loader image

Autoriti Informasi Wanita

Kenapa Anda Perlu Melakukan Rawatan Muka? Ini Kelebihannya

Kenapa Anda Perlu Melakukan Rawatan Muka? Ini Kelebihannya
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Kenapa Anda Perlu Melakukan Rawatan Muka? Ini Kelebihannya

Secara umumnya, wajah kita sering terdedah dengan persekitaran yang kurang bersih. Hal ini boleh membuatkan kulit kita mudah untuk mengalami masalah-masalah kulit wajah seperti kulit berminyak, bintik hitam, jerawat, bintik putih, pori-pori terbuka dan juga pigmentasi.

Sekiranya berlaku masalah-masalah ini terhadap wajah anda, anda perlu membuat rawatan wajah. Wajah kita memerlukan cucian sebanyak dua kali sehari tidak termasuk sewaktu anda berwuduk. Akan tetapi, dengan cucian biasa sebenarnya tidak mencukupi untuk menghilangkan kekotoran yang terlekat pada kulit wajah anda setelah sekian lama. Oleh itu, anda perlu melakukan rawatan muka.

Rawatan muka ataupun dipanggil sebagai facial treatment ini merupakan salah satu rawatan wajah yang dilakukan seseorang agar wajah sentiasa nampak muda, jelita dan berseri. Zaman sekarang ini, bukan wanita sahaja yang melakukan rawatan wajah, malah kaum lelaki juga turut melakukannya.

Facial treatment ini adalah rawatan kulit untuk wajah yang dilakukan oleh juru kecantikan yang bertauliah. Ianya bertujuan untuk merawat, memulihkan dan mengekalkan kualiti kulit muka anda. Kebiasaannya, rawatan muka ini termasuk dengan analisa kulit, diikuti juga dengan beberapa siri pembersihan seperti pengelupasan, urutan muka, rawatan stim, rawatan menggunakan facial machine dan juga krim atau bahan pencerah kulit.

Menurut pakar kecantikan Shani Darden, Joanna Vargas dan Ellen Marmur dari New York bersetuju menyatakan bahawa setiap orang perlu melakukan facial treatment sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Ini kerana, kulit anda mengalami keadaaan yang berbeza bergantung kepada musim dan juga gaya hidup.

Melakukan rawatan wajah sebulan sekali ini adalah sangat ideal. Ini kerana kitaran perolehan sel kulit kita adalah 28 hari. Jadi, melakukan rawatan professional lebih dari sekali sebulan boleh merosakkan kulit.

Walau bagaimanapun, terdapat juga sesetengah rawatan sebagai contoh HydraFacial yang hanya disyorkan untuk dilakukan tiga bulan sekali. Tetapi, ianya bergantung kepada jenis kulit dan kebimbangan yang dialami. Oleh itu, ianya sangat penting untuk anda berunding dengan pakar kecantikan profesional terlebih dahulu sebelum meletakkan pelan terbaik bagi kulit anda.

Melakukan rawatan wajah ini mempunyai beberapa manfaatnya. Seperti yang anda telah ketahui, wajah kita sering terdedah kepada pelbagai jenis kotoran membuatkan muka kita mudah mengalami iritasi dan kerosakan. Jadi, kali ini saya akan kongsikan beberapa kelebihan dan sebab kenapa anda perlu melakukan facial treatment sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Menjadikan Kulit Wajah Lebih Bersih Dan Lembab

Kenapa Anda Perlu Melakukan Rawatan Muka? Ini Kelebihannya

Anda mesti merasakan membersihkan wajah dengan menggunakan cara biasa yang sering anda lakukan setiap hari sudah mencukupi untuk membersihkan kulit wajah anda. Tetapi, ia sebenarnya tidak mampu untuk mengeluarkan kotoran yang tersumbat di dalam kulit kita. Bermakna, pencucian biasa tidak mampu untuk membersihkan muka anda secara keseluruhan.

