loader image

Autoriti Informasi Wanita

Manfaat Jamu Kunyit Asam Yang Tidak Diketahui Wanita Zaman Kini

Manfaat Jamu Kunyit Asam Yang Tidak Diketahui Wanita Zaman Kini
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Manfaat Jamu Kunyit Asam Yang Tidak Diketahui Wanita Zaman Kini

Pernah dengar jamu kunyit asam? Kalau pernah, bagus. Tapi saya pasti, mesti ramai wanita moden di luar sana yang tidak pernah dengar akan jamu ini. Jamu kunyit asam merupakan jamu tradisional warisan nenek moyang di tanah Jawa. Bahan dasarnya tentulah kunyit dan asam jawa. Jangan anda tidak tahu, jamu ini sebenarnya banyak manfaatnya tau.

Sebelum saya ceritakan manfaat jamu jenis ini, anda perlu tahu dulu tentang kunyit itu sendiri. Kunyit merupakan sejenis tanaman rempah-rempah dan tanaman ubat. Kunyit adalah tanaman asli dari kawasan Asia Tenggara. Gabungan bahan yang terkandung di dalam kunyit sangat banyak sehinggakan ianya sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan terutamanya bagi kaum wanita.

Selain daripada masakan, kunyit banyak digunakan sebagai salah satu bahan dasar untuk membuat jamu tradisional. Sebahagian daripada orang Malaysia sudah tidak asing lagi dengan jamu kunyit asam ini. Jamu kunyit asam ini sangat terkenal sebagai minuman yang memiliki sifat sebagai pelangsing badan yang semula jadi. Disebabkan itulah ramai wanita mengamalkannya. Di samping itu, jamu jenis ini juga berguna untuk kesihatan tubuh badan.

Secara semula jadinya, kunyit mengandungi bahan aktif yang berfungsi sebagai analgesik (meredakan kesakitan), antipiretik (menurunkan suhu tubuh badan saat demam) dan antiradang. Bagi asam jawa pula, ianya mengandungi bahan aktif sebagai antiradang, antipiretik dan penenang. Dengan mencampur kedua-dua bahan semula jadi ini telah membuktikan ianya berkesan dan tidak menyebabkan keracunan ketika diambil.

Kebanyakan wanita juga mengamalkan jamu asam kunyit ini untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran. Bagi wanita yang sudah berkahwin juga, jamu ini sanngat berbaloi untk anda amakkan tau. Jadi, hari ini saya akan kongsikan sedikit manfaat yang anda boleh dapati sekiranya anda mengamalkan penggunaan jamu asam kunyit ini.

Meredakan Kesakitan Haid

Jamu asam kunyit ini secara umumnya diamalkan oleh wanita untuk meredakan kesakitan ketika period. Kunyit asam ini sudah banyak dihasilkan dalam bentuk serbuk ataupun minuman untuk memudahkan anda daripada bersusah-payah membuatnya sendiri.

Kandungan kurkumin yang terdapat pada kunyit berfungsi untuk mengurangkan aliran masuk ion kalsium pada sel-sel epitel rahim. Selain itu, ianya juga berfungsi untuk mengurangkan penghasilan prostaglandin iaitu hormon yang menciptakan rasa sakit dan pembengkakan.

Kelebihan kunyit ini diperkuatkan dengan reaksi tannin, saponin, sesquiterpenes, alkaloid dan phlobotamin yang terdapat pada asam jawa yang dapat mempengaruhi sistem saraf otonom dan otak. Kemudian, otak akan mengirimkan mesej ke tubuh untuk meredakan kontraksi pada rahim. Dengan ini, minuman kunyit asam ini memang terbukti mampu mengatasi masalah kesakitan period pada wanita.

Sebagai Antioksida

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa kedua-dua kunyit dan asam bermanfaat sebagai antioksida. Ini kerana, kurkumin pada kunyit diketahui memiliki antioksida yang tinggi, begitu juga dengan asam jawa yang juga mengandungi antioksida baik ternyata sangat baik untuk tubuh badan.

