loader image

Autoriti Informasi Wanita

Mengapa Anda Perlu Tinted Cermin Rumah Anda?

Mengapa Anda Perlu Tinted Cermin Rumah Anda?
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Mengapa Anda Perlu Tinted Cermin Rumah Anda?

Malaysia merupakan antara negara yang mengalami cuaca panas terik hampir sepanjang tahun sehingga suhu boleh mencecah sehingga 35 darjah celcius. Di sebabkan cuaca yang panas ini, ramai individu lebih suka untuk berada di dalam rumah. Akan tetapi, kadang-kala ruang dalaman rumah boleh menjadi panas kerana kemasukan haba. Oleh kerana itu, kebanyakan rumah pada zaman ini memilih untuk memasang tinted cermin rumah di tingkap mereka.

Namun, masih ada yang berpendapat ianya tidaklah begitu penting untuk memasang tinted ini. Jadi, kali ini saya akan kongsikan sebab anda perlu memasang tinted cermin untuk rumah anda.

Melindungi Perabot Supaya Warna Tidak Cepat Luntur

Tahukah anda, dengan memasang tinted pada cermin tingkap rumah anda dapat membantu melindungi perabot-perabot di rumah anda supaya warnanya tidak cepat luntur? Perabot kayu yang terdedah kepada pancaran matahari akan mudah rosak, melunturkan warnanya dan merekah.

Begitu juga dengan perabot fabrik. Ianya secara tidak langsung akan membuatkan warna fabrik tersebut mudah luntur sekaligus menghilangkan estetik ruang rumah tersebut.

Melindungi Rumah Daripada Panas Haba

Selain itu, dengan menggelapkan cermin tingkap rumah ianya dapat melindungi rumah daripada panas haba. Seperti tinted kereta, ianya dapat membantu mengurangkan kemasukan haba ke dalam kawasan rumah. Ianya secara tidak langsung akan membuatkan rumah anda kekal dengan suhu yang normal.

Sekiranya anda menggunakan jenis tinted magic untuk cermin tingkap rumah anda, ianya dapat menurunkan kadar haba dalam rumah anda sehingga 90 peratus. Bukan itu sahaja, tinted magic ini mampu untuk menghalang cahaya daripada masuk sehingga 78 peratus. Tinted yang berkualiti tinggi didatangkan dengan ciri-ciri perlindungan ultraungu dan juga penangkis haba.

Menjimatkan Penggunaan Elektrik Rumah Anda

Seterusnya, tinted cermin rumah dapat membantu menjimatkan penggunaan elektrik di rumah anda. Hal ini adalah kerana, anda tidak perlu lagi memasang pendingin udara dan juga kipas saat waktu terik melanda. Penggunaan pendingin udara dapat dikurangkan kerana rumah anda tidak panas. Secara tidak langsung, bil elektrik anda dapat dikurangkan.

Seperti yang telah diterangkan di atas, tinted cermin ini kebiasaannya dapat mengawal kemasukan haba daripada memasuki ke dalam rumah anda. Penggunaan tinted bergred tinggi dapat enapis jumlah haba mengikut kadar Total Solar energy Rejected (TSER). Lebih tinggi nombor TSER, lebih tinggi jumlah haba yang dapat ditangkis. Tinted gelap tidak bermakna dapat menangkis haba dengan lebih baik, sebaliknya jumlah TSER yang menentukan tahap tangkisan haba.

Memberi Keselesaan Dan Privasi Kepada Keluarga

Dengan memasang dan menggelapkan cermin tingkap anda, ianya dapat memberi keselesaan dan privasi kepada keluarga anda. Pandangan dari bahagian luar yang terang sangat terhad dan dapat di kawal daripada melihat bahagian dalam rumah apabila dipasang tinted. Jadi, ahli keluarga anda akan lebih bebas di dalam rumah dan berasa lebih selesa untuk berkomunikasi kerana orang di luar tidak dapat melihat apa yang berlaku di dalam rumah.

Melindungi Cermin Tingkap Supaya Tidak Mudah Retak Atau Pecah

Akhir sekali, pemasangan tinted cermin di rumah ini juga turut membantu melindungi cermin tingkap supaya tidak mudah retak ataupun pecah. Isu seperti pecah masuk rumah kebiasaannya berlaku kerana tingkap rumah mudah untuk ditembusi. Dengan adanya tinted safety film ataupun filem yang bercirikan sekuriti ini, ia dapat membantu mengurangkan masalah pecah masuk ini.

Safety film mampu untuk menahan serpihan kaca tingkap yang retak atau pecah daripada berkecai dan bertaburan akibat daripada hentakan dan sebagainya. Dengan adanya lapisan tinted di cermin tingkap anda, ianya dapat menahan daripada menerima hentakan terus ke cermin. Cermin anda mungkin akan selamat dari sebarang retakan dengan adanya lapisan tinted ini. Jadi, ianya bukan sahaja dapat melindungi keselamatan anda malah rumah anda juga.

Kesimpulannya, tinted cermin rumah ini mempunyai banyak kelebihannya sekiranya anda menggunakannya. Kebanyakan tinted cermin boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Oleh itu, tidak rugi jika anda memasang tinted pada cermin tingkap rumah anda.