loader image

Autoriti Informasi Wanita

Kerintangan Insulin: Punca, Tanda-Tanda Dan Cara Mengatasinya

Kerintangan Insulin: Punca, Tanda-Tanda Dan Cara Mengatasinya
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Kerintangan Insulin: Punca, Tanda-Tanda Dan Cara Mengatasinya

Kencing manis atau juga dikenali sebagai diabetes mellitus merupakan salah satu penyakit metabolik kerana ia memberikan kesan kepada kandungan gula di dalam darah. Ianya berpunca daripada kegagalan sistem tubuh badan dalam mengekalkan kandungan gula pada tahap yang normal. Ia membuatkan kandungan gula dalam darah meningkat daripada paras yang normal.

Kepekatan gula yang tinggi di dalam badan akan memberikan kesulitan yang teruk sedikit demi sedikit. Oleh kerana kerosakan ini berlaku dalam jangka masa yang lama, ia akan merosakkan saluran darah dan menyebabkan kolesterol lebih mudah tersangkut pada dinding tersebut. Kencing manis boleh terjadi disebabkan dua perkara iaitu, kerintangan insulin dan juga kekurangan penghasilan insulin.

Insulin berperanan untuk mengawal kandungan gula di dalam darah. Kehadiran insulin di dalam darah akan memudahkan penyerapan gula daripada dalam darah ke dalam sel. Penggunaan insulin ini kebiasaannya diberikan kepada pesakit yang masih mempunyai kawalan gula yang teruk walaupun sudah diberikan ubat kencing manis untuk dimakan.

Akan tetapi kadang-kadang berlakunya kerintangan insulin. Kerintangan insulin adalah keadaan di mana jumlah insulin normal tidak lagi mencukupi untuk menghasilkan tindak balas insulin normal terhadap sel lemak, otot dan juga hati.

Rintangan insulin pada sel lemak boleh mengurangkan keberkesanan insulin dan mengakibatkan peningkatan hydrolysis triglyceride. Rintangan insulin pada otot pula akan mengurangkan pengambilan glukosa. Manakala rintangan insulin pada sel hati akan mengakibatkan kecatatan penghasilan glikogen dan kegagalan mengekang penghasilan glukosa.

Punca

Kerintangan insulin ini dikaitkan dengan beberapa punca risiko tetapi sebab sebenarnya masih belum jelas sepenuhnya. Genetik, berumur lebih dari 45 tahun dan kekurangan aktiviti fizikal kebiasaannya dipercayai menjadi penyumbang kepada rintangan insulin ini. Terdapat kejadian yang lebih tinggi di kalangan rakyat Afrika, Amerika Asli, Latin dan keturunan Asia.

Sementara genetik, penuaan dan etnik memainkan peranan dalam membangunkan kepekaan insulin, perkara yang menjadi daya pemacu di sebalik rintangan insulin termasuklah berat badan yang berlebihan, lemak perut yang terlalu banyak, kekurangan senaman, merokok dan juga kekurangan waktu tidur.

Apabila rintangan insulin semakin berkembang, tubuh anda akan melawan kembali dengan menghasilkan lebih banyak insulin. Lama-kelamaan sel-sel beta dalam pankreas anda yang bekerja keras untuk membuat insulin akan menjadi haus dan tidak lagi dapat bertahan dengan permintaan untuk lebih banyak insulin.

Kemudian, selepas bertahun-tahun rintangan insulin senyap, gula dalam darah anda mungkin akan mula meningkat dan anda akan develop pra-diabetes. Anda juga akan develop non-alcoholic fatty liver disease (NAFLD) yang merupakan masalah yang semakin meningkat berkaitan dengan kerintangan insulin yang boleh meningkatkan risiko kerosakan hati dan penyakit jantung.

Tanda-Tanda

Kerintangan insulin kebiasaannya dicetuskan oleh kombinasi faktor yang dikaitkan dengan berat badan, umur, genetik dan aktif merokok ataupun tidak.

Pinggang Yang Besar: Pakar menyatakan bahawa cara yang terbaik untuk mengetahui sama ada anda berisiko untuk kerintangan insulin adalah dengan mengukur sendiri lebar pinggang anda. Pinggang yang berukuran 31.5 inci atau lebih bagi perempuan dan 35.5 atau lebih untuk lelaki meningkatkan kemungkinan rintangan insulin dan sindrom metabolik.

