loader image

Autoriti Informasi Wanita

Makanan Yang Diperlukan Untuk Mencegah Risiko Sakit Jantung

Makanan Yang Diperlukan Untuk Mencegah Risiko Sakit Jantung
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Makanan Yang Diperlukan Untuk Mencegah Risiko Sakit Jantung

Penyakit jantung menyerang manusia tidak mengenal usia ataupun jantina. Baik lelaki mahupun perempuan, muda ataupun tua, kesemuanya berisiko untuk menghidapi penyakit jantung. Untuk mencegah risiko sakit jantung ini, anda haruslah menjalankan aktiviti yang sihat serta menjaga pengambilan makanan seharian yang sihat dan seimbang.

Kebiasaannya, penyakit jantung ini berpunca daripada aktiviti merokok, stres yang berlarutan dan obesiti yang agak terlampau. Akan tetapi, terdapat juga beberapa penyakit umum yang membuatkan seseorang itu boleh terkena penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi, peningkatan kolesterol yang tidak dikawal dengan baik dan penyakit kencing manis.

Selain itu, faktor genetik atau latar belakang anggota keluarga yang pernah terkena penyakit jantung juga antara faktor yang boleh membawa kepada peningkatan risiko sakit jantung pada sesuatu individu.

Setakat ini, penyakit kardiovaskular merupakan penyebab utama kematian secara global. Sebanyak 80% penyakit kronik boleh dikurangkan dengan mengamalkan diet yang sihat, hidup tanpa rokok, menjaga berat badan serta bersenam dengan teratur. Setiap orang perlu menjaga kesihatan masing-masing dan berusaha untuk mencegah daripada risiko penyakit jantung. Jadi, hari ini saya akan kongsikan makanan yang diperlukan badan untuk mencegah risiko sakit jantung.

Sayur-Sayuran Cruciferous

Makanan Yang Diperlukan Untuk Mencegah Risiko Sakit Jantung

Setiap orang perlu mengamalkan memakan lima ke sepuluh portion sayur-sayuran setiap hari. Terdapat satu penelitian yang menunjukkan bahawa lima portion sayur-sayuran dapat memberikan perlindungan dari penyakit kardiovaskular (CVD). Ia juga boleh menurunkan risiko penyakit jantung sebanyak 25%.

Sayur-sayuran cruciferous adalah seperti brokoli, kobis, kale, kembang kol, kangkung, sawi hijau, lobak dan juga bayam. Sayuran ini terdiri daripada sumber serat termasuklah vitamin C, E dan K, beberapa carotenoids, folate, dan mineral. Ianya sangat elok untuk mencegah penyakit jantung.

Buah-Buahan Sitrus

Makanan Yang Diperlukan Untuk Mencegah Risiko Sakit Jantung

Dalam satu penelitian mendapati bahawa wanita yang mengambil sejumlah flavonoid yang tinggi dalam grapefruit dan buah oren mempunyai risiko 19% lebih rendah untuk mendapat penyakit stroke ischemic (yang disebabkan oleh segumpal darah) daripada wanita yang tidak mendapatkan sebatian ini. Buah-buahan sitrus termasuklah buah oren, lemon, grapefruit, limau nipis, limau mandarin dan tangerine.

Buah-buahan sitrus yang mengandungi vitamin C ataupun asid askorbik sangat terkenal dengan rasa manis dan masam dengan bau yang unik. Vitamin C adalah bahan anti oksidan yang berfungsi untuk melawan radikal bebas. Ia menguatkan sistem imunisasi badan dan boleh merangsang kesihatan kardiovaskular dengan kandungan fitonutrien di dalamnya yang mampu merendahkan tekanan darah sekaligus mengurangkan risiko sakit jantung.

Biji-Bijian Atau Kekacang

Makanan Yang Diperlukan Untuk Mencegah Risiko Sakit Jantung

Kekacang adalah sumber yang sangat baik kerana ianya mengandungi protein tanpa banyak lemak yang tidak sihat. Dalam satu kajian mendapati bahawa individu yang makan kekacang ini sekurang-kurangnya empat kali seminggu mempunyai risiko 22% lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang memakannya kurang daripada sekali seminggu.

Kekacang juga boleh membantu mengawal kandungan gula dalam darah bagi pesakit jantung dan kencing manis. Selain itu, biji flaks ataupun biji chia juga mempunyai ultra yang tinggi dalam omega-3 asid lemak dan juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. Inilah salah satu sebab biji flaks sangat baik untuk kesihatan jantung anda. Anda boleh mencampurkan biji flaks ini bersama beri biru kering, kranberi ataupun oatmeal.

