loader image

Autoriti Informasi Wanita

Punca Angin Dalam Badan Dan Petua Berkesan Untuk Membuangnya

Punca Angin Dalam Badan Dan Petua Berkesan Untuk Membuangnya
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Punca Angin Dalam Badan Dan Petua Berkesan Untuk Membuangnya

Angin dalam badan ini sememangnya akan membuatkan anda tidak selesa. Ianya boleh menyerang anda tidak mengira masa dan menjadikan anda lebih tertekan sehingga anda tidak mampu untuk membuangnya secara semulajadi.

Anda mesti ingin mengetahui punca angin ini muncul dan terkumpul dalam perut anda kan? Jadi, hari ini saya akan kongsikan faktor yang menyebabkan angin dalam badan serta petua yang berkesan untuk anda membuangnya.

Pemakanan

Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan yang berbeza-beza mengikut individu. Setiap individu perlu mengetahui jenis makanan yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalamannya sendiri.

Contohnya seperti pengambilan air soda berkarbonat yang menjadi penyumbang kepada angin dan gas dalam badan. Antara makanan lain adalah seperti jering, petai sayuran seperti kacang buncis, timun, terung dan juga bendi termasuk juga buah-buahan seperti nangka, tembikai, epal dan sebagainya.

Selain itu, susu dan keju juga antara makanan yang mengandungi laktos, fraktos, sabitol dan kanji ini juga menghasilkan angin dalam tubuh anda. Jadual pemakanan yang tidak teratur juga boleh menjadi puncanya.

Perubahan Emosi

Perubahan emosi yang mendadak seperti dari tenang menjadi marah atau sedih juga akan membuatkan angin sukar untuk keluar dari badan dan terperangkap lalu menimbulkan gas.

Bernafas Melalui Mulut Dan Menelan Udara

Bernafas melalui mulut memungkinkan seseorang itu menelan udara. Ini kerana udara yang masuk melalui mulut tidak sepenuhnya sampai ke dalam paru-paru. Udara dari mulut akan turut sampai ke saluran pencernaan sekaligus memerangkap udara yang tertinggal.

Udara yang masuk ke paru-paru mampu keluar semula secara semulajadi sebaliknya udara yang terperangkap di dalam perut yang akan keluar melalui cara semulajadi lain seperti sendawa ataupun kentut. Sendawa sekali-sekala selepas makan adalah normal. Akan tetapi, orang yang kerap sendawa mungkin menelan terlalu banyak udara dan melepaskan sebelum udara memasuki perut.

Itu dia punca-punca yang menyebabkan gas terkumpul di perut anda. Sekarang ini anda perlu tahu bagaimana cara untuk anda membuang angin yang tersekat dalam badan anda.

Menukar Gaya Pemakanan Anda

Punca Angin Dalam Badan Dan Petua Berkesan Untuk Membuangnya

Perkara utama sekali yang anda perlu lakukan untuk membuang angin dalam badan adalah dengan menukar gaya pemakanan anda. Anda perlu makan pada masa yang sesuai dan jangan sesekali anda mengabaikan sarapan pagi anda.

Sarapan pagi dapat memberikan tenaga, membantu otak bekerja dengan lebih baik dan menyihatkan tubuh badan selain dapat mengurangkan kemasukan angin ke dalam badan. Anda perlu mengenalpasti makanan yang boleh menyebabkan angin dan menghindarinya supaya ianya tidak terjadi.

Kurangkan Menelan Udara

Tanpa anda sedari, aktiviti harian yang anda lakukan sering mengundang angin untuk masuk ke dalam badan. Sekiranya anda mempunyai masalah sendawa yang sangat teruk, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan gula-gula dan mengunyah gula-gula getah kerana ianya akan mengundang angin untuk masuk ke dalam badan.

Tidak Makan Dengan Gelojoh

Punca Angin Dalam Badan Dan Petua Berkesan Untuk Membuangnya

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan daripada makan dengan gelojoh. Makan dengan gelojoh ini akan membuatkan penghadaman anda menjadi tidak terurus. Anda seharusnya mengunyah makanan dengan perlahan-lahan dan tidak bercakap ketika sedang makan. Ianya akan melancarkan proses penghadaman di dalam usus.

Makan dalam keadaan gelojoh ini boleh membawa kepada sakit jantung, strok dan diabetes. Makan terlalu laju atau cepat ini boleh menyebabkan gula dalam darah turun naik yang memungkinkan berlakunya rintangan insulin. Makan dan kunyah dengan perlahan dapat membantu melambatkan sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti dan tahap kolesterol tidak normal.

