preloder

Autoriti Informasi Wanita

Perbezaan Jenis-Jenis Minyak Wangi Yang Anda Perlu Tahu

Perbezaan Jenis-Jenis Minyak Wangi Yang Anda Perlu Tahu
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Perbezaan Jenis-Jenis Minyak Wangi Yang Anda Perlu Tahu

Setiap orang mempunyai pilihan minyak wanginya yang tersendiri. Di pasaran juga mempunyai banyak jenis minyak wangi malah pelbagai jenama yang mengeluarkan haruman yang begitu menarik perhatian. Bukan keluaran luar negara sahaja, jenama minyak wangi dari dalam negara juga tidak kurang hebatnya. Mesti ramai yang rambang mata dan keliru untuk memilihnya.

Walau bagaimanapun, tahukah anda perbezaan antara minyak wangi jenis Parfum, Eau de Parfum, Eau de Toilette, Eau de Cologne dan juga Eau Fraiche ini? Jom kenali jenis-jenis minyak wangi ini sebelum anda membelinya.

Parfum

Perbezaan Jenis-Jenis Minyak Wangi Yang Anda Perlu Tahu

Parfum atau juga dikenali sebagai Extrait de Parfum ini merupakan minyak wangi tulen. Ini kerana parfum memiliki peratusan konsentrasi yang tinggi iaitu antara 20% hingga 30%. Oleh itu, ia menjadikan minyak wangi jenis ini mampu untuk bertahan lama kira-kira 8 jam atau lebih.

Disebabkan ianya mempunyai kadar ketumpatan yang tinggi, kebiasaannya minyak wangi parfum ini mempunyai harga yang sangat mahal. Minyak wangi ini juga boleh dapat dihidu dari jarak yang jauh membuatkan ianya sangat berbaloi dengan harganya.

Eau de Parfum

Perbezaan Jenis-Jenis Minyak Wangi Yang Anda Perlu Tahu

Eau de Parfum atau lebih dikenali dengan panggilan EDP ini memiliki kadar konsentrasi yang lebih rendah daripada Parfum akan tetapi ianya lebih tinggi daripada Eau de Toilette dan Eau de Cologne. Kandungan bahan pewangi yang terdapat dalam EDP ini kebiasaannya antara 15% hingga 20%.

Oleh kerana EDP mengandungi bahan pewangi yang lebih rendah berbanding Parfum, maka secara tidak langsung, harga EDP ini selalunya lebih murah berbanding Parfum. Walaupun harganya agak mahal, namun kebanyakan individu memilih minyak wangi jenis ini kerana ianya dapat bertahan dengan lama dan membuatkannya berbaloi untuk membelinya.

Minyak wangi jenis EDP ini mampu bertahan sehingga 5 jam ketika memakainya. EDP ini sebenarnya lebih kurang sama dengan parfum, cuma ianya mengandungi lebih air dan alkohol dalam satu botol. Minyak wangi ini kebiasaannya dijual dalam bentuk spray.

Eau de Toilette

Perbezaan Jenis-Jenis Minyak Wangi Yang Anda Perlu Tahu

Eau de Toilette ataupun EDT ini mudah di dapati di pasaran sama ada di pasaraya atau di kedai runcit. Ini kerana minyak wangi jenis EDT ini mempunyai harga yang lebih murah. Secara umumnya, kadar ketumpatan bahan pewangi yang terdapat di dalam EDT ini adalah lebih rendah berbanding Parfum dan EDP iaitu kira-kira 5% hingga 15% sahaja.

Minyak wangi jenis EDT ini lebih ringan dan kebanyakannya dijual dalam bentuk spray. EDT mengandungi lebih banyak alkohol di dalamnya. Ini bermakna EDT tidak tahan lama setiap kali menggunakannya. Kebiasaannya, individu yang menggunakan EDT ini akan menyemburnya lebih banyak berbanding pengguna Parfum atau EDP. Maka, sesetengah individu yang menggunakan EDT ini akan membawa minyak wanginya ke mana sahaja.

Eau de Cologne

Perbezaan Jenis-Jenis Minyak Wangi Yang Anda Perlu Tahu

Cologne merupakan singkatan bagi Eau de Cologne. Kölnisch Wasser yang bermaksud ‘air dari Cologne’ merupakan aroma atau minyak wangi yang pertama kali diperbuat yang berasal dari Cologne, Jerman. Kebiasaannya, cologne ini sangat ringan dan segar. Ia diperbuat daripada bahan seperti buah-buahan dan ianya mengandungi minyak pati seperti lemon, bergamot, oren dan neroli mutlak. Selain itu, EDC ini juga mengandungi minyal lavender dan rosemary.

Eau de Cologne ataupun singkatannya EDC ini adalah minyak wangi yang paling rendah kandungan konsentrasi bahan pewangi di dalamnya iaitu kira-kira 2% hingga 4% sahaja. Minyak wangi jenis EDC ini lebih kurang sama seperti EDT kerana ia lebih murah dan mudah didapati di kebanyakan pasaraya dan kedai runcit.

Eau Fraiche

Perbezaan Jenis-Jenis Minyak Wangi Yang Anda Perlu Tahu

Eau Fraiche ini lebih dikenali dengan panggilan Perfume Bodymist ataupun Body Splash. Ia memiliki kadar konsentrasi pati yang paling rendah berbanding kesemua minyak wangi yang terdapat di pasaran iaitu sekitar 1% hingga 3% sahaja dalam setiap botol.

Dengan kadar ketumpatan yang lebih rendah diantara kesemua minyak wangi, ianya tidak mampu bertahan lama dan hanya mampu bertahan sehingga 2 jam sahaja sekali pakai. Sebahagian besar kandungannya adalah berasaskan air.

Sekarang ini anda sudah mengetahui jenis-jenis minyak wangi. Jadi, selepas ini apabila anda ingin membeli minyak wangi yang baru, anda tidak perlu keliru lagi. Baca di sini untuk ketahui cara-cara memakai minyak wangi dengan betul supaya ianya kekal lebih lama.