Ikan Salmon

Makanan Yang Diperlukan Untuk Mencegah Risiko Sakit Jantung

Ikan salmon liar merupakan makanan yang mampu membantu keadaan jantung anda. Ikan salmon sangat kaya dengan asid lemak omega-3, eicosapentaenoic acid dan acid docosahexaenoic. Gabungan dengan selenium berlimpah dan asid lemak omega-3 dapat membantu menurunkan tekanan darah. Tekanan terhadap peningkatan kolesterol dan peradangan dalam darah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Ikan salmon merupakan ikan berlemak yang sarat dengan asid lemak esensial yang seimbang dan cukup untuk membantu membakar lemak tubuh dan memberikan tenaga. Selain daripada ikan salmon, anda juga boleh menggunakan ikan kakap ataupun tongkol putih.

Hati

Makanan Yang Diperlukan Untuk Mencegah Risiko Sakit Jantung

Menurut William Davis, ahli kardiologi dari Wisconsin, Amerika Syarikat, hati mengandungi lemak yang sangat baik untuk kesihatan jantung. Sejak zaman dahulu lagi, manusia primitif memakan keseluruhan bahagian tubuh haiwan termasuklah bahagian hatinya.

Hati lembu penuh dengan beberapa nutrien dan vitamin berbeza. Hati lembu mengandungi beban zat tembaga, roboflavin dan vitamin A dan B12. Nutrien dan vitamin ini dapat membantu anda melakukan aktiviti harian dan memastikan anda kekal sihat.

Selain itu juga hati lembu mengandungi selenium yang membantu tubuh melawan kerosakan sel dari radikal bebas. Selenium dan protein dapat membentuk antioksidan yang sangat kuat yang dipanggil selenoproteins. Selenoproteins ini dapat membantu mencegah penyakit kanser dan penyakit jantung.

Oat

Makanan Yang Diperlukan Untuk Mencegah Risiko Sakit Jantung

Oat merupakan makanan yang sangat kaya dengan serat larut yang mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Ianya bertindak sebagai span dalam saluran pencernaan dan menyerap kolesterol supaya ianya dihapuskan dari badan supaya tidak diserap ke dalam aliran darah.

Kentang

Makanan Yang Diperlukan Untuk Mencegah Risiko Sakit Jantung

Kentang juga antara makanan yang diperlukan badan anda untuk mencegah risiko sakit jantung. Kentang mengandungi zat potasium yang boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Zat potassium ini membantu menghalang penumpukan kolesterol dalam darah. Selain itu, zat gizi yang terdapat dalam kentang dapat membantu prestasi jantung yang sihat. Serat, kalium, vitamin C dan B6 di dalam kentang juga dapat mengelakkan daripada risiko penyakit jantung.

Tomato

Makanan Yang Diperlukan Untuk Mencegah Risiko Sakit Jantung

Seperti kentang, tomato juga mempunyai kalium yang tinggi untuk membantu jantung anda. Tambahan pula, ianya merupakan sumber yang elok yang mengandungi lycopene antioxidant yang membantu menyingkirkan kolesterol “buruk”, menjaga saluran darah terbuka sekaligus merendahkan risiko serangan jantung. Tomato sangat rendah kalori dan rendah gula. Oleh itu, ianya sesuai dimakan untuk mencegah risiko sakit jantung.

Dark Chocolate

Makanan Yang Diperlukan Untuk Mencegah Risiko Sakit Jantung

Terdapat beberapa kajian yang telah menunjukkan bahawa dark chocolate boleh memberikan manfaat kepada jantung anda. Kajian pada tahun 2012 mendapati bahawa pengambilan dark chocolate setiap hari mampu mengurangkan serangan jantung dan nonfatal stroke. Ini kerana dark chocolate terdiri daripada 60-70% koko. Ianya mengandungi flavonoid yang dipanggil polifenol dan boleh membantu masalah keradangan, tekanan darah dan juga pembekuan.

Itulah dia makanan yang diperlukan tubuh badan untuk mencegah daripada risiko sakit jantung. Pemakanan yang seimbang dan sihat sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan serangan jantung kepada diri anda. Jadi, amalkan pemakanan yang sihat untuk mengekalkan kesihatan jantung anda.