Minum Banyak Air Kosong

Air kosong banyak manfaatnya. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan tenaga, malah dengan meminum air dua ke tiga liter sehari mampu mengurangkan toksin dalam badan dan sekaligus mengurangkan angin yang terkumpul dalam badan anda. Air adalah elemen penting untuk menghadamkan makanan dan ianya juga boleh mengelakkan anda daripada sembelit.

Makanan Tambahan Vitamin C

Punca Angin Dalam Badan Dan Petua Berkesan Untuk Membuangnya

Vitamin C boleh membantu anda untuk membuang angin dalam badan. Ini kerana vitamin C boleh meningkatkan imuniti badan supaya ketahanan badan anda bertambah. Anda juga boleh merasa badan anda kembali dalam bentuk sihat. Makanan tambahan adalah sangat penting untuk kesihatan badan terutamanya dari segi keseimbangan dan ketahanan tubuh badan.

Terdapat banyak jenis makanan tambahan yang mengandungi vitamin C yang kini dijual di pasaran. Anda juga digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi vitamin C yang tinggi seperti sayuran dan buah-buahan untuk mengurangkan gas yang terkumpul dalam perut.

Minuman Halia

Minuman berhalia ini adalah petua buang angin yang sangat mudah dan sudah dilakukan sejak berzaman lamanya. Banyak minuman yang berasaskan halia kini dipasarkan. Akan tetapi, sekiranya anda inginkan hasil yang lebih berkesan, anda seeloknya minum minuman halia semulajadi.

Anda juga boleh mencampurkan sekali dengan sedikit lemon dan madu untuk membantu penghadaman dan masalah angin yang banyak dalam badan.

Makan Bawang Putih

Punca Angin Dalam Badan Dan Petua Berkesan Untuk Membuangnya

Bawang putih mengandungi bahan yang mampu membuang angin yang terdapat dalam badan dengan cepat dan berkesan. Caranya, kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan secara mentah-mentah. Badan anda akan menjadi hangat dan angin akan beransur keluar.

Cara lainnya, anda ambil lima ulas bawang putih dan bakar sedikit jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Anda akan dapat merasai angin di dalam badan anda akan keluar secara perlahan-lahan.

Minum Rebusan Daun Betik

Di samping itu juga, anda boleh mengurangkan angin yang terdapat dalam badan anda dengan meminum air rebusan daun betik. Air rebusan ini dipercayai dapat menghilangkan gas yang tersekat dan terkumpul dalam perut anda.

Caranya mudah sahaja, anda perlu merebus empat hingga lima helai daun betik dengan satu liter air. Kemudian, minum air rebusan tersebut dalam keadaan suam. Walaupun rasanya sedikit pahit, cara ini sangat mujarab untuk menghilangkan angin.

Makan Sup Panas

Punca Angin Dalam Badan Dan Petua Berkesan Untuk Membuangnya

Selain itu juga, anda boleh membuang angin dengan memakan sup panas sekiranya anda mengalami masalah perut bergas yang tidak menyenangkan. Kadang-kala dengan makan ini dapat membantu mengurangkan kesakitan perut bergas tersebut. Kesan panas dalam badan ini boleh menghilangkan kelesuan yang berpunca daripada angin tersebut.

Bersenam

Ramai yang tidak tahu bahawa kerana kekurangan pergerakan dan aktiviti membuatkan angin masuk ke dalam badan. Jadi, anda boleh mencuba untuk bersenam kerana ianya bukan sahaja berkesan untuk menurunkan berat badan, malah dapat membuangkan gas yang terdapat dalam perut anda. Keluarkan peluh anda dan tambahkan kelenturan otot-otot dalam badan supaya ianya tidak terlalu tegang.

Anda boleh mencuba mengamalkan pergerakan yoga, relieving wind pose yang dipercayai mampu untuk menghilangkan angin dan gas dalam badan. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu barnng dan tarik salah satu lutut ke arah dada dan pegang dengan kedua-dua tangan anda, tarik lutut perlahan-lahan untuk lebih dekatkan ke arah dada. Pegang dan kemudian ulang dengan kaki yang lain pula.

Pergerakan ini boleh membantu untuk melepaskan gas yang tersekat dalam perut anda supaya ianya mudah untuk dikeluarkan. Selain itu juga, senaman ringkas ini dapat menghilangkan sakit belakang di bahagian pinggang.