Dengan melakukan rawatan muka, ia dapat menjadikan kulit wajah anda kembali bersih dan lembab secara menyeluruh. Hal ini adalah kerana urutan pada wajah yang dilakukan ketika rawatan sedang berjalan dapat melancarkan aliran darah dan membantu menenangkan otot-otot di bahagian wajah dan kepala.

Membekalkan Nutrisi Pada Kulit Wajah

Kenapa Anda Perlu Melakukan Rawatan Muka? Ini Kelebihannya

Selain itu, ketika anda sedang menjalani facial treatment ini, pori-pori kulit muka anda akan terbuka sebelum disapukan krim rawatan. Hal ini akan menyebabkan kulit muka anda lebih mudah untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam krim rawatan itu.

Bukan tubuh badan sahaja yang memerlukan zat-zat untuk kekal sihat, malah kulit muka juga sangat memerlukan nutrisi setiap hari supaya ianya kekal sihat dan mampu untuk menggantikan sel-sel kulit mati dengan sel-sel kulit yang baru yang lebih sihat.

Pengelupasan Kulit Wajah Yang Sempurna

Kenapa Anda Perlu Melakukan Rawatan Muka? Ini Kelebihannya

Proses pengelupasan kulit ini dapat menanggalkan sel-sel kulit mati agar ianya segera digantikan dengan sel kulit yang baru yang lebih sihat. Ianya akan menjadikan kulit muka anda nampak lebih sihat dan kelihatan lebih berseri-seri.

Proses rawatan wajah ini juga dapat merangsang produktiviti kolagen dan juga elastin. Ianya sekaligus dapat mengurangkan penghasilan kedutan pada wajah anda. Kulit anda akan kelihatan lebih muda, anjal dan berseri.

Mencantikkan Kulit Muka

Kenapa Anda Perlu Melakukan Rawatan Muka? Ini Kelebihannya

Bahan-bahan yang digunakan untuk rawatan wajah ini mampu menyerap jauh ke dalam kulit dan ianya dapat melambatkan penuaan, mencerahkan warna kulit, memperbaharui sle-sel kulit mati dan juga merawat kulit yang bermasalah selain daripada dijadikan sebagai antioksidan.

Setiap wajah memerlukan rawatan muka yang berbeza kerana kita memiliki jenis wajah yang berbeza. Wajah yang kering memerlukan pencuci dengan kadar kelembapan yang tinggi bebanding dengan kulit yang berminyak.

Kulit berminyak digalakkan untuk menggunakan pencuci yang berbentuk gel. Bagi yang memiliki kulit wajah yang sensitif, anda perlu menggunakan pencuci yang lembut dan tidak mempunyai bahan yang boleh merosakkan kulit. Sekiranya anda tidak tahu jenis kulit anda dan tidak tahu pencuci muka apa yang sesuai dengan kulit wajah anda, anda boleh baca di sini.

Dengan persekitaran serta kawasan kerja dan udara yang semakin tidak sihat pada masa kini, ianya sangat wajar untuk anda menjaga kulit wajah dengan lebih teliti dengan menjalani rawatan wajah dan melindungi kulit muka dengan seabik-baiknya. Walaupun anda bekerja di tempat yang redup dan mengguankan pendingin udara, ianya tidak bermakna kulit anda terlinduing sepenuhnya.

Pendingin udara ini sebenarnya akan mengeringkan kulit wajah anda dan menjadikan kulit anda cepat berkedut sebelum waktunya. Kulit anda akan kelihatan lebih tua daripada usia anda dan kelihatan kusam serta tidak bermaya. Jadi, penjagaan muka yang rapi perlu dilakukan ke atas muka anda supaya dapat mengelakkannya daripada berlaku.

Walaupun melakukan facial treatment sebulan sekali ini boleh dikatakan agak mahal tetapi ianya sangat berbaloi untuk anda melakukannya. Ini kerana ianya akan memberikan anda keyakinan diri dan kehidupan yang lebih selesa pada hari yang akan datang.