Wujud Tanda-Tanda Tambahan Sindrom Metabolik: Sebagai tambahan kepada pinggang yang besar, sekiranya anda mempunyai tiga atau lebih daripada senarai berikut anda berkemungkinan mempunyai sindrom metabolik yang boleh mewujudkan kerintangan insulin.

  1. Trigliserida Tinggi: Tahap 150 atau lebih tinggi atau mengambil ubat untuk merawat paras lemak darah yang tinggi.
  2. HDL Rendah: Tahap lipoprotein berkepadatan rendah di bawah 50 untuk wanita dan 40 untuk lelaki atau mengambil ubat untuk meningkatkan paras lipoprotein berkepekatan rendah (HDL) yang rendah.
  3. Tekanan Darah Tinggi: Bacaan 130/85 mmHg atau lebih tinggi atau mengambil ubat untuk mengawal tekanan darah tinggi.
  4. Gula Darah Tinggi: Tahap 100-125 mg/dl (jangkitan pra-diabetes) atau lebih daripada 125 (diabetes).
  5. Gula Darah Puasa Yang Tinggi (atau anda menggunakan ubat untuk merawat gula darah tinggi). Gula darah rendah yang tinggi mungkin menjadi tanda awal diabetes.

Wujud Tompok Kulit Yang Gelap: Sekiranya rintangan insulin anda teruk, anda mungkin akan mengalami perubahan kulit yang terlalu jelas. Hal ini termasuklah tompok-tompok kulit gelap di bahagian belakang leher ada ataupun siku, lutut, jari ataupun ketiak. Perubahan warna ini dipanggil sebagai acanthosis nigricans.

Lesu, Tidak Fokus Dan Cepat Mengantuk: Sekiranya anda mengalami masalah seperti susah menumpukan perhatian dan kadang kala kelesuan fizikal dan mental, ianya mungkin tanda-tanda kerintangan insulin. Individu yang menghidap kerintangan insulin ini kebiasaannya akan menjadi mengantuk selepas makan makanan yang mengandungi lebih 20% atau 30% karbohidrat.

Peningkatan Tekanan Darah: Kebanyakan individu yang mempunyai hipertensi sama ada diabetes ataupun pra-diabetes dan memiliki tahap insulin yang tinggi adalah disebabkan kerintangan insulin. Salah satu daripada kesan insulin adalah pada dinding arteri diseluruh badan.

Kemurungan: Kemurungan adalah disebabkan metabolisme berubah akibat rintangan insulin, kesan daripada psikologi adalah perkara biasa.

Cara-Cara Mengatasinya

Rintangan insulin dan pra-diabetes kedua-duanya mempunyai keberangkalian diabetes yang sangat tinggi. Sekiranya anda didiagnosis dengan dengan kerintangan insulin, anda boleh mengambil beberapa tindakan ini untuk mencegah keadaan anda. Rintangan insulin tidak boleh dirawat kerana tidak ada cara untuk membuatkan sel anda lebih responsif terhadap insulin.

Akan tetapi, terdapat kaedah berkesan yang dapat mencegah atau melambatkan permulaan kencing manis. Ianya juga mungkin dapat membantu mengurangkannya daripada menjadi lebih teruk.

Kurangkan Berat Badan: Sekiranya anda mengalami masalah berat badan, cuba untuk mengurangkannya dan mencapai berat badan yang sihat. Walaupun ianya sedikit mencabar jika anda mempunyai rintangan insulin, ianya sangat berbaloi.

Bersenam: Senaman yang kerap dipercayai dapat membantu metabolisme tubuh anda yang dapat membantu menghalang perubahan seperti rintangan insulin.

Cuba Diet Yang Disyorkan: Terdapat pelbagai jenis diet yang boleh diamalkan. Akan tetapi, diet rendah lemak kebiasannya disyorkan untuk mengurangkan rintangan insulin pada masa lalu. Selain itu, diet Mediterranean dan diet DASH (yang menggabungkan lemak yang sihat) sangat digemari oleh ramai pengamal diet sejak kebelakangan ini. Kedua-kedua diet ini menekankan pemakanan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijian serta had daging yang seimbang.

