loader image

Autoriti Informasi Wanita

Perut Buncit? Ketahuilah Helah Dan Trik Untuk Anda Kelihatan Bergaya

Perut Buncit? Ketahui Helah Dan Trik Untuk Anda Kelihatan Bergaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Perut Buncit? Ketahuilah Helah Dan Trik Untuk Anda Kelihatan Bergaya

Wanita. Semestinya lumrah mereka mahu kelihatan bergaya dan cantik pada setiap masa. Tetapi, hampir kesemua model model di TV dan majalah mempunyai bentuk badan yang serupa: langsing dan tinggi lampai. Sedangkan kita semua datang dengan bentuk tubuh yang bermacam-macam dan tersendiri. Saya percaya kita semua layak bergaya tanpa mengira bentuk dan saiz badan. Oleh itu, saya akan kongsikan helah dan trik buat wanita-wanita yang memiliki perut buncit untuk tampil bergaya dan anggun.

Kenapa ada sesetengah orang begitu mudah mengumpul lemak di bahagian perut, dengan kata lain perut cepat buncit. Lebihan lemak di perut mereka berpunca dari faktor genetik, stres, kurang tidur, pemakanan tidak seimbang dan lain-lain. Nak kecilkan perut buncit tapi ianya memerlukan masa. Namun, usah bimbang. Teruskan bacaan anda untuk mengetahui helah dan trik supaya perut kurang nampak buncit dan tampil cantik sentiasa.

Memakai Seluar Atau Dress Berpotongan Pinggang Tinggi

Perut Buncit? Ketahuilah Helah Dan Trik Untuk Anda Kelihatan Bergaya

Pakaian berpotongan pinggang tinggi atau high waisted adalah kunci bagi wanita memiliki perut buncit yang mahu tampil bergaya. Ini kerana pakaian jenis ini berfungsi untuk menutup pandangan daripada bahagian perut buncit kita. Ia juga memberi ilusi bahagian tengah badan yang panjang, membuatkan pemakai kelihatan tinggi dan langsing. Sebaliknya, elak dari memakai seluar atau dress berpotongan pinggang rendah. Ia akan menampakkan dengan jelas lemak di bahagian hadapan dan tepi perut anda.

Seluar atau dress berpotongan pinggang tinggi selalu hadir dalam bentuk jeans atau denim pelbagai warna. Tak kisah apa jua jenis fabrik yang dipakai asalkan ianya tebal dan tidak jarang agar dapat menyembunyikan bahagian perut anda yang buncit.

Memakai Pakaian Oversized

Tahukah anda? Memakai pakaian longgar atau oversized adalah satu trik mudah untuk menyembunyikan perut. Ini kerana cara ini dapat mengalihkan pandangan mata ke arah pakaian oversized yang dipakai. Oleh sebab itu, pakaian oversized menjadi kegilaan artis popular Korea kerana berjaya memberikan hasil langsing yang diinginkan.

Kalau anda sedang memperagakan seluar yang mengikut bentuk, padankan dengan baju yang longgar seperti sweater, kemeja bersaiz besar, blaus labuh dan sebagainya. Jika anda inginkan kelainan atau bosan dengan pakaian oversized, anda boleh memilih beg yang oversized sebagai aksesori pelengkap penampilan.

Memilih Seluar Dengan Saiz Yang Tepat

Perut Buncit? Ketahuilah Helah Dan Trik Untuk Anda Kelihatan Bergaya

Wanita menganggap bahawa dengan memakai seluar mengikut bentuk kaki akan membuatkan penampilan lebih langsing dan cantik. Namun, anggapan ini salah kerana akan menampakkan perut seolah-olah melimpah keluar dari bukaan pinggang. Ini juga dikenali sebagai muffin top.

Oleh itu, pilihlah seluar dengan saiz yang tepat dengan anda. Bukan sahaja ia sesuai dengan badan yang cepat buncit, malah anda dapat keluar memakai seluar itu tanpa risau tentang rasa yang sesak di bahagian perut anda.

Memakai Skirt Yang Beralun

Skirt yang beralun atau turut dinamakan flowy adalah skirt yang harus ada di setiap almari pakaian anda. Antara contoh skirt beralun ialah skirt jenis A-line atau jenis kapas. Skirt beralun dapat menumpukan fokus mata si pemandang ke kawasan bawah yang luas. Secara tak langsung, ianya menutup bentuk pinggang dan perut yang berlemak.

Hindari skirt sendat seperti skirt jenis pensel dan jenis duyung ya. Anda akan kelihatan pendek dan gempal jika dikenakan dengan baju atas yang salah. Silap hari bulan, anda boleh disalahertikan sebagai wanita yang hamil!

Memakai Pakaian Berwarna Gelap

Perut Buncit? Ketahuilah Helah Dan Trik Untuk Anda Kelihatan Bergaya

Antara cara paling mudah yang anda boleh cuba untuk menampakkan perut yang kempis ialah dengan mengenakan pakai yang berwarna gelap. Warna yang selalu menjadi pilihan para wanita tentulah warna hitam kerana ia sesuai dipadankan dengan apa jenis warna, bentuk badan dan acara. Namun, saya menyarankan anda untuk mengenakan pakaian berwarna gelap yang lain seperti coklat, hijau zaitun dan biru tua kerana anda akan kelihatan lebih muda dan ceria, persis si cantik Neelofa.

Memakai Busana Secara Lapisan

Gaya memakai secara lapisan atau layering sudah menjadi kegemaran peminat fesyen. Ini kerana ianya aktiviti yang seronok serta pelbagai rupa baharu yang dapat dicipta dengan menggabungkan pakaian-pakaian yang sedia ada. Teknik ini dinamakan mix and match. Namun begitu, tidak semua baju boleh digabung kerana kita haruslah meneliti gaya apa yang sesuai dengan bentuk badan dan warna kulit yang kita miliki.

Bagi wanita berperut buncit, saya sarankan untuk memakai blaus dari fabrik chifon dengan kardigan longgar sebagai pelengkap penampilan. Anda boleh juga memilih untuk memperagakan dress labuh dipadankan dengan baju-T sebagai inner. Banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk memakai secara lapisan dengan bergaya. Oleh itu, ini adalah cabaran anda untuk mencuba mix and match dengan menggunakan pakaian yang anda miliki di rumah.

Itulah dia beberapa helah dan trik yang wanita berperut buncit boleh ikuti untuk tampil bergaya dan anggun. Tidak kira apa jua bentuk badan, kita semua boleh bergaya sakan sekiranya tahu cara pemakaian yang sesuai dengan menyorokkan bahagian yang berlemak.

Jangan lupa untuk baca lagi artikel dan petua-petua efektif yang saya bongkarkan di sini.