preloder

Autoriti Informasi Wanita

Peraturan Tinted JPJ Baharu Yang Orang Ramai Perlu Tahu

Peraturan Tinted JPJ Baharu Yang Orang Ramai Perlu Tahu
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Peraturan Tinted JPJ Baharu Yang Orang Ramai Perlu Tahu

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan pindaan terbaru bagi peraturan tinted JPJ yang dibenarkan ke atas kenderaan motor. Peraturan ini telahpun berkuatkuasa bermula 8 Mei 2019 yang lalu tetapi penguatkuasaan terhadapnya hanya akan bermmula tiga bulan selepas tarikh kuatkuasa.

Kadar peratus ketulusan cahaya atau Visible Light Transmission (VLT) setiap cermin juga turut dikongsikan mengikut garis panduan terbaru. Peraturan mengenai penggunaan lapisan filem atau cermin gelap baru ini diumumkan sepertimana yang telah digariskan di dalam Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Tertentu) 1991.

Peraturan yang sedia ada sebelum ini menetapkan bahawa peratusan VLT bagi cermin depan utama kenderaan ialah 70%, cermin tepi kiri dan kanan pemandu pula ialah 50% manakala cemin tepi kiri dan kanan serta cermin belakang ialah 30%.

Menurut Loke, pindaan yang telah dibuat ini adalah bertujuan bagi meningkatkan aspek ketelusan dalam proses pertimbangan ke atas permohonan menggunakan cermin yang lebih gelap selain menyumbang untuk meningkatkan hasil pendapatan kerajaan.

Katanya lagi, ianya melibatkan perkara-perkara utama termasuklah pindaan ke atas VLT menerusi cermin tepi kiri dan kanan penumpang belakang dan juga cermin belakang. Sebelum ini, peraturan menetapkan bahawa kadar VLT bagi cermin tepi kiri dan kanan penumpang belakang serta cermin utama di belakang adalah 30%.

Peraturan Tinted JPJ Baharu Yang Orang Ramai Perlu Tahu

Berdasarkan pindaan yang telah diumumkan, ia akan membenarkan penggunaan lapisan cermin gelap di mana kadar VLT cermin tepi kiri dan kanan penumpang serta cermin belakang kenderaan boleh kurang daripada 70% dengan syarat kenderaan tersebut memiliki dan dilengkapi dengan cermin sisi pandang belakang di kiri dan kanan. Namun, kadar VLT pada cermin hadapan dan cermin tepi kanan dan kiri pemandu dikekalkan seperti sedia ada.

Tambahnya lagi, kebenaran ini hanyalah untuk kenderaan motor milik persendirian sahaja. Segala kenderaan motor yang didaftar dan digunakan untuk pengangkutan awam dan barangan, kadar VLT tidak boleh kurang daripada 70%. Ini bermakna, cermin selain daripada cermin hadapan dan cermin tepi kiri dan kanan pemandu boleh kurang daripada 70% cahaya tampak ataupun kurang daripada 30% berdasarkan peraturan sebelum ini dengan syarat terdapat cermin sisi di kiri dan kanan kenderaan tersebut.

Selain daripada itu juga, Loke turut memaklumkan bahwa permohonan dan pemprosesan serta kelulusan bagi penggunaan cermin yang lebih gelap ini akan dikenakan yuran khas ataupun fi untuk meningkatkan hasil kerajaan. Anggaran pendapatan setahun daripada fi ini adalah dalam lingkungan RM6 juta setahun kepada kerajaan.

Menurut Loke lagi, sesiapa sahaja boleh memohon untuk menggunakan cermin yang lebih gelap sama ada menerusi penggunaan lapisan filem ataupun penggunaan kaca yang lebih gelap yang menjadikan peratusan cahaya tampak adalah kurang berbanding peraturan atas sebab-sebab yang khusus seperti faktor kesihatan ataupun faktor keselamatan.

Setiap permohonan yang dikemukakan di atas faktor keselamatan, anda akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak RM50 bagi setiap permohonan. Permohonan yang diluluskankan dikenakan fi sebanyak RM5000. Setiap kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh selama dua tahun. Setelah tempoh sah laku tamat, anda perlu membuat permohonan semula dan dikenakan fi yang sama dalam setiap permohonan.

Manakala, permohonan yang dikemukakan di atas faktor kesihatan hendaklah mendapat pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan dan akan dikecualikan daripada sebarang bayaran.

Bagi pemilik kereta persendirian yang berdaftar sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing, anda harus memohon lesen Kenderaan Pengangkutan Awan (PSV) tetapi kenderaan tersebut tidak perlu ditukar ke kategori kenderaan komersil. Ini bermakna, ianya masih kekal sebagai kenderaan persendirian dan peraturan tinted jpj baharu ini turut boleh diguna pakai oleh pemandu perkhidmatan e-hailing.

Dengan pindaan kadar VLT pada cermin tepi kiri dan kanan di bahagian penumpang belakang serta cermin belakang kenderaan, ia akan membenarkan orang ramai untuk menggunakan cermin yang lebih gelap berbanding dengan peraturan sebelum ini. Oleh itu, ketetapan baru ini tidak akan menimbulkan keperluan kepada majoriti pemilik kenderaan sedai ada untuk menggunakan cermin yang lebih gelap daripada kadar yang telah ditetapkan.

Di samping itu, Loke turut menegaskan bahawa penggunaan lapisan filem atau cermin yang lebih gelap di bahagian cermin tepi kiri dan kanan serta cermin hadapan pemandu akan mengganggu keupayaan pemandu untuk melihat dan mengawal kenderaannya dengan selamat.Hal ini akan meningkatkan risiko terjadinya kemalangan terutamanya ketika dalam keadaan kekurangan cahaya sama ada disebabkan hujan ataupun pemanduan di waktu malam.