loader image

Autoriti Informasi Wanita

Langkah-langkah Mencetak Buku Anda Sendiri A-Z

Langkah-langkah Mencetak Buku Anda Sendiri A-Z
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Langkah-langkah Mencetak Buku Anda Sendiri A-Z

Mencetak buku anda sendiri bukanlah sesuatu yang semua orang mampu untuk melakukannya kerana ianya mempunyai banyak langkah yang perlu diikuti. Sekiranya anda ingin mencetak buku anda sendiri, bermaksud semua proses penerbitan bermula dengan penyuntingan naskah, layout isi, pembuatan cover, pengurusan ISBN, percetakan malah pengedaran perlu dilakukannya sendiri.

Jadi, hari ini saya akan kongsikan cara-cara untuk anda mencetak buku anda sendiri.

Menyiapkan Naskah

Langkah-langkah Mencetak Buku Anda Sendiri A-Z

Pertama sekali, anda perlu menyiapkan naskah yng akan diterbitkan. Naskah yang siap diterbitkan merupakan naskah yang sudah lengkap dan telah disunting rapi. Apabila naskah itu diterbitkan untuk tujuan komersial, naskah tersebut haruslah sudah dipertimbangkan dan berkemungkinan akan diterima di pasaran. Ini bermakna, buku itu berpotensi untuk laris untuk memiliki nilai jual yang tinggi.

Banyak buku yang berkualiti dan mempunyai isi yang menarik tetapi tidak laku di pasaran. Jadi, pastikan buku yang anda ingin terbitkan mempunyai kualiti dan mampu untuk menarik pelanggan serta laris di pasaran.

Menyediakan Dana

Kedua, setelah naskah telah dipersiapkan, pastikan anda sudah mempunyai dana untuk membiayai proses penerbitan buku anda. Pastikan dana yang anda persiapkan bersifat relatif dan sesuai dengan spesifikasi atau kualifikasi buku yang akan anda terbitkan seperti ketebalan buku dan jenis kertas yang akan digunakan.

Hitung keseluruhan dana termasuklah untuk proses penerbitan pada tahap pra cetak, seperti penyuntingan, layout isi, pembuatan sampul, dan pengurusan ISBN, sama ada anda ingin melakukannya sendiri ataupun menyewanya dengan lembaga jasa.

Sekiranya anda melakukannya sendiri, ianya akan memerlukan dana penerbitan. Akan tetapi, sekiranya ianya dilakukan oleh lembaga jasa, maka dana penerbitan akan bertambah sedikit. Jika anda tidak mempunyai pengalaman melakukannya, lebih elok anda serahkan kepada lembaga jasa untuk melakukannya.

Mencipta Nama Dan Logo Penerbitan

Ketiga, anda perlu menciptakan nama dan logo penerbitan anda kerana ia merupakan self-publishing, jadi anda perlu mencipta kedua-duanya. Nama penerbitan anda harus mengandungi brand yang kuat, mudah untuk diingati serta memasukkan visi penerbitan yang akan anda bangunkan.

Membuat Layout Naskah

Langkah-langkah Mencetak Buku Anda Sendiri A-Z

Seterusnya, langkah ini sangat penting dan menjadi salah satu permulaan dalam penerbitan buku anda. Jika anda tidak pernah membuat layout sendiri atau belum biasa melakukannya, seeloknya, anda serahkannya kepada layouter freelance ataupun anda boleh menyerahkan kepada lembaga jasa yang mempunyai team yang membuatnya.

Jadi, anda hanya perlu menyerahkan naskah raw yang di dalam file Microsoft Word dan ukuran buku serta style layout yang anda inginkan.

Membuat Cover Design

Kemudian, anda perlu membuat design cover buku anda. Cover ini memainkan peranan yang penting dalam penerbitan buku. Cover buku ini menjadi daya penarik untuk pelanggan membeli buku anda. Oleh itu, jangan memandang remeh dalam membuat cover design buku anda. Sebaliknya, letakkan segala usaha anda untuuk mendapatkan cover design yang bagus dan menarik.

Anda juga boleh mendapatkan khidmat daripada freelance designer yang menerima tempahan pembuatan cover buku. Jadi, anda hanya perlu mempersiapkan teks atau ilustrasi yang anda ingin untuk diletakkan pada cover buku tersebut.

Menguruskan ISBN

Seterusnya, anda perlu meguruskan ISBN. Apa itu ISBN? ISBN ataupun International Standard Book Number dan ia merupakan satu kod sepuluh atau 13 angka yang diperuntukkan kepada asatu juduk atau edisi buku yang diterbitkan oleh penerbit tertentu. Perpustakaan Negara Malaysia telah dilantiksbeagai Pusat Kebangsaan ISBN di Malaysia sejak Ogos 1982.

Anda perlu mendaftarkan nama penerbitan anda ke ISBN atau Perpustakaan Negara Malaysia dengan mengisi borang permohonan dan disertakan dengan setem penerbit dengan menunjukkan bukti yang sah penerbit atau lembaga yang bertanggungjawab. Kemudian, anda hanya perlu ajukan surat permohonan ISBN untuk naskah yang anda akan terbitkan. Nombor ISBN yang diperoleh hendaklah dicetak dan dipaparkan dibelakang muka surat judul dan belakang kulit buku anda.

Menentukan Kualifikasi Buku Anda

Selepas semuanya selesai, langkah seterusnya adalah menentukan kualifikasi buku anda seperti mengenai jenis kertas, proses percetakan dan juga kerja-kerja finishing cover buku. Sebagai contoh jenis kertas yang anda gunakan sama ada kertas HVS putih ataupun kertas kabur. Tentukan sendiri kualifikasi yang buku anda.

Mencetak Dan Membungkus Buku

Langkah-langkah Mencetak Buku Anda Sendiri A-Z

Setelah itu, barulah anda mencetak dan membungkus buku anda. Dalam mencetak dan membungkus buku anda, pilih percetakan yang berpengalaman dan terbukti hasil cetakannya yang bagus dan berkualiti. Jangan mengambil risiko dengan menyerahkan naskah anda untuk dicetak oleh percetakan amatur.

Kredibiliti buku anda akan diragui dan berkemungkinan akan menyebabkan buku anda tidak laku di pasaran sekiranya cetakan buku anda buruk.

Menentukan Harga Jual Buku

Selepas siap mencetak buku anda dan menjadi produk yang sedia untuk dipasarkan, bolehlah anda menentukan harga jual buku anda. Bagaimana anda ingin tentukan harga buku anda? Secara umumnya, keseluruhan pembiayaan produksi buku anda untuk satu unit (pembiayaan penyuntingan, layout, cover, ISBN, dan pembiayaan cetak) dibahagi dengan jumlah buku anda dan dikalikan dengan 5, itulah harga buku anda.

Mengedarkan Buku

Akhir sekali, anda perlu mengedarkan buku anda. Dalam pengedaran buku di kedai-kedai buku, anda tidak perlu bersusah payah menghantarnya sendiri. Anda boleh berkoleberasi dengan perusahaan pengedar profesional an boleh dipercayai. Jadi, merekalah yang akan mengedarkan buku anda keseluruh negara. Kebiasaannya mereka akan meminta rebate yang kemudiannya akan dibahagikan dengan kedai buku.

Itulah dia langkah-langkah yang anda perlu lakukan sekiranya anda ingin mencetak buku anda sendiri. Ianya berkemungkinan nampak seperti menyusahkan, tetapi tidak salahkan sekiranya anda ingin mencuba?