Mengambil Ubat-Ubatan Yang Diperlukan: Sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau paras kolesterol yang tinggi, anda mungkin memerlukan ubat untuk mengawalnya.

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Setiap orang pasti inginkan bentuk badan yang ideal. Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan badan yang ideal. Salah satunya adalah dengan menjaga pemakanan anda ataupun nama lainnya mengamalkan diet yang seimbang.

Apabila sebut tentang diet, mesti ramai yang merasakan ianya menyeksakan kerana banyak pantang larang. Jadi, hari ini saya akan kongsikan makanan yang anda boleh makan ketika mengamalkan diet supaya anda tidak rasa terseksa.

Sup

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, anda digalakkan untuk memakan makanan bersup. Ini kerana ianya akan mengenyangkan anda dengan lebih cepat. Banyakkan sup, daging dan sayur-sayuran dalam menu anda. Dengan makan kesemua makanan sihat tersebut, anda akan mudah kenyang dan secara tidak langsung, anda akan kurang untuk makan nasi.

Makanan Yang Dibakar

Makanan yang dibakar atau dipanggang adalah jauh lebih sihat dan baik berbanding memakan makanan yang digoreng mahupun bergulai. Kandungan kalorinya juga sangat berbeza antara satu sama lain.

Tambahan pula, memasak dengan cara memanggang ataupun membakar ini sememangnya lebih mudah dan sangat menjimatkan. Ini kerana ia tidak menggunakan minyak yang banyak.

Makanan Yang Distim

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Makanan yang dimasak secara stim ini adalah paling elok untuk anda yang sedang berusaha untuk mengurus dan menurunkan berat badan. Ini kerana, makanan yang distim ini tidak menggunakan minyak langsung. Jadi ianya sangat baik untuk kesihatan.

Makanan Yang Dikukus

Selain daripada makanan yang dipanggang ataupun distim, makanan yang dikukus juga sangat elok untuk kesihatan kerana ianya kurang kalori. Kurang kalori bermakna ianya baik untuk anda yang ingin mengamalkan diet. Makanan yang dikukus ini juga senang untuk dimasak.

Cuka Epal

Bagi anda yang ingin menguruskan badan dan mengamalkan diet yang sihat, jangan lupa untuk mengamalkan minum cuka epal. Cuka epal ataupun lebih dikenali dengan apple cider vinegar bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam menu diet. Cuka epal ini dapat membantu meningkatkan metabolisme dan sekaligus akan mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Selepas anda bangun, minum satu gelas air kosong dan diikuti oleh satu gelas air kosong yang dicampur dengan satu sudu cuka epal. Amalkannya juga sebelum anda masuk tidur. Lakukannya secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Selain minum begitu sahaja, anda juga boleh jadikan cuka epal sebagai salad dressing.

Roti Wholemeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Roti wholemeal merupakan roti yang paling menyihatkan dan membantu anda untuk kurus jika dibandingkan dengan roti putih. Mungkin ianya kurang enak berbanding roti putih biasa, akan tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan rasanya. Roti wholemeal mempunyai indeks glisemik rendah yang menjadikannya makanan untuk diet yang patut ada di dapur anda.

Beras Perang

Makanan untuk diet yang seterusnya adalah beras perang. Diet tidak bermakna anda tidak boleh makan nasi. Anda boleh makan nasi tetapi anda perlu mengurangkan sukatan nasi anda. Sukatan yang disarankan adalah sebesar satu penumbuk untuk setiap pinggan. Jika anda inginkan hasil yang lebih cepat, tukarkan beras anda kepada beras perang.

Stevia / Gula Tanpa Kalori / Gula Perang

Tukarkan gula putih anda kepada stevia iaitu pemanis makanan tanpa kalori yang diekstrak daripada daun spesis tumbuhan stevia rebaudiana. Stevia datang dalam bentuk cecair dan rasanya juga tidak ubah seperti gula.

Selain itu, anda juga boleh gantikan gula putih anda dengan gula tanpa kalori seperti Pal Sweet atau Equal. Rasanya mungkin tidak sesedap gula biasa tetapi ianya sangat menyihatkan dan membantu anda untuk kurus dengan lebih cepat.

