loader image

Autoriti Informasi Wanita

Masalah Keputihan? Ini Punca Dan Cara Merawatnya

Masalah Keputihan? Ini Punca Dan Cara Merawatnya
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Masalah Keputihan? Ini Punca Dan Cara Merawatnya

Masalah keputihan merupakan sesuatu perkara yang biasa berlaku kepada kaum wanita dan ianya bukan fenomena yang asing dalam kehidupan seharian mereka. Hampir kesemua wanita yang sudah akil baligh akan mengalaminya. Keputihan juga merupakan satu cara semula jadi yang diwujudkan oleh tubuh untuk membersihkan alat sulit daripada bakteria dan sekaligus menyihatkannya.

Kebiasaannya, keputihan ini tidak akan mengeluarkan bau tetapi meninggalkan kesan cairan atau lendir berwarna putih pada seluar dalam. Selalunya, wanita yang aktif, sedang menunggu hari untuk kedatangan period, hamil atau terlalu stress akan mengalami keputihan ini.

Akan tetapi, ianya adalah tidak normal sekiranya keputihan ini keluar dengan banyak, berbau busuk, kenyal dan melekit, menyebabkan kegatalan di sekitar kawasan alat sulit dan ada yang berwarna selain daripada putih. Keadaan ini dipanggil sebagai leucorrhoea. Jadi, bagaimana cara untuk merawat masalah keputihan ini? Saya akan kongsikan sebentar lagi.

Tetapi sebelum itu, tahukah anda apa punca dan sebab berlakunya keputihan ini? Keputihan yang normal atau dikenali sebagai fisiologis kebiasaannya adalah disebabkan oleh perubahan hormon estrogen. Ianya berlaku apabila seseorang wanita hampir dengan tarikh period, cecair ini akan terhasil akan lebih pekat dan putih. Ianya berfungsi untuk memelihara bakteria baik di dalam alat sulit dengan mengekalkan pH dan nutrien yang ada.

Kebiasaannya, keputihan yang normal tidak akan menyebabkan kegatalan ataupun kemerah-merahan di bahagian alat sulit. Ianya juga tidak akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Alat sulit mempunyai pelindungnya yang tersendiri untuk melindungi bakteria jahat daripada memasuki ataupun menjangkiti bahagian tersebut. Bakteria baik ini bertindak merendahkan pH alat sulit sekitar 3.5 – 4.5. Kebanyakkan bakteria jahat tidak dapat hidup ataupun membiak pada pH ini.

Masalah keputihan yang tidak normal ataupun dipanggil sebagai patologik ini terjadi diakibatkan oleh kawasan alat sulit diganggu seperti dalam aktiviti meruang ataupun membersihkan alat sulit menggunakan bahan pencuci dan ianya akan membunuh bakteria baik dan merubah kadar pH pada bahagian alat sulit. Hal ini juga akan memberikan ruang untuk bakteria jahat membiak di kawasan tersebut dan menyebabkan terjadinya keputihan yang tidak normal.

Alat sulit wanita perlu sentiasa dijaga dan dibersihkan dengan cara yang betul terutama sekali selepas bersetubuh. Ianya perlu dibasuh dan dikeringkan agar kuman tidak membiak di bahagian tersebut. Cara basuhan yang tidak betul akan mengganggu bakteria baik di bahagian tersebut. Oleh itu, cuba cuci dari depan ke belakang dan cuba tidak menyentuh bahagian dubur.

Terdapat beberapa risiko sekiranya keputihan tidak normal ini tidak dirawat dengan segera. Pertama sekali, cecair keputihan ini boleh menyebabkan jangkitan mata pada bayi yang boleh membawa kepada buta. Selain itu, masalah keputihan ini juga akan menyebabkan kelahiran bayi yang tidak cukup bulan. Ini kerana, keputihan yang dibawa kuman chlamydia boleh menyebabkan air ketuban pecah sebelum tempoh matang.

Seterusnya, kuman penyakit kelamin seperti chlamydia, syhlis atau gonorrhea akan menyebabkan saluran peranakan rosak dan sukar untuk hamil. Kuman HPV juga boleh mengganggu pernafasan bayi sehingga boleh menyebabkan kematian. Masalah keputihan ini juga boleh menyebabkan kehamilan di luar rahim kerana ovum yang telah disenyawakan tidak mampu untuk melekar di dinding rahim.

Oleh itu, setiap wanita harus menjaga alat sulit mereka supaya keputihan dapat dicegah. Rawatan yang terbaik adalah dengan menggunakan bahan semula jadi. Ini dia 10 bahan semula jadi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah keputihan.

