loader image

Autoriti Informasi Wanita

Perbandingan 3 Jenis Phone Holder Kereta di Pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Dah macam-macam phone holder kereta saya beli untuk tulis artikel ni. Kalau tengok kat kedai, memang macam-macam jenama ada. Tapi masalah besar berlaku pada saya bila phone holder kereta tu senang tercabut dan buat kerosakan pada kereta.

Kegunaan utama phone holder kereta ini biasalah, kita nak guna masa nak pakai Waze atau Google Maps. Memang senang kalau ada phone holder yang tak mudah tercabut. Tapi kalau salah beli memang naya juga la.

Satu hal ialah phone senang terjatuh sebab susah sangkut dekat phone holder akibat dari masalah design. Phone pun boleh terjatuh sebab phone holder punya suction tak cukup kuat dekat cermin atau dashboard.

Jadi phone holder mana yang paling kurang masalah dan sesuai untuk semua umat? Jom kita tengok satu-satu.