensasi. Akan tetapi, beg silang ini mempunyai ruang simpanan yang agak terhad. Sekiranya beg silang ini menjadi pilihan anda, anda merupakan seorang yang moden, sangat terperinci dan berfikiran kehadapan. Anda juga merupakan seorang wanita yang praktikal.

Shopper

Kenali Personaliti Wanita Melalui Jenis Beg Tangan

Kalau anda perasan, ramai juga wanita yang suka untuk menggunakan beg shopper ini. Rekaannya hampir serupa dengan beg tote, tetapi mempunyai tali yang lebih panjang. Badan begnya juga lebih lebar berbanding dengan badan beg tote yang memanjang ke bawah. Beg ini sangat sesuai dengan wanita yang suka bersantai.

Kebanyakkan wanita yang menggunakan beg ini suka menikmati hari minggu mereka dengan membeli belah di pasaraya. Saiz besar dan lebar beg tangan ini juga sesuai untuk digunakan ke pejabat atau kolej. Buku dan laptop juga boleh dimasukkan ke dalam beg ini. Sangat berfungsi kan?

Bowling Bag

Kenali Personaliti Wanita Melalui Jenis Beg Tangan

Beg ini sering dipanggil dengan beg bulat-bulat kerana bentuknya yang bulat. Beg bowling ini kebiasaannya mempunyai reka bentuk yang sangat bersahaja dan ianya sangat sesuai bagi mereka yang sukakan kesederhanaan di dalam kehidupan.

Reka bentuk beg tangan jenis ini yang teguh amat memenuhi keperluan seorang wanita yang sangat tegas akan undang-undang dalam hidupnya. No means no, yes means yes. Anda yang menggunakan beg seperti ini selalunya seorang yang sangat sofistikated.

Fanny Pack

Kenali Personaliti Wanita Melalui Jenis Beg Tangan

Beg fanny pack ini sebenarnya pernah popular suatu ketika dahulu iaitu ketika era 90-an. Tetapi, kebelakangan ini terdapat banyak keluaran fanny pack ini dengan rekaan yang lebih moden. Wanita yang memakai beg jenis ini sememangnya seorang yang sangat sempoi dan tidak mempedulikan apa kata orang. Yang penting, anda selesa dengan gaya anda.

Itulah dia beberapa jenis beg tangan yang sering digayakan oleh wanita dan setiap satunya terselit personalitinya yang tersendiri disebaliknya. Jadi, dalam banyak-banyak beg tangan yang disenaraikan, anda jenis yang mana satu?