Pisang

Masalah Keputihan? Ini Punca Dan Cara Merawatnya

Pisang sangat kaya dengan vitamin K dan ianya boleh dimakan mentah ataupun bersama susu dan madu pada setiap pagi ataupun digoreng bersama sayur-sayuran. Selain itu, anda juga boleh membuat jus minuman menggunakan pisang ini.

Jus Daun Buah Delima

Masalah Keputihan? Ini Punca Dan Cara Merawatnya

Ambil 30 helai daun buah delima dan kisarkannya bersama lada hitam beserta setengah gelas air. Tapis airnya dan minum pada setiap pagi selama tiga minggu supaya masalah keputihan anda dapat dirawat.

Halia

Masalah Keputihan? Ini Punca Dan Cara Merawatnya

Rebus halia dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian campurkannya ke dalam air suam. Minum ramuan ini secara konsisten selama tiga minggu untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

Campuran Jus Daun Basil Dan Madu

Masalah Keputihan? Ini Punca Dan Cara Merawatnya

Ambil daun basil dan rebuskannya. Ambil jus daun basil tersebut dan campurkan sedikit madu bersamanya sebelum anda minum setiap pagi dan malam. Amalkannya selama dua minggu sekiranya anda ingin merawat keputihan anda.Daun ini juga terdapat dalam bentuk serbuk yang telah siap dipek di pasaran. Ianya serupa seperti serbuk oregano yang boleh didapati dalam botol seperti lada sulah.

Serbuk Tawas

Masalah Keputihan? Ini Punca Dan Cara Merawatnya

Serbuk tawas ini bersifat seperti antiseptik semula jadi. Garam galian yang nampak seakan-akan kristal ini sangat berkesan untuk merawat semua jangkitan berkaitan dengan alat sulit. Caranya, hanya campurkan sedikit air pada serbuk tawas dan sapukan pada tempat yang gatal. Tawas ini juga boleh digunakan sebagai deodoran dan scrub untuk menghilangkan bau badan.

Bendi

Masalah Keputihan? Ini Punca Dan Cara Merawatnya

Bendi ini sangat elok untuk mengurangkan keputihan. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu cuci 100 gram bendi dan potongnya kecil-kecil. Masukkan dua cawan air dalam periuk dan rebuskan bendi tadi selama 20 minit atau sehingga air menjadi separuh. Kemudian, tapis bendi tersebut dan bahagikan air kepada tiga bahagian. Minum satu bahagian air bendi tersebut bersama sedikit madu sebanyak tiga kali sehari.

Kanji

Masalah Keputihan? Ini Punca Dan Cara Merawatnya

Ambil sedikit air daripada nasi yang sedang ditanak dan minum air tersebut. Selain daripada mengatasi masalah keputihan, kanji ini juga boleh menghilangkan penyakit yang berkaitan dengan perut.

Biji Halba/ Daun Buah Jambu

Masalah Keputihan? Ini Punca Dan Cara Merawatnya

Rebus dua sudu biji halba atau daun buah jambu dalam seliter air selama 30 minit. Kemudian, tapiskannya dan biarkan is sehingga sejuk. Seterusnya bilasnya pada alat sulit.

Cuka Epal

Masalah Keputihan? Ini Punca Dan Cara Merawatnya

Cuka epal ataupun lebih dikenali sebagai apple cider boleh mengembalikan kestabilan pH dalam badan dan menghilangkan bau busuk. Caranya, campurkan dua sudu cuka epal dalam segelas air dan amalkan meminumnya pada setiap hari untuk mengatasi masalah keputihan anda.

Jamu Asam Kunyit

Masalah Keputihan? Ini Punca Dan Cara Merawatnya

Jamu asam kunyit sememangnya baik untuk wanita lagi-lagi yang mengalami masalah keputihan. Jamu asam kunyit ini diperbuat daripada dua bahan asas semula jadi iaitu asam jawa dan kunyit.

Ramuan yang terdapat di dalam jamu asam kunyit ini boleh menghilangkan keputihan, memulihkan tenaga, memanaskan badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin di dalam badan, mengurangkan berat badan, mengatasi lenguh-lenguh dan sengal badan, mengurangkan bau badan, mencuci dan menyah toksin dalam badan. Selain itu juga ia boleh memulihkan luka dalaman, mengecutkan peranakan dan melawaskan pembuangan.

Masalah keputihan yang tidak normal ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya ia tidak dirawat dan dicegah dengan rapi. Ianya boleh menyebabkan seseorang itu cepat berasa letih, kurang bertenaga, berat badan menurun dan demam. Sekiranya anda kerap kencing juga merupakan salah satu simptomnya. Segera berjumpa dengan doktor untuk mengenalpasti jenis jangkitan yang anda hadapi.

Jom Baca Tips Menarik Kami Yang Lain