preloder

Autoriti Informasi Wanita

Pati Asam Kunyit Didapati Elok Untuk Ibu Yang Sedang Berpantang

Pati Asam Kunyit Didapati Elok Untuk Ibu Yang Sedang Berpantang
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Pati Asam Kunyit Didapati Elok Untuk Ibu Yang Sedang Berpantang

Melahirkan anak bukanlah perkara yang mudah bagi setiap wanita. Mereka dikatakan seperti mempertaruhkan nyawa mereka saat bersalin untuk melahirkan seorang bayi ke dunia. Setelah bersalin, kehidupan mereka pastinya akan berubah. Menjaga anak siang malam. Malah, perlu melalui saat berpantang, tidak ketinggalan menjaga suami juga.

Mesti ramai ibu-ibu baru yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan ini. Nak kena layan anak, nak kena layan suami juga. Jadi, macam mana cara untuk menjalani saat berpantang ini?

Walaupun amalan berpantang ini dikatakan agak ketat dan sangat menyukarkan, kita tidak semestinya perlu mengikutnya seratus peratus. Anda boleh menjadikan amalan berpantang ini lebih praktikal sekiranya anda mengetahui tips pemakanan yang sesuai untuk badan anda.

Menjaga bayi memerlukan tenaga yang sangat banyak dan kuat. Lagi-lagi sekiranya anda menjalani pantang secara sendiri. Badan anda ketika berpantang pula tidak begitu kuat untuk melakukan aktiviti yang membebankan.

Jadi, HaromaLuv telah mengeluarkan Pati Asam Kunyit yang didapati sangat baik untuk diamalkan oleh para ibu yang sedang berpantang. Ini adalah kerana bahan yang terdapat di dalam pati asam kunyit mempunyai manfaat dan kelebihan yang sesuai untuk ibu yang sedang berpantang.

Bahan-bahan yang dimaksudkan termasuklah madu lebah, kunyit, asam jawa, halia bara, cekur, buah kurma, buah delima, lada hitam, biji halba, temu kunci, daun sireh, mengkudu dan juga aqua .

Bagaimana Ia Dapat Membantu Ibu Berpantang?

Seperti yang dikatakan tadi, bahan-bahan ini akan membantu untuk memulihkan tenaga dalam badan anda. Lada hitam dapat membantu memanaskan badan anda selain dapat memecahkan darah beku. Badan ketika berpantang kebiasaannya akan mudah sejuk dan ianya tidak sesuai untuk menyusukan anak, jadi anda perlu kekalkan suhu badan supaya sentiasa panas.

Kebiasaannya, ibu-ibu yang baru menjalani sesi bersalin ini akan merasakan kesukaran untuk membuang kerana takut untuk meneran dan sebagainya. Dengan mengamalkan pati ini, anda tidak perlu risau lagi kerana ianya dapat membantu melawaskan pembuangan, membuang angin dalam badan serta mencuci dalaman badan dan menyahtoksin selain dapat memulihkan luka dalaman akibat bersalin.

Selain daripada memberikan tenaga kepada ibu, pati asam kunyit ini juga didapati dapat mengecutkan rahim atau peranakan. Di samping itu, ia juga dipercayai dapat mengetatkan semula bahagian intim ibu setelah melahirkan anak.

Pati Asam Kunyit Didapati Elok Untuk Ibu Yang Sedang Berpantang

Susu badan ibu juga dapat ditambahkan dengan mengamalkan pati asam kunyit ini. Jadi, anda bukan sahaja dapat membantu mengembalikan semula tenaga dalam badan anda, malah menambahkan susu untuk kepentingan anak anda. Anda tidak perlu risau bagaimana cara untuk menambahkan susu dalam badan. Pati ini boleh membantu anda.

Tambahan pula, pati ini juga turut membantu untuk menganjalkan payudara anda. Maka, ianya sangat sesuai untuk ibu yang sedang berpantang untuk mengembalikan semula bentuk badan anda. Salah satu tujuan berpantang juga adalah mengembalikan bentuk badan anda ke bentuk asal, selain menjaga pemakanan anda dengan baik untuk kebaikan bayi anda.

Pati asam kunyit ini bukan sahaja sesuai untuk ibu berpantang. Ia juga elok untuk kegunaan semua wanita dan lelaki yang sering mengalami sakit-sakit badan. Ini kerana ia dapat mengatasi masalah lenguh-lenguh dan juga sengal badan yang berkemungkinan disebabkan oleh salah posisi tidur atau melakukan kerja-kerja berat. Selain itu juga, ia mampu untuk mencantikkan kulit dan menyerikan kulit wajah. Siapa tak nak kulit yang berseri kan?

Pati Asam Kunyit Didapati Elok Untuk Ibu Yang Sedang Berpantang

Pati ini mempunyai khasiat yang tinggi untuk memulihkan tenaga serta melancarkan peredaran darah dalam badan. Ia juga dapat mencuci dalaman badan dan mengurangkan bau badan. Bagi wanita yang ingin menghilangkan keputihan yang terlampau, pati asam kunyit ini mungkin dapat membantu anda.

Akan tetapi, pati ini tidak disyorkan untuk diamalkan sekiranya anda sedang mengandung atau ketika datang bulan. Jika anak anda mempunyai penyakit kuning, anda tidak sesuai mengamalkan pati ini kerana ia akan mempengaruhi kuning bayi anda.

Sekiranya anda ingin kekal awet muda, sihat dan bertenaga ketika berpantang, mengamalkan pati asam kunyit ini sangat dianjurkan!