Kandungan antioksida yang terdapat dalam minuman kunyit asam mempunyai fungsi yang lebih besar berbanding dengan antioksida sintetis. Suatu kajian lain menyatakan bahawa formula terbaik minuman kunyit asam ini terdiri daripada 25 persen asam, 5 persen kunyit dan 70 persen air untuk mendapatkan kadar antioksida yang maksimum.

Menurunkan Berat Badan

Baik kunyit mahupun asam jawa, kedua-duanya mempunyai khasiat untuk menurunkan berat badan. Oleh itu, khasiatnya menjadi semakin maksimum apabila digabungkan kedua-dua bahan semula jadi ini. Kurkumin, iaitu salah satu antioksida yang terdapat pada kunyit berfungsi untuk mengurangkan respon peradangan pada sel tubuh, termasuklah sel penkreas, lemak dan otot.

Reaksi ini dapat mengurangkan rintangan insulin, menurunkan kolesterol dan kadar gula darah serta keadaan metabolik lainnya yang boleh mengakibatkan obesiti. Hasilnya, berat badan anda akan lebih stabil dan menurunkan risiko obesiti. Selain itu, tubuh anda juga akan menjadi lebih fokus ketika menurunkan berat badan kerana kurangnya reaksi peradangan pada tubuh setelah minum kunyit asam ini.

Mengendalikan Gula Di Dalam Darah

Sekiranya anda menghidap penyakit diabetis, cubalah untuk mengamalkan jamu kunyit asam ini secara rutin. Kunyit telah lama dipercayai dapat menurunkan kandungan gula di dalam darah. Kesan ini diketahui daripada kemampuan anti peradangan yang dimiliki oleh kunyit.

Mengecilkan Perut Yang Buncit

Perut yang buncit sememangnya tidak sedap dipandang lagi-lagi bagi kaum wanita. Ia juga boleh dijadikan sebagai petunjuk adanya penyakit gangguan hati dan ginjal. Selain itu, pemilik perut yang buncit ini digambarkan mempunyai pola hidup yang tidak sihat. Daripada menggunakan ubat-ubatan yang mempunyai bahan kimia yang mungkin akan menimbulkan kesan sampingan, cuba anda menggunakan resepi semula jadi kunyit asam ini.

Menjaga Kecantikan Kulit

Kunyit dapat mencetuskan pertumbuhan sel dan meningkatkan metabolisme tubuh. Sel tubuh akan selalu diperbaharui dan menjadikan kulit menjadi semakin tegang dan bersinar sehingga dapat melambatkan penuaan. Berat badan anda juga akan dapat dijaga dengan mengamalkan jamu kunyit asam ini. Apabila toksin dikeluarkan dari badan, ianya secara automatik akan membuatkan badan menjadi lebih sihat, kulit akan kelihatan cerah dan bersih.

Menghilangkan Keputihan

Bagi kaum wanita yang mengalami masalah keputihan yang tidak normal, ianya pasti akan mengganggu aktiviti harian anda. Anda akan berasa gatal di alat sulit anda dan lebih parah lagi, ianya akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Akan tetapi kunyit asam jawa ini dapat membantu anda untuk menghilangkan keputihan yang ada secara alami.

Mencegah Peradangan

Seperti yang telah anda ketahui, kunyit memiliki sifat antioksida dan fitonutrien yang dapat mencegah jangkitan yang disebabkan oleh pathogen yang boleh mengakibatkan penyakit. Jangkitan ini sangat mudah dialami oleh orang yang memiliki diabetes. Oleh itu, amalkan meminum kunyit asam ini untuk mengurangkan peradangan.

Jamu kunyit asam ini bukan sahaja elok untuk wanita, malah ianya baik untuk lelaki juga. Banyak manfaat yang diperoleh daripada kunyit asam ini. Ianya dapat mengekalkan tenaga walaupun sudah lewat usia.

Jom Baca Tips Menarik Kami Yang Lain