loader image

Autoriti Informasi Wanita

Perbezaan Mobile Spa, Home Spa Dan Spa Centre

Perbezaan Mobile Spa, Home Spa Dan Spa Centre
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Perbezaan Mobile Spa, Home Spa Dan Spa Centre

Spa kecantikan merupakan salah satu proses perawatan yang kebiasaannya ditawarkan oleh salon ataupun tempat khusus spa. Perkataan spa itu sendiri sebenarnya berasal daripada bahasa Latin, solus per aqua atau sante par aqua yang berkaitan dengan kegiatan berhubungan dengan air ataupun dimaksudkan sebagai terapi air.

Pengertian spa ini juga dikaitkan dengan salah satu kota di Belgium yang memiliki nama Spa dan dikenali sebagai kota dengan sumber air mineral yang menyihatkan dan dipercayai boleh menyembuhkan luka. Kota Spa sangat terkenal dengan beberapa sumber pemandian air panas. Kini, telah wujud pelbagai health resort di sekeliling air panas tersebut.

Pada zaman dahulu, spa hanya boleh dinikmati oleh golongan bangsawan sahaja, akan tetapi seiring dengan perkembangan zaman, kini sesiapa sahaja boleh menikmati spa ini.

Spa sememangnya kegiatan yang mampu memberikan ketenangan fikiran dan merileksasikan diri anda. Spa mempunyai pelbagai jenis dan setiap daripadanya memiliki tujuan dan sesuai untuk orang tertentu mengikut keperluan mereka. Ianya termasuklah destination spa, day spa, medical spa, health spa, resort spa, mineral springs spa, ayuverdic spa dan juga airport spa.

Kini, terdapat pula servis mobile spa dan home spa. Apa perbezaan antara kedua-dua jenis spa ini? Ramai yang masih keliru berkaitan mobile spa dan home spa ini dan ianya adalah berbeza antara satu sama lain. Home spa adalah di mana ia memerlukan pelanggan untuk datang ke rumah beautician untuk mendapatkan rawatan kecantikan. Manakala bagi mobile spa pula, ia memerlukan beautician pergi ke rumah pelanggan untuk memberikan khidmat rawatan.

Home Spa

Perbezaan Mobile Spa, Home Spa Dan Spa Centre

Home spa merupakan khidmat rawatan kecantikan yang beroperasi tanpa premis di mana rawatan tersebut dilakukan hanya di rumah beautician sahaja. Hal ini membuatkan beautician tidak perlu menyewa kedai bagi menjalankan perkhidmatan spa. Disebabkan itulah, para pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan perlu pergi ke rumah beautician tersebut.

Pelanggan tidak perlu risau akan keadaan tempat rawatan kerana ianya sememangnya lebih selesa dan eksklusif. Pelanggan juga tidak perlu menunggu mengikut nombor giliran kerana jadual rawatan selalunya telah diatur terlebih dahulu mengikut tarikh temujanji yang telah dipersetujui.

Perkhidmatan home spa ini kebiasaannya dijalankan untuk menjimatkan kos daripada menyewa ruang untuk membuat spa ini. Sudah banyak pakar yang menawarkan khidmat home spa di Malaysia ini.

Mobile Spa

Perbezaan Mobile Spa, Home Spa Dan Spa Centre

Bagi mobile spa pula, ianya memerlukan beautician untuk pergi ke rumah atau ke tempat mengikut kehendak pelanggan dengan temujanji yang telah ditetapkan. Perkhidmatan mobile spa ini kebiasaannya dijalankan bagi wanita-wanita yang bekerja kerana mereka ketiadaan masa untuk ke spa.

Terdapat juga wanita yang mempunyai masalah untuk meninggalkan anak-anak mereka untuk dijaga ketika mereka melakukan rawatan spa ini. Oleh itu, mereka sememangnya memerlukan khidmat beautician untuk pergi ke tempat mereka. Ianya akan memberikan keselesaan kepada pelanggan kerana mereka akan melakukan rawatan di rumah atau tempat pilihan pelanggan itu sendiri.

Hal ini akan menjimatkan masa dan memudahkan pelanggan kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk ke tempat beautician atau ke spa. Akan tetapi, kos perjalanan beautician untuk ke tempat pelanggan seperti minyak dan tol akan dikenakan mengikut jarak. Hal ini kebiasaannya akan dimaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan semasa membuat temujanji.

Spa Centre

Perbezaan Mobile Spa, Home Spa Dan Spa Centre

Spa centre ini pula adalah seperti yang telah dijelaskan, ianya merupakan tempat yang telah disediakan seperti di lot kedai, hotel, resort dan sebagainya. Selalunya, spa yang mempunyai premisnya sendiri ini menawarkan pelbagai jenis spa termasuklah facial spa, massage spa, foot spa, manicure dan juga pedicure.

Peralatan yang digunakan di spa centre ini kebiasaannya tidak terhad dan kawasannya juga sangat selesa. Akan tetapi harganya mungkin agak mahal dan dirasakan kurang berbaloi untuk dinikmati dalam satu sesi. Servis home spa dan mobile spa ini pula dikatakan sangat berpatutan dan ianya sangat sesuai dengan wanita yang mengalami kekangan masa untuk ke spa.

Peralatan yang digunakan untuk home spa dan mobile spa ini merupakan peralatan mudah alih dan ianya pakai buang. Jadi, pelanggan tidak perlu risau dan ragu-ragu tentang kebersihan peralatan yang digunakan.

Sememangnya perkhidmatan home spa dan mobile spa mempunyai kelebihan masing-masing akan tetapi ianya masih mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk memudahkan wanita mendapatkan rawatan perkhidmatan kecantikan.

Keistimewaan Mobile Spa Dan Home Spa

Beautician akan memberikan rawatan facial yang terbaik kepada pelanggan mereka dan akan membuatkan pelanggan merasa tenang, kulit wajah juga akan menjadi lebih bersih dan segar. Rawatan facial wajah yang kebiasaannya ditawarkan termasuklah deep cleansing, scrub, complete layer skincare, blackhead atau whitehead removal, facial treatment, face masker, face massage dan lain-lain lagi.

Dengan melakukan rawatan spa muka ini, ia akan memberikan nutrisi pada kulit wajah anda. Wajah anda memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk kelihatan segar dan berseri. Melakukan rawatan muka ini akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih muda. Ini kerana ia akan membuang sel-sel kulit mati yang membuatkan kulit anda kelihatan kusam.

Selain itu, rawatan spa muka ini dapat membaiki DNA kulit anda dan sekaligus akan sekatakan tona kulit anda. Ia juga berpotensi untuk melicinkan dan mencerahkan kulit anda selain dapat mengurangkan kesan jerawat dan bintik-bintik hitam yang terdapat pada muka anda.

Di samping itu, dengan menjalani rawatan spa muka ini, ia dapat memudarkan jeragat di muka anda. Melakukan facial spa ini secara kerap iaitu sebulan sekali akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih muda, segar dan berseri.