Gula perang juga merupakan alternatif yang anda boleh gunakan untuk menggantikan gula putih. Rasanya sama seperti gula putih tetapi kalorinya jauh lebih rendah.

Madu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Anda juga boleh menggunakan madu sebagai pengganti gula putih. Lemak kebiasaannya akan berkumpul menjadi sumber yang tidak digunakan di dalam badan menjadikan berat badan meningkat.

Dengan meminum madu, lemak-lemak ini akan dibakar untuk membekalkan tenaga untuk aktiviti harian. Amalkannya secara rutin untuk dapatkan hasil yang maksimum. Madu juga turut membantu sistem penghadaman, maka ianya dapat membantu dalam pengurangan berat badan.

Kurma

Kurma merupakan salah satu makanan sunnah yang sangat sesuai untuk diambil ketika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ia mengandungi kandungan gula dan kalori yang rendah namun ianya merupakan energy booster yang sangat bagus.

Telur

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Telur juga merupakan makanan untuk diet yang sesuai untuk diamalkan. Ini kerana telur mengandungi protein yang tinggi serta mengandungi lemak sihat yang sangat bagus untuk anda yang sedang berdiet. Jumlah kalori yang terdapat dalam telur tidak banyak, akan tetapi ianya boleh membuatkan anda cepat kenyang dan tahan lebih lama.

Plain Yogurt

Satu lagi makanan untuk diet yang anda wajib amalkan adalah yogurt. Pengambilan yogurt setiap hari dapat menghalang badan anda daripada menyerap hormon leptin yang merupakan antara punca utama obesiti. Yogurt memiliki kandungan gula yang sangat rendah. Kandungan vitamin dan seratnya pula sangat tinggi. Walaupun yogurt diperbuat daripada susu, namun ianya sangat elok untuk diamalkan ketika diet.

Avokado

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Avokado sangat kaya dengan lemak sihat yang dapat membantu menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Selain rasanya yang sedap, avokado mengandungi banyak serat yang tidak akan membuatkan perut anda buncit.

Salad Sayur

Salad sayur ini mesti ramai yang mengamalkannya ketika diet. Selain rasanya yang sedap dengan tambahan salad dressing, salad membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Salad mengandungi nutrisi dan vitamin yang memang sangat baik untuk kesihatan badan. Salad seperti tomato, timun dan kale sangat kaya dengan serat serta rendah kalori.

Oatmeal

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Oatmeal merupakan makanan wajib yang anda harus amalkan ketika anda berdiet. Walaupun ianya mengandungi karbohidrat, oatmeal tidak mengandungi gula atau pemanis yang tinggi dan sangat rendah kalori. Jadi, ianya sangat elok dimakan ketika diet.

Tuna Dan Salmon

Tuna tidak mengandungi banyak lemak dan sangat kaya dengan protein. Ikan salmon pula mengandungi protein, lemak sihat dan juga omega-3. Salmon juga didapati dapat membantu mencegah obesiti, jadi ianya sangat sesuai untuk dimakan ketika diet.

Buah-Buahan

Serat yang terdapat dalam buah dapat mencegah pelepasan gula dengan cepat ke dalam aliran darah. Kebanyakan buah juga mengandungi vitamin. Pisang sangat kaya dengan potasium dan juga serat dan merupakan energy booster.

Betik pula sangat elok untuk pencernaan tubuh kerana ianya mengandungi serat yang tinggi. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan nafsu makan anda. Jadi ianya sangat elok dijadikan sebagai makanan untuk diet.

Tauhu

19 Makanan Untuk Diet Yang Efektif Yang Anda Boleh Cuba

Ketika diet, makan lewat malam adalah tidak dibenarkan. Akan tetapi sekiranya anda lapar, maka pilihlah untuk makan makanan yang rendah kalori seperti tauhu ini. Tauhu juga mempunyai serat yang tinggi. Memang eloklah untuk anda yang sedang menjaga pola makan.

Dada Ayam

Sekiranya anda suka makan daging, pilih untuk memakan daging ayam. Tetapi bukan semua bahagian ayam anda boleh makan. Bahagian dada ayam adalah bahagian yang paling elok untuk dimakan ketika diet namun ianya tidaklah sesedap bahagian